Monday 4 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 2


Awak kan isteri saya? : Part 2

Baik Aiman Hakim mahupun Diana Amira , masing-masing tidak menolak permintaan kedua ibu bapa mereka. Mungkin jodoh mereka berdua telah sampai jadi masing-masing tidak membantah dan meneruskan saja perancangan yang ditentukan oleh keluarga.

Dua bulan telah berlalu dan masa berbaki sebulan sebelum tarikh di antara mereka berdua sah bergelar sebagai suami isteri tiba. Dalam waktu itu juga , masing-masing tidak bertukar mesej atau menerima panggilan dari mana-mana pihak. Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya malu untuk berbuat kemudian. Asing. Diana Amira masih menganggap Aiman Hakim adalah orang asing dalam hidupnya , begitu juga bagi Aiman Hakim.

Apabila disuruh oleh kedua ibu bapa untuk berbuat demikian , mereka hanya cakap di bibir saja tapi tindakan langsung tidak diambil.

Nantilah bu”, kata Hakim.

*****************************************************************************

Tak nak. Segan la....”, balas Diana Amira kepada emaknya pula.

Jika disuruh berjumpa pun, masing-masing akan memberikan alasan sibuk, susah nak jumpa, jauh dan macam-macam lagi alasan yang direka-reka.

Baju kahwin tak boleh beli asing ke mak?”, soal Amira kepada emaknya.

Ehhh. Jangan nak mengada! Kau yang nak kahwin. Mesti beli sama-sama dengan Akim tu.”, putus emak Amira akhirnya.

Kepala Diana Amira semakin serabut mengenangkan hanya dia dan Akim keluar berdua untuk pertama kalinya menyewa baju pengantin.

*****************************************************************************

Akim setuju kan?”, soal ibunya manis.

Hakim terdiam lama , “Mm.”

Bagus anak ibu.”, ibu Hakim menepuk bahu anaknya perlahan.

Nanti ambil menantu ibu tu depan rumah dia tau. Ibu dah cakap dengan mak cik Hajar kamu, yang kamu ada urusan dekat Melaka, alang-alang tu boleh luang masa tengok baju pengantin kat sana dengan Mira.”, pesan ibu Hakim lagi.

*****************************************************************************

Kak! Abang Hakim dah sampai.”, jerit adik bongsu Diana Amira dari luar.

Diana Amira melangkah keluar dari biliknya perlahan , “Mmm.

Sebelum langkah kakinya melangkah keluar muka pintu , Diana Amira menarik nafas panjang dan berdoa di dalam hati agar urusannya berjalan dengan lancar dan cepat dia pulang ke rumah. Dilihatnya Aiman Hakim sudahpun membuka pintu kereta untuknya. ‘Sebelum kahwin tolong bukak kan, lepas kahwin bukak sendiri.’

Pergi dulu mak.”, kata Diana Amira kepada emaknya sebelum memasuki ke dalam perut kereta.

Pergi dulu mak cik.” , kata Aiman Hakim sebaik sahaja dia menutup pintu kereta untuk Diana Amira.

*****************************************************************************

Suasana di dalam kereta sunyi dan sepi. Masing-masing tidak membuka mulut untuk bertanya mengenai keadaan masing-masing. Janggal. Dua manusia yang bukan ringan mulut mahupun mulut murai duduk di bawah satu bumbung kereta.

Untuk mengelak rasa janggal akibat suasana sepi yang dibina oleh mereka berdua , Diana Amira menekan punat radio kereta untuk memecahkan suasana sunyi. “Ni kereta bapak mertua saya jugak kan.”

Aiman Hakim kemudiannya mengangguk kecil tidak membantah walaupun hakikatnya Diana Amira belum sah menjadi isterinya lagi.

Diana Amira mula bosan kerana sikap Aiman Hakim yang sangat berat mulut untuk bercakap dengannya. Amira mengeluarkan smartphone miliknya lalu mengakses laman twitternya. Tidak lama kemudian Amira tergelak kecil sambil memandang ke arah skrin telefon bimbitnya.

Arghhh, bosan.”, Diana Amira bersuara sambil menutup radio.

Aiman Hakim yang sedikit terkejut dengan tindakan Diana Amira hanya mampu mendiamkan diri. Dia masih belum mempunyai keberanian untuk berbual dengan Diana Amira.

