Aku Cinta Padamu : Part 1
Mak Kiah melihat sahaja gelagat Farah Hanim
yang sedang menjamu selera di dapur. Dia menggelengkan kepala melihat Hanim
yang kini sudah kali ke tiga dia menambah nasi ke dalam pinggan makannya. Hanim
yang perasan kehadiran Mak Kiah ke dapur hanya tersengih kecil.
“Sedap sangat ke Anim?”
“Sedap la Mak Kiah.. Tambah pulak Anim
tengah lapar gila ni!!”, balas Hanim.
Mak Kiah tersengih, “Bukan semalam Anim
cakap nak diet ke?”
Hanim tidak mempedulikan pertanyaan Mak
Kiah.
“Anim..”, panggil Mak Kiah yang inginkan
jawapan.
“Itu semalam Mak Kiah, bagilah Anim ‘cheat
day’ untuk hari ni, stress tau dengan final paper tadi. Hanim lapar sangat ni.”
“Apa-apa je lah Anim, orang dah habis SPM
kan. Mak Kiah senang tengok Anim suka makan masakan Mak Kiah. Tapi badan tu
kena la jaga jugak. Awak tu perempuan , nanti tak ada lelaki yang mahu kan
awak.”, pesan Mak Kiah.
Hanim menyudahkan suapan nasi terakhirnya ,
“Alhamdulillah. Kenyang. Terima kasih Mak Kiah untuk makanan tengah hari ni.”
Mak Kiah menggeleng kepalanya sambil
tersenyum.
Ya. Farah Hanim akui bahawa fizikal tubuh
badannya memang besar tetapi dia tidak memikirkannya sangat sebab dia tidak
pernah fikir akan cakap orang-orang. Dia mahu buat apa yang dia suka, dia suka
makan, jadi dia akan makan apa-apa sahaja yang dia mahu.
************************************************************************
Farid, Hafiz dan Farah Hanim meluangkan
masa bersama-sama lepak di kedai makan berdekatan dengan kawasan kediaman
rumah. Hafiz sudah membuat perancangan bahawa sebaik sahaja tamat peperiksaan
SPM , dia akan belanja Farid dan Farah makan di kedai mamak.
“Terima kasih Apis sebab belanja kiteowang
ni.”, ucap Farid gembira.
“Apa ada hal. Kata kawan dari kecik. Ni pun
nak berkira memang payah la.”, balas Farid.
Farah Hanim tidak mempedulikan perbualan di
antara Farid dan Hafiz , dia hanya fokus pada mee goreng mamak kesukaannya.
Hafiz menggelengkan kepalanya , “Anim, kau
telan aje la pinggan tu sekali.”
“Kalau boleh dah lama aku buat la Apis. Mee
goreng ni kalau beli sendiri dengan orang belanja memang lain rasa dia kan?
Sedap dia dua tiga kali ganda!!!”, kata Farah Hanim tersengih.
“Kau bab membodek memang tak boleh kalah!”,
sampuk Farid.
Selesai sahaja makan, Hafiz menuju ke meja
kaunter untuk bayar bil makan. Tidak lama kemudian dia menuju ke luar kedai
makan mendapatkan Farid dan Farah yang menunggunya di luar.
“Thanks Apis.”, serentak Farid dan Farah
mengucapkan tanda terima kasih.
“Sama-sama.”, Hafiz membalas dengan
senyuman.
“Bila lagi agaknya kita boleh lepak macam
ni lagi erk? Nanti masing-masing dah busy and susah nak lepak sama-sama.”, kata
Farid.
“Aku nak cari bini lah lepas ni. Boleh
teman aku 24 jam.”, Hafiz senyum sumbing.
“Dah ada calon ke Apis?”, soal Farah Hanim.
Hafiz menjungkit bahu , “Nanti-nanti lah
aku cari.”
Farid tersenyum, “Kalau kau nak aku boleh
tolong carikan. Banyak dalam list contact aku ni haa.”
“Err.. Farid pulak... Tentulah banyak awek
keliling pinggang. Tunggu je lah bila bakal isteri dah muncul, aku report
semuanya.”, kata Farah Hanim.
“Adoi , jangan la macam tu Anim.”
“Gurau je lahh.”
Mereka bertiga menghamburkan tawa sambil
menuju ke rumah Farah Hanim untuk menghantarnya pulang.
Di hadapan rumah Farah Hanim.
“Thanks korang.”, ucap Farah Hanim.
“Sama-sama, take care.”, serentak Farid dan
Hafiz membalas lalu meninggalkan Farah Hanim yang sudah berada di hadapan pintu
pagar rumahnya.
Itulah kebiasaannya. Farid dan Hafiz tidak
akan pernah senang jika tidak menghantar Farah Hanim sehingga la budak
perempuan itu terpacak di hadapan pintu pagar rumah. Mereka bertiga sudah
berkawan sejak kecil dan keluarga mereka juga bersahabat baik. Sejak kecil lagi
Farah Hanim selalu dibuli oleh budak-budak sekolah dek badan nya yang gempal,
tetapi Farid dan Hafiz juga lah hero yang selalu melindungi dirinya dari dibuli
dan diherdik.
************************************************************************
“Mak Kiah , Anim nak pergi kedai depan tu
kejap. Nak kirim apa-apa tak?”, soal Farah Hanim kepada Mak Kiah yang sedang
memasak di dapur.
“Tak de Anim. Hati-hati.”, pesan Mak Kiah.
