Saturday 26 October 2013

I Love You , not her : Part 5


I Love You , not her : Part 5


Pilih , nak Hazim panggil Iman atau sayang??”, Hazim memberi Iman pilihan. 

“Jangan nak menggedik!”, Iman melantangkan suaranya.

Oke sayang!!”, senyum Hazim ke arah Iman Hawa.

“Fakhrul Hazim!!!”, Iman Hawa membulatkan matanya sekali lagi dan pipinya mula kemerahan menahan malu.

Arghh... Haus la. Nak pergi beli air kejap.”, Hazim beredar menuju ke kedai runcit berdekatan.

Iman masih duduk membeku. Hatinya terasa bagai diusik. Terasa begitu aneh sekali yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. “Kenapa jantung aku buat hal ni?”.

Sayang..Minum air ni!”, Hazim mengejutkan Iman dari arah belakang. Tidak disambut air yang dihulurkan oleh Hazim.

“Okelah-okelah!. Diskaun... jangan panggil macam tu lagi. Bahaya tau tak?”, tegas Iman kepada Hazim.

“Bahaya? Takkan baru panggil ‘sayang’ dah jatuh cinta kot?”, Hazim berjenaka. Tetapi dia menyukainya. Wajah Iman yang kian pucat membuatkan dia ingin ketawa sepuas-puasnya.

“Whoahhh, makin berani kau ye!”

“Yeay! Lain kali boleh panggil ‘sayang’ lagi.”

“Dah. Stop!.”, Iman cuba untuk menutup topik yang membuatkan hatinya sedikit goyah.

Hazim tersenyum melihat keletah Iman Hawa yang serba tidak kena.

“Lepas ni panggil Hazim je tau. Fakhrul tu orang dah tak panggil sekarang ni..”, kata Hazim.

Tapi.. kalau rasa nak panggil abang.. sayang..honey.. pun boleh!!”, tamba Hazim lagi.

Iman bangun dari tempat duduknya , “Jum kita pergi sana!”. Iman Hawa berjalan terus kehadapan tanpa menoleh ke arah belakangnya.

Hazim menyusul dari belakang tidak lama kemudian.

**********************************************************************************************

Di dalam kereta BMW milik Hazim.

“Lapar? Jum kita singgah makan nak?”, soal Hazim sambil mencuri pandang ke arah Iman.

Iman Hawa mendiamkan diri.

“Kat mana yang sedap ye. Makan apa ye..”, Hazim bersuara lagi.

“Penatlahh... nak balik...”, Iman mengeluh pendek sambil menutup kedua-dua belah matanya.

“Alaaa... lapar la... perut ni tiba-tiba berbunyi mintak makanan.. Please.. sa..”

Iman Hawa cepat-cepat memotong ayat Hazim , “Oke oke. Dah jangan sebut lagi!!”

Hazim menghamburkan gelak tawanya.

“Pikir lawak??”, soal Iman mencebik.

**********************************************************************************************

Seminggu kemudian..

Kurang dari seminggu, hubungan Fakhrul Hazim dan Iman Hawa menjadi rapat. Walaupun Fakhrul Hazim dua tahun lebih muda dari usia Iman , namun keramahan Hazim membuatkan Iman senang berkawan dengan Fakhrul Hazim. Fakhrul Hazim sering mempamerkan sifat kematangan apabila bersama Iman Hawa , membuatkan Iman Hawa sentiasa lupa bahawa Fakhrul Hazim lebih muda berbanding dirinya.

*knock knock*

“Jum makan!”, wajah Fakhrul Hazim muncul dihadapan muka pintu bilik pejabat Iman Hawa.

“10 minutes!”, balas Iman Hawa yang kembali khusyuk dengan kerjanya.

Fakhrul Hazim masuk ke dalam bilik pejabat Iman lalu mencapai beg tangan Iman Hawa , “Kalau macam tu, masa saya dah kurang 10 minit untuk tengok muka awak!”.

Iman Hawa memandang ke arah wajah Hazim , “Eeee. Geli geli!!!”, Iman cuba mewaraskan dirinya.

Gelagat Iman Hawa membuatkan Hazim tersenyum nakal begitu juga dengan hatinya.

**********************************************************************************************

Sambil kedua-dua kenalan tersebut menjamah makanan , Iman merasakan dirinya sekali sekala dicuri pandang oleh Hazim yang duduk berhadapan dengannya.

Iman berhenti dari makan dan meletakkan sudu dan garfu dari tangannya , “Cantik sangat ke saya ni?”, soal Iman bengang.

Hazim tersengih , “Sorry??”.

Iman menjengil matanya ke arah Hazim.

“Saya bukan pandang awak Cik Iman Hawa. Saya sedang pandang awek seksi kat belakang awak tu!”, balas Hazim.

Perlahan-lahan Iman menoleh ke arah belakang untuk melihat perempuan seksi yang disebut oleh Hazim. Betul, sangat seksi. Perempuan tersebut mengenakan dress pendek berwarna merah yang boleh membuatkan semua biji mata lelaki hampir terkeluar melihatnya.

Iman mencebik kecil , “Lelaki!”

“Sorry? I can’t hear you.”, soal Hazim kepada Iman.

“Huh? Tak. I mean.. sexy..”, gagap Iman.

“She’s my style.”, ungkap Hazim selamba ingin melihat reaksi Iman.

Mata Iman memandang ke atas sambil berkata di dalam hatinya , ‘Kesah?’.

**********************************************************************************************

Dalam perjalanan menuju ke pejabat masing-masing Hazim bersuara , “ Sedap kan makanan tadi.”

Iman mengangguk , “Tambah pulak dapat tengok pemandangan yang ‘super nice’!!”, perli Iman Hawa.

Hazim tersengih , “Lain kali kita pergi makan kat situ lagi eyh?”

“Tak nak! Ajak lah perempuan seksi tu, lagi berbaloi!”, dengan tangkas Iman menjawab.

“Are you being jealous right now?”, soal Hazim sebaik sahaja mereka berdua berhenti dihadapan pintu lif.

“Excuse me?”, suara Iman ditekan sedikit cuba menafikan.

Hazim cuba mengawal dirinya daripada menghamburkan gelak tawa. Hatinya berbunga-bunga melihat wajah Iman Hawa yang sudah kemerahan. Sebaik sahaja pintu lif terbuka , mereka berdua melangkah masuk. Sebelum pintu lif tersebut tutup dengan sendirinya , seorang wanita elegan bersama gincu merah pekat di bibirnya melangkah masuk ke dalam lif. Hazim terkedu melihat wanita yang amat dikenalinya itu muncul secara tiba-tiba.

“Surprise darling!!”, wanita cantik itu merapati tubuh Fakhrul Hazim sambil membetulkan tali leher yang dipakai oleh lelaki tersebut.

Fakhrul Hazim mempamerkan wajah tidak senangnya atas kehadiran wanita tersebut. Hazim menolak tubuh wanita itu perlahan.

“Don’t you remember me? Baru setahun lost contact you dah lupa I ??”, soal wanita tersebut kembali merapatkan tubuhnya kepada Fakhrul Hazim sambil mengusap bahu lelaki itu.

Iman yang dari tadi memerhatikan tingkah laku dua orang manusia yang membelakangkannya cuba menahan api kemarahan yang kini marak di dalam hatinya. Hanya mampu bersabar. Kini tangan kanan perempuan tersebut sudah berpaut pada lengan kiri Fakhrul Hazim.

“Hey you , pegangkan ni untuk I !”, wanita yang mulanya kelihatan elegan di mata Iman Hawa kini sudah berubah menjadi seekor kera yang bergincu merah menghulurkan beg-beg kertas kepadanya.

Tanpa banyak soal , Iman menurut sahaja kerana dia tidak mahu bersikap tidak profesional di dalam bangunan syarikat tempat dia bekerja. Sebagai seorang pekerja yang berjawatan, dia harus menjaga imej syarikat dan dia harus bersabar.

“Pekerja you , pekerja I jugak kan sayang.”, kata perempuan tersebut kepada Hazim