Thursday 7 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 7


Awak kan isteri saya? : Part 7

“Awak tak mandi lagi?”, soal Amira semasa menuruni anak tangga kepada Hakim.

Nantilah. Saya nak tengok model seksi ni kejap.”, balas Hakim.

Amira menuruni anak tangga dengan laju sambil mencebik , “Eleh. Takde la seksi mana.”

“Awak rasa diri awak lagi seksi ke?”, soal Hakim.

“Mestilah!”, jawab Amira penuh keyakinan.

Fokus Aiman Hakim menonton rancangan di televisyen terganggu melihat Diana Amira yang sedang sibuk mengeringkan rambut panjangnya yang basah di atas sofa.

Orang kalau seksi tak semestinya kena pakai baju yang terdedah sana sini. Banyak lagi cara lain.”, kata Amira meluahkan pendapatnya.

Hakim yang melihat Amira sedang mengeringkan rambutnya cuba mendekati dan mencapai tuala yang dipegang Amira. “Biar saya tolong.”, Hakim cuba mengeringkan rambut isterinya lembut.

Amira yang tersentap dengan tindakan Hakim terdiam seribu bahasa.

Syampu apa awak pakai? Wangi.”, soal Hakim.

“Ha? Mmm, yang selalu keluar dekat tv tu la.”, gagap Amira. Degupan jantungnya semakin kencang dengan tindakan mengejut Hakim.

Selesai sahaja Hakim mengeringkan rambut Amira, dia terdiam lama melihat belakang Amira. Begitu juga dengan Amira yang terdiam kaku di atas sofa. Perlahan-lahan Hakim menyelak rambut Amira dan mendekatkan wajahnya dengan leher Amira yang sedikit basah lalu dikucupnya lembut. Kini Amira merasakan jantungnya hampir luruh dengan tindakan Hakim.

Hakim memeluk bahu Amira dari belakang , “Awak. Saya sayang awak.”, bisik Hakim perlahan di telinga Amira.

Kini Amira betul-betul merasakan bahawa dirinya amat dikasihi oleh Hakim. Namun, dirinya masih meraguinya. Cinta dan sayang adalah perkara yang berbeza. Walaupun dirinya tahu Aiman Hakim amat menyayangi dirinya, namun hatinya masih belum ditawan sepenuhnya oleh Aiman Hakim.

*telefon bimbit Amira berdering*

Assalamualaikum , kenapa Lia?”, Amira menjawab panggilan telefon yang diterima dari adiknya.

Aiman Hakim yang duduk disebelah Diana Amira hanya melihat sahaja isterinya itu sedang berbual di dalam telefon.

“Datang sini?? Aaa. Nanti akak cakap dengan abang Hakim. ”, mata Amira membulat.

Aiman Hakim tersenyum mendengar perkataan yang baru sahaja didengarnya.

Okay bye. Waalaikumsalam.”, balas Amira kemudiannya menamatkan panggilan.

“Kenapa?”, soal Hakim.

Alia dengan Aina nak datang sini seminggu. Dorang cuti sekolah.”

“Okay lah tu.”

“Okay ape nya?”

“Maknanya awak kena tidur dalam bilik saya. Best ape.”, tersengih Hakim.

Ape awak ni?”

“Abang Hakim.”

“Ha?”

“Bila boleh saya dengar awak panggil saya ‘Abang’?”, soal Hakim.

Amira menoleh ke arah skrin televisyen.

“Cakap la.”, pinta Hakim.

Tak nak.”

“Awak kan isteri saya. Takkan saya nak suruh perempuan lain panggil saya abang?”

“Bukan sekarang.”

“Bila?”

Amira mengeluh , “Bukan sekarang.”

“Walaupun awak hak saya yang sah?”

Amira memandang wajah Hakim , “Awak cuba paksa saya ke?”

Hakim memandang mata Amira lama.“Berapa lama lagi saya harus tunggu?”

Amira menunduk , “Saya tak tahu.”

**************************************************************************

“Apa aku nak buat lagi ni Kimi?”, kata Hakim meluahkan isi hatinya kepada teman baiknya, Hakimi.

Hakimi duduk di atas sofa lama , “Kau kena guna strategi lain.”

“Apa dia?”

Kau ikut je rentak dia dulu , nanti kita tengok macam mana.”

“Takpe ke?”

**************************************************************************

“Bila adik-adik awak nak datang sini?”, soal Hakim kepada Amira.

Hujung minggu ni. Nanti mak dengan abah datang sekali.”, balas Amira.

“Mak dengan abah tidur sini?”

“Satu malam je. Besoknya dorang kena balik sebab abah ade kerja.”

“Kesian mak sorang kat rumah nanti. Kenapa tak duduk sini seminggu je?”, soal Hakim lagi.

“Abah nak mak teman dia. Abah memang macam tu, makin tua makin nak bermanja-manja dengan mak.”, balas Amira tersenyum.

Aiman Hakim tersenyum , “Kalau awak, sanggup tak nak teman saya bila dah tua nanti?”

“Kalau umur panjang. InsyaAllah.”, balas Amira.

Selepas makan malam Aiman Hakim naik ke atas menuju ke bilik.

Awak nak tidur dah ke?”, soal Amira yang melihat Hakim mendaki anak tangga.

Saya ada kerja sikit.”

“Okay.”

Setengah jam kemudian , kebosanan mula melanda diri Diana Amira kerana dia tiada teman untuk berborak. Dia berjalan menuju ke dapur untuk menyediakan minuman panas untuk Hakim.

**************************************************************************

*knock knock*

“Masuk la.” , kata Aiman Hakim dari dalam.

“Saya buat air ni.”, kata Amira yang terpacak di muka pintu.

Hakim tersenyum , “Masuk la.”

Datang la sini ambil.”, arah Amira tidak mahu melangkahkan kaki ke ruang bilik tidur Hakim.

Kenapa awak ni? Masuk aje la.”, kata Hakim.

Tak ape ke saya masuk ni?”, soal Amira yang sedang melihat Hakim sedang membuat kerjanya di atas meja.

“Awak kan isteri saya, bukannya orang lain.”, balas Hakim kemudiannya tersengih kecil melihat sikap Amira yang lucu takut untuk menjejakkan kaki ke dalam biliknya.

Perlahan-lahan kaki Amira melangkah mendekati meja Aiman Hakim , “Saya hantar air je tau.”

“Mmm, yelah. Thanks.”, balas Hakim.

Amira melihat keadaan sekeliling bilik tidur Hakim yang sedikit bersepah , “Awak tak reti kemas bilik ke?”

“Bersihkan lah.”

Amira menggeleng , “Takpelah. Saya keluar dulu.”

Hakim memaut lengan Amira perlahan."Nak pergi mana?"

Amira terkedu. “Saya nak balik bilik saya la.”, gagap Amira.

Saya tahu awak bosan kan?”, soal Hakim.

Mana ada.”

“Awak teman kan saya buat kerja ni eyh?”, pinta Hakim.

Saya tak boleh bantu awak pun.”

“Awak duduk kat sebelah saya ni pun dah cukup membantu.

Amira terdiam lama. “Mmm, ye lah.”, balas Amira kemudiannya berjalan-jalan di dalam bilik Aiman Hakim yang besar itu.

Aiman Hakim tersenyum kemudiannya dia menyambung kerja.

Sakit mata melihat bilik yang bersepah itu , Amira mengutip pakaian-pakaian Hakim yang dilemparnya merata-rata tempat disatukan di dalam bakul besar. “Patut lah saya tak nampak banyak baju awak kat mesin basuh tu.”, kata Amira.

Dah awak tak nak kutip kan untuk saya.”, balas Hakim.

Yelah, salah saya jugak.”, cebik Amira.

Tu kan tanggungjawab awak dekat rumah ni.”, kata Hakim.

Okay bos. Sorry bos.”, patuh Amira.

Hakim tersenyum.

