Tuesday 13 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 15


Aku Cinta Padamu : Part 15

Fakhrul Izwan memberhentikan keretanya di bahu jalan yang dipenuhi dengan lampu neon yang berwarna-warni di tepi jalan. “Anim, listen to me.”

Farah Hanim membuka tingkap kereta tiba-tiba. Paru-parunya memerlukan oksigen.

Fakhrul Izwan tergelak kecil melihat gelagat Farah Hanim yang mudah kelam kabut seperti kebiasaannya. “Anim, saya tahu isu perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibawak main-main. Tapi saya serius nak kahwin dengan awak. Kalau sekarang awak nak kata saya bukanlah lelaki yang memenuhi syarat-syarat lelaki idaman awak , saya minta maaf. Kalau sekarang awak nak cakap awak belum ada apa-apa perasaan terhadap diri saya, saya akan buatkan awak jatuh cinta dan sayang pada saya selepas kita kahwin.”, lebar penjelasan Fakhrul Izwan.

Otak Farah Hanim kini dirasakan mahu pecah , “Tapi.. kenapa? Kenapa saya?”

“Sebab sekarang ni saya rasa saya sudah jatuh sayang pada awak Farah Hanim.”, luah Fakhrul Izwan.

Terkedu Farah Hanim sebaik mendengar pengakuan Fakhrul Izwan yang mengakui lelaki tersebut jatuh sayang padanya. Tidak lama kemudian Farah Hanim meminta Fakhrul Izwan menghantarnya pulang ke rumah secepat yang mungkin. Fikirannya masih bercelaru dan gementar apabila dia cuba memikirkan pengakuan yang dibuat oleh lelaki yang sedang memandu kereta disebelahnya.

*************************************************************************

Farah Hanim pergi mengunjungi Farisha Aulia di kediaman Vila Harmoni dengan membawa gulai tempoyak ikan patin kegemaran Farisha Aulia ke rumah tersebut.

“Assalamualaikum.”, ucap Farah Hanim memberi salam.

Pintu rumah di buka , “Waalaikumussalam.”, wajah Fakhrul Izwan muncul di muka pintu.

Farah Hanim menjadi hairan , ‘Eh. Tak kerja ke?’

“Anim. Masuklah.”, pelawa Fakhrul Izwan.

Farah Hanim geleng kepala , “Saya sekejap je ni. Isha ada tak?”

“Isha pergi rumah kawan dia. Katanya nak siapkan kerja sekolah.”, jawab Fakhrul Izwan.

“Oo, tak pe lah macam tu. Nah, ni untuk Isha.”, Farah Hanim menghulurkan bekal putih kepada Fakhrul Izwan.

“Ape ni?”, soal Fakhrul Izwan.

“Untuk Isha. Okay lah, saya pergi dulu.”, kata Farah Hanim ingin meminta diri.

“Tak nak masuk dulu ke?”, tanya Fakhrul Izwan sekali lagi.

“It’s okay.”, balas Farah Hanim yang kini sedang berjalan menuju kekeretanya.

Fakhrul Izwan melihat Farah Hanim yang kini sudah berlalu pergi meninggalkan kawasan rumahnya. Dia menutup pintu lalu menuju ke dapur. ‘Mmm, bau macam tempoyak.’, detik hati Fakhrul Izwan.

Bekal putih itu dibuka untuk melihat isinya. ‘Betul tekaan aku!’, lebar senyuman Fakhrul Izwan. Perutnya tiba-tiba sahaja mengeluarkan bunyi, jam di dinding menunjukkan jam 2 petang. Dengan pantas dia menuju ke dapur lalu mencedok nasi ke dalam pinggan dan mengambil gulai tempoyak ikan patin dari bekal putih itu ke dalam pinggannya. Lauk yang telah dimasak oleh Mak Ipah tidak dipedulikannya kerana kali ini Gulai Tempoyak Ikan Patin yang telah menaikkan semangatnya untuk makan.

*************************************************************************

Farisha Aulia menerima pesanan ringkas dari Farah Hanim.

‘Tadi Kak Anim datang rumah Isha, tapi Isha takde. So, akak kirim bekal dekat abang Isha. Jangan lupa makan tau balik nanti. – Kak Anim.’

“Alaaa.....”, Farisha Aulia bersuara.

Syafiqah memandang sahabatnya yang sedang duduk diatas meja , “Asal?”

“Kak Anim datang rumah tadi.”, kata Farisha Aulia. Kemudiannya dia membalas pesanan ringkas tersebut , ‘Kak Anim.. sorry tau. Isha buat homework dekat rumah kawan. – Isha.’

‘It’s okay sayang. Akak datang kejap je. Jangan lupa makan tau. – Kak Anim.’

‘Okay bos. Thank you. – Isha’.

*************************************************************************

Farisha Aulia yang sudah selesai menyiapkan kerja sekolahnya pulang ke rumah jam 3 petang. Sebaik sahaja memasuki ruang dapur , dia menghidu bau tempoyak dan segera membuka tudung saji untuk melihat gulai tempoyak yang dihantar oleh kakaknya.

‘Takde pun.’, kata hatinya selepas melihat gulai tempoyak yang dimaksudkan oleh kakaknya tidak kelihatan di atas meja. “Mak Ipah.. Mak Ipah..”, panggil Farisha Aulia.

Mak Ipah yang berada di luar rumah segera masuk ke dalam mendapatkan Farisha Aulia yang sedang memanggilnya , “Kenapa Isha?”

“Mana gulai tempoyak yang Kak Anim hantar tadi?”

“Gulai tempoyak?”

“Ye.. tadi Kak Anim ada datang rumah hantar gulai tempoyak untuk Isha kan?”

Mak Ipah menggarukan kepalanya yang tidak gatal , “Tadi Mak Ipah nampak abang kamu makan. Tapi dia cakap girlfriend dia yang hantarkan tadi.”

Farisha Aulia menepuk dahi , “Dah tu, abang makan sampai habis ke Mak Ipah?”

Mak Ipah mengangguk kebingungan.

“Abang!!!!!!!!!!!!”, jerit Farisha Aulia berlari menuju ke anak tangga untuk mendapatkan abangnya.

Bilik Fakhrul Izwan.

“Abang mintak maaf okay??”, rayu Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia masih memeluk tubuh.

“Isha jangan macam ni. Gulai tempoyak tu sedap sangat sampai abang terlupa nak tinggalkan untuk Isha. Sorry eh?”, Fakhrul Izwan mengakui kesilapan dia.

“Abang ni tak amanah tau.”, kata Farisha Aulia.

Fakhrul Izwan mengeluh , “Jangan la cakap macam tu, sorry okay. Bukannya selalu abang dapat makan gulai tempoyak. Abang lapar sangat tadi.”

“Kalau macam tu, kahwin ajelah dengan Kak Anim! Hari-hari boleh makan gulai tempoyak!”, kata Farisha Aulia sebelum keluar dari bilik Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan panik.

*************************************************************************

Fakhrul Izwan mengajak Hafiz makan tengah hari bersamanya kerana dia ingin meminta pendapat lelaki tersebut mengenai Farah Hanim.

“Anim tu dia ada pendirian dia sendiri.”, Hafiz memulakan cerita.

Fakhrul Izwan masih menanti.

“Kalau nak dibandingkan dengan perempuan kat luar sana tu , mungkin dua dari tiga puluh orang , Anim adalah antara dua orang tu. Dia takkan bercinta dengan lelaki yang belum bergelar suami kepadanya.”, tambah Hafiz lagi. “Jadi , faham-faham aje lah macam mana nak tackle hati Farah Hanim tu.”, pesan Hafiz.

Senyuman terukir di bibir Fakhrul Izwan.

“Anim pernah cakap dengan aku dan Farid. Walaupun dia tak pernah berbincang dengan papa mama dia , dia percaya jodoh pilihan orang tua dia. Dia tahu itu lah yang terbaik.”, kata Hafiz.

“Terima kasih Hafiz.”, kata Fakhrul Izwan.

