Sunday 27 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 6

Aku Cinta Padamu : Part 6

Farah Hanim terkedu mendengar pengakuan dari Farisha Aulia. Lidahnya kelu kerana dia tidak memahami maksud yang cuba disampaikan oleh budak sekolah menengah yang duduk dihadapannya sekarang ni. Apakah yang dimaksudkan Farisha Aulia? Kenapa dia beria-ia dengan kisah hidup aku sedangkan mereka baru sahaja berjumpa dua tiga kali.

“Kak Anim.”, Farisha Aulia memanggil Farah Hanim yang dilihatnya sedang termenung.

Farah Hanim mula tersedar dari lamunan.

“Kak Anim dengar tak apa yang Isha cakap tadi?”, soal Farisha Aulia.

Farah Hanim sakit kepala. Dia memicit dahinya perlahan.

“Kenapa ni kak?”

“Sorry Isha, akak tak sedap badan la. Jom Kak Anim hantar Isha balik.”,  Farah Hanim mula bergegas keluar.

Farisha Aulia ikutkan saja langkah Farah Hanim dari belakang menuju ke tempat letak kereta. “Kak Anim boleh drive ke ni?”

“Boleh. Boleh....”, Farah Hanim mengangguk. “Masuk.”, arah Farah Hanim menyuruh Farisha Aulia masuk ke dalam perut kereta.

****************************************************************************

Sesampai sahaja di rumah, Farah Hanim terus masuk ke dalam bilik tidurnya dan baring di atas katil. Kepalanya sakit. Kepalanya kusut memikirkan bait-bait percakapan yang diungkapkan oleh Farisha Aulia di tempat makan tadi. Dia mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Kini hatinya menjadi tidak tenang apabila asyik memikirkan budak perempuan yang bernama Farisha Aulia. Dalam kekusutan memikirkan hal tersebut, Farah Hanim terlena tidak lama kemudian kerana kepalanya penat berfikir.

*telefon bimbit Farah Hanim berdering*

Farah Hanim terjaga dari tidurnya. Dijawabnya panggilan telefon tersebut tanpa melihat nama si pemanggil, “Assalamualaikum, hello?”, jawab Farah Hanim sedikit mamai.

“Waalaikumussalam. Kak Anim. Isha ni.”, suara Farisha Aulia kedengaran di hujung talian.

Farah Hanim membuka matanya , “Isha.”

“Kak Anim okay ke? Dah banyak kali Isha call , risau Isha tau.”, resah Farisha Aulia terpancar.

“Akak tertidur tadi. Pening kepala sikit.”

“Sorry...”.

“It’s okay dear.”

“Kak Anim dah makan ubat?”

“Belum lagi.”

“Jangan lupa makan ubat tau. Okay lah, Kak Anim pergi mandi dulu , nanti Isha call lain. Bye.”, pesan Farisha Aulia sebelum menamatkan panggilan.

Farah Hanim meletakkan telefon bimbitnya semula di tepi katil. Hatinya menjadi penasaran dengan sikap baik Farisha Aulia yang asalnya orang asing dalam hidupnya kini budak perempuan itu meluahkan rasa sayang terhadap dirinya tanpa dia tahu apa sebabnya budak perempuan itu suka akan dirinya.

*beep beep*

Farah Hanim mencapai telefon bimbitnya semula , dia membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Farid mengajaknya lepak di kedai mamak berdekatan dengan Hafiz. Tanpa berfikir panjang, Farah Hanim membalas pesanan ringkas tersebut setuju.

****************************************************************************

Malamnya.

“Anim, asal muka kau pucat je ni? Lupa letak blusher ke?”, soal Farid mengusik nakal.

Hafiz menyekeh kepala Farid , “Kalau tak menyakat Anim memang tak lengkap eh hidup kau?”

Farah Hanim tersenyum, “Apis, Farid, aku runsing ni.”

“Cerita la..”, kata Hafiz.

“Baru-baru ni aku terlanggar dengan sorang budak sekolah depan kafe. Aku bagi business card aku, ye laa, sebagai tanda minta maaf aku ajak dia dengan kawan-kawan dia keluar makan. Since haritu, budak perempuan tu keep staring and watching on me. Hari ni, dia confessed yang dia sayang aku. Tak ke gila?”, jelas Farah Hanim.

“Budak perempuan?”, soal Farid sambil mengerutkan dahinya.

Farah Hanim mengangguk.

“Kalau budak lelaki tu lain cerita la. Aku pun paham. Tapi yang ni budak perempuan. Budak sekolah.”, tambah Farid lagi.

Kepala Farid disekeh sekali lagi buat kali kedua oleh Hafiz , “Paham apa nya kau ni Farid? Siapa Anim?”

“Nama dia Farisha Aulia. Panggil Isha je.”, jawab Farah Hanim pendek.

“Kau tak tanya dia ke kenapa dia suka sangat dengan kau?”, soal Farid.

Farah Hanim terdiam , “Tak terfikir pulak. Tak segan ke kalau aku tanya soalan macam tu kat budak sekolah? Macam pakwe makwe baru nak start couple je.”

Farid tergelak mendengar penjelasan Farah Hanim , “Sah kau ni tak pernah ada pengalaman.!”

“Kau pernah nampak aku dengan mana-mana lelaki ke?”, soal Farah Hanim kepada Farid.

“Tak.”

“Tahu pun.”, sebal Farah Hanim melayan Farid.

“Bawak la dia jumpa dengan kita orang.”, cadang Hafiz.

“Nantilah. Sikap budak tu buat aku takut dengan dia la Apis.”

“Kalau tak korek sekarang, takkan kau nak lari dari dia pulak? Dia tu budak lagi.”, jelas Hafiz.

“Dia ada abang ke?”, soal Farid tiba-tiba.

Farah Hanim kembali berfikir , “Katanya ada.”

“Aku rasa ni taktik baru lelaki buaya zaman sekarang la Anim. Dorang buat sindiket guna kan adik-adik dorang ni nak ngorat awek. Betul tak Apis?”

“Farid!!!!”, serentak Farah Hanim dah Hafiz menjerit.

“Kau jangan buat lawak jepun kat sini.”, tegas Hafiz.

****************************************************************************

Vila Harmoni.

“How is your day today Isha?”, soal Dato’ Rahim kepada puterinya.

“Not very good.”, Farisha Aulia membalas dengan nadanya yang sedikit kecewa.

“Kenapa ni?”, soal Datin Ruby.

“Tadi Kak Anim sakit kepala masa keluar dengan Isha tadi. Kesian dia.”, balas Farisha Aulia.

“Mungkin sebab cuaca yang selalu berubah-ubah kot.”, kata Dato’ Rahim.

Bunyi enjin kereta dari luar rumah mula kedengaran. Beberapa saat kemudian enjin kereta tersebut dimatikan.

“Abang Iwan dah balik tu.”, kata Datin Ruby.

Fakhrul Izwan memasuki ruang tamu Vila Harmoni, “Assalamualaikum ayah, ibu. Dann.. Isha.”

“Waalaikumussalam.”, jawab Dato’Rahim , Datin Ruby dan Farisha Aulia serentak.

“Isha, abang nampak Isha dengan sorang perempuan dekat K-Mall tadi. Isha buat apa kat sana?”, soal Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia mengeluh.

“Kenapa ni?”, soal Fakhrul Izwan.

“Kakak kesayangan dia sakit kepala tadi. Tu yang moody tu.”, terang Datin Ruby.

Fakhrul Izwan mencebik, “Sakit kepala je pun. Biasa lah tu.”

“Abang Iwan! Dia kakak Isha!!”, bentak Farisha Aulia sedikit kuat.

“Abang kan abang Isha. Abang kandung Isha.”, kini suara Fakhrul Izwan pula sedikit menekan tidak puas hati.

Farisha Aulia bangun dari sofa dan terus berlari menuju ke bilik tidurnya tanpa mempedulikan panggila Datin Ruby.

“Iwan.. kan adik dah merajuk.”, kata Datin Ruby.

“Ibu.. takkan sebab kakak kesayangan dia yang baru dia jumpa dua tiga hari lepas dan kita tak pernah tahu latar belakang dia , nak lepaskan aje Farisha Aulia Dato’ Rahim keluar dari rumah dengan orang asing yang kita tak pernah kenal? Come on la.”, jelas Fakhrul Izwan kecewa.

“Iwan.”, panggil Dato’ Rahim.

Fakhrul Izwan memandang wajah Dato’ Rahim.

“Pujuk Isha, suruh Farah Hanim tu datang rumah berjumpa dengan kita.”, cadang Dato’ Rahim.

“Ayah, kalau boleh Iwan tak nak jumpa dengan perempuan tu.”, balas Fakhrul Izwan yang tidak setuju dengan cadanganya ayahnya.

“Iwan , kamu dah lupa ke perempuan tu pernah menyelamatkan nyawa adik kamu dulu? Kamu lupa ke?”, soal Datin Ruby.

Fakhrul Izwan bagaikan tertampar. Sikap amarahnya memikirkan Farisha Aulia yang lebih mementingkan orang luar dari dirinya sendiri sebagai abang kandung membuatkan dia terlupa akan kenangan silam di mana Farisha Aulia hampir sahaja dilanggar kereta disebabkan oleh kecuaiannya membiarkan adik kesayangannya itu berdiri keseorangan di tepi jalan.

“Maafkan Iwan bu. Bagi Iwan masa.”, perlahan-lahan Fakhrul Izwan bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tingkat atas.