“Baik bos.”, Hanim keluar dari rumah
selepas meminum segelas air masak dari atas meja makan.
************************************************************************
Farah Hanim menghulurkan not RM10 selepas
mendapatkan aiskrim Magnum kegemarannya. Selepas mendapat baki, dia keluar dari
kedai runcit tersebut dan menikmati aiskrim kegemarannya di luar kedai. Di
seberang jalan dia memerhatikan seorang budak perempuan kecil yang
terpinga-pinga di tepi jalan.
‘Eh, mana parents dia?’, soal Farah Hanim
di dalam hati sambil melihat keadaan sekeliling mencari bayang orang dewasa
yang mungkin merupakan ahli keluarga budak perempuan tersebut.
Bunyi hon kereta dari jauh meragut
perhatian Farah Hanim untuk melihat ke arah budak perempuan yang kelihatannya
cuba melintas jalan raya tanpa pengawasan orang dewasa.
Jantung Farah Hanim
berdegup kencang ketakutan lalu dia berlari ke arah budak perempuan tersebut untuk
menyelamatkannya dari dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang.
Mereka berdua terjatuh di bahu jalan dan
budak perempuan tersebut selamat di dalam pelukan Farah Hanim. Farah Hanim
memeluknya erat kerana dirinya sendiri masih menggigil kerana ketakutan. Orang ramai mula mengerumuni
mereka dan perlahan-lahan Farah Hanim melepaskan pelukannya dan cuba berdiri
semampunya.
Budak perempuan yang dipeluknya tadi tidak menyedarkan diri , Farah
Hanim yang masih berada dalam keadaan menggigil meninggalkan tempat kejadian
sedaya yang mungkin.
“Ke tepi...!! Isha!!!!”, jerit suara seorang lelaki.
Farah Hanim memberhentikan langkahnya dan
menoleh ke belakang.
“Isha!!!!”, jerit seorang lelaki yang
sedang mendakap tubuh budak perempuan yang diselamatkan oleh Farah Hanim
sebentar tadi.
Farah Hanim menjadi semakin takut apabila
melihat budak perempuan itu masih belum sedarkan diri. Farah Hanim meneruskan
langkahnya menuju pulang ke rumah dengan berjalan terhinjut-hinjut pedih
menahan sakit yang terasa di bahu kirinya. Fikirannya kosong, hatinya hanya
mahu pulang ke rumah dengan segera. Tidak jauh dari rumahnya Farah Hanim jatuh
pengsan.
“Anim!!!!”, jerit suara seorang lelaki yang
melihat Farah Hanim tiba-tiba saja pengsan di tengah jalan.
************************************************************************
Farah Hanim membukakan matanya. Dilihatnya
Mak Kiah, Farid, Hafiz dan kedua orang tuanya sedang memerhatikan dirinya yang
terbaring di atas katil.
“Kenapa semua orang ada kat sini?”, soal
Farah Hanim.
Mama Hanim menitiskan air mata, begitu juga
dengan Mak Kiah. Papa Hanim segera mendapatkan anak tunggalnya lalu mencium
dahi anak kesayangan nya itu perlahan.
“Anim okay?”, soal Mama Hanim.
Farah Hanim mengangguk perlahan.
“Apa yang dah terjadi sebenarnya ni Anim?
Kenapa Anim pengsan kat tengah jalan?”, soal Papa Hanim.
Farah Hanim terdiam cuba mengingati situasi
yang berlaku sebelum dia terjatuh pengsan. Semua orang yang berada di dalam
bilik menunggu jawapan darinya.
Farah Hanim tersenyum, “Anim tolong budak
lintas jalan tadi.”
“Tapi kau pengsan kat tengah jalan tadi
Anim.”, kata Hafiz.
Farah Hanim mengeluh perlahan, “Mungkin
sebab panas sangat kot tadi. Anim okay la”
Suasana sepi.
“Arghh.”
Semua orang yang berada dalam bilik itu
terkejut melihat Anim yang tiba-tiba menjerit.
“Ma..sakit ma....”, kata Farah Hanim sambil
memegang bahu kirinya.
“Kenapa ni nak..”, soal Mak Kiah.
“Ma...sakit sangat ni ma...”, aduh Farah
Hanim semahunya sehingga dia menitiskan air mata.
“Papa panggilkan doktor.”, Papa Hanim
mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia mendail nombor telefon doktor yang
merawat Farah Hanim sebentar tadi.
“Maaa....sakit ni maa. Pedih..”, aduh Farah
Hanim lagi.
“Sabar ye sayang. Kita pergi hospital jumpa
Dr.Nina ye sayang.”, Mama Hanim cuba menenangkan keadaan anaknya yang sedang
berada dalam kesakitan.
bersambung....
p/s : Oke tak?? Ada rasa nak baca lagi tak?? Tunggu okay. Keep ur support with me.
Thank you.
7 comments:
salam dear. singgah sini dan follow.
Jalan cerita sangat simple dan mudah nk faham.. =)
seronok baca.
tak sabarnyee nk tau crite slanjutnyee.. nnti bgtau anis taw bile dh update lg.. :) suke2..
huhu nak lagi nak lagi ><
Nice try! hee
Panjangnya :O Hahaha xD Tapi jalan cerita yang menarik. Keep it up,darl.
hoho! ini best
Penulisan yang kreatif. Semoga idea akan datang mencurah2 lagi lepas ni.
nice blog & kreatif..simple...
Post a Comment