Friday 25 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 5


Aku Cinta Padamu : Part 5

Fakhrul Izwan mengeluh. Pintu biliknya diketuk.

“Masuk.”

“Iwan..”

“Ayah.... Masuklah.”, Dato’ Rahim menjengah ke ruang kamar Fakhrul Izwan.

“Tak tidur lagi ke?”, soal Dato’ Rahim.

“Tak mengantuk lagi.”, Fakhrul Izwan bangun dari katil lalu duduk di atas sofa bersebelahan dengan Dato’ Rahim.

“Fikir pasal Isha ye.?”

“Boleh percaya ke ayah cerita budak kecik macam Isha tu? Mimpi kan cuma mimpi ayah.”

“Setakat ini kita tengok saja dulu macam mana. Kita jumpa dulu dengan budak perempuan tu, tengok dia macam mana.”, cadang Dato’ Rahim.

Fakhrul Izwan mengangguk lemah tanda setuju.

******************************************************************************

*nada dering Troublemaker menjengah kuping telinga Farah Hanim*

Skrin telefon memaparkan nombor telefon yang tidak dikenali Farah Hanim.

Panggilan dijawab , “Assalamualaikum. Siapa ni?”

“Waalaikumussalam. Kak Farah Hanim ke?”

“Ye saya. Siapa ye?”

“Saya Isha.”, suara Farisha Aulia berkumandang di hujung talian.

“Okay. Isha mana ni?”

“Akak ingat tak kita pernah jumpa kat depan kafe makan satu tu. Saya budak sekolah yang terlanggar akak haritu.”

Farah Hanim terdiam lama cuba mengingati wajah si pemanggil di hujung talian.

“Kak?”

“Oh ya. Budak sekolah haritu. Telefon ni nak tuntut janji ye?”, soal Farah Hanim cuba meneka.

“Eh tak tak. Bukan macam tu.”

“Laa.. malu ke? Chill okay. Sabtu ni Isha free tak? Kita keluar, Isha bawak kawan-kawan Isha , akak treat korang makan eh. Kita borak kat sana?”, pelawa Farah Hanim.

“Pukul berapa? Kat mana?”, soal Farisha Aulia semula dengan nada bersemangat.

“Pagi sabtu nanti akak text Isha okay. Ni nombor fon Isha eh?”

“Aah. Okay okay. Thanks akak Anim. Bye Assalamualaikum.”

“Okay bye, Waalaikumussalam.”, Farah Hanim terpinga-pinga sambil mematikan panggilan telefon tersebut. ‘Anim? Kak Anim?’

*****************************************************************************

Farah Hanim dan Nur Maisara sedang menunggu kehadiran sekumpulan budak perempuan di Chica Cafe. Tidak lama kemudian, kelihatan dua orang budak perempuan yang tersipu-sipu malu menuju ke arah Farah Hanim dan Nur Maisara yang sedang duduk memilih menu.

“Assalamualaikum Kak Anim.”, sapa Farisha Aulia yang hadir bersama sahabatnya , Shafiqah.

“Waalaikumussalam, hai korang. Duduk la.”, pelawa Farah Hanim.

“Akak cantik la.”, Farisha Aulia memuji kecantikan Farah Hanim.

Muka Farah Hanim tiba-tiba saja merah padam , “Dah rasa macam kena puji dengan pakwe pulak. Haha.”

Nur Maisara tersenyum , “Miss, order.”

Selesai memilih menu mereka berempat cuba beramah mesra.

“Kak Anim. Kak Anim ingat Isha tak?”

Farah Hanim terdiam pelik , “Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?”

Farisha Aulia tersenyum, “Kak Anim lupa eh? 4 tahun lepas kita pernah berjumpa dekat McD, masa tu Isha tengah nangis depan sinki, then Kak Anim datang lap kan air mata Isha. Ingat tak?”

‘4 tahun lepas?’, soal Farah Hanim dalam hati.
‘4 tahun lalu? WOW.’, Nur Maisara juga memikirkan benda yang sama.

