Sunday 11 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 13


Aku Cinta Padamu : Part 13

Intan memaut lengan Fakhrul Izwan , “Bi... bi.. jangan macam ni bi.”

Tidak lama kemudian dua orang pengawal sekuriti datang dan menarik Intan keluar dari bilik pejabat Fakhrul Izwan.

“Sayang.. sayang... Jangan buat I macam ni please.”, rayu Intan buat terakhir kali sebelum dia dibawa keluar sepenuhnya dari pejabat Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan memicit dahinya. Setiausahanya Fadzil mendekatkan diri ke meja , “Wan, betul ke kau nak kahwin dua bulan lagi?”

“Aku reka cerita je lah.”

“Kau ni nak reka cerita pun agak-agak lah. Frust tau awek-awek kat luar ni kalau tahu kau dah nak kahwin.”, kata Farid.

****************************************************************************

Apartment Intan.

Intan duduk diatas katil sambil memeluk kakinya. Dia berasa tidak tenang. “Kurang ajar kau Darren , lepas dapat apa yang kau nak, kau tinggalkan aku macam tu je?”, getus hatinya.

Intan tidak dapat berfikir dengan tenang, hatinya menjadi resah setelah membuat pemeriksaan doktor siang semalam, dia disahkan hamil. Tanpa banyak fikir , dia tahu anak itu adalah anak Darren. Namun, Darren lari daripada tanggungjawab. Darren menegaskan bahawa anak yang dikandung Intan bukanlah anaknya. Intan jadi hilang arah. Segera dia menghubungi sahabat baiknya Sasha , diluar jangkaannya Sasha langsung tidak membantu dirinya.

Setelah semalaman berfikir, dia ingin kembali semula kepada Fakhrul Izwan. Dia tidak mahu diperkatakan mengandung anak luar nikah oleh masyarakat. Dia malu. Malu dengan perbuatan terkutuknya dengan Darren. Sayang seribu kali sayang , Fakhrul Izwan juga sudah tidak mahu kembali kepada dirinya lagi setelah dia berlaku curang terhadap Fakhrul Izwan.

Intan bingung. Dia menjadi tidak tentu arah. Intan tidak tahu harus kemana lagi dia tuju.

****************************************************************************

Vila Harmoni.
Bilik tidur Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan merebahkan dirinya di atas katil. Dia teringatkan Intan yang tiba-tiba sahaja menerjah ke bilik pejabatnya untuk rujuk semula. Walaupun jauh disudut hati Fakhrul Izwan masih menyayangi Intan, dia masih tidak dapat melupakan kejadian pada pagi Ahad waktu itu. Hatinya kini juga sudah tenang kerana dia tidak lagi menyayangi Intan sebagai seseorang yang istimewa di hatinya. Kata hatinya, dia boleh terima bahawa jodoh dia bukan dengan Intan.

Jam dinding biliknya sudah menunjukkan waktu 10:45 malam. Fakhrul Izwan bangun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi , Fakhrul Izwan menuju ke almari pakaiannya. Kemudian dia menunaikan solat Isyak sebelum merebahkan kembali tubuhnya di atas katil.

Kebesokan harinya Fakhrul Izwan bersiap-siap ke tempat kerjanya seperti biasa. Baju kemeja biru pemberian Farah Hanim disarung kemas pada badannya. “Fuh.. muat-muat je baju ni. Mana dia tahu saiz ni?”

Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan keluar dari biliknya untuk menikmati sarapan.

Datin Ruby memerhati anak terunanya menuruni anak tangga , “Anak ibu nampak handsome hari ni.”

Fakhrul Izwan senyum lebar mendengar pujian ibunya , “Ye ke bu? Terima kasih.”

“Ibu tak pernah nampak pun Iwan ada baju macam ni? Iwan beli sendiri ke?”, soal Datin Ruby.

Fakhrul Izwan tersengih , “Secret admire yang hadiahkan.”

Datin Ruby tergelak kecil , “Siapalah secret admire yang beruntung tu ye , cuba pikat hati anak ibu.”

“Tekalah.”

“Mesti pekerja-pekerja perempuan dekat office tu kan?”, tebak Datin Ruby.

“Hmmm. Rasanya ibu patut try lagi.”, Fakhrul Izwan bermain tarik-tali dengan ibunya.

“Ah. Nak kenakan ibu je kamu ni.”, kata Datin Ruby tidak mahu meneruskan permainan anaknya.

“Ayah mana bu?”