****************************************************************************

Di dalam kamar tidur Farisha Aulia.

*beep beep*

Farisha Aulia yang baru saja selesai menangis mencapai telefon bimbitnya membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Farah Hanim. Farisha Aulia mengukirkan senyuman, dia tidak membalas pesanan ringkas tersebut sebaliknya dia terus mendail nombor telefon Farah Hanim.

“Assalamualaikum Kak Anim.”, suara manja Farisha Aulia kedengaran.

“Waalaikumussalam Isha. Isha buat apa tu?”, soal Farah Hanim.

“Tak buat pape pun. Mmm, baru nak bukak buku ni.”, balas Farisha Aulia.

“Oo..Kak Anim menganggu Isha ke?”

“Eh takde lah. Isha suka je Kak Anim call Isha.”

“Kenapa suara macam baru lepas nangis je ni?”, soal Farah Hanim.

“Eh mana ada.”, tipu Farisha Aulia sambil mengesat hidungnya.

“Isha..”

“Tak de pape la Kak Anim.”

“Betul ni? Tak nak cerita kat akak?”

“Betul. Takde pape la.”

“Okay lah. Hujung minggu ni keluar nak? Bestfriends Kak Anim nak jumpa Isha. Isha nak tak?”

“Nak!”, balas Farisha Aulia tanpa berfikir panjang.

****************************************************************************

Tutti Frutti.

Farah Hanim dan Farisha Aulia kini sudah terpacak di kedai aiskrim kegemaran Farisha Aulia. Sementara menunggu kehadiran Farid dan Hafiz mereka berdua berbual rancak bagaikan adik dan kakak.

“Kelakarnya cikgu Isha tu..”, Farah Hanim memberi respon selepas mendengar cerita yang menggelikan hatinya oleh Farisha Aulia.

“Betul Kak Anim, dia suka buat lawak and slang dia macam minah negro..”, cerita Farisha Aulia yang kemudiannya gelak bersama-sama Farah Hanim.

 Farah Hanim tiba-tiba melambai-lambaikan tangannya ke arah orang yang berada di belakang Farisha Aulia. “Kenapa lambat? Tak macho lah perempuan datang lagi awal.”

Farid  meminta maaf atas kelewatan dia dan Hafiz, “Sorry miss Anim and miss....???”

“Isha. Farisha Aulia.”, Farisha Aulia memperkenalkan diri.

“Nice name darling.”, puji Farid. “Abang Farid.”.

Farah Hanim mengangkat kening.

Hafiz mengambil tempat duduknya di sebelah Farah Hanim , “Dan yang ni Abang Hafiz.”, kini Hafiz memperkenalkan diri nya pula.

“Rasa diri ni lain sangat bila ada budak sekolah panggil aku abang.”, kata Farid sambil membetulkan kolar bajunya.

Farisha Aulia tersenyum kecil.

“Disebabkan korang masing-masing dah memperkenalkan diri tanpa aku, so kita lepak terus ahh.”, kata Farah Hanim.

“Oops. Sorry.”, kata Farid mengenyit mata.

“Abang Farid dengan Abang Hafiz ni bestfriend Kak Anim?”, soal Farisha Aulia.

“Yup. Kami kenal since tadika lagi. Family kitorang rapat.”, jawab Farah Hanim.

“Wahh. Jarang la tengok perempuan ni bestfriend dia kawan lelaki.”, kata Farisha Aulia.

“Tak de yang peliknya sayang.”, kata Farah Hanim lagi.

“Isha nak jadi bestfriend Kak Anim yang baru ke?”, soal Hafiz.

Farisha Aulia tersenyum, “Mesti lah nak. Tapi kan Kak Anim, kita jadi bestfriend since sekolah menengah la. Isha kan form 1.”

Farah Hanim membulatkan matanya kemudian tersenyum, “Boleh je Isha sayang.”

Farid memerhatikan perbualan mesra diantara Farah Hanim dan Farisha Aulia , “Korang dah macam adik kakak.”

“Kak Anim memang kakak Isha since Isha kecik lagi.”, kata Farisha Aulia selamba.

Farah Hanim hanya mampu tersenyum tidak mahu berkata apa-apa yang boleh melukakan hati Farisha Aulia.

“Isha sayang Kak Anim?”, soal Hafiz.


“Sayang sangat!”

“Kenapa Isha sayang sangat dekat Kak Anim? Sebab dia lawa eh?”, soal Farid pula.

Farisha Aulia geleng kepala , “Sebab Kak Anim selalu masuk dalam mimpi Isha.”

Farah Hanim memandang wajah Farid dan Hafiz serentak.

bersambung...

p/s: Busy nyaaaa....hidup.

1 comment:

Anizz Annisa said...

macam2 la isya nie.. tak keruan anim dibuatnye..huhu