“Tolong jaga Anim baik-baik.”, pesan Hafiz.

“InsyaAllah.”

*************************************************************************

Dua minggu kemudian , rombongan meminang dari pihak Fakhrul Izwan datang ke rumah Farah Hanim. Setelah membuat solat Istikharah untuk diberikan petunjuk dan pandangan kedua orangnya iaitu En.Razali dan Puan Alia , Farah Hanim menerima lamaran tersebut kerana dia percaya akan pilihan keluarganya itu. 

Dirinya akan cuba untuk menerima Fakhrul Izwan. InsyaAllah , lelaki tersebut akan menjadi suami yang terbaik buat dirinya dan dapat membimbingnya kelak. Nenek Saripah adalah orang yang paling gembira apabila dimaklumkan bahawa tidak lama lagi satu-satunya cucu perempuannya akan berkahwin.

Farah Hanim menghantar pesanan ringkas kepada Fakhrul Izwan untuk berjumpa dan sejam kemudian mereka bertemu di Kmall.

“Anim rindu bakal suami eh? Tak sabar nak jumpa.”, usik Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mencebik , “Ihhh.”

Fakhrul Izwan tergelak kecil.

Pakaian yang dipakai Fakhrul Izwan dilihat sekilas , “Takde baju lain ke nak pakai?”

Fakhrul Izwan memegang baju kemeja biru yang dipakainya , hadiah pemberian Farah Hanim tanda meminta maaf , “Saya suka pakai baju ni. Rasa dekat dengan orang yang saya sayang.”

Farah Hanim menahan diri dari rasa ingin muntah hijau di khalayak umum , “Jangan buat lawak.”

“Saya serius ni.”, kata Fakhrul Izwan tersengih.

‘Eh dia ni.’, getus hati Farah Hanim. “Saya nak bagitahu awak, walaupun saya terima peminangan dari pihak awak, tapi saya ada syarat.”

Fakhrul Izwan meletakkan cawan , “Sejak bila pulak nak kahwin pun ada syarat ni?”

“Saya harap awak faham. Saya terima peminangan haritu disebabkan hubungan keluarga kita rapat dan nenek pun beria nak saya kahwin dengan awak.”, jelas Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersengih lagi , “Hairan kan, semua ahli keluarga awak sukakan saya.”

Farah Hanim terdiam.

Fakhrul Izwan tambah lagi , “It’s okay Anim. Seperti yang saya cakap haritu. Saya akan tunggu awak dan awak pasti akan jatuh cinta dengan saya.”

Muka Farah Hanim mula menjadi merah. Dia bangun dari kerusi lalu pergi meninggalkan Fakhrul Izwan yang masih duduk menghirup minuman panasnya.

*************************************************************************

Majlis perkahwinan antara Fakhrul Izwan dan Farah Hanim berjalan lancar sebulan kemudiannya. Majlis berlangsung dengan meriahnya di kampung Farah Hanim dan juga di kediaman Vila Harmoni. Masing-masing mengambil cuti kerja 10 hari dan telah pun diluluskan oleh pihak atasan.

Sahabat baik Farah Hanim iaitu Hafiz, Farid dan Nur Maisara turut hadir kedua-dua buah majlis yang diadakan.

“Tahniah Anim. Akhirnya kau yang kahwin dulu antara kita bertiga.”, ucap Hafiz.

Farah Hanim tersenyum , “Doakan aku baik-baik.”

“Anim, Izwan takde ke sepupu sepapat yang cun-cun boleh dibuat bini? Kenalkan la kat aku. Single ni, baru break up semalam.”, acah Farid.

“Kau ni memang tak pernah nak berubah la Farid.”, balas Farah Hanim kemudiannya diikuti oleh gelak tawa dari Hafiz dan Nur Maisara.

“Tak pe lah Anim. Hari ni cuci mata je dulu, takde orang kat sini yang lagi cantik dan cun macam kau. Mungkin besok kot.”, tambah Farid lagi.

Farah Hanim mencebik , “Maksudnya, aku cantik hari ni je lah?”

“Baguslah kalau tahu.”, balas Farid selamba.

“Anim, dah rancang ke bulan madu kat mana?”, tanya Nur Maisara.

Farah Hanim geleng kepala.

“Mai cadangkan Anim pergi Paris nak? Sana ada Eiffel Tower. Ramai orang suka berbulan madu kat sana tau.”, tambah Nur Maisara.

“Mmm, rasanya buat masa sekarang ni tak perlu lagi kot. Dah bincang dengan family, dorang pun paham aku tak boleh ambil cuti panjang.”, jelas Farah Hanim.

Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan juga menghampiri mereka , “Terima kasih sebab sudi datang.”

“Wedding of the year macam ni memang la wajib datang. Nanti Anim merajuk kalau kami tak datang.”, kata Farid.

Nur Maisara menyampuk , “Lepas ni, kalau Anim merajuk, korang dah tak payah pening kepala nak pujuk. Suami dia kan ada.”

Farah Hanim tersenyum kelat.

Berbeza bagi Fakhrul Izwan yang tergelak besar bersama tiga rakan Farah Hanim yang lain.

*************************************************************************

Vila Harmoni.

Selepas beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut , Fakhrul Izwan dan Farah Hanim melepaskan lelah mereka di bilik tidur Fakhrul Izwan yang kini dihias cantik berwarna biru laut.

Farah Hanim mengambil tuala mandi dari begnya dan beberapa pakaian yang ingin disalinnya selepas mandi , “Saya mandi dulu.”, katanya kemudian menuju masuk ke dalam bilik air.

Fakhrul Izwan tidak berkata apa-apa membiarkan sahaja Farah Hanim yang sudah sah menjadi isterinya itu membersihkan diri sedangkan dirinya baru sahaja ingin duduk berehat di atas sofa.

Tidak lama kemudian Farah Hanim keluar dari bilik air dengan pakaiannya sudah disalin berseluar tracksuit dan t-shirt lengan panjang. Kepalanya pula dibalut dengan tuala untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

“Dah siap mandi?”, soal Fakhrul Izwan.

“Dah.”, jawab Farah Hanim pendek. Kemudiannya dia meletakkan pakaian kotornya di dalam bakul baju miliknya. “Awak tak nak mandi ke?”, soalnya.

Fakhrul Izwan yang sedang terbaring itu mulai duduk , “Nak mandi la ni.”

Farah Hanim menuju ke sudut katil lalu membuka balutan tuala di kepalanya kemudian mengeringkan rambut nya yang panjang melepasi bahu itu.

Fakhrul Izwan yang melihat tindak-tanduk Farah Hanim terpegun dengan kecantikan semula jadi yang dimiliki isterinya itu.  Itulah pertama kali dia melihat rambut Farah Hanim yang selama ini wanita tersebut manis dengan bertudung. ‘Cantik.’, detik hatinya kemudian tersenyum.

“Awak buat apa lagi tu? Kata nak mandi?”, soal Farah Hanim mengejutkan Fakhrul Izwan dari lamunan.

Kelam-kabut dibuat Fakhrul Izwan oleh Farah Hanim , dia kemudiannya mencapai tuala mandinya da segera menuju ke bilik air , “Anim , kita solat Isyak sama-sama eh.”, katanya sebelum menutup pintu bilik air.

*************************************************************************

Keesokan paginya selesai solat Subuh berjemaah, Farah Hanim keluar dari bilik tidur mereka lalu menuju ke halaman rumah untuk menghirup udara pagi. Dibawanya sekali novel inggeris bersamanya untuk dibaca. Fakhrul Izwan pula mengatakan dia ingin menyambung tidur kerana masih kepenatan. Farah Hanim duduk di sebuah kerusi kayu berdekatan dengan kolam ikan. Di situ dia mengambil tempat untuk menjalankan aktiviti hobinya.

Jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan jam 8 pagi. Farah Hanim menutup bukunya dan meletakkan cermin mata berbingkai hitam di atas meja lalu masuk ke dalam rumah untuk membantu Mak Ipah menyiapkan sarapan.

“Selamat pagi Mak Ipah , .... ibu.”, ucap Farah Hanim sedikit gagap apabila dia melihat Datin Ruby juga sudah terpacak di ruang dapur. Di atas permintaan Dato’ Rahim dan Datin Ruby yang inginkan dia memanggil mereka berdua dengan gelaran ‘Ayah’ dan ‘Ibu’ cuba diamalkannya perlahan-lahan.

Tersenyum Datin Ruby mendengar Farah Hanim memanggilnya ibu , “Iwan mana?”

“Kat atas lagi. Sambung tidur.”, jawab Farah Hanim.

“Anim dari mana?”

“Anim kat luar tadi. Saja ambil udara pagi. Ni datang nak tolong ni.”, balasnya.

Mak Ipah kemudiannya muncul sambil ditangannya membawa mihun goreng singapore , “Dah siap dah pun.”

“Ha? Anim baru nak tolong. Sorry lambat. “,  kata Farah Hanim yang rasa bersalah.

“Takpe. Tengah hari nanti kami bagi peluang untuk Anim masak pulak ye. Dah, pergi kejut Fakhrul Izwan dan tolong panggilkan Isha ye.”, kata Datin Ruby.

Farah Hanim mengangguk kemudiannya pergi ke memanggil Farisha Aulia dan Fakhrul Izwan.

Sebelum pintu biliknya diketuk , Farisha Aulia sudah pun keluar , “Selamat pagi kakak ipar!”, katanya apabila melihat Farah Hanim yang berdiri dihadapan biliknya.

Farah Hanim tersenyum , “Ibu dah panggil tu. Ni kakak nak panggil abang kamu pulak.”

“Okay bos. Kak Anim jangan lupa ‘morning kiss’ nya tau.”, usik Farisha Aulia kemudiannya turun ke tingkat bawah.

‘Budak-budak sekarang ni ekstrem betul.’, detiknya kemudian menuju ke biliknya untuk mengejutkan Fakhrul Izwan. Pintu bilik dikuak, dia melihat ke arah Fakhrul Izwan yang sedang tidur di atas sofa. Pintu bilik ditutup kemudian dia menghampiri Fakhrul Izwan untuk dikejutkan. “Awak.. awak.. dah nak sarapan ni.”

Tubuh Fakhrul Izwan masih tidak bergerak.

‘Ihh dia ni.’, kata Farah Hanim dalam hati. “Awak.. awak.. ibu awak dah panggil tu..”, panggil Farah Hanim sambil mencuit bahu Fakhrul Izwan.

Tubuh Fakhrul Izwan bergerak sedikit membuatkan Farah Hanim membelangkangkan langkahnya sedikit.

“Abang mengantuk lagi ni sayang..”, ayat tersebut terungkap dari mulut Fakhrul Izwan yang masih dalam keadaan mamai.

‘Ihh. Sejak bila dapat permit panggil aku sayang ni?’, getus Farah Hanim.

“Tak nak bangun sudah!”, kata Farah Hanim mula berlalu pergi.

Pergelangan tangan Farah Hanim mula dipaut erat. Farah Hanim terkejut dengan tindakan Fakhrul Izwan yang memaut tangannya.

‘Ihh. Nasib baik aku tak pengsan.’, terkejut Farah Hanim.

Fakhrul Izwan bangun sambil tangannya masih lagi berpaut pada pergelangan tangan Farah Hanim , “Tunggu kejap. Kita turun sama-sama. Saya pergi gosok gigi dulu.”

Farah Hanim lihat saja Fakhrul Izwan yang lalu dihadapannya menuju ke bilik air.

“Tunggu tau.”, pesan Fakhrul Izwan lagi.

*************************************************************************

Di meja makan.

“Anim, lepas makan ni ibu, ayah dengan Isha nak hantar Mak Ipah kat rumah anak dia. Mak Ipah tinggal kat sana seminggu. Nanti suruh Iwan tolong kamu masak kat dapur ye.”, kata Datin Ruby.