“Kat atas lagi. Nanti turun la tu. Sakit perut katanya.”

Datin Ruby menuangkan air teh panas ke dalam cawan untuk Fakhrul Izwan , “Iwan, ingat lagi tak sepupu kamu Suraya tu dah nak kahwin Ahad depan?”

Fakhrul Izwan menepuk dahi , “Nasib baik ibu ingatkan.”

Datin Ruby tersenyum , “Sedara mara kamu semua dok tanya ibu. Bila lagi kamu nak naik pelamin. Padahal Suraya tu lagi muda dari kamu.”

Fakhrul Izwan meneguk air yang dituang ibunya , “Suraya lain bu, dia tu perempuan memang patut kahwin awal. Iwan ni lelaki, kena cari duit lagi.”

“Kamu berhubung lagi ke dengan Intan tu?”

Fakhrul Izwan menggeleng , “Ibu tak payah la sebut nama dia lagi. Rimas la Iwan dengar.”

Datin Ruby mengangguk , “Takde calon baru?”

“Eh ibu ni. Orang baru je nak relax-relax , disuruh cari lain pulak.”

“Yelah yelah. Ibu minta maaf.”

“Gurau je lah bu. Tak sedia lagi , nanti nanti lah.”, sengih Fakhrul Izwan.

****************************************************************************

Tengah hari.
Kafe Darussalam.

Panjang leher Farah Hanim menjenguk-jenguk muka pintu , “Mana laki kau ni Mai. Lambat betul.”

Nur Maisara tergelak kecil , “Aku ni yang tak heran, kau pulak yang lebih ye.”, usiknya.

Farah Hanim mengangkat kening , “Mai.. Apis tu kawan aku Mai. Jangan la cakap macam tu.”

“Aku gurau je lah.”, kata Nur Maisara tidak bermaksud untuk berkecil hati.

“Ha.. tu dia. Lambat betul. Hal ape ntah yang lambat sangat.”, kata Farah Hanim.

“Sorry lambat. Sakit perut ah tadi.”, kata Hafiz.

“Asal nak lepak ngan aku je sakit perut itu ini. Dah jarang nak lepak dengan aku sekarang. Yelah yelah, aku paham.”, kata Farah Hanim.

“Anim..”, panggil Nur Maisara.

“Tak baik kau tuduh aku macam tu tau Anim. Bukannya selalu, ni baru first time aku datang lambat. Aku sakit perut betul tadi.”, jelas Hafiz.

Farah Hanim tersenyum , “Lahai. Serius je muka kau Apis. Aku saje nak test kau.”

Hafiz mencemik , “Kau ni Anim, buat cuak je. Dah la aku tak senang nak uruskan ‘bisnes’ aku tadi.”

“Ehh. Dah la dah la. Nanti sampai keluar dari tandas pun gaduh tak habis lagi.”, sampuk Nur Maisara.

Farah Hanim dan Hafiz tersenyum.

“Apa halnya ni Anim?”

Farah Hanim memasamkan mukanya , “Aku ada masalah ni”.

Nur Maisara dan Hafiz memberi tumpuan kepada Farah Hanim.

“Aku dah terjebak ni. Datin Ruby nak jadikan aku menantu dia.”

“Jadi?”, soal Hafiz.

“Jadi apanya?? Kau tahu tak tu maksudnya aku kahwin dengan siapa?”, soal Farah Hanim semula.

“Maksudnya kau kena kahwin dengan abang Isha lah. Tu cerita dia kan?”, jelas Hafiz.

“Apis... Kau tahu kan aku ni langsung tak kenal rapat dengan laki tu.”

“Tak kenal apanya Anim. Kau tahu nama dia, kau tahu keluarga dia siapa, kau tahu kerja dia apa dan kau pun tahu rumah dia kat mana. Nak tahu fasal apa lagi?”, soal Hafiz.

Farah Hanim mencebik , “Kau langsung tak sokong aku kan.”

“Eh, aku bagi support la ni. Aku setuju sangat kau kahwin dengan abang Isha tu. Okay je aku tengok. Rupa ada, duit ada, kerjaya pun cun.”, jelas Hafiz.

Farah Hanim memandang Nur Maisara , “Mai... tengok Apis ni.”

Nur Maisara tersenyum , “Betul jugak cakap Apis tu Anim. Dorang pun datang dari keluarga baik-baik. Mak kau pun suka kan?”

Farah Hanim pening kepala. Dia cuba mengurut dahinya.

****************************************************************************

Kediaman En.Razali.

Puan Alia menuruni anak tangga menuju ke dapur. Dilihatnya Farah Hanim sedang membantu Mak Kiah membuat persiapan makan malam. “Anim.”

“Ye ma.”, jawab Farah Hanim sebaik saja mendengar namanya diseru.

“Hujung minggu ni Anim balik awal ya. Kita ada tetamu.”

“Siapa ma?”

“Mama dan papa nak buat makan malam. Dato’ dengan datin sekeluarga nak datang.”, kata Puan Alia.

Luruh jantung Farah Hanim , “Apa ma?”

“Dato’ Rahim dan Datin Ruby sekeluarga nak datang makan malam kat sini.”

Farah Hanim menelan liur , “Ye.. yelah ma.” Hati Farah Hanim tidak senang. Bukan dia tidak menyukai kehadiran keluarga dari Vila Harmoni tersebut tapi apabila mengenangkan janjinya dengan Datin Ruby yang sudah tertangguh hampir sebulan membuatkan dirinya tidak senang duduk.

Selesai saja makan malam , dia menyibukkan dirinya dengan menonton rancangan drama di kaca televisyen. Adik kesayangan Farisha Aulia sering menelefon untuk berjumpa dengannya, namun alasan sama sahaja yang diberikan oleh Farah Hanim , sibuk dengan kerja. Dia masih belum berfikir habis mengenai hal itu.

****************************************************************************

Vila Harmoni.
Ruang tamu.

“Bu.. dah lama kan Kak Anim tak datang jenguk Isha.”, luah Farisha Aulia kecewa.

“Kak Anim kan sibuk dengan kerja, kamu kena faham. Soal kerja dengan hal peribadi tak boleh dicampur adukkan.”, balas Datin Ruby.

“Entah ntah, dia takut nak datang sini sebab ibu nak dia kahwin dengan abang tak?”, teka Farisha Aulia.

“Siapa yang ibu nak kahwinkan dengan Iwan ni?”, soal Fakhrul Izwan yang baru keluar dari pintu bilik.

‘Oopss!’, Farisha Aulia tersasul.

Datin Ruby memandang Farisha Aulia , “Ibu ada calon untuk Iwan jadikan isteri.”

“Siapa bu?”, soal Fakhrul Izwan tidak terkejut dengan cadangan ibunya.

“Dengan Kak Anim.”, jawab Farisha Aulia.

Fakhrul Izwan sedikit terkejut dengan jawapan Farisha Aulia , “Anim bu? Kenapa Anim pula? Dia kan dah ada boyfriend.”

Datin Ruby menutup majalahnya , “Ye ke Isha?”

Farisha Aulia tergelak kecil , “Tak lah. Kak Anim single lagi.”

Fakhrul Izwan menyekeh kepala adiknya , “Tipu abang eh?”

Datin Ruby senyum memandang anak terunanya , “Iwan setuju tak dengan pilihan ibu?”

Fakhrul Izwan terdiam , “Entah la bu. Iwan anggap di kawan je.”

“Perasaan tu semuanya boleh dipupuk lepas kahwin nanti , kan lebih elok.”, balas Datin Ruby.

“Tu dah macam orang dulu-dulu la bu. Asyik parents je yang jodohkan.”, jawab Fakhrul Izwan.

“Sebab tu perkahwinan orang dulu-dulu bertahan lama. Cuba tengok zaman sekarang ni , bukan ibu nak cakap apa, tapi tak pernahnya nak kekal.”

Fakhrul Izwan memegang perutnya yang tidak sakit , “Aduh. Sakit perut pulak. Iwan naik atas dulu.”

Datin Ruby menggelengkan kepala , “Tengok tu, lari aje kerjanya.”

Farisha Aulia tersengih , “Bu, jadi ke kita pergi rumah Kak Anim hujung minggu ni?”

“Jadi sayang.”

****************************************************************************

Di bilik puteri Farisha Aulia.

*knock knock*

“Masuk.”

“Abang masuk eh.”, kata Fakhrul Izwan yang muncul di muka pintu.

“Ade apa bang?”

“Abang ganggu Isha ke?”

Farisha Aulia geleng kepala , “Tak de lah. Cakap je la apa abang nak cakap.”

Fakhrul Izwan terdiam lama.

“Abang...”, panggil Farisha Aulia.

“Ha?”

“Cakap la.. pukul 11 Isha nak tidur. Besok sekolah ni.”

Fakhrul Izwan diam kembali. Dia tidak tahu harus bermula dari mana.

“Fasal Kak Anim eh?”, tebak Farisha Aulia.

Fakhrul Izwan tersebut , “Mmm.”

Farisha Aulia menutup buku sekolahnya , “Abang nak tahu fasal apa?”

Fakhrul Izwan mula berfikir.

“Lamanya fikir?”, soal Farisha Aulia.

“Mmm. Betul ke dia takde boyfriend ni? Selama ni Isha tipu abang eh?”

“Kenapa? Abang pernah terfikir nak ngorat kakak Isha eh?”

“Eh mana ada.”

“Dah tu?”

“Tanya je lah. Kak Anim tahu tak fasal ni?”

Farisha Aulia mengangguk , “Tahu.”

Fakhrul Izwan menunjukkan wajah tidak faham.

“Ibu ada tanya Kak Anim fasal ni. Tapi Kak Anim cakap dia nak fikir dulu.”

“Fikir dulu?”

Farisha Aulia mengangguk , “Yelah.”

“Patut la dah lama tak nampak dia kat sini. Lama jugak dia berfikir erk.”

****************************************************************************

Malam Ahad.
Kediaman En.Razali.

Keluarga Dato’ Rahim dan En.Razali kini sedang makan bersama-sama di atas satu meja.

“Dato’ , cuba rasa gulai  tempoyak ikan keli tu.”, cadang En.Razali.

Dato’ Rahim tersenyum , “Oh, baiklah.” Selepas merasa gulai tempoyak tersebut , Dato’ Rahim memberi respons yang agak baik.

“Anim yang masak tu.”, kata Puan Alia.

“Ma...”, sampuk Farah Hanim malu-malu. “Biasa je pak cik, dah lama tak masak kat dapur. Busy dengan kerja.”

Datin Ruby menambah , “Lepas ni boleh la Anim masakkan hari-hari untuk kita kan bang.”

Hampir tersedak Farah Hanim mendengar usikan Datin Ruby , cepat-cepat saja dia minum air masak dari gelasnya. Farisha Aulia yang duduk di sebelah Farah Hanim menggosok-gosok belakang Farah Hanim.

“Ibu.. kan Kak Anim dah tersedak.”, kata Farisha Aulia yang mengambil berat keadaan kakaknya.

Kedua-dua orang tua dari dua buah keluarga tergelak kecil. Farah Hanim tidak dapat berkata apa-apa manakala Fakhrul Izwan geli hati melihat gelagat Farah Hanim yang sedikit kelam kabut.

Selepas selesai makan malam, Farisha Aulia mengajak Farah Hanim untuk membawanya melawat bilik kakaknya itu. Yang lainnya meluangkan masa berbual-bual di ruang tamu. Fakhrul Izwan keluar dari rumah tersebut untuk melihat keadaan halaman rumah En.Razali.

“Puan Alia, besar hajat kami datang ke sini.”, kata Datin Ruby sebaik sahaja timbulnya isu kahwin dalam kalangan anak-anak muda.

Puan Alia tersenyum , “Cerita aje datin.”

“Kami berdua ni dah lama benar berhajat ingin bermenantukan Farah Hanim dalam keluarga kami.”, Datin Ruby terus terang sahaja dalam menyampaikan niatnya.

En.Razali dan Puan Alia saling berpandangan tersenyum.

“Kalau Anim belum berpunya , kami ingin petik bunga di taman Zali dan Alia untuk kumbang di kebun kami.”, tambah Dato’ Rahim.

bersambung..

p/s: Best tak ? best tak? heee..

4 comments:

echa hamid :) said...

hehe .. nice storyyy .. amboi...

Preity® said...

Hii..saya datang dan follow kamu..feel free to hit me back yeah..

http://hanahafis.blogspot.com/

*meet new friends*

Dari segmen by emas putih ..now misi blogwalking semua contestant..teehehehe..harap sudi terima kunjungan saya..

***nice story..ada potensi..good luck!***

Anizz Annisa said...

eleh.. iwan nie malu2 plak..huhuhu... setuju je la.. anim tu ikut je tu..hehhehe.. makin bestt.. :)

Eyra Zakira said...

hyeee .. tak hantar dekat penulisan2u ke ?? buat laa novel .. kyra always support u .. kalau nia dah bikin novel bagitahu kyra yee .. kyra nak beli !! ^^