Amira melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi yang terdapat di dalam bilik Hakim. “Bosan lah asyik duduk rumah je , saya nak cari kerja boleh?”, soal Amira tiba-tiba.

Hakim berhenti dari meneruskan kerjanya , “Tak boleh ke awak duduk rumah je?”

“Saya bosan la.”

“Lagi beberapa bulan je kan sebelum masuk degree?”

“Mmm. Takpelah kalau awak tak bagi.”, balas Amira lemah.

Hakim mengeluh cuba memikirkan sesuatu. “Awak ikut saya pergi tempat saya je lah.”

“Tempat kerja awak?”

Hakim mengangguk.

Tak nak lah. Menganggu je.”

“Besok awak ikut saya eyh.”, kata Hakim.

“Tak nak lah.”

**************************************************************************

Aiman Hakim keluar dari biliknya menuju ke bilik Diana Amira.

*knock knock*

Pintu bilik dibuka oleh Amira.

“Morning!! Sepadan lah kita pagi ni.”, kata Hakim tersenyum.

Amira membalas senyuman Hakim terpaksa. Ikutkan hatinya memang dia tidak mahu mengikut Hakim ke pejabat. Dia tidak mahu menganggu kerja Hakim. Tapi sejak semalam lagi Hakim meyakinkan dirinya bahawa dia tidak akan sibuk di tempat kerjanya pada hari ini jadi dia membuat keputusan untuk ikut saja.

“Cantik.”, kata Hakim pendek.

Amira hanya tersenyum mendengar pujian dari Hakim.

**************************************************************************

Di dalam kereta.

Kita breakfast dulu eh.”, kata Hakim kepada Amira.

“Tak lewat ke?”, soal Amira.

“Sekarang baru 8:30.”

“Ikut awak lah.”

Hakim memberhentikan keretanya di sebuah kafe yang berdekatan dengan bangunan syarikat tempat dia bekerja.

“Awak nak makan ape? First time saya dapat breakfast dengan awak kat luar.” , kata Hakim tersenyum.

“Awak kan selalu makan kat sini. Suggest la makanan yang best.”, balas Amira.

Tidak lama kemudian Hakim memanggil pelayan kafe tersebut untuk mengambil pesanan mereka.

Diana?”, sapa seorang lelaki tinggi lampai.

“Eh Faiz. Kau ni memang selalu muncul kat mana-mana eyh?”, balas Amira tersenyum.

“Jodoh kot?”, balas Faiz.

Aiman Hakim yang berasa janggal dengan situasi yang dihadapinya memandang ke arah Diana Amira yang sedang beramah mesra dengan seorang lelaki yang datang menyapanya.

“Kau buat apa kat sini? Siapa ni?”, soal Faiz sambil memandang ke arah Hakim.

Hakim bangun dari kerusi lalu berjabat tangan dengan Faiz , “Aiman Hakim. Suami dia.”

Oh, Encik Hakim. Nice to meet you big bro. Saya Faiz.”, ramah Faiz.

Aiman Hakim hanya tersenyum kelat.

“Kau buat apa kat sini?”, soal Amira.

“Oh, aku ada meeting dengan client ni. Cerewet betul pagi-pagi buta lagi nak meeting dengan aku.” , terang Faiz.

“Oh okay.”, kata Amira.

“Join us?”, pelawa Hakim ajak-ajak ayam.

“Takpe bro. Next time okay. Aku pergi dulu Diana.”, kata Faiz kemudiannya meninggalkan mereka berdua.

“Kawan lama ke?”, soal Hakim.

Aah , kawan masa kat kolej dulu.”

“Beware.”, cebik Hakim.

Dia dah ada girlfriend la.”

“Cara dia tu, macam suka kat awak je.”

“Jangan pikir lain la.”, balas Amira.

**************************************************************************

Selesai sahaja bersarapan, mereka berdua memasuki bangunan Empire Holdings dan menuju ke pejabat Aiman Hakim.

Diana Amira melihat keadaan bangunan sekeliling , ‘Besar giler. Macam hotel!!!’, luah Amira menunjukkan kekagumannya dalam hati.

