Thursday 8 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 11


Aku Cinta Padamu : Part 11

Di kediaman Vila Harmoni.

“Assalamualaikum.”, kedengaran huluran salam dari luar rumah.

Farisha Aulia yang dapat meneka kehadiran seseorang yang dikenali segera membuka pintu untuk menyambut tetamu tersebut , “Kak Anim!” , kedatangan Farah Hanim ke kediaman tersebut disambut mesra oleh Farisha Aulia.

Farisha Aulia kemudiannya menarik lengan Farah Hanim menuju ke dalam rumah , “Jom masuk. Ibu dengan Mak Ipah ada kat dalam.”

“Assalamualaikum mak cik.”, ucapan salam dari Farah Hanim sebaik sahaja dia melihat Datin Ruby dan Mak Ipah sedang menghidangkan lauk di dapur.

“Waalaikumussalam.”, balas Datin Ruby dan Mak Ipah serentak. “Jemput duduk Anim.”, arah Datin Ruby.

“Maaf la kalau kedatangan Anim ni menyusahkan semua orang.”, kata Farah Hanim kemudiannya menghulurkan buah tangan yang dibeli di pasaraya tadi kepada Farisha Aulia.

Farisha Aulia melihat isi di dalam beg plastik yang dihulur Farah Hanim , “Waahh. Favourite Isha! Ferrero Rocher! Thanks Kak Anim.”

Farah Hanim tersenyum.

“Semua dah siap hidang. Dah boleh makan dah ni.”, kata Mak Ipah.

Mereka berempat sama-sama duduk di atas meja makan dan menjamu selera bersama-sama.

Selepas makan , Farisha Aulia dan Farah Hanim meluangkan masa dengan berbual di ruang tamu. Datin Ruby sedang menjawab panggilan telefon dari rakannya, manakala Mak Ipah sedang membersihkan ruang dapur.

“Kak Anim sekarang dah jarang nak datang rumah Isha.”, kata Farisha Aulia.

Farah Hanim tersenyum , “Sorry okay, since last week lagi Kak Anim busy dekat office. Banyak kerja yang nak kena settle on time. Lagi pun, Isha kan ada exam, Kak Anim tak nak kacau. Isha kena study tumpukan perhatian terhadap pelajaran.”

Farisha Aulia mengangguk faham , “Aduh kak, Isha pergi toilet jap. Sakit perut pulak ni.”, kata Farisha Aulia yang sedang memegang perutnya menuju ke tandas.

Farah Hanim kemudiannya mengambil majalah yang terletak di atas meja lalu membeleknya seketika.

“Assalamualaikum.”, wajah Fakhrul Izwan muncul di muka pintu.

Farah Hanim menjawab salam tersebut sambil menoleh ke arah belakang untuk melihat gerangan manusia yang memberi salam.

“Eh, Anim.”, tegur Fakhrul Izwan.

Farah Hanim hanya tersenyum tidak berkata apa-apa.

“Mana yang lain?”, soal Fakhrul Izwan melihatkan ruang tamu rumahnya yang sepi melainkan kelibat Farah Hanim.

“Isha pergi toilet. Mak cik kat bilik dia.”, balas Farah Hanim ringkas.

Fakhrul Izwan mengambil tempat duduknya di bertentangan dengan Farah Hanim , “Dah lama ke sampai?”

“Tak lama pun. Baru je selesai makan tadi.”

“Oh, kira lama jugak tu.”

Farah Hanim terdiam tidak tahu mahu berkata apa. Dia memang failed bab nak beramah-mesra dengan orang lelaki yang bukan kenalan rapatnya.

“Abang Iwan dah balik?”, sapa Farisha Aulia yang kini sedang menuju ke ruang tamu.

“Baru je balik.”, balas Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia mengambil tempat duduknya disebelah Farah Hanim , “Mmm, mesti Kak Anim rasa tak selesa bila Abang Iwan ada kat sini kan? Jom la kita naik bilik Isha.”

Farah Hanim tersentap , ‘Tak selesa? Haa.. boleh dikatakan macam tu la. Bijak betul Isha ni.’

“Eh, kenapa pulak? Abang tak de kawan ni. Kesian la kat abang.”, luah Fakhrul Izwan apabila mendengarkan adiknya mahu meninggalkan dia keseorangan di ruang tamu.

“Kalau macam tu, kita nak buat apa?”, soal Farisha Aulia.

“Isha nak buat apa?”, soal Fakhrul Izwan.

“Keluar jalan-jalan jom?”, cadang Farisha Aulia.

“Okay jom!”, Fakhrul Izwan setuju tanpa banyak bicara.

“Kejap Isha pergi salin baju.”, Farisha Aulia menuju ke bilik tidurnya untuk menyalin pakaian.

Farah Hanim ikutkan saja rentak Farisha Aulia yang kelihatannya sudah lama tidak keluar dari rumah.

Fakhrul Izwan memandang ke arah Farah Hanim , “Anim tak busy kan?”

Farah Hanim menggelengkan kepala , “Ikut je.”

****************************************************************************

Di apartment Intan.

“Sha.. you know what? Fakhrul ajak I kahwin.”, kata Intan yang terus menghubungi sahabat baiknya Sasha sebaik sahaja sampai di apartment nya.

“Are you kidding me?”, soal Sasha yang berada di hujung talian.

“Of course I am not darling. I tak ready lagi lah you. Sorry lah kalau nak I kahwin dengan dia sekarang , I just nak kikis duit dia je untuk I.”

“Darren you nak letak mana Intan?”

“Tu satu hal.”

“You terima ke?”

“Ya tidak lah sayangku. I takkan kahwin sekali I habis-habisan enjoy dengan life I. I tipu dia yang next month I ada show dekat Paris and kerja kat sana.”

“That’s my darling.”, kata Sasha yang kemudiannya menghamburkan gelak tawa.

****************************************************************************

Lilo Mall.

“Abang Iwan.. kita makan ice-cream nak? Kempunan ni.”, cadang Farisha Aulia.

“Boleh adikku sayang. Jom.”, balas Fakhrul Izwan kemudiannya memegang erat pergelangan tangan adiknya.

Farah Hanim yang melihat kasih sayang antara abang adik itu susul sahaja dari belakang.

Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia sudah mendapatkan perisa aiskrim kegemaran mereka. Manakala Farah Hanim masih lagi memilih perisa aiskrim yang dimahukannya.

Setelah selesai , Farah Hanim menuju ke arah meja Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia yang sedang menunggunya di meja.

Tidak semena-mena Farah Hanim hilang keseimbangan akibat berlanggar dengan kanak-kanak yang berlari-lari berdekatan dengannya. Aiskrimnya tertumpah di atas meja. Farah Hanim sempat memaut pada kerusi manakala dua orang budak yang saling berlanggar dengannya terjatuh di atas lantai.

Farah Hanim segera berdiri kemudian dia mengangkat dua kanak-kanak cina yang jatuh tadi sambil mengucapkan kata maaf , “I’m sorry boys.”

“It’s okay.”, balas dua orang budak tersebut kemudiannya berlari-lari mendapatkan ibu mereka.

“Kak Anim.”, panggil Farisha Aulia.

Farah Hanim memandang ke arah Farisha Aulia dan Fakhrul Izwan.

“Oopss. Sorry!!”, dengan segera Farah Hanim mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu menyapu bahu Fakhrul Izwan yang kotor akibat aiskrim yang ditumpahkan oleh Farah Hanim. “Sorry sangat, tak sengaja ni.”

Perbuatan Farah Hanim membuatkan Fakhrul Izwan tergamam. Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup kencang melihatkan Farah Hanim beria-ia membersihkan kotoran di bajunya.

“Nanti Anim beli kan baju baru eh. Sorry eh.”, ikhlas Farah Hanim mengungkapkan kata maaf.

Fakhrul Izwan tersedar dari lamunan , “Eh. Takpe takpe. Lagi pun Anim tak sengaja kan.”

“Sorry.”, sekali lagi Farah Hanim meminta maaf.

Gelagat kelam kabut Farah Hanim membuatkan Farisha Aulia geli hati melihat keletahnya. “Kak Anim, relaks.. Abang Iwan bukannya cedera kat mana-mana pun.”, kata Farisha Aulia menenangkan Farah Hanim.

****************************************************************************

Malam. Kediaman Vila Harmoni.
Kamar tidur Fakhrul Izwan.

Tidak boleh melelapkan mata. Itulah keadaan yang jelas menggambarkan keadaan Fakhrul Izwan sekarang. Mindanya asyik bermain-main dengan wajah Farah Hanim yang sering muncul di fikiran. Dia tidak dapat melupakan detik yang berlaku siang tadi. Hatinya berdegup tidak menentu sejak Farah Hanim mula membersihkan kotoran yang terkena di bajunya.

