Monday 15 June 2015

Cerpen : Terlanjur Mencintaimu Part 1


Cerpen 
Genre : Romantik
Watak : Anis Sofiya & Ungku Amzar

**************************

Ungku Amzar mencampakkan bagasi hitam ke ruang tamu. Tersentak kecil Anis Sofiya apabila Ungku Amzar menunjukkkan barannya. Masing-masing masih lengkap dalam persalinan pakaian pengantin berwarna putih. Dengan sekali lafaz , Anis Sofiya sah menjadi isteri kepada Ungku Amzar. Seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Anak kepada sahabat jauh kedua orang tuanya. Serba sedikit mengenai latar belakang suaminya itu diceritakan oleh Puan Rahimah melalui umi nya.

Hatinya memberontak kuat , namun tidak ada gunanya dia melempiaskan kemarahannya sekarang. Masa tidak boleh berpatah balik. Mengahwini Anis Sofiya bukanlah atas kerelaan hati dia yang sepenuhnya. Ikutkan hatinya, dia tidak mahu langsung untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan. Luka mendalam dari cinta pertama setahun yang lepas membuatkan hatinya pedih yang amat dalam. Dia trauma. Trauma dengan manusia yang bergelar perempuan selain neneknya.

Namun , arahan dari Ungku Suhaimi iaitu ayah kandungnya yang memaksa dia bertindak demikian. Dia tidak mempunyai pilihan kerana dia sangat menyayangi ayah dan neneknya. Dia tidak mahu kehilangan ahli keluarga yang sangat dikasihinya sejak kecil. Ungku Suhaimi berkenan ingin menjadikan Anis Sofiya sebagai menantunya kerana Anis Sofiya mempunyai ciri-ciri muslimah yang baik dan pasti akan menjadi isteri yang solehah buat Ungku Amzar.

“Kalau kau nak ayah terima kau , kau harus memperisterikan Anis!” , bentak Ungku Suhaimi lantas meninggalkan Ungku Amzar dan ibunya Puan Rahimah di ruang tamu.

Puan Rahimah memandang sayu wajah Ungku Amzar. Ungku Amzar merupakan anak tunggal kepada Ungku Suhaimi dan arwah Sharifah Hanim , ibu kepada Ungku Amzar. Sebaik sahaja melahirkan Ungku Amzar , Sharifah Hanim meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah semasa bersalin. Disebabkan itu , Ungku Suhaimi berasa sangat sedih dan meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Ungku Amzar. Sejak dari itu , Ungku Amzar tidak pernah menerima kasih sayang dari seorang ibu apatah lagi dari seorang ayah. Hanya Puan Rahimah sahaja lah tempat Ungku Amzar meluahkan rasa dan mendapatkan kasih sayang.

“Kau.” , kata Ungku Amzar yang mula bersuara.

Anis Sofiya memandang ke arah Ungku Amzar yang membelakangkan dirinya.

“Mulai hari ini , sampai bila-bila... Aku tak nak kita berdua bertembung dalam rumah ni. Kau buat hal kau , aku buat hal aku.”, Ungku Amzar memberi arahan kepada Anis Sofiya.

Anis Sofiya membeliakkan matanya.  Dia terkejut dengan arahan yang diberi oleh suaminya itu. “Ya , encik.”, lambat Anis Sofiya menjawab.

“Tapi.. memandangkan kau ni adalah seorang isteri , makan minum aku , kau kena sediakan. Paham?”

Anis Sofiya mengangguk kecil , “Paham encik.”

Ungku Amzar bermalas-malasan menuju ke bilik tidur utama di tingkat atas , “Buat macam rumah sendiri. Tidur lah kat mana-mana bilik yang kau suka. Ingat , aku tak nak bertembung dengan kau dalam rumah ni.”

Bunyi pintu bilik dihempas kuat.

Anis Sofiya yang masih berada di ruang tamu masih berdiri seperti tunggul. ‘Dia... benci aku ke? Apa salah yang aku buat sampai muka aku pun dia tak nak tengok?’ , bisik hati kecil Anis Sofiya. Matanya melilau mencari jam dinding di dalam rumah. ’11:35???’ , terbeliak mata Anis Sofiya. Cepat-cepat dia mencari bilik air untuk mengambil wudhu sebaik sahaja dirinya sedar dia belum menunaikan kewajipannya untuk solat fardhu Isya’.

Usai sahaja menunaikan solat , Anis Sofiya keluar dari bilik tidur yang berdekatan dengan ruang dapur. Perlahan-lahan dia bangun dan melipat kain telekung serta sejadah lalu diletakkan di atas katil. “Penatnyaaa...”, keluh Anis Sofiya kecil. ‘Ah..kat mana aku letak fon tadi erk..’, tiba-tiba Anis Sofiya teringat yang dia perlu memaklumkan kedua orang tuanya mengenai keadaan dirinya yang sudah selamat sampai ke rumah.

‘Assalamualaikum , umi.. Anis dah sampai rumah. Bagi tahu Baba , besok Anis call ye. Anis penat sangat ni. Selamat malam umi.’ – pesanan ringkas yang dihantar oleh Anis Sofiya kepada umi nya.


Seminggu kemudian...

Sarapan pagi telah pun tersiap hidang di atas meja makan. Selesai menyediakan hidangan pagi dan mengemas dapur , Anis Sofiya terus menyepikan diri di dalam bilik tidurnya. Dia tidak mahu melanggar arahan Ungku Amzar yang tidak mahu bertembung dengan dirinya.

“Sampai bila aku nak hidup macam pelarian dalam rumah sendiri? Hmmmm. Nasib kau lah Anis berlakikan dengan orang yang tak nak dengan kau ni.”, Anis Sofiya berkata sendiri.

Bersambung..
p/s : Walaupun ini cerpen , tapi still ada sambungannya.. hheehe.. saja nak kasi nervous. 
p/s - 2 : Hey , welcome back... to me!! Klik - klik DONATE kat atas and bawah tu please. Hehe TQ


No comments: