Friday 25 October 2013

I Love You , not her : Part 2


I Love You , not her : Part 2

Iman berjalan perlahan-lahan menuju kerumahnya. Sambil berjalan menunduk ke bawah mengelak cahaya matahari yang terik, tiba-tiba dia merasakan seseorang cuba mengekorinya dari belakang. Apabila dia menghentikan langkahnya, bunyi tersebut tiada. Iman menyambung langkahnya sedikit laju dan disebabkan oleh sifat ingin tahunya, dia terus menoleh ke arah belakang untuk melihat wajah orang yang cuba mengekorinya. Iman sedikit terkejut, begitu juga dengan orang yang mengikutinya dari belakang. Langkah mereka berdua terhenti.

Fakhrul?’, soal Iman dalam hati.

Budak lelaki tersebut menunduk.

Kau.. Kau ikut akak ke?”, tanya Iman.

Budak tersebut mendiamkan diri. Iman mendekati budak lelaki tersebut.

Haishhh. Cuaca panas macam ni tak elok lah budak laki macam kau main kat luar!” nasihat Iman.

Iman melihat saja wajah budak lelaki tersebut yang tidak mahu memandangnya.

Fakhrul kan??” soal Iman untuk mendapatkan kepastian dari budak lelaki tersebut.

Rumah kat mana ni? Tak pernah nampak kau pun kat taman ni? Dah, pergi balek!”, arah Iman sambil menolak perlahan beg yang digalas oleh budak lelaki tersebut ke belakang.

Budak lelaki itu membekukan diri. Iman hairan melihat keadaan budak lelaki tersebut , “Kenapa ni?”

Iman mengeluarkan sesuatu dari kocek baju kurungnya lalu menghulurkan sesuatu kepada budak lelaki tersebut. “Nah! Ambik mainan ni pastu pergi main jauh-jauh!.”.

Budak lelaki tersebut membelek-belek bola getah pemberian Iman lalu tersenyum.

Jangan bagi hilang tau! Mahal tu!!”, pesan Iman sambil mengusap kepala budak lelaki tersebut.

Iman kembali menoleh menuju pulang ke rumahnya. Tiba-tiba tangannya ditarik perlahan oleh budak kecil tersebut membuatkan dirinya sedikit terkejut. Pelajar lelaki tersebut menghulurkan sampul surat berwarna putih kepadanya dan terus melarikan diri.

“Oit! Jangan lari! Jalan elok-elok!!”, jerit Iman sedikit kuat.

Apelah budak comel ni. Juara acara larian sekolah ke apa. Tak pulak aku nampak dia masa sukan sekolah!’, kata Iman dalam hati.

Sampul putih itu diselitkan di poket tepi beg galasnya.

***********************************************************************************************

Iman memasuki ruang biliknya. Diletaknya beg sekolah bersebelahan dengan meja belajar kemudian dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Iman nak makan?”, soal ibu Iman sambil mengetuk pintu bilik air.

“Iman tak lapar bu”, balas Iman.

Selesai sahaja mandi dan solat, Iman menuju ke meja belajarnya untuk menyiapkan latihan kerja sekolah yang diberi cikgu.

Sambil mengeluarkan buku-buku dari beg sekolahnya, ‘Eh.?’, Iman melihat sampul putih yang diselit di poket tepi beg sekolahnya. Diambilnya surat tersebut lalu dibacanya isi kandungan surat itu.

‘Saya suka akak’.

****************************************************************************************************

14 years later.

****************************************************************************************************

Di sebuah kafe bawah bangunan Permata Holdings.

Nah, coffee americano yang korang kempunan sangat tu! My treat untuk pasangan macam korang!”, hulur Iman dua buah cawan kepada dua orang rakan sekerjanya.

Iman, kalau kau ada boifren, takpayah susah-susah belanja kitorang tau. ‘Dia’ yang belanja!”, kata Sue.

Raffi mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sue, “Betul tu betul!”

Dulu yang ada pun menyakitkan hati je. Menyampah la!”, balas Iman tegas.

“Itu dulu la Iman. Mana tahu, kalau dapat yang baru ni lebih baik dari si mamat sebelum ni!”, tambah Sue lagi.

Raffi menambah lagi, “Past is past , Iman.”

Raffi menoleh keadaan sekeliling, “Tu kat sana tu, tinggi, gagah, body nampak mantap!

Iman dan Sue menoleh ke arah lelaki yang dikatakan oleh Raffi.

“Rambut panjang!! Reject.” kata Iman tidak menyukainya.

Tengok tu pulak, yang berkaca mata tu!”, kali ini mereka bertiga memandang ke arah lelaki lain pula.

Man in pink? Yucks. Tengok tu kaki seluar dia!! Senteng!!!”, kata Iman tidak menyukai pilihan Raffi lagi.

“Fesyen la Iman!”, kata Sue yang nampaknya menyukai lelaki yang berkemeja merah jambu lembut tersebut.

Dah tu, kau nak cari yang fesyennya lusuh baru balek kebun ke?”, sampuk Raffi.

Iman menjengil kedua-dua biji matanya.

Hey guys..”, datangnya seorang lelaki yang berkemeja biru lembut yang berpenampilan sangat segak dari belakang mereka bertiga.

“Boleh saya duduk? Raffi? Sue? ”, tanya lelaki tersebut.

Yes you may, Encik Afif.”, Sue mempersilakan.

Iman tidak mengenali lelaki kacak yang sedang duduk berhadapan dengan mereka memandang lelaki tampan itu lama.

Kenalkan, ni Encik Khairul Afif. Bos tempat kerja aku.”, Raffi memperkenalkan lelaki kacak tersebut kepada Iman Hawa.

Encik Afif, yang kanan ni Suraya, girlfriend saya. Yang kiri ni pula nenek Iman.”, Raffi ketawa kecil diikuti oleh gelak tawa dari Sue dan Afif.

Sejak bila pulak aku ada cucu nama Iman?”, Iman mengangkat sudunya lalu mengacah mahu menyumbat ke dalam mulut Raffi.

“Panggil saya Afif je. Iman. Macam familiar.”, kata Afif.

Dasar lelaki.’, Iman bersuara di dalam hati dan hanya menghadiahkan senyuman sedikit kelat kepada Afif.

“Muka saya ni memang selalu masuk tv.”, gurau Iman sedikit menyindir.

Suasana menjadi sepi seketika akibat penangan sindiran Iman.

“Bha-ha-ha. Saya buat lawak je Encik Afif.”, kata Iman memecahkan suasana sedikit sepi.

Perlahan demi perlahan gelak tawa Iman diikuti oleh Afif, Sue dan Raffi.

“Encik Afif, Iman memang suka bergurau. Kadang-kadang nampak kasar, hehe”, kata Sue untuk mengelakkan salah faham.

****************************************************************************************************

Tepat jam 11 malam, Iman keluar dari pejabatnya selepas selesai menyiapkan tugasan yang diberikan oleh ketuanya yang perlu di hantar esok kepada bos mereka. Dia berjalan sendirian menuju ke kereta miliknya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, dua minit kemudian enjin keretanya mati.

Eh, apehal ni. Jangan buat masalah bro...malam kot.”, bisik Iman sendiri.

Dicubanya lagi untuk menghidupkan enjin kereta namun tidak berjaya. Dia keluar dari kereta lalu mencuba untuk membuat panggilan kepada Raffi. Panggilannya tidak diangkat oleh Raffi.

Hadoi.....macam mana ni. Raffi...angkatlah please..”, Iman mencuba lagi.

Kemudian datang sebuah kereta BMW hitam merapati kereta Myvi milik Iman. Iman cuba mencari bayang milik tuan kereta disebalik cahaya lampu terang yang memancar ke arah keretanya.

“Kenapa ni?”, soal seorang lelaki menuju kearahnya.

“Encik Afif??”

Afif mendekatkan jaraknya dengan Iman , “Boleh saya bantu?”

Iman sedikit gugup. Menjauhkan jarak antara dirinya dengan Afif, “Enjin tak nak hidup ni.”

“Oh. Mungkin ada masalah dengan bateri kereta. Tapi dah lewat ni Iman, apa kata saya hantar awak balik je?”, Afif mempelawa.

Iman membulatkan matanya, “Ehh, takpe takpe. Saya boleh call kawan saya. Kejap lagi sampai la”.

“Dah lewat malam ni, bahaya la. Dah jom!” Afif sedikit berkeras.

Iman kemudiannya mengangguk. Dia takut juga jika dia tidak dapat menahan teksi pada waktu lewat malam begini. Iman mencapai beg tangan dan komputer peribadi miliknya daripada perut kereta lalu menuju ke kereta milik Afif.

Afif cuba membuka pintu penumpang bersebelahan pemandu untuk Iman tetapi Iman pantas membukanya sendiri terlebih dahulu.

“Saya boleh buat sendiri.”, kata Iman kepada Afif.

Afif hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat tingkah laku Iman.

“Kat mana saya harus hantar awak ni?”, soal Afif.

****************************************************************************************************

Di dalam perjalanan menghantar Iman Hawa pulang ke rumah sewanya.

“Awak tak ingat saya ke Iman Hawa?”, soal Afif secara tiba-tiba memecahkan suasana sepi.

Whoahhhh. It’s suprising! Dia tahu nama penuh aku?’, bisik Iman dalam hati.

“Sumpah awak tak ingat langsung?”, soal Afif lagi.

“Pehal nak main sumpah-sumpah pulak ni? Ingat kita ni budak kecik ke?”, Iman sedikit tegas.

Afif tersengih, “Okay sorry.”

Iman menjeling ke arah Afif , “Kenapa? Saya ada hutang awak ke dulu?”

Afif terus ketawa dengan pertanyaan yang dikemukakan Iman.

Iman mengerutkan dahi, “Are you serious?. Rasanya saya tak pernah hutang sesiapa.”

“Are you kidding me Cik Iman Hawa?”

“Tolong jangan sebut nama penuh saya please. Errghh!”

“Well, kita satu sekolah dulu. Sekolah rendah. Don’t you remember?”

Iman cuba mengimbas kenangan zaman sekolahnya , “Yang mana erk? Mana nak ingat. Saya ni lemah sikit la bab nak ingat nama orang. Awak ingat awak sorang je ke budak laki kat sekolah tu?”

Afif mengeluh perlahan. “Betul jugak, budak femes mana nak peduli pasal budak lain kan.

Wait! Wait! Budak baru tu ke? Awak budak baru tu?”, soal Iman cuba mendapatkan kepastian.

**************************************************************************************************** 

Keesokan paginya Iman kelam-kabut menyiapkan dirinya untuk pergi ke tempat kerja. Disebabkan kereta miliknya masih berada di pejabat dia terpaksa menahan teksi untuk pergi ke tempat kerja. Sebaik sahaja melihat teksi menghampiri dirinya Iman terus menunjukkan ibu jarinya mengarahkan supaya teksi tersebut berhenti.

“Hantar saya ke Permata Holdings!!!”, kata Iman dan seorang lelaki misteri disebelahnya sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta sewa yang ditahan mereka.

Iman cuba memaniskan senyumannya, “Encik, saya yang tahan teksi ni dulu.”

“Eh, apehal pulak. Saya tahan pacek teksi ni dari jauh tau tak?”, tegas lelaki itu pula.

Iman cuba bersabar dengan sikap lelaki tersebut.

Tarak hal apek amoi. Dua-dua olang mau ke tempat yang sama ma..”, sampuk pemandu teksi berbangsa Cina dihadapan mereka.

Iman menjengil matanya, manakala si lelaki tersebut mengangkat kening kirinya berulang kali tanda berpuas hati kerana dia tidak perlu keluar dari teksi tersebut.

**************************************************************************************************** 

Sebaik sahaja sampai ke destinasi yang ingin dituju,  mereka berdua keluar dari perut kereta sewa sambil mengeluarkan duit untuk membayar tambang teksi.

“Uncle, saya ada RM50 je ni. Maaf saya nak cepat ni uncle, terima kasih.”, Iman terus berlari menuju ke dalam bangunan Permata Holdings meninggalkan pemandu teksi yang terpinga-pinga.

Hek ala, baru jam 8:58 pagi.”, luah lelaki tersebut sebaik sahaja menjeling jam tangan miliknya.

“Lu kasi ini baki pada amoi tadi. Kamu olang kan kerja satu bangunan. Uncle pergi dulu.” , kata pemandu teksi tersebut meninggalkan Hazim keseorangan yang berdiri di hadapan bangunan Permata Holdings.

“Ceh! Dia tak perasan aku langsung? Ni peluang ni.”, Hazim senyum sendirian sambil mengenggam baki wang yang dihulur oleh pemandu teksi sebentar tadi.

****************************************************************************************************

Kelihatan ramai orang sedang mengurumuni pejabat penolong CEO Permata Holdings selepas waktu makan tengah hari menimbulkan tanda tanya dalam diri Iman Hawa lantas dia mendapatkan rakan sekerjanya untuk bertanya perihal tersebut.

“Anak bos kita!!!”, balas pekerja perempuan tersebut gembira lalu meninggalkan Iman dengan jawapan ringkasnya dan berjalan dengan pantas menuju ke bilik yang dikerumuni ramai tersebut.

Sue merapatkan dirinya dengan Iman , “Khabarnya anak bos kita tu hensem!!”.

“Then?”, balas Iman endah tak endah.

“Well. It’s typical. Mostly anak bos selalunya hensem dan cantik. No wonder.”, tambah Sue lagi.

“Asalkan aku tak bekerja dengan bos perempuan. Sesak nafas!!”, kata Iman sambil mempamerkan wajah tidak sanggupnya jika dia terpaksa berkompromi dengan bos wanita.

“Lelaki la. Sweet and young. Sebab tu ramai macek-macek berkerumun kat pejabat tu!

Iman tersengih , “How about you? Bukan ke kau pun suka ikut cuci mata sekali?”

I bukan standard macek-macek, you!! Lelaki yang datang nak tengok I tau!”

Yelah tu.”

You dengan I bukan macek-macek macam kat sana tu. Kita jaga standard! I sayang Raffi sorang je! ” Sue cuba mengangkat bakul sendiri.

**************************************************************************************************** 

*knock knock*

“Masuk.”

Seorang perempuan tinggi lampai yang berketrampilan agak seksi memasuki ruang pejabat milik Iman Hawa.

“Bos nak jumpa.”, dengan gaya sombongnya perempuan tersebut berlalu pergi, Ayu.

‘Hek ala. Setakat secretary.. piiirahhhhhh. Poyo je lebih! Hak tui.’, bengkek hati Iman melihat perempuan berjalan ala-ala itik itu.

****************************************************************************************************

*knock knock*

“Masuk.”

Iman memulakan langkah kanan apabila ingin masuk ke ruang pejabat milik C.E.O syarikatnya. Kelihatannya seorang lelaki 50-an sedang duduk di atas sofa manakala seorang lelaki yang kelihatan segak dari belakang sedang membelakangkan dirinya.

“Ya, Dato’.”, Iman bersuara.

Kedua-dua lelaki dihadapannya terus memandang ke arah Iman Hawa. Iman Hawa hampir membulatkan mata bundarnya sebesar mungkin. Namun, disebabkan ingin mengelak situasi yang tidak diingini, dia cuba mengawal diri dan berpura-pura tidak mengenali lelaki tampan yang berdiri di hadapannya. Bersambung...

p/s : Thanks for reading.


4 comments:

Cik nadya said...

heeee xsabar nak bc sambungan nya :D

Dreamland said...

@Cik Nadyya

thanks hunny. keep supporting !! (:

Ychun Esmail said...

Helo awak . Penulisan yang bagus ! Keep it up :)

Dreamland said...

@Ychun Esmail

thanks!!! keep support!