Sikap prihatin dan kebertanggungjawab Farah Hanim mengusik hatinya. “Intan?”, tetiba dia bersuara.

‘Intan kan awek aku.’, getus Fakhrul Izwan di dalam hati.

****************************************************************************

Beberapa hari kemudian Farisha Aulia pulang dari sekolah dengan membawa satu beg kertas menuju ke bilik abangnya. “Eh, awalnya abang balik hari ni.”

Fakhrul Izwan yang sedang duduk di atas meja kerjanya tersenyum kecil , “Abang ambil cuti separuh hari. Penat la.”

Farisha Aulia mengangguk kecil , “Nah.”, dihulurnya satu beg kertas kepada abangnya.

“Apa ni?”

“Hadiah.”

“Hadiah?”, soal Fakhrul Izwan semula.

Farisha Aulia mengangguk.

Fakhrul Izwan mengeluarkan isi yang berada di dalam beg kertas tersebut. ‘Baju?’, katanya di dalam hati melihatkan kemeja lengan panjang berwarna biru.

“Kak Anim yang bagi.”, kata Farisha Aulia. “Kak Anim cakap dia mintak maaf sebab kotorkan baju abang semalam.”

Fakhrul Izwan tersenyum kecil , “Baik jugak kakak Isha tu erk. Sanggup belikan baju baru untuk abang.”

Farisha Aulia membuat muka , “Abang jangan nak perasan lebih okay. Kak Anim nak mintak maaf je. Kak Anim memang baik dengan semua orang.”

“Salah ke abang nak perasan sendiri?”

“Tak boleh. Kak Anim dah berpunya.”, tegas Farisha Aulia.

“Siapa punya?”, soal Fakhrul Izwan.

“Ade la. Mana boleh bagitahu.”

****************************************************************************

Pagi ahad Fakhrul Izwan pergi menjenguk kekasihnya Intan di apartment wanita tersebut. Pintu rumah Intan cuba diketuk namun tiada suara yang menyahut. Fakhrul Izwan cuba memulas tombol , terkejut dibuatnya kerana Intan tidak menguncikan pintu rumahnya.

Fakhrul Izwan sudah membayangkan perkara yang bukan-bukan berlaku terhadap diri Intan. Dia segera masuk ke dalam rumah tersebut lalu mencari bayang Intan. Ruang tamu rumah tersebut sepi tanpa bunyi. Tidak lama kemudian telinga Fakhrul Izwan menangkap bunyi gelak tawa Intan dan suara seorang lelaki dari arah bilik tidur Intan.

Perlahan Fakhrul Izwan melangkah menuju ke bilik tidur Intan. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat dikuaknya perlahan. Terbuntang mata Fakhrul Izwan apabila dia melihat Intan kini sedang berpelukan dengan seorang lelaki berwajah kacukan mat saleh sedang bermesraan berdua di atas katil.

“Intan!”, jerit Fakhrul Izwan marah.

Intan dan lelaki yang sedang berpelukan di atas katil itu terkejut melihat keberadaan Fakhrul Izwan di hadapan mereka.

“Apa kau buat ni?”, teriak Fakhrul Izwan sekali lagi.

Wajah Intan selamba sahaja menunjukkan riak wajah yang tidak bersalah kepada Fakhrul Izwan. “Yeah... seperti yang you nampak sekarang. I curang dengan you, puas?”, jawab Intan selamba.

Fakhrul Izwan terkesima mendengarkan jawapan dari mulut Intan , “Tapi kita kan nak kahwin tak lama lagi?”

“Kahwin? Hell no darling. I takkan kahwin dengan lelaki macam you. I takkan tinggalkan karier I semata-mata untuk you!”, terang Intan.

Genggaman tangan ditahannya kuat. Kini perasaan marah menyelubungi dirinya. Fakhrul Izwan keluar dari rumah Intan dengan hatinya sakit bagai ditusuk pisau yang diasah tajam.

****************************************************************************

Kafe makan.

Hampir tersedak Farid mendengar cerita dari mulut Farah Hanim. Hafiz hanya tersenyum saja melihat keletah Farid.

“Kahwin Nim? Nenek nak kau kahwin?”, soal Farid terkejut.

Hafiz tersenyum , “Baguslah tu Nim. Susah nak cari perempuan yang nak kahwin awal macam kau sekarang ni.”

Farah Hanim mengeluh.

“Dah ada calon ke? Macam takde je..”, tambah Farid.

“Tentu lah belum!”, balas Farah Hanim.

“Kahwin dengan aku je lah Anim. Family kita pun kenal rapat.”, cadang Farid.

Farah Hanim membeliakkan mata , “Kau gila? Tak nak aku! Aku tak mungkin dapat bertahan hidup dengan lelaki mata keranjang macam kau.”

“Hek ala. Jual mahal erk kau. Aku gurau je lah. Jangan la cakap macam tu, kecik hati tau.”, rajuk Farid.

“Alaa.. sorry okay? Okay?”, pujuk Farah Hanim semula.

“Dah dah la tu nak merajuk Farid. Kau ni kata je jantan.”, sampuk Hafiz. “Anim, dah tu macam mana sekarang?”

“Macam mana apanya? Aku pun tengah kusut sekarang. Nenek nak sangat tengok aku kahwin katanya.”, balas Farah Hanim.

“Kau relax je dulu. Nanti aku cari calon untuk kau kat office aku. Tengok la mana-mana yang sesuai untuk kau.”, usik Hafiz.

Farah Hanim dah mengangkat kening.

“Malam karang aku pergi surau kat rumah kita tu. Aku carikan ustaz muda untuk kau eh.”, cadang Farid pula.

Farah Hanim mencebik , “Rajin ke kau pergi surau dekat rumah tu?”

“Gurau kasar tu Anim.”, balas Farid.

****************************************************************************

Vila Harmoni.
Bilik tidur Fakhrul Izwan.

*pranggg*

Sebaik sahaja Fakhrul Izwan memasuki ruang biliknya , dia menumbuk cermin dinding hingga pecah. Hatinya panas dan kini tangan kanannya pula berdarah.

*knock knock*

“Iwan.... Iwan... bukak pintu ni nak.”, kedengaran suara Mak Ipah memanggil Fakhrul Izwan dari luar bilik. Seperti kebiasaannya, Mak Ipah tidak akan memasuki ruang bilik anak teruna tersebut tanpa keizinan Fakhrul Izwan walaupun pintu bilik tersebut tidak berkunci.

Mak Ipah berasa resah menunggu jawapan Fakhrul Izwan dari luar bilik. Tiada sahutan disambut. Mak Ipah menuruni anak tangga mencapai telefon rumah lalu mendail nombor telefon Datin Ruby yang keluar dengan Farisha Aulia membeli-belah.

“Assalamualaikum datin. Datin, Iwan.. Iwan mengamuk dalam bilik dia datin. Mak Ipah tak tahu dia buat apa kat dalam bilik tu.”, cerita Mak Ipah sebaik sahaja Datin Ruby menjawab panggilannya.

“Ha? Okay okay, saya dengan Isha balik sekarang.”, jawab Datin Ruby yang terkejut mendengar berita dari Mak Ipah. Hal tersebut tidak dimaklumkannya kepada Dato’ Rahim kerana suaminya itu sedang ada urusan penting yang melibatkan urusan syarikat dengan sahabatnya.

45 minit kemudian.

Kereta yang dinaiki Datin Ruby dan Farisha Aulia memasuki kawasan garaj kereta. Mereka berdua bergegas keluar dari perut kereta dan menuju masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mak Ipah sedang berdiri di hadapan pintu bilik Fakhrul Izwan kebimbangan.

“Mana Iwan?”, soal Datin Ruby.

“Kat dalam datin. Mak Ipah tak berani masuk.”, balas Mak Ipah.

Datin Ruby memulas tombol pintu bilik Fakhrul Izwan , dia dan Farisha Aulia melangkah masuk ke dalam bilik Fakhrul Izwan.

“Astagfirullahalazim.. Mak Ipah, cepat bawakkan air dan kain. Tangan Iwan berdarah ni.”, arah Datin Ruby.

Farisha Aulia menekup mulutnya sebaik sahaja melihat keadaan abangnya yang berlumuran darah dan cermin dinding di bilik abangnya pecah.

“Kenapa ni Iwan? Kenapa tangan berdarah ni.”, risau Datin Ruby jelas terpancar.

bersambung...

p/s : Thanks sangat yang sudi dropped komen and support karya Nia. Hehee. 
Ni yang bertambah semangat ni. Hehehe




2 comments:

Anizz Annisa said...

tentu iwan kecewa kan..hurrmm jahatnye intan..ingat betul2 sayang dekat iwan..haishh..geramnyee..harap2 iwan cepat2 masuk minang anim..hehehehe..

Unknown said...

ala tengah feel syok2 dah abes pulak.. hehehe