Perlahan-lahan langkah mereka berdua menuju ke bilik pejabat Hakim.

Saya kenalkan awak dengan secretary saya ye.”, kata Hakim sebaik sahaja langkah mereka berdua terhenti di hadapan pintu.

“Mana?”

Hakim memegang tangan isterinya lalu menuju ke meja setiausaha nya , “Morning Sally.”

Morning Encik Hakim.”, balas perempuan cantik dihadapan mereka.

Kenalkan , isteri saya Diana Amira.”, Hakim memperkenalkan isterinya kepada Sally.

“Assalamualaikum Puan Diana.”, kata Sally.

Waalaikumsalam.”, balas Amira tersenyum.

“Cantik wife you Encik Hakim.”, puji Sally.

“Dia kan isteri saya. Mestilah cantik.”, balas Hakim.

Kemudian Aiman Hakim dan isterinya , Diana Amira memasuki ruang pejabat Aiman Hakim.

Seksi lah secretary awak tu!”, kata Amira sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Kan saya dah cakap kat awak. Dia tu memang seksi.”, balas Hakim tersenyum.

“Dah berapa bulan dia pregnant?”, soal Amira.

Mmmm, 8 bulan? 8 bulan rasanya.”, jawab Hakim tidak pasti.

“Ooo, sebulan je lagi. Mesti baby pun comel kan? Best nya.”, kata Amira gembira.

Hakim mengambil tempat duduknya disebelah Amira , “Awak bila lagi?”

Amira terdiam , “Opss, saya salah cakap eh? Sorry.” , Amira menzipkan mulutnya.

Hakim yang melihat mula ketawa.

**************************************************************************

*telefon bimbit Amira berbunyi*

“Assalamualaikum.”, jawab Amira menerima panggilan.

Waalaikumussalam, Diana, aku ni Faiz.” , suara Faiz kedengaran di hujung talian.

“Ha kenapa call aku ni?”

“Besok boleh teman aku keluar tak?”

“Kenapa ajak aku pulak? Ajak la Yaya.”

“Aku nak buat surprise birthday party kat dia ni. Kau kena tolong aku.”

“Alaaa.. Orang lain tak boleh ke?”

“Kenapa? Suami kau tak bagi ke?”

“Eh. Takde la. Yelah yelah. Kat mana? Pukul berapa?”, soal Amira.

**************************************************************************

Di dalam sebuah pusat membeli-belah Hollika Asian.

“Surprise ape kau nak buat ni?”,soal Amira memandang ke arah Faiz yang berjalan beriring dengannya.

Faiz tersenyum malu , “Aku nak propose dia.”

Mata Amira membulat , “What? Are you kidding me? Kat sini?”

Faiz mengangguk , “Kenapa? Salah ke kat sini?”

Eh jap jap. Family kau kan dah pergi merisik dia. Nak propose ape lagi?”

“Aku nak jadikan benda ni sebagai kenangan kiteowang berdua. Tak salah kan?”

Amira menepuk dahi , “Ha, yelah yelah.”

Faiz tersenyum , “Thanks Diana sebab sudi tolong aku.”

“Korang ni saja buat aku jeles tau.” , cebik Amira.

**************************************************************************

Diana Amira sedang sibuk membelek-belek kamera yang dipegangnya , tugasnya hanyalah merakam detik-detik sahabat baiknya Yaya sedang dilamar oleh Faiz. Hatinya sangat cemburu terhadap Yaya kerana bakal bersuamikan Faiz yang bersikap romantik.

Bersambung...

p/s : Setakat ni oke lagi kan? kan? Wahhh.. penatnya nak cari idea.


5 comments:

Unknown said...

you can be a good novelis..suka sume story..especially 'awak kan isteri saya?'..hehe =D

Fi said...

Rally2 nice .. I like it (y)

Dreamland said...

@Pyka Zamberi

thanks for ur support Pyka! (:

Dreamland said...

@Afiqah Adzan

thanks dear (:

Unknown said...

best2. tak sabar nak baca lagi. :D