Thursday 30 October 2014

Aku Cinta Padamu : Part 26


Aku Cinta Padamu : Part 26

“You jangan risau. Isteri Fakhrul dah tangkap yang suami dia curang dengan I.”

“You are not lying right?”, kata perempuan berambut panjang itu teruja.

Mata Farah Hanim membulat. Rupa-rupanya , perempuan itu memang sengaja ingin memusnahkan rumah tangganya.

“Lepas ni, I tak payah risau lagi dah. Fakhrul Izwan tak akan dapat hidup dengan tenang selagi ada you yang sanggup tolong I.”, luah wanita bercermin mata itu lagi.

Dari jauh Farah Hanim dapat melihat kedua-dua wanita yang sedang berborak rancak itu gembira dengan rancangan mereka.

‘Jadi.. perempuan tu memang saja nak kacau hidup aku dengan Iwan?’, getus hati Farah Hanim sedikit marah. Itu juga bermakna bahawa Fakhrul Izwan tidak berlaku curang dengannya , suaminya itu diperangkap.

'Aku dah salah sangka'.

***********************************************************************


Farah Hanim sedang menyibukkan diri di dapur menyediakan makan malam buat suaminya. Tidak lama kemudian , Fakhrul Izwan pulang dari tempat kerja.

Hidungnya menangkap bau masakan yang enak dari dapur , “Assalamualaikum , abang dah balik.”

Farah Hanim menoleh ke belakang , “Waalaikumussalam.. awal balik hari ni? Saya tak siap masak lagi ni.” , kata Farah Hanim kemudiannya menghulurkan tangan untuk mencium tangan  suaminya.

Chu~ Sepantas kilat ciuman kasih sayang hinggap di pipi kanan Farah Hanim.

Farah Hanim mengerutkan dahi , “Sape yang kasi awak lampu hijau nak cium pipi orang nih?”

Fakhrul Izwan tersengih , “Pipi tu bukan saya punya ke?”

Merah muka Farah Hanim. “Dah pergi mandi sana , nanti turun makan.”, arah Farah Hanim kemudian menolak bahu belakang suaminya keluar dari dapur.

“Okay okay, nak mandi la ni.”


***********************************************************************


Meja makan.

“Mmmmmmmmmm. Isteri abang la yang terbaik , pandai masak, suka mengemas rumah.....”, puji Fakhrul Izwan.

Farah Hanim tersenyum bangga.

“....dan kuat cemburu!”, usik Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memandang ke arah Fakhrul Izwan yang sedang sibuk mengunyah.

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Sayang dah tak marah abang lagi kan?” , katanya sambil memandang ke arah mata Farah Hanim.

“Awak rasa?”

“Saya harap awak percayakan saya dari orang lain. Saya nak awak tahu, saya sayang awak sorang je.”

“Boleh pakai ke ayat tu zaman sekarang ni?”

“Saya boleh buktikan.”

“How?”

“Belah lah dada abang ni.”, usik Fakrul Izwan.

“Tak lawak!”

Fakhrul Izwan tergelak kecil.

“Awak. Saya minta maaf sebab dah salah sangka. Siang tadi saya terdengar perbualan perempuan seksi yang cuba goda awak hari tu dengan Intan. Dorang berpakat.”, panggil Farah Hanim. Fakhrul Izwan memandang wajah Farah Hanim semula.

Fakhrul Izwan menggelengkan kepalanya. "Saya betul-betul tak tahu apa niat Intan tu sebenarnya."

“Mmm. Saya bukan nak busybody mengenai kisah silam awak , tapi kenapa Intan tu tak habis-habis nak ganggu kita?”, soal Farah Hanim.

“Entahlah sayang. Abang dengan dia pun kawan biasa je dulu. Tak tahu pulak Intan tu macam tu. Serik abang macam ni. Perempuan ni memang complicated kan?”

Farah Hanim mengangkat kening kirinya , “Hmmm betul la tu.”, seraya dengan itu Farah Hanim bangun menuju ke sinki dapur disusuli oleh Fakhrul Izwan.

***********************************************************************

Ruang tamu.

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim meluangkan masa bersama dengan menonton televisyen di ruang tamu. Entah yang keberapa kali Farah Hanim menguap tanpa henti.

“Penat sangat ke? Pergi la tidur.”, soal Fakhrul Izwan.

Farah Hanim menggelengkan kepala , “Besok kan Sabtu, takpelah tidur lambat pun.”

“Saya kesian tengok awak dari tadi menguap aje.”, kata Fakhrul Izwan lagi sambil mengusap-usap rambut panjang Farah Hanim.

Suasana kembali sepi , masing-masing sedang khusyuk menonton rancangan di televisyen. Tidak lama kemudian, mata Farah Hanim tidak dapat menahan untuk terus berjaga , lama-lama matanya layu...  tanpa sedar kepalanya terlentok di bahu kanan Fakhrul Izwan. Fakhrul Izwan hanya tersenyum kecil melihat gaya Farah Hanim tidur seperti budak perempuan yang keletihan.  Dirangkulnya pinggang Farah Hanim agar lebih rapat dengannya.

Keesokan paginya.

Alarm Subuh dari telefon bimbit milik Farah Hanim berbunyi. Perlahan-lahan Farah Hanim menggerakkan badannya, namun dirasakan tidur pada malam itu terlalu nyenyak dan lena. Dirasakannya dia tidur di atas katil yang empuk , bantal yang selalu dipeluk semasa tidur selama ini juga amat selesa. Dipeluknya lagi bantal tersebut seeratnya dan kakinya juga ligat memainkan peranan untuk memeluk bantal tersebut. Empuk.

Matanya terbuka sekejap untuk melihat keadaan sekeliling. Tiba-tiba dia merasakan bantal yang dipeluknya selama ini lebih besar dari yang biasa. Farah Hanim mengerutkan dahi. Sekali lagi dia cuba membukakan mata , mengharapkan apa-apa yang terbayang dimindanya sekarang hanyalah mimpi.

Buka tutup mata. Memang dia ada memeluk sesuatu tapi... bukan bantal.
Buka tutup mata. Dia bukan berada di dalam bilik.. tetapi di ruang tamu rumahnya.
Buka tutup mata. Senyuman Fakhrul Izwan sedang terukir di wajah kacak itu.

Buka mata. Farah Hanim membeliakkan mata sebesar-besarnya dan segera bangun dari tempat tidur dengan gelojoh. “Okayyy, benda ni tak lawak!!”

“Apa yang lawaknya sayang?”, Fakhrul Izwan menyoal tersengih kecil.

Farah Hanim mencubit pipi kanannya , ‘Tolong lahhh. Ni mimpi!! Ni mimpi!!’, getus hatinya.

Fakhrul Izwan memerhatikan saja perbuatan comel Farah Hanim yang kelam kabut itu.

Farah Hanim memandang ke arah sekeliling. Mereka berdua berada di ruang tamu. Berbekalkan cahaya yang sedikit malap di ruang tamu tersebut Farah Hanim cuba menstabilkan mindanya. ‘Dont tell me that both of us were sleeping together! Atas sofa?? Gilaaa. Ini gilaa!’

bersambung...

p/s : Otak dan idea baru nak start warm up. Heheehhe.



1 comment:

Anizz Annisa said...

hihi.. comel je couple nie.. sengih2 je bace.. maknenye intan jahat giler la kan.. apesal la suke hncurkan hidup org..huhu