Dapat 100 plus pun best jugak ni. Kering tekak bila diam lama sangat.”, kata Diana Amira apabila dirinya sangat bosan duduk di dalam kereta yang dipandu oleh Aiman Hakim tanpa sebarang perbualan ringkas.

Tiba-tiba sahaja Aiman Hakim memberhentikan keretanya di bahu jalan lalu dia keluar menuju ke kedai runcit meninggalkan Diana Amira di dalam kereta. Tidak lama kemudian, Aiman Hakim muncul sambil ditangannya memegang sebotol air 100 plus.

Diana Amira tergelak kecil melihat tindakan Aiman Hakim yang berada di luar jangkaannya. Air 100 plus yang dibeli kini bertukar tangan. “Terima kasih.”, ungkap Amira.

Aiman Hakim tersenyum kecil.

*****************************************************************************

Sebaik saja wajah Diana Amira muncul dihadapan muka pintu , berkejar-kejaran adik-adiknya mendapatkan dirinya.

“Akak beli ape je?”, soal adik bongsunya , Safarah Aina.

Nah, untuk korang.”, Diana Amira menghulurkan dua beg kertas kepada adik-adiknya.

“Abang Hakim belikan eyh?”, soal Alia.

Suka hatilah nak anggap siapa yang beli. Nak mandi.”, balas Amira menuju ke bilik tidurnya.

Selesai sahaja Diana Amira membersihkan dirinya , pintu biliknya diketuk dan wajah emak kesayangan muncul di muka pintu.

Nak tidur dah ke?”, soal emaknya.

“Aah. Penat. Tapi kan , baju-baju tadi semuanya cantik mak. Macam-macam pattern.”, balas Amira membuka ceritanya sedikit.

Kepala Diana Amira diusap lembut , “Hakim macam mana? Suka tak?”.

Okay lah kot. Entah la.”, jawab Amira selamba.

“Besar dah anak mak. Nak kahwin da pun.”

Diana Amira menunduk ke bawah.

Suka Hazim tak?”

“Entah la. Tak rasa apa-apa lagi.”

*****************************************************************************

Selesai saja aturcara akad pernikahan antara Aiman Hakim dan Diana Amira kini mereka berdua sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz. Syukur Alhamdulillah. Di dalam bilik pengantin , seluruh ahli keluarga berkerumun untuk mengambil gambar dengan pengantin. Aiman Hakim dan Diana Amira yang masih berasa janggal dengan diri masing-masing merasa malu apabila diarahkan oleh jurukamera supaya memberikan posing yang lebih cantik dan menarik.

Keesokannya , majlis bersanding diadakan di kawasan taman perumahan Diana Amira. Acara disambut dengan meriah disertai oleh paluan kompang. Ramai sahabat yang rapat menghadirkan diri dalam majlis perkahwinan Diana Amira dan suaminya. Ucapan tahniah kepada pasangan mempelai tidak putus-putus diterima oleh mereka. Sekali sekala Diana Amira diusik oleh rakan-rakan yang hadir dalam majlis tersebut.

Penat dan letih. Itulah perkara yang paling dirasai oleh Aiman Hakim dan Diana Amira. Disebabkan rumah Diana Amira sibuk dihuni oleh sanak-saudaranya mereka berdua disuruh berehat di rumah keluarga Aiman Hakim.

“Ayah dah uruskan pasal rumah kamu berdua. Dekat dengan tempat kerja Akim. Semua barang dalam rumah tu dah lengkap. Mira jangan risau.”, kata bapa mertua Diana Amira kepadanya.

Diana Amira mengangguk lalu mengucapkan terima kasih.

Kita pergi tengok sama-sama ye.”, kata mak mertua Diana Amira pula.

Diana Amira mengangguk lagi , “Ye cik Murni. Eh.. I...Ibu.” , gagap Diana Amira kemudiannya disambung gelak tawa oleh mak mertuanya itu.

“Dah la tu. Dorang dah penat tu. Pergi la masuk bilik.”, arah ayah Hakim.

Diana Amira mula tidak sedap hati dan Aiman Hakim pula masih tidak dapat menyesuaikan dirinya  dengan Diana Amira didalam bilik tidurnya sendiri. Dia masih perlukan masa untuk rapat dengan Diana Amira.