‘Ha???? Serius ah? Serius ah? Serius ah? Aku dengan Iwan kat dapur? Kat rumah besar ni berdua?’, Farah Hanim hanya mampu mengangguk dan melemparkan senyuman setuju atas arahan Datin Ruby.

“Iwan kena tolong bu? Iwan kan lelaki.”, sampuk Fakhrul Izwan.

“Lelaki pun kena tahu kerja rumah. Kalau tak belajar sekarang , nanti kalau Anim sakit , siapa nak tolong masakkan kalau bukan suaminya?”, kata Datin Ruby.

Farah Hanim hanya mampu tersenyum tidak membantah apa-apa. Dia juga tidak mengharapkan Fakhrul Izwan membantunya di dapur kalau kerjanya hanya menganggu.

Selesai sarapan pagi , mereka berempat berangkat ke terminal bas untuk menghantar Mak Ipah. Sunyi. Suasana di kediaman Vila Harmoni sepi berahlikan Fakhrul Izwan dan Farah Hanim di rumah besar tersebut.

Fakhrul Izwan sedang duduk menghadap televisyen membiarkan Farah Hanim keseorangan di dapur. Dia masih belum mahu menggunakan tenaganya kerana masih lagi kepenatan. Badannya juga masih sakit-sakit kerana terpaksa tidur di atas sofa semalaman.

Mengimbas kembali kejadian malam tadi.

Fakhrul Izwan masuk ke dalam biliknya semula.  Dia keluar sebentar kerana dipanggil ayah dan ibunya. Dilihatnya Farah Hanim sedang duduk di atas sofa sedang melayan video di telefon bimbitnya. “Tak tidur lagi?”

“Tunggu awak.”

“Tunggu saya?”, Fakhrul Izwan tersengih luas.

Farah Hanim memandang ke arah Fakhrul Izwan yang dilihatnya sedang tersenyum sumbing , “Maksud saya, macam mana nak bahagi tempat tidur ni?”

Fakhrul Izwan kembali kepada wajah biasanya , “Kenapa nak bahagi?”

‘Eh, buat-buat tanya pulak dia ni.’, rengus Farah Hanim. “Awak nak tidur dekat mana? Sofa atau katil?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan lambat-lambat saja menjawab pertanyaan Farah Hanim , “Mmm. Katil kot.”

“Okay saya tidur dekat sofa.”, putus Farah Hanim mudah.

“Eh eh, gurau je lah. Ye lah ye lah, saya tidur dekat sofa.”, Fakhrul Izwan mengalah.

“Terima kasih. Saya harap awak tak marah dengan keputusan terpaksa awak tu.”, kata Farah Hanim tersenyum kemudiannya mengambil tempat tidurnya di atas katil.

Fakhrul Izwan menggaru kepala , “Selamat malam awak.”

Fakhrul Izwan menggelengkan kepalanya apabila teringatkan kenangan malam perkahwinannya. Dia memanjangkan leher mengintai Farah Hanim yang berada di dapur. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke dapur , “Awak nak masak apa?”, soal Fakhrul Izwan yang sedang melihat Farah Hanim menyiang ikan.

“Entah. Tunggu ajelah hasilnya nanti.”, balas Farah Hanim.

“Mmmmm.”, Fakhrul Izwan teragak-agak untuk bercakap.

“Kenapa?”

“Saya bosan ni.”

Farah Hanim tidak mempedulikan Fakhrul Izwan.

“Berdosa tau kalau isteri buat tak peduli dekat suami.”, kata Fakhrul Izwan.

bersambung..

p/s : Thank you sudi datang blog ni and dropped komen. Terima kasih sangat.


3 comments:

Syaza Raihanah said...

Salam. Wah, panjangnya. Tapi, jangan risau tetap menarik. Hehe :D Biasanya Nia buat satu bab dalam berapa page ya di Words?

Anizz Annisa said...

alololo..akhirnyee kahwin jugakk.. anim jual mahal la tu..sabar je la iwan..hihi.. sweet la.. ^^, teruskan menulis..

Alynn Azman said...

Assalammualaikum :) singgah ptg ... >_< pnjg nye story ..huhu