Sunday 3 November 2013

Awak kan isteri saya? : Sinopsis



Awak kan isteri saya? : Sinopsis

Diana Amira baru sahaja menamatkan pelajarannya dalam diploma , sementara menunggu keputusan untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi kedua orang tuanya menyuruhnya berkahwin dengan lelaki pilihan mereka memandangkan kedua-dua pihak tidak mempunyai cinta hati.

Aiman Hakim yang kini sedang bekerja di syarikat ternama Empire Holdings merupakan seorang lelaki yang bekerjaya dahulunya seorang budak lelaki yang pemalu. Namun, setelah berjumpa dengan Diana Amira , anak perempuan kepada kawan ibunya , hatinya mula terpaut perlahan demi perlahan.

Aiman Hakim dan Diana Amira meneruskan saja permintaan kedua ibu bapa mereka yang menginginkan mereka berkahwin demi merapatkan hubungan antara kedua-dua belah keluarga. Perasaan cinta tidak boleh dipupuk sehari dua , ianya memerlukan masa untuk mengenali seseorang. Sikap Diana Amira yang lebih berhati-hati membuatkan hatinya sukar ditawan oleh Aiman Hakim.


Apa awak cakap ni? Jangan bukan-bukan.”, bentak Amira.

Mungkin malam ni.”, usik Hakim lagi.

Amira mencubit betis suaminya itu geram , "Saya tak suka awak usik saya macam tu.”


Awak kan isteri saya.”, balas Hakim tersenyum nakal.

Aiman Hakim tetap bersabar dan sentiasa berusaha untuk memenangi hati isteri kesayangannya , Diana Amira.Walaupun mereka pernah bermain bersama-sama ketika kecil , namun apabila dipertemukan semula dirinya menjadi seorang pemalu. Tetapi Aiman Hakim sudah nekad bahawa apabila dia sudah menjadi seorang suami yang sah , dia akan menjadi suami yang terbaik buat Diana Amira.

Aiman Hakim yang terkejut mendengar pintu biliknya diketuk segera bangun untuk membukanya. “Kenapa?”

Mak dengan Abah nak datang!!!”, kata Amira cemas.

So?

Ape awak ni. Matilah saya kalau dorang tahu kita tidur bilik asing-asing!!”

Bukan masalah saya.”, Hakim menutup pintu biliknya dan dia hampir menghamburkan tawa apabila melihat riak cemas di wajah Diana Amira sebentar tadi.

Pintu bilik Aiman Hakim diketuk tanpa henti , “Awak!! Awak!!

Aiman Hakim membuka pintu biliknya sambil mempamerkan wajah selamba , “Ape lagi?”

Ape awak ni. Awak nak tengok saya mati ke?”

Tubuh Diana Amira ditarik masuk ke dalam bilik lalu dipeluk tubuh isterinya erat. Diana Amira tergamam. “Shhh. Jangan cakap macam tu lagi , aku tak suka.”, kata Hakim memeluk Amira dengan erat.


p/s : Ini baru teaser, untuk cerita panjang, sila tunggu tau! tau! tau!


9 comments:

Cik nadya said...

tak sabarnyaaa nak bc !!!

awak ni memang ade bakat menulis ekk. bole jd penulis novel ni :D

Dreamland said...

@Cik Nadyya

Terima kasih awak. Saya buat suka-suka je ni. Terima kasih sekali lagi. (:

Rara Ariiqin said...

Nice sinopsis :D Saya pun ada jugak buat episod-episod novel. Skrang dah masuk m/s 57.

--> studios-ikinasyiqin.blogspot.com

p/s : semoga awak sukses dlm menjayakan novel awak!! XD

Dreamland said...

@IkinAsyiqin (MiraFang)

okay fighting!

forkpoppers said...

Interesting

Dalila Samsudin said...

woooowwww awak pun menulis novel ke kat sini !! and saya baru bca sinopsis dah excited! Pandainya awk ! oh kita pun tgah mncuba untuk mnulis novel kat blog ^^ jmput lah bca kalau sudi . *Bookmark blog ni mwahaha nak baca crita ni pnya psal*

Puteri said...

akak ade bakat jadi penulis novel laa :)why not akak sent cerita akak nih dekat KAKINOVEL or ALAF21 . Mesti laku je cerita akak :)

Dreamland said...
This comment has been removed by the author.
Dreamland said...

@Puteri thanks for your support dear. tapi akak memang betul-betul tak bersedia lagi untuk buat karya sepanjang macam novel tu. akak buat pendek2 je.