Sebaik sahaja Diana Amira keluar dari bilik mandi dengan baju tidur siap disarung , disuruhnya Aiman Hakim pula membersihkan diri. Selesai sahaja Aiman Hakim membersihkan diri dia mencapai tuala kering lalu dibalut badannya dengan tuala tersebut. Dia menjenguk kepala keluar cuba mencari bayang Diana Amira namun tidak kelihatan. Dilihatnya Diana Amira sedang tidur lena di sebuah kerusi panjang.

Hakim menggelengkan kepalanya.

*****************************************************************************

Keesokan paginya , jam di sisi katil berbunyi dan jari jemari Diana Amira cuba mencari arah bunyi tersebut. Selepas bunyi jam loceng dimatikan , jam menunjukkan 6:00 pagi.

“Subuh!”, bisik Diana Amira perlahan.

Apabila dia cuba bangun dari tempat tidurnya , didapati bahawa dirinya kini berada di atas katil yang empuk tilamnya. Terus sahaja dipegang baju tidur yang masih tersarung selamat ditubuhnya, dicari pula tubuh Aiman Hakim di sebelahnya namun Aiman Hakim tidak tidur sekatil dengannya.

Fuhhh...’, Diana Amira menarik nafas panjang. Kini matanya melilau mencari tubuh Aiman Hakim didalam bilik yang separa gelap itu. Dilihatnya Aiman Hakim sedang tidur di atas sebuah kerusi panjang dimana sepatutnya dia tempat dia tidur semalam. Diana Amira tersenyum kecil.

Diana Amira bangun dari tempat tidurnya menuju ke arah Aiman Hakim yang sedang nyenyak tidur. “Awak... awak.”, Amira mencuit bahu Hakim yang sedang lena tidur.

Tiada tindak balas yang diterima dari Aiman Hakim. Diana Amira tidak berputus asa dan terus menerus mencuit Aiman Hakim untuk menyuruh lelaki tersebut bangun dari tidurnya menunaikan solat fardhu Subuh. Jam dinding menunjukkan 6:20 pagi , Diana Amira terus menuju ke bilik air untuk mengambil membersihkan diri.

Sebaik sahaja kaki kanan Diana Amira melangkah keluar dari pintu bilik air dia hampir terkejut melihat Aiman Hakim yang kini berdiri di hadapan pintu bilik air beserta tuala putih yang menutup kepalanya. “Isshh, terkejut tahu! Tepi sikit.”, kata Diana Amira geram.

Selesai sahaja menunaikan solat Subuh , Amira melipat kain telekung dan sejadah lalu diletakkan di atas kerusi. Dua puluh minit lagi sebelum jam menunjukkan 7 pagi. Setahunya , rumah keluarga Aiman Hakim mempunyai halaman rumah yang cantik jadi dia membuat keputusan untuk mengambil angin pagi.

*****************************************************************************

Selepas membersihkan diri , Aiman Hakim melangkah keluar dari bilik air lalu menuju ke almarinya untuk menukar baju. Dilihatnya bilik yang sudah diterangi lampu itu sunyi. Bayang Diana Amira tidak kelihatan di dalam bilik tidurnya. Sangkanya Amira pasti menuju ke dapur untuk mengisi perut. Kemudian Aiman Hakim menyiapkan diri untuk menunaikan solat Subuh.

*****************************************************************************

Halaman rumah yang dihiasi pelbagai tanaman bunga dan pokok-pokok hijau dilihatnya satu persatu. Sungguh dia berasa kagum dengan hasil tanaman yang dijaga baik oleh mak mertuanya. Dilihatnya sebuah kerusi batu di bawah pohon yang rendang terletak di sudut halaman rumah.

“Suka tinggal sini?”, Diana Amira dikejutkan oleh kehadiran ibu mertuanya , Puan Murni.

Diana Amira mengangguk , “Cantik taman ni.”

Puan Murni melemparkan senyuman , “Selalunya Akim dengan Erul yang rajin tanam-tanam ni. Ibu jaga-jaga macam tu je.”

Diana Amira masih tidak dapat membiasakan dirinya. Tidak tahu apa yang harus dibualkan oleh dia dengan ibu mertuanya itu. Sudah beberapa tahun dia tidak mendengar khabar dari keluarga tersebut. Selepas pertemuan mereka sekeluarga tiga bulan yang lalu , Puan Murni rajin bertanya khabar mengenai dirinya namun perbualan ditelefon tidak pernah panjang disebabkan sifat Diana Amira sendiri yang tidak pandai bergaul dengan orang yang lebih tua darinya.

Akim dah bangun?”, soal Puan Murni.

Dah bu.”, balas Amira.

“Dia tidur balik ke? Selalunya lepas Subuh anak ibu tu memang akan sambung tidur.”

Amira menggeleng tidak tahu. “Selalunya sarapan masak apa bu?”, Amira menukar topik.

Puan Murni tersenyum , “Mira masakkan Nasi Goreng boleh?”, pinta ibu mertuanya.

Amira mengangguk sambil mengukir senyuman , “Mira masuk dapur dulu.”, balas Amira kemudiannya bangun dari tempat duduknya. Apabila dia melihat ibu mertuanya juga turut bangun dari tempat duduk cepat-cepat dia menyuruh ibunya duduk semula. “Ibu jangan intai tau. Mira boleh buat sendiri.”, pesan Amira kepada ibu mertuanya lalu menuju ke pintu hadapan rumah.

Dari jauh Puan Murni melihat Diana Amira terkocoh-kocoh masuk ke rumah tidak membenarkan dirinya masuk ke dalam mula mengukir senyuman. Hatinya gembira dapat bermenantukan Diana Amira di dalam keluarga nya.

*****************************************************************************

Menyediakan nasi goreng sebagai sarapan pagi bukan lah menjadi masalah bagi Diana Amira. Namun, disebabkan hidangan ini akan menjadi hidangan pertama darinya untuk keluarga mertuanya  jadi dia melakukannya dengan berhati-hati serta memastikan masakannya diterima di dalam keluarga tersebut.

Tidak lama kemudian , hidangan nasi goreng serta teh panas siap terhidang di atas meja makan. Diana Amira menggantungkan semula apron yang dipakainya ditempat asal. Kemudian dia menoleh kiri dan kanannya untuk memastikan tiada seorang pun ahli keluarga yang berada berdekatan dengan dapur.

‘Fhewww. Bismillahirrahmanirrahim...’, bisik Diana Amira di dalam hatinya lalu keluar menuju ke halaman rumah untuk memanggil ibu mertuanya.

*****************************************************************************

Tidak seperti biasa , Aiman Hakim tidak menyambung tidurnya selepas subuh. Selepas menunaikan solat subuh , dia melihat Diana Amira sedang mengambil angin di halaman rumahnya dari tingkap biliknya. Diperhati tindak-tanduk Diana Amira yang sedang membelek pokok-pokok bunga yang ditanamnya di taman. Tidak lama kemudian , hatinya menjadi tidak tentu arah sebaik sahaja ibunya muncul lalu melihat mereka berbual di kerusi batu yang terletak di sudut halaman rumah. Hatinya risau jika ibunya mula bercerita yang bukan-bukan kepada Diana Amira , isterinya. Kali ini telinganya juga memainkan peranan yang penting, dia cuba mencuri dengar perbualan antara kedua orang wanita yang tinggal di dalam rumahnya.

Sebaik sahaja Aiman Hakim melihat Diana Amira bangun dari tempat duduknya berjalan masuk ke dalam rumah, perlahan-lahan kaki Aiman Hakim melangkah keluar bilik untuk melihat apa yang cuba dilakukan oleh isterinya itu. Langkah demi langkah Aiman Hakim menuruni anak tangganya dengan berhati-hati agar Diana Amira tidak perasan akan kelibatnya yang berniat untuk mengintai isterinya yang sedang sibuk di dapur.

Aiman Hakim menyorokkan diri di balik kabinet berdekatan dengan dapur rumahnya sambil melihat Diana Amira yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan sarapan. ‘Ibu cakap dia pandai masak. Mesti sedap ni.’ , bisik hati Hakim.

*****************************************************************************

Semua ahli keluarga Aiman Hakim termasuk Diana Amira sendiri kini sedang menjamu selera di meja makan. Sekali-sekala Diana Amira akan mencuri pandang ke arah bapa dan ibu mertuanya serta adik iparnya yang sedang makan. Hatinya tertanya-tanya mengenai reaksi wajah yang dipamerkan oleh mereka bertiga sama ada menyukai masakannya atau tidak.

“Okay tak?”, soal Amira yang penasaran tidak sabar ingin tahu sambil dirinya melihat ke arah wajah ibu mertuanya.

Puan Murni tersenyum begitu juga bapa mertuanya , Encik Abdullah. Hati Diana Amira menjadi sedikit lega namun reaksi yang diterima tidak memuaskan hatinya.

“Pandai Kak Mira masak. Dari dulu lagi teringin nak rasa Kak Mira masak. Mak cik Ana selalu cakap Kak Mira masak memang sedap.” , puji Hairul ke atas masakan kakak iparnya itu.

Pujian yang diberi Hairul membuatkan Diana Amira tersenyum sambil dirinya menghela nafas kecil.

“Akim suka tak?”, soal Puan Murni kepada anaknya.

“Ha? Aa, okay je.”, jawab Aiman Hakim pendek.

Diana Amira hanya tersenyum , dia lupa untuk mendapatkan reaksi daripada suami yang duduk disebelahnya itu.

“Okay je?”, soal bapa mertua Amira yang tidak puas hati dengan jawapan tersebut.

“Hmm, takpe la. Perlahan-lahan makan. Tengah hari nanti masih ada peluang.”, senyum emak mertua Amira.

“Malam tadi tidur lena tak?”, soal bapa mertua Amira.

Belum sempat Diana Amira memberikan jawapan , tiba-tiba sahaja Aiman Hakim tersedak dari makannya. Melihat kejadian itu, cepat-cepat Amira menuangkan air masak ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Aiman Hakim. Aiman Hakim meneguk air tu perlahan-lahan sambil belakang badannya ditepuk perlahan oleh Diana Amira. Mukanya mula kemerahan.

“Tu la. Makan jangan gelojoh sangat.”, nasihat Puan Murni kepada anak lelakinya.

“Mesti abang pikir lain ni.”, celah Hairul pula.                                

Kini telinga Aiman Hakim pula menjadi merah. Dia malu dengan usikan adiknya itu. Diana Amira yang duduk disebelahnya hanya mendiamkan diri bersikap selamba.

“Biarlah dia nak pikir apa. Jangan usik abang kamu tu.”, sampuk ayah kepada Hakim dan Hairul.

“Dah bincang kat mana tempat korang berdua pergi berbulan madu?”, soal ayah Hakim.


Aiman Hakim menggelengkan kepalanya begitu juga Diana Amira.

*****************************************************************************

Selepas makan tengah hari dan solat Zohor , mereka sekeluarga menuju ke sebuah kawasan taman perumahan yang jaraknya melebihi satu jam dari rumah keluarga Aiman Hakim dengan kereta yang berasingan. Setibanya mereka ke destinasi yang ingin dituju , Encik Abdullah membawa mereka memasuki ke sebuah rumah teres sederhana besar lalu ditunjukkan sekeliling rumah tersebut kepada ahli keluarganya.

“Besar la rumah ni kalau nak tinggal dua orang je Ayah.”, kata Amira kepada bapa mertuanya.

“Takpe. Lama-lama nanti penuhlah rumah ni nanti.”, balas ayah kepada Amira.

Diana Amira hanya tersenyum kecil mendengar usikan dari bapa mertuanya yang kini dia harus membiasakan diri untuk memanggil Encik Abdullah dengan panggilan Ayah.

“Harini ayah nak kamu berdua tidur sini. Besok baru ambil barang dekat rumah.”, putus ayah.

Aiman Hakim dan Diana Amira masing-masing membulatkan mata apabila mendengar keputusan yang dibuat ayah.

Tapi... baju?”, soal Amira.

“Mak kamu dah kirimkan baju-baju kat ibu. Ibu dah letak dekat bilik kamu tidur kamu berdua.”, jawab ibu.

“Akim bu?”, soal Aiman Hakim bertanyakan pula mengenai dirinya.

“Erul dah letakkan kat bilik abang Akim dengan Kak Mira.”, balas Hairul pula.

Wajah Aiman Hakim dan Diana Amira saling berpandangan. Tidak lama. Setengah jam kemudian Encik Abdullah , Puan Murni dan Hairul beredar meninggalkan Aiman Hakim dan Diana Amira di rumah baru mereka.

Bersambung..

p/s : Thanks for reading.