Friday 18 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 1


Aku Cinta Padamu : Part 1

Mak Kiah melihat sahaja gelagat Farah Hanim yang sedang menjamu selera di dapur. Dia menggelengkan kepala melihat Hanim yang kini sudah kali ke tiga dia menambah nasi ke dalam pinggan makannya. Hanim yang perasan kehadiran Mak Kiah ke dapur hanya tersengih kecil.

“Sedap sangat ke Anim?”

“Sedap la Mak Kiah.. Tambah pulak Anim tengah lapar gila ni!!”, balas Hanim.

Mak Kiah tersengih, “Bukan semalam Anim cakap nak diet ke?”

Hanim tidak mempedulikan pertanyaan Mak Kiah.

“Anim..”, panggil Mak Kiah yang inginkan jawapan.

“Itu semalam Mak Kiah, bagilah Anim ‘cheat day’ untuk hari ni, stress tau dengan final paper tadi. Hanim lapar sangat ni.”

“Apa-apa je lah Anim, orang dah habis SPM kan. Mak Kiah senang tengok Anim suka makan masakan Mak Kiah. Tapi badan tu kena la jaga jugak. Awak tu perempuan , nanti tak ada lelaki yang mahu kan awak.”, pesan Mak Kiah.

Hanim menyudahkan suapan nasi terakhirnya , “Alhamdulillah. Kenyang. Terima kasih Mak Kiah untuk makanan tengah hari ni.”

Mak Kiah menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

Ya. Farah Hanim akui bahawa fizikal tubuh badannya memang besar tetapi dia tidak memikirkannya sangat sebab dia tidak pernah fikir akan cakap orang-orang. Dia mahu buat apa yang dia suka, dia suka makan, jadi dia akan makan apa-apa sahaja yang dia mahu.

************************************************************************

Farid, Hafiz dan Farah Hanim meluangkan masa bersama-sama lepak di kedai makan berdekatan dengan kawasan kediaman rumah. Hafiz sudah membuat perancangan bahawa sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM , dia akan belanja Farid dan Farah makan di kedai mamak.

“Terima kasih Apis sebab belanja kiteowang ni.”, ucap Farid gembira.

“Apa ada hal. Kata kawan dari kecik. Ni pun nak berkira memang payah la.”, balas Farid.

Farah Hanim tidak mempedulikan perbualan di antara Farid dan Hafiz , dia hanya fokus pada mee goreng mamak kesukaannya.

Hafiz menggelengkan kepalanya , “Anim, kau telan aje la pinggan tu sekali.”

“Kalau boleh dah lama aku buat la Apis. Mee goreng ni kalau beli sendiri dengan orang belanja memang lain rasa dia kan? Sedap dia dua tiga kali ganda!!!”, kata Farah Hanim tersengih.

“Kau bab membodek memang tak boleh kalah!”, sampuk Farid.

Selesai sahaja makan, Hafiz menuju ke meja kaunter untuk bayar bil makan. Tidak lama kemudian dia menuju ke luar kedai makan mendapatkan Farid dan Farah yang menunggunya di luar.

“Thanks Apis.”, serentak Farid dan Farah mengucapkan tanda terima kasih.

“Sama-sama.”, Hafiz membalas dengan senyuman.

“Bila lagi agaknya kita boleh lepak macam ni lagi erk? Nanti masing-masing dah busy and susah nak lepak sama-sama.”, kata Farid.

“Aku nak cari bini lah lepas ni. Boleh teman aku 24 jam.”, Hafiz senyum sumbing.

“Dah ada calon ke Apis?”, soal Farah Hanim.

Hafiz menjungkit bahu , “Nanti-nanti lah aku cari.”

Farid tersenyum, “Kalau kau nak aku boleh tolong carikan. Banyak dalam list contact aku ni haa.”

“Err.. Farid pulak... Tentulah banyak awek keliling pinggang. Tunggu je lah bila bakal isteri dah muncul, aku report semuanya.”, kata Farah Hanim.

“Adoi , jangan la macam tu Anim.”

“Gurau je lahh.”

Mereka bertiga menghamburkan tawa sambil menuju ke rumah Farah Hanim untuk menghantarnya pulang.

Di hadapan rumah Farah Hanim.

“Thanks korang.”, ucap Farah Hanim.

“Sama-sama, take care.”, serentak Farid dan Hafiz membalas lalu meninggalkan Farah Hanim yang sudah berada di hadapan pintu pagar rumahnya.

Itulah kebiasaannya. Farid dan Hafiz tidak akan pernah senang jika tidak menghantar Farah Hanim sehingga la budak perempuan itu terpacak di hadapan pintu pagar rumah. Mereka bertiga sudah berkawan sejak kecil dan keluarga mereka juga bersahabat baik. Sejak kecil lagi Farah Hanim selalu dibuli oleh budak-budak sekolah dek badan nya yang gempal, tetapi Farid dan Hafiz juga lah hero yang selalu melindungi dirinya dari dibuli dan diherdik.

************************************************************************

Mak Kiah , Anim nak pergi kedai depan tu kejap. Nak kirim apa-apa tak?”, soal Farah Hanim kepada Mak Kiah yang sedang memasak di dapur.

“Tak de Anim. Hati-hati.”, pesan Mak Kiah.

“Baik bos.”, Hanim keluar dari rumah selepas meminum segelas air masak dari atas meja makan.

************************************************************************

Farah Hanim menghulurkan not RM10 selepas mendapatkan aiskrim Magnum kegemarannya. Selepas mendapat baki, dia keluar dari kedai runcit tersebut dan menikmati aiskrim kegemarannya di luar kedai. Di seberang jalan dia memerhatikan seorang budak perempuan kecil yang terpinga-pinga di tepi jalan.

‘Eh, mana parents dia?’, soal Farah Hanim di dalam hati sambil melihat keadaan sekeliling mencari bayang orang dewasa yang mungkin merupakan ahli keluarga budak perempuan tersebut.

Bunyi hon kereta dari jauh meragut perhatian Farah Hanim untuk melihat ke arah budak perempuan yang kelihatannya cuba melintas jalan raya tanpa pengawasan orang dewasa. 

Jantung Farah Hanim berdegup kencang ketakutan lalu dia berlari ke arah budak perempuan tersebut untuk menyelamatkannya dari dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang.

Mereka berdua terjatuh di bahu jalan dan budak perempuan tersebut selamat di dalam pelukan Farah Hanim. Farah Hanim memeluknya erat kerana dirinya sendiri masih menggigil kerana  ketakutan. Orang ramai mula mengerumuni mereka dan perlahan-lahan Farah Hanim melepaskan pelukannya dan cuba berdiri semampunya. 

Budak perempuan yang dipeluknya tadi tidak menyedarkan diri , Farah Hanim yang masih berada dalam keadaan menggigil meninggalkan tempat kejadian sedaya yang mungkin.

“Ke tepi...!! Isha!!!!”, jerit suara seorang lelaki.

Farah Hanim memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakang.

“Isha!!!!”, jerit seorang lelaki yang sedang mendakap tubuh budak perempuan yang diselamatkan oleh Farah Hanim sebentar tadi.

Farah Hanim menjadi semakin takut apabila melihat budak perempuan itu masih belum sedarkan diri. Farah Hanim meneruskan langkahnya menuju pulang ke rumah dengan berjalan terhinjut-hinjut pedih menahan sakit yang terasa di bahu kirinya. Fikirannya kosong, hatinya hanya mahu pulang ke rumah dengan segera. Tidak jauh dari rumahnya Farah Hanim jatuh pengsan.

“Anim!!!!”, jerit suara seorang lelaki yang melihat Farah Hanim tiba-tiba saja pengsan di tengah jalan.

************************************************************************

Farah Hanim membukakan matanya. Dilihatnya Mak Kiah, Farid, Hafiz dan kedua orang tuanya sedang memerhatikan dirinya yang terbaring di atas katil.

“Kenapa semua orang ada kat sini?”, soal Farah Hanim.

Mama Hanim menitiskan air mata, begitu juga dengan Mak Kiah. Papa Hanim segera mendapatkan anak tunggalnya lalu mencium dahi anak kesayangan nya itu perlahan.

“Anim okay?”, soal Mama Hanim.

Farah Hanim mengangguk perlahan.

“Apa yang dah terjadi sebenarnya ni Anim? Kenapa Anim pengsan kat tengah jalan?”, soal Papa Hanim.

Farah Hanim terdiam cuba mengingati situasi yang berlaku sebelum dia terjatuh pengsan. Semua orang yang berada di dalam bilik menunggu jawapan darinya.

Farah Hanim tersenyum, “Anim tolong budak lintas jalan tadi.”

“Tapi kau pengsan kat tengah jalan tadi Anim.”, kata Hafiz.

Farah Hanim mengeluh perlahan, “Mungkin sebab panas sangat kot tadi. Anim okay la”

Suasana sepi.

“Arghh.”

Semua orang yang berada dalam bilik itu terkejut melihat Anim yang tiba-tiba menjerit.

“Ma..sakit ma....”, kata Farah Hanim sambil memegang bahu kirinya.

“Kenapa ni nak..”, soal Mak Kiah.

“Ma...sakit sangat ni ma...”, aduh Farah Hanim semahunya sehingga dia menitiskan air mata.

“Papa panggilkan doktor.”, Papa Hanim mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia mendail nombor telefon doktor yang merawat Farah Hanim sebentar tadi.

“Maaa....sakit ni maa. Pedih..”, aduh Farah Hanim lagi.

“Sabar ye sayang. Kita pergi hospital jumpa Dr.Nina ye sayang.”, Mama Hanim cuba menenangkan keadaan anaknya yang sedang berada dalam kesakitan.

bersambung....

p/s : Oke tak?? Ada rasa nak baca lagi tak?? Tunggu okay. Keep ur support with me.
Thank you.


7 comments:

Fathiyah Selamat said...

salam dear. singgah sini dan follow.

Jalan cerita sangat simple dan mudah nk faham.. =)

seronok baca.

Anizz Annisa said...

tak sabarnyee nk tau crite slanjutnyee.. nnti bgtau anis taw bile dh update lg.. :) suke2..

Mira_Othman said...

huhu nak lagi nak lagi ><
Nice try! hee

Zen said...

Panjangnya :O Hahaha xD Tapi jalan cerita yang menarik. Keep it up,darl.

LeenNajib said...

hoho! ini best

Nanie Dean said...

Penulisan yang kreatif. Semoga idea akan datang mencurah2 lagi lepas ni.

Unknown said...

nice blog & kreatif..simple...