Monday 5 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 10


Aku Cinta Padamu : Part 10

Tidak lama kemudian Farah Hanim keluar dari tandas perempuan dengan tergesa-gesa kerana dia baru teringat bahawa dia perlu menghantar laporan kewangan syarikat kepada bosnya Datin Mastura sebelum jam dua petang. Dalam keadaan kelam kabut, tanpa disengajakan dia terlanggar bahu seorang wanita yang melintas dihadapannya.

‘Aduh’, aduh Farah Hanim di dalam hati.

Perempuan berambut panjang mengurai dihadapannya memegang bahunya yang konon sakit , “Jalan tu pakai mata. Tak nampak ke I nak jalan ni?”

“Sorry cik. Saya minta maaf.”, luah Farah Hanim tidak sengaja.

“Maaf , maaf. I tak hamak la dengan maaf you tu. Ni bahu I sakit ni. Kalau tulang bahu I patah tadi macam mana?”, kata perempuan cantik dan seksi itu mereka-reka.

‘Eh. Takkan langgar sikit bahu boleh patah kot?’, omel Farah Hanim dalam hati.

“Kenapa ni sayang?”, datang pula hero si kekasih hati untuk membantu si heroin.

‘Fakhrul Izwan?’, detik hati Farah Hanim.

‘Farah Hanim?’, detik pula hati Fakhrul Izwan melihat keberadaan Farah Hanim dihadapannya.

“Bi... tengok perempuan ni. Dia langgar bahu I , sakit tau!!”, kekasih hati Fakhrul Izwan , Intan mula berseloroh.

“Kan saya dah minta maaf tadi. Saya tak sengaja. Saya tengah rushing ni. Maaf sekali lagi.”, putus Farah Hanim sebelum meninggalkan hero dan heroin dalam keadaan terpinga-pinga.

“Hey!!!”, teriak Intan geram.

Fakhrul Izwan cuba menenangkan Intan , “Dah la tu. Langgar sikit je. Kata nak makan kan? Jom. Biar je dia.”

Farah Hanim kembali semula ke meja makannya.

“Kenapa tu Anim?”, soal Farid.

Farah Hanim menggeleng, “Takde pape lah. Hal kecik. Aku nak cepat ni. Mai, kau nak ikut aku atau nak habiskan makan kat sini?”

Nur Maisara bersiap-siap , “Eh, aku ikut balik office la.”

“Okay okay jom balik.”, kata Farid yang turut serta.

****************************************************************************

Pagi. Di rumah kediaman Encik Razali.

“Bang , Sofi call tadi.”, kata Puan Alia mendapatkan suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

“Hal apa nya?”, soal En.Razali yang masih meneruskan aktivitinya membaca surat khabar.

“Mak sakit lagi. Jom balik kampung bang. Mak nak tengok Anim sekali. Katanya dia rindukan Anim.”

En.Razali berhenti dari membaca , “Petang ni kita berangkat ke Johor. Inform Anim kita balik petang ni.”

Puan Alia mengangguk faham.

Dalam perjalanan pulang ke kampung.

Farah Hanim mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon rumah neneknya.

“Assalamualaikum.”, suara Mak Lang Sofi kedengaran di hujung talian.

“Waalaikumussalam Mak Lang. Anim dengan papa mama baru je bergerak dari rumah ni. Nenek okay?”, soal Farah Hanim.

“Oooh. Pagi tadi batuk dia makin teruk. Lepas makan ubat tengah hari tadi dah baik sikit. Nenek cakap dia rindukan Anim.

Farah Hanim merupakan satu-satunya cucu perempuan sebelah mamanya. Tiga adik beradik mamanya yang lain kesemuanya melahirkan anak-anak lelaki. Itu yang membuatkan Farah Hanim istimewa dalam keluarga tersebut.

“Okay, cakap kat nenek jaga diri elok-elok eh. Anim on the way ni.”, pesan Farah Hanim.

“Baik cik puteri.”, arahan diterima oleh Mak Lang Sofi.

****************************************************************************

Kampung halaman Farah Hanim.

“Assalamualaikum..”, panggil Farah Hanim sedikit kuat dari luar rumah.

“Waalaikumsalam.. Anim.. masuklah.. Kak Lia.. Abang Zali..”, terpacul wajah Mak Lang Sofi di muka pintu rumah.

Di bilik tidur nenek Farah Hanim.

“Assalamualaikum nenek.”, ucap Farah Hanim kepada neneknya yang sedang baring di atas katil.

“Anim. Waalaikumussalam.. cucu nenek dah balik.”, luah nenek Farah Hanim gembira melihat cucunya pulang ke kampung.

“Nenek mesti banyak minum air berais kan?”, soal Farah Hanim.

“Eh mana ada. Nenek dah lama tinggalkan minuman-minuman macam tu.”, nafi neneknya.

“Percaya lah cakap nenek kamu tu.”, Mak Lang Sofi bersuara.

Puan Alia dan En.Razali memasuki ruang kamar untuk bersalam dengan ibu dan ibu mertua mereka.

“Nenek baik bagitau Anim betul-betul.”, kata Farah Hanim.

“Semalam Ekal nampak nenek minum Coca-coca Kak Anim.”, muncul Haikal anak kepada Mak Lang Sofi tiba-tiba.

“Kan dah kantoi.”, sampuk Puan Alia tersenyum.

Selesai sahaja makan malam beralaskan tikar di ruang tamu , Farah Hanim menemani neneknya menghirup udara malam di luar rumah. Tidak lama kemudian Puan Alia turut serta menemani ibunya di halaman rumah.

“Dah besar cucu nenek sekarang.”, kata nenek Saripah sambil mengusap-usap rambut Farah Hanim.

Farah Hanim yang berbaring di atas riba neneknya mula bangun untuk duduk , “Lain macam je bunyinya nek.”

Puan Alia tersenyum , “Baguslah kalau Anim paham maksud nenek tu.”

“Alaaa.. dua lawan satu. Mana aci..”, kata Farah Hanim.

“Kalau papa join sekalipun, Anim tetap tak boleh elak. Sebab dah jadi 3 lawan 1.”, usik Puan Alia.

“Apa ni nek... Tak adil la macam ni.”, manja Farah Hanim dengan neneknya.

“Anim takde calon lagi ke cu?”, soal nenek Saripah.

Farah Hanim menggeleng , “Sapa lah nak kat Anim ni nek.”

“Eh, kawan kamu yang dua orang tu kan ada. Takkan satu pun tak sangkut?”, soal nenek Saripah lagi.

“Nek jangan cakap macam tu. Dorang tu kawan Anim je. Kawan tetap kawan nek.”, tegak pendirian Farah Hanim.

“Tapi kami ada sorang calon dah mak.”, Puan Alia menyampuk.

Mata Farah Hanim terbeliak. ‘Siapa pulak ni?’, detik hatinya.

“Fakhrul Izwan namanya.”, kata Puan Alia tersenyum.

Mata Farah Hanim membuntang apabila calon yang difikirkan oleh mamanya ialah abang kepada adik kesayangannya , Fakhrul Izwan.

“Mama! Apa ni?”, luah Farah Hanim tidak percaya.

“Baik tak untuk cucu mak yang cantik manis ni?”, soal nenek.

Puan Alia tersenyum , “InsyaAllah mak. Orang tua dorang pun berkenan dengan Anim.”

Senyuman nenek Saripah mula melebar , “Alhamdulillah. Percepatkannya. Tak sabar nenek nak tengok cucu perempuan nenek diakad nikahkan.”

“Mama.. nenek.. Anim tak kenal rapat pun dengan dia.”, Farah Hanim cuba menolak permintaan mama dan neneknya.

“Kenal dan cinta selepas kahwin kan lebih manis ertinya cu. Nenek dengan arwah tok wan kamu dulu pun macam tu.”, cerita nenek Saripah sambil berpesan.

“Tapi nek...”, Farah Hanim memuncungkan mulutnya. “Dunia sekarang dah berubah nek.”, tambah Farah Hanim lagi.

Nenek Saripah memegang tangan Farah Hanim sambil berpesan , “Percaya cakap nenek, kehendak mama papa itulah yang terbaik buat anaknya. InsyaAllah hidup Anim lebih diredhai jika kita bercinta dengan suami kita sendiri. Yang sah milik Anim seorang.”

‘Oh mama. Please....... Anim tak mahu.....’, teriak Farah Hanim di dalam hati.

“Nenek hidup tak lama. Entah esok atau lusa ajal nenek sampai. Nenek nak sangat cucu perempuan nenek yang satu-satunya ni berkahwin , ada suami yang baik yang mampu menjaga dan didik Anim dengan baik di dunia akhirat.”

“Nenek jangan cakap macam tu.”

“Hakikat tersebut harus diterima cu. Tunaikanlah permintaan nenek ni sayang.”, pinta nenek Saripah.

Farah Hanim menghembuskan nafasnya perlahan , “Tak de pilihan lain ke nek?”

Puan Alia tersenyum , “Rasanya anak pak cik Saad belakang kampung tu bujang lagi kan mak?”

“Oh , anak lelaki dia yang botak tu ya?”, balas nenek Saripah cuba mengusik Farah Hanim.

Farah Hanim memuncungkan mulut , “Kok botak sih??? Enggak mahu..”

Tergelak Nenek Saripah dan Puan Alia mendengarkan Farah Hanim menggunakan slang bahasa Indonesia.

****************************************************************************

Di kediaman Vila Harmoni.
Bilik tidur Fakhrul Izwan.

*knock knock*

“Masuk.”

Farisha Aulia membuka pintu bilik abangnya , “Abang Iwan. Ibu ayah panggil turun. Nak cakap.”

Fakhrul Izwan yang sedang menghadap kerja pejabatnya menutup lampu meja , “Lima minit lagi abang turun.”

“Okay.”, Farisha Aulia kembali menutup pintu bilik abangnya.

Di ruang tamu.

Fakhrul Izwan mengambil tempat duduk di atas sofa bertentangan dengan tempat duduk ibu dan ayahnya. Farisha Aulia pula berdiri di belakang sofa ibu dan ayahnya.

Fakhrul Izwan tidak sedap hati , “Macam hal serius je.”

Dato’ Rahim mengangguk , “Lebih kurang macam tu la.”

Dahinya dikerutkan , “Ada masalah apa-apa ke ayah?” , soal Fakhrul Izwan.

“Iwan. Sekarang umur dah nak dekat 26 tahun. Belum fikir soal kahwin lagi ke?”, soal Datin Ruby.

Fakhrul Izwan hampir saja tersentak ke belakang.

“Kamu dah ada calon?”, soal Dato’ Rahim terus terang.

Terkesima Fakhrul Izwan dibuat oleh pertanyaan ibu dan ayahnya.

“Kalau belum. Ibu dah ada seorang calon untuk jadi bakal isteri Iwan.”, jelas Datin Ruby.

Fakhrul Izwan terus saja memandang wajah ibunya tepat , “Calon?”

Datin Ruby mengangguk.

“Siapa bu?”, soal Fakhrul Izwan ingin tahu.

“Kak Anim.”, balas Fakhrul Izwan.

“Ha?”

“Kamu tak suka ke?”, soal Dato’ Rahim.

“Ayah...... Berbual dengan dia pun tak pernah. Apa lagi kahwin?”, balas Fakhrul Izwan.

“Kan haritu kamu berdua ada berborak masa kat taman rekreasi baru-baru ni.”, jawab Dato’ Rahim.

“Tapi.. Iwan belum kenal rapat dengan dia lagi.”

“Iwan.. Ibu berkenan betul dengan Anim tu. Ibu tak nak orang lain yang bermenantukan Farah Hanim. Ibu nak sangat bermenantukan dia. Isha pun suka. Ayah pun suka.”, terang Datin Ruby.

Fakhrul Izwan menjadi serba tidak kena dengan situasi yang dihadapinya. “Intan macam mana?”

“Intan?”, serentak Dato’ Rahim dan Datin Ruby bertanya.

“Isha tak suka dia. Ibu.. dia tak sesuai la dengan abang Iwan.”, jelas Farisha Aulia.

“Isha.. Kak Intan tu kekasih abang.”, terang Fakhrul Izwan.

“Iwan serius ke dengan Intan? Kenapa tak pernah bagi tahu ibu fasal Intan?”, soal Datin Ruby.

Fakhrul Izwan terdiam seketika , kemudiannya dia bersuara , “Iwan tak ready lagi nak bawak Intan jumpa ayah dengan ibu. Iwan busy la dekat office.”

Datin Ruby keluh perlahan , “Hmmm , melepas peluang ibu nak bermenantukan Anim bang.”

Dato’ Rahim mengangguk tanda menghormati pilihan anak lelakinya , “Tak apalah kalau macam tu. Nak buat macam mana , bukan rezeki kita ibu.”

“Ishhh. Isha tak suka la. Dia tu seksi bu.”, bentak Farisha Aulia.

Datin Ruby menarik lengan Farisha Aulia untuk duduk disebelahnya , “Isha tak boleh macam ni. Pilihan abang Iwan kita kena hormat.”

Farisha Aulia mengangguk lemah walaupun hatinya keras tidak setuju dengan pilihan hati abangnya itu.

****************************************************************************

Di bilik tidur Fakhrul Izwan.

Fikiran Fakhrul Izwan mula membayangkan wajah dua orang gadis , Intan dan Farah Hanim. Fakhrul Izwan runsing memikirkan akan perkara yang dibangkitkan oleh kedua orang tuanya. Dia memang pernah terfikir untuk berkahwin , tapi dirinya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada anak dara orang.

Walaupun dia menjelaskan kepada orang tuanya bahawa Intan kini merupakan insan yang bergelar kekasih hatinya , namun, sejak Intan pergi meninggalkan dirinya demi mengejar kariernya di luar negara. Cintanya terhadap Intan tidak sekuat dahulu. Disebabkan hidupnya sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan oleh bapanya, dirinya tidak pernah mencari cinta lain dan hatinya juga tidak pernah terlintas untuk berlaku curang terhadap Intan.

Keesokan harinya Fakhrul Izwan menemani Intan keluar membeli-belah.

“Sayang.. you sayang I?”, soal Fakhrul Izwan tiba-tiba semasa Intan sedang sibuk memilih pakaian di sebuah butik kesukaan Intan.

“Of course la sayang.”, balas Intan yang sedang sibuk memilih baju.

“You cinta I kan? You nak hidup dengan I kan?”, soal Fakhrul Izwan lagi.

Intan memandang ke arah Fakhrul Izwan sejenak kemudian menyambung aktivitinya memilih baju dari rak-rak pakaian , “Bi... kenapa dengan you ni?”

“Ibu dengan ayah nak jumpa you.”

Intan terkejut mendengarnya , “You ni suka joking around la Fakhrul.”

“I’m serious. Parents I nak I kahwin.”, jelas Fakhrul Izwan.

Intan meletakkan semula baju yang dipegangnya kemudian menarik Fakhrul Izwan keluar dari butik.

“Kenapa ni?”, Fakhrul Izwan menyoal.

“Fakhrul baby, next month I kena berangkat ke Paris. I ditawarkan jadi model kat sana dua tahun bii..”, terang Intan.

“You kan cakap yang you sayangkan I. I akan sara hidup you , you tak payah susahkan diri jadi model lagi.”, kata Fakhrul Izwan.

Intan memicit dahi , “Baby.. ini bukan soal you boleh sara hidup I atau tak. Ini fasal karier I , I takkan tinggalkan dunia modeling semata-mata untuk berkahwin.”

Fakhrul Izwan terdiam. Kemudiannya Intan mengajak Fakhrul Izwan untuk menenangkan fikiran masing-masing minum di kafe berdekatan butik yang baru disinggahi mereka.

bersambung...

p/s : bila baca .. panjang macam novel kan?? Tapi... insyaAllah ianya tak akan setebal buku novel. heeee. TQ



4 comments:

Nur Hanan Aqilah :) said...

dropped here sambil jeling2 ceritera cinta .. hehe

Nor Liana said...

Salam,

Ada terfikir nak postkan entri-entri novel ni ke Wattpad? Suka ikuti cerita dari situ, tapi jarang dapat bahasa Malaysia. Senang ikut sebab bila dah add cerita dalam senarai untuk dibaca, kalau offline pun still boleh baca ;)

NamazAnailStorybook: How to get Your Own Custom Domain Name

AkakNonaOrders:Ibu Putih Collagen Drink

Anizz Annisa said...

ishh.. iwan suke ke x dgn anim..huhu.. eksaited niee nak bace lagi..huhu

ar ai en said...

singgah sini :)