Wednesday 11 June 2014

Aku Cinta Padamu : Part 24


Aku Cinta Padamu : Part 23

Farah Hanim tersenyum kecil , “Mengigau tak habis lagi eh?”

Fakhrul Izwan hanya membalasnya dengan senyuman.

‘Pacek ni memang kerja dia senyum aje ke macam mana? Dah dah la tu..’, resah Farah Hanim tergugat dengan senyuman Fakhrul Izwan.

“Awak tak nak share ke apa yang awak mimpi semalam?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan terdiam lama , “Orang cakap, mimpi buruk jangan cerita kat orang.”

“Oh ye? Sorry.”

“Tapi.. saya takut jugak kalau benda tu betul-betul jadi.”

Farah Hanim cuba mengimbas kembali situasi malam tadi. Tidak lama kemudian dia bertanya lagi , “Awak takut saya tinggal awak? Kenapa?.”

“Sebab saya sayang awak , Anim.”

Farah Hanim terdiam. Fakhrul Izwan juga turut terdiam apabila Farah Hanim yang sedang memandu tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Saya tanya jangan marah eh.”

“Apa dia?”

Farah Hanim cuba menyusun ayat , “Kita.. kita ni baru je kenal.. Tak rasa ke yang awak ni cepat sangat sayang kat saya?”

Fakhrul Izwan diam cuba berfikir , “Tak.”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan sekilas , “Tu je? Pendeknya jawapan.”

Fakhrul Izwan tersenyum. ‘Sebab awak dah curi hati saya masa awak tumpahkan aiskrim atas baju saya la Anim. Tu yang buat saya jatuh hati kat awak.’, bisik hati Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mempamerkan wajah tidak puas hati.

Kini mereka berdua telah tiba di pusat taman rekreasi yang selalu dikunjungi mereka sebelum ini. Farah Hanim membuat aktiviti pemanasan badan , manakala Fakhrul Izwan hanya memerhatikan saja.

“Awak jalan la dulu. Nanti saya ikut belakang.”, kata Farah Hanim.

“Takpelah saya ikut belakang.”, kata Fakhrul Izwan pula.

“Eee , degil.”

“Awak pun sama.”

Farah Hanim mencebik bibir.

“Awak nak saya kiss awak kat sini ke?”, soal Fakhrul Izwan mengusik.

“Gila?!!!”

Fakhrul Izwan hampir saja tergelak besar.

“Awak jangan main-main kat tempat awam macam ni!”

“Gurau aje lah.”

“Dah la, saya gerak dulu!”, putus Farah Hanim kemudiannya berlari perlahan-lahan memulakan langkah.

Fakhrul Izwan tersengih geli hati melihat aksi Farah Hanim. Perlahan-lahan dia menyusun langkah mengikuti Farah Hanim dari belakang.

Fakhrul Izwan menghirup udara segar , ‘Alhamdulillah.. Nikmat sungguh.’

“Izwan?”, satu suara menegur dari arah belakang.

Fakhrul Izwan berpaling , “Zana?”

“Hey, long time no see. Wan apa khabar?”, seorang perempuan cantik berambut panjang menegurnya.

“Baik , Alhamdulillah.”, jawab Fakhrul Izwan. “You buat apa kat sini , joging jugak ke?”, soal Fakhrul Izwan.

Perempuan berambut panjang itu namanya Rozana. Rozana tersenyum , “Mestilah, takkan nak pergi swimming pool kot.”

“Husband mana?”, soal Fakhrul Izwan lagi , kini mereka berdua jalan beriringan.

Rozana tersenyum kelat , “Husband I... Meninggal dunia last year..”

Fakhrul Izwan menutup senyumnya , “Sorry Zana, I tak tahu.”

“Its okay. Accident dengan bas ekspres.”

Fakhrul Izwan mendiamkan diri.

“Takpe la. Benda dah lepas , lagipun dengan adanya Ammar , I tak la rasa sunyi sangat.”, cerita Rozana.

Fakhrul Izwan mengerut dahi , “Suami baru you ke?”

Rozana menghamburkan tawa.

Fakhrul Izwan menjadi hairan.

“Wan.. tolong jangan buat lawak kat sini. Ammar tu anak I la..”

Fakhrul Izwan menepuk dahi , “Sorry. Mana lah I tau.”

“It’s okay.”

“You tak bawak dia sekali ke?”

“Ada kat rumah, maid I jaga. Baru 2 tahun lebih , I malas nak bangunkan dia.”

Fakhrul Izwan mengangguk faham.

Rozana memandang Fakhrul Izwan sekilas , “Sorang je ke?”

Fakhrul Izwan tersenyum , “I datang dengan wife I , tapi I suruh dia jalan dulu. Lagipun tumit I sakit lagi ni, semalam jatuh.”

Rozana mengangguk , “Tu la.. tak hati-hati.”

Fakhrul Izwan melihat Farah Hanim yang sedang duduk di atas kerusi sambil meneguk air kosong. “Tu dia , jom I kenalkan.”

Rozana menyusul langkah Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan merapati tempat duduk Farah Hanim , “Awak , ni saya nak kenalkan, kawan sekolah dulu , Rozana.”

Farah Hanim yang sedikit terkejut cepat-cepat bangun lalu menghulurkan tangan , “Anim.”

“Zana.”, balas Rozana. “Cantik wife you Wan.”, puji Rozana.

Fakhrul Izwan tersenyum. Farah Hanim juga tersenyum. Tersenyum janggal.

“Eh Wan , I balik dulu. Nanti menangis pulak si Ammar tu. Anim , pergi dulu ye. Nice to meet you.”, kata Rozana sebelum meninggalkan mereka berdua. “Wan, jangan lupa bawak Anim datang rumah , bye...”.

Farah Hanim melihat wajah Fakhrul Izwan.

“Dah jom.”, kata Fakhrul Izwan meneruskan langkahnya.

“Kawan sekolah rendah ke menengah?”, soal Farah Hanim yang menyusul dari belakang.

“Sekolah menengah la.”

Farah Hanim mengangguk. “Ammar tu..”

“...anak dia...”, celah Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan memandang wajah Farah Hanim , “Jealous eh?”

“Mestilah.”

Fakhrul Izwan membesarkan mata.

“Jealous la sebab Zana dah ade anak. Mesti comel kan?”, Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan yang berjalan beriringan dengannya.

Fakhrul Izwan mencebik , “Ingatkan jealous pasal ape tadi..”

“Jealous pasal ape pulak?”, soal Farah Hanim.

“Takde pape lah.”

************************************************************************

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim kini sudah berada di hadapan rumah Rozana tepat jam 8:30 malam.

“Wan.. Anim.. masuklah.”, pelawa Rozana menjemput tetamunya masuk.

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim sama-sama memasuki ke dalam rumah banglo bilik Rozana.

“Duduk dulu. Maid I belum siap masak lagi. Kejap I bawakkan Ammar.”, kata Rozana kemudiannya meninggalkan Fakhrul Izwan dan Farah Hanim duduk di ruang tamu.

Tidak lama kemudian Rozana muncul bersama anak lelakinya , Ammar.

“Ammar , ini uncle Wan , ni auntie Anim. Say Hi sayang.”, kata Rozana.

Budak lelaki comel yang bernama Ammar itu melambai-lambaikan tangannya. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Lesung pipit yang dalam di pipi kiri membuatkan Ammar kelihatan sangat comel.

“Comelnya... Sini.. kat auntie.”, panggil Farah Hanim yang memang suka dengan budak lelaki.

Mulanya Ammar jual mahal , tapi lama kelamaan setelah dipujuk ibunya dan Farah Hanim pula tidak jemu memanggilnya membuatkan anak kecil itu perlahan-lahan datang ke arahnya.

Farah Hanim mendukung anak kecil itu letak di ribanya , “Hi Ammar. Auntie kiss sikit boleh?”

Fakhrul Izwan dan Rozana memerhatikan saja gelagat Farah Hanim dan Ammar.

“Wangi nyaaa... Cuba kiss auntie plak.. wangi tak?”, kata Farah Hanim.

Perlahan-lahan anak kecil itu mencium pipi Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum melihat gelagat Farah Hanim yang ramah dengan budak-budak kecil.

“Ibu.. makanan sudah siap.”, panggil pembantu rumah Rozana.

Kemudian Rozana mempelawa Fakhrul Izwan dan isterinya menuju ke meja makan. Selesai makan malam, mereka pun beredar pulang ke rumah.

Di dalam kereta.

“Awak memang suka budak-budak ke?”, soal Fakhrul Izwan.

“Mmm... boleh dikatakan macam tu la.”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Tak nak ada anak sendiri?”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan.

“Okay okay sorry.”

“Siapa yang tak nak anak sendiri?”

Fakhrul Izwan menelan liur.

“Tapi bukan sekarang laa... Lambat lagi kot.”, luah Farah Hanim tersenyum ingin mengenakan Fakhrul Izwan.

Farah Hanim menekan punat butang membuka tingkap.

“Eh kenapa ni?”, soal Fakhrul Izwan yang terkejut.

“Nak hirup udara segar.”, kata Farah Hanim kemudiannya menghalakan mukanya sedikit ke luar.
‘Hmmm..segarnya...’.

Fakhrul Izwan masih meneruskan dengan memandu kereta. Kejap-kejap dia akan mencuri pandang ke arah Farah Hanim yang asyik bermain dengan angin.

Farah Hanim mengangkat muka , “Pernah buat macam ni? Main-main dengan angin macam ni?”

Fakhrul Izwan menggeleng.

“Try lah nanti. Tak rugi pun. Tapi jangan la kepala tu ke luar sangat , bahaya.”, kata Farah Hanim.

“InsyaAllah.”

“Kalau buat macam ni kan, rasa macam semua masalah berlalu macam tu je. Masalah memang  tak kan pernah lari , tapi bila dapat buat macam ni. Rasa lega sangat...”

“Yelah Cik Anim.”

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan tidak puas hati , “Tak percaya eh?”

Fakhrul Izwan menjungkit bahu.

“Okay fine.”, putus Farah Hanim.

************************************************************************

“Dah jumpa ke barang yang awak nak cari tu? Saya dah penat ni.”, kata Fakhrul Izwan yang kepenatan menemani Farah Hanim membeli barang.

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan , “Tu la,  awak yang tergedik-gedik nak ikut saya. Saya tak paksa pun.”

Fakhrul Izwan mengeluh , “Awak.. jom kita minum dulu? Duduk dulu?” , pujuk Fakhrul Izwan sambil memegang tangan Farah Hanim.

Farah Hanim tersenyum , “Yelah yelah. Jom.” , kini Farah Hanim pula menarik lengan Fakhrul Izwan menuju ke sebuah kedai minum yang berdekatan.

Selepas order air , mata Farah Hanim menangkap sesuatu. Fakhrul Izwan yang perasan mata isterinya melihat sesuatu tanpa berkelip menoleh ke belakang. “Apa awak tengok tu?”

“Hello...”, Fakhrul Izwan mula melambai-lambaikan tapak tangan.

“Eh awak ni.”

“Awak tengok apa?”

“Tu...”, tunjuk Farah Hanim. “Adi Putra... handsomenyaaa.....”, kata Farah Hanim sambil tersenyum lebar. Matanya juga tidak beralih dari memandang pelakon Malaya yang bertubuh tegap itu.

Fakhrul Izwan mencuit lengan Farah Hanim tanpa henti.

“Apa awak ni?”

“Pandanglah saya.”, cuit Fakhrul Izwan lagi.

Farah Hanim memandang mata Fakhrul Izwan , “Kenapa awak ni?”

“Saya ni tak cukup handsome ke?”

Farah Hanim mengerut dahi.

“Dah la, jom minum tempat lain.”, kata Fakhrul Izwan kemudiannya berlalu pergi.

“Eh..awak...awak...”, panggil Farah Hanim kemudiannya mengejar Fakhrul Izwan dari arah belakang.

Fakhrul Izwan tidak menghiraukan panggilan Farah Hanim.

Farah Hanim menarik lengan Fakhrul Izwan , “Kenapa ni?”, soal Farah Hanim lembut.

Fakhrul Izwan memberhentikan langkah.

“Awak jealous eh?”

“Mana ada.”, nafi Fakhrul Izwan.

“Awak jealous kan? Kan?”, cuit Farah Hani tersenyum melihat gelagat Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan mendiamkan diri.

“Eeee, awak ni macam budak-budak la.”, kata Farah Hanim. “Tu pun nak jealous.”

“Dah jom balik. Penat.”, putus Fakhrul Izwan kemudiannya masuk ke dalam perut kereta.

Farah Hanim yang tersenyum menurut saja.

************************************************************************

Selesai makan malam , Farah Hanim menuju ke bilik untuk menyiapkan kerjanya yang sedikit tertangguh. Malam itu Fakhrul Izwan tidak bercakap banyak kerana Farah Hanim fikir yang suaminya itu masih kepenatan jadi dia tidak mahu menganggu Fakhrul Izwan untuk berehat.

Jam di telefon bimbit menunjukkan 10:25 malam. Farah Hanim sudah selesaikan kerjanya lalu dia keluar dari bilik untuk berehat di ruang tamu. Suis televisyen di buka dan Farah Hanim layankan saja apa-apa rancangan yang terpapar di kaca televisyen.

Seseorang yang mencuit Farah Hanim tiba-tiba dari belakang mengejutkan Farah Hanim sedikit. Senyuman lelaki itu menggoda Farah Hanim sedikit. “Ishh awak ni, terkejut saya.”

Fakhrul Izwan tersengih lalu mendapatkan tempat duduk bersebelahan Farah Hanim. Rapat.

‘Eh kenapa duduk rapat-rapat ni? Buang tebiat ke?’, bisik Farah Hanim dalam hati.

“Orang tu bukannya nak pujuk kita.”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan hairan.

“Puas kita ni menunggu.”

Lama wajah Fakhrul Izwan ditenung , “Awak merajuk ke tadi?”

Fakhrul Izwan mengeluh.

“La.... ingatkan awak penat sangat tadi. Sebab tu saya tak nak kacau awak.”

Fakhrul Izwan mempamerkan wajah kecewa.

Skrin di televisyen memaparkan drama melayu bersiri mengenai kisah kekeluargaan.

‘Saya sayang awak, awak tahu tu kan?’, suara pelakon Rosyam Nor di kaca tv.

“Saya sayang awak. Cinta awak.”, kata Fakhrul Izwan tiba-tiba sambil matanya memandang ke arah skrin tv.

Farah Hanim terkejut dengan luahan Fakhrul Izwan yang tiba-tiba itu.

‘Saya takkan tinggalkan awak, walau apa pun yang terjadi. Ingat tu!’, suara pelakon Rosyam Nor kedengaran lagi.

“Ingat, saya tak akan tinggalkan awak. Sebab saya cinta awak.”, tambah Fakhrul Izwan lagi.

Farah Hanim hairan melihat gelagat Fakhrul Izwan , “Ihh , kalau nak ajuk pun, biarlah dialog tu sama, yang ubah suai sendiri tu kenapa?”

Fakhrul Izwan tersengih , “Kenapa? Suka hati saya la nak cakap macam mana.”

Farah Hanim mencebik , “Saya ingatkan awak sakit tau tadi.”

Fakhrul Izwan tergelak besar membuatkan Farah Hanim meluat melihatnya. Tiba-tiba Fakhrul Izwan memeluk Farah Hanim. Farah Hanim tergamam seketika kemudiannya menolak tubuh Fakhrul Izwan.

“Awak ni dah kenapa?”, rengus Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Tengok tu si Hanif peluk isteri dia, saya pun peluk la isteri saya.”, kata Fakhrul Izwan merujuk watak Hanif yang dibawa oleh Rosyam Nor.

Farah Hanim memegang dahi dan leher Fakhrul Izwan , “Nak kata demam, tak demam pun. Awak jangan takutkan saya.”

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Awak takut dengan saya? Saya kan suami awak, nak takut apa nya?”

“Dah la. Tak nak main lagi.”, putus Farah Hanim kemudiannya bangun ingin menuju ke dapur.

Lengan Farah Hanim ditarik perlahan dan terus terduduk di atas sofa semula. Farah Hanim tergamam.

“I... I .. I love you sayang.”, ucap Fakhrul Izwan perlahan.

Farah Hanim kaku. Tidak tahu ingin beraksi bagaimana. Jujur , hatinya mula menyayangi Fakhrul Izwan namun dia tidak tahu bagaimana harus menunjukkan kasih sayangnya itu kepada Fakhrul Izwan. Dia juga takut bergelar isteri derhaka di saat suaminya memerlukan perhatiannya.

Farah Hanim diam membisu.

bersambung...

p/s : Selamat membaca. Cerita masih panjang. (: Semoga terus melekeat.

3 comments:

Cik nadya said...

alaaa sweetnyaaa.. sambungannnnya. . hehe

Anizz Annisa said...

sweetnyee..kan best dpt hubby cmnie..hihihi.. *gatal* :P

Unknown said...

Salam ukhuwah..best sgt2..nak sambungan lagi..anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html