“4 tahun lepas Isha? Apa kau merepek ni?”, sampuk Pika tiba-tiba.

Riak wajah Farisha Aulia berubah kecewa.

Farah Hanim yang perasan akan hal itu tidak ingin mengecewakan Farisha Aulia , “Isha, akak dah ingat sekarang. Masa tu Isha tengah nangis depan sinki, then akak bagi tisu tapi Isha tak nak. Sebab tu akak yang lap kan air mata Isha kan?”, tebak Farah Hanim yang cuba mengolah balik cerita Farisha Aulia sebentar tadi.

Perlahan-lahan Farisha Aulia mula mengukirkan senyumannya kembali , “Ingat pun!!”.

Farah Hanim dan Nur Maisara mengukirkan senyuman.

*****************************************************************************

Farisha Aulia memasuki ke ruang tamu rumahnya, “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Isha dari mana ni?”, soal Datin Ruby.

“Jalan-jalan dengan Kak Anim. Dia hantar balik tadi.”, senyum lebar Farisha Aulia membalas pertanyaan ibunya.

Datin Ruby tidak senang hati , “Kenapa tak ajak Kak Anim masuk? Kenal dengan ibu ayah?”

“Oh. Isha lupa la bu. Next time okay? Isha penat ni. Nak rehat.”, putus Farisha Aulia kemudiannya mendaki anak tangga menuju ke kamar tidur.

*****************************************************************************

Di dalam kereta Farah Hanim.

“Anim.”, panggil Nur Maisara.

“Mm.”

“Si budak Isha tu lain dari yang lain. Dia nampak sangat-sangat interested dengan kau.”

Farah Hanim ketawa kecil , “Kan? Aku pun rasa macam pelik je. Tapi aku rasa macam pernah jumpa dia. Tapi aku tak ingat la Mai.”

“4 tahun tu Nim..”.

“Hmmm, aku rasa aku tak pernah berbual dengan mana-mana budak kecik melainkan sepupu-sepupu aku kat kampung. Takkan kawan dorang kot? Dorang tak pernah cakap pape pun.”

“Tapi kan.. aku perhati je si budak Isha tu. Mata dia tak pernah lekang tengok kau.”

“Cantik sangat ke aku ni?”, soal Farah Hanim tiba-tiba.

“Oopss!”, Nur Maisara memberi reaksi spontan.

“Okay fine. Macam ni la kawan.”, Farah Hanim merajuk.

“Err... hahah. Jangan la merajuk.. Nak dibandingkan dengan yang dulu.. sekarang ni sepuluh kali ganda lebih cantik tau!!!”, bodek Nur Maisara.

“Sembang lah kau.”

Nur Maisara menghamburkan tawa , “Aku teringat la gambar zaman kegemilangan yang kau pernah tunjuk kat aku dulu tu. Sumpah aku tak percaya!!”

“Kau gelakkan aku Mai?”

Nur Maisara menyapu air matanya yang keluar akibat ketawa tanpa henti , “Anim. Kau cantik apa adanya Anim. Dulu sekarang, tak de beza pun.”

“Thanks Mai. Sejuk hati aku dengar, nanti aku belanja lolipop.”

“Lolipop je Anim?”

“Asal? Takkan kau nak nombor Hafiz lak? Cepat betul kau melangkah.”, usik Farah Hanim.

‘Gulp’, Nur Maisara menelan liur. “Apa kau cakap ni Anim. Aku tak cakap apa-apa pun.”, Nur Maisara malu-malu dengan usikan Farah Hanim.

*****************************************************************************

Farisha Aulia dilanda kebosanan. Dia ingin keluar dari rumah namun tidak ada siapa-siapa orang di rumah yang mahu mengajaknya keluar. Sahabat baiknya Syafiqah pula ada urusan dengan keluarganya. Mindanya mula memikirkan sesuatu, dia mencapai telefon bimbitnya dari atas katil lalu mendail nombor telefon Farah Hanim.

“Assalamualaikum.. Kak Anim.”, Farisha Aulia memberi salam.

“Waalaikumussalam, Isha.”, balas Farah Hanim.

“Kak Anim, Isha tengah bosan ni. Kak Anim free tak? Isha nak belanja Kak Anim makan kek, nak tak?”, Farisha Aulia mempelawa Farah Hanim keluar.

“Makan kek? Mmmm....”.

“Boleh la Kak Anim... Isha takde kawan ni. Family semua takde kat rumah.. Please.....”, Farisha Aulia merayu Farah Hanim menerima ajakannya.

“Mmm.. okay. Sejam lagi akak jemput Isha depan rumah okay. Make sure Isha inform family dulu tau. Akak tak nak ada apa-apa masalah dengan family Isha nanti.”

“Okay bos! Thank you Kak Anim!.”, balas Farisha Aulia gembira.

*****************************************************************************

Secret Recipe.

“Kak Anim anak tunggal ke?”, soal Farisha Aulia selepas mereka berdua selesai memilih menu.

Farah Hanim mengangguk , “Isha?”, soal Farah Hanim kepada Farisha Aulia pula.

“Isha ada abang sorang. Handsome tau. Kak Anim nak kenal dengan dia tak?”, balas Farisha Aulia.

“Eh. Takpe takpe. Tanya je.”, Farah Hanim menolak cadangan Farisha Aulia secara baik.

“Kak Anim dah ada boyfriend?”, soal Farisha Aulia yang sedikit kecewa.

“Eh. Takdelah. Single lagi ni.”

“Yes!!”, Farisha Aulia menyahut gembira.

“Waaahh. Sampai macam tu sekali reaction dia.”

Dua potong kek yang dipilih oleh Farah Hanim dan Farisha Aulia mula dihidangkan di atas meja disertakan dengan dua gelas lime juice. Perlahan-lahan mereka mula menyuapkan sesuap kek ke dalam mulut masing-masing.

“Kak Anim, Isha sayang Kak Anim sangat-sangat. Dah lama Isha cari Kak Anim selama 4 tahun ni. Kak Anim pergi mana?”, soal Farisha Aulia.

Farah Hanim terkedu mendengar pengakuan dari Farisha Aulia. Lidahnya kelu kerana dia tidak memahami maksud yang cuba disampaikan oleh budak sekolah menengah yang duduk dihadapannya sekarang ni. Apakah yang dimaksudkan Farisha Aulia? Kenapa dia beria-ia dengan kisah hidup aku sedangkan mereka baru sahaja berjumpa dua tiga kali.

“Kak Anim.”, Farisha Aulia memanggil Farah Hanim yang dilihatnya sedang termenung.

Farah Hanim mula tersedar dari lamunan.

“Kak Anim dengar tak apa yang Isha cakap tadi?”, soal Farisha Aulia.

Farah Hanim sakit kepala. Dia memicit dahinya perlahan.

“Kenapa ni kak?”

“Sorry Isha, akak tak sedap badan la. Jom Kak Anim hantar Isha balik.”,  Farah Hanim mula bergegas keluar.

Farisha Aulia ikutkan saja langkah Farah Hanim dari belakang menuju ke tempat letak kereta. “Kak Anim boleh drive ke ni?”

“Boleh. Boleh....”, Farah Hanim mengangguk. “Masuk.”, arah Farah Hanim menyuruh Farisha Aulia masuk ke dalam perut kereta.

Bersambung...

p/s: Phewww.. sorry sebab lambat update, Heee


5 comments:

maisara majid said...

ade name maisara :) haha suka laaa

Nur Hanan Aqilah :) said...

hai nia ... hanan singgah sini sambil kilk aaronaziz n librese .. wehee .. nia taknak buat chatbox ke , senang sikit nak footprint .. hehe ;)

Anizz Annisa said...

kenapa anim macam ngelak ngan isha? ishh makin konfius nie..huhu

cikcenderawasih said...

part 6? :D sukaaa baca.

Dreamland said...

@Anizz Annisa

teruskan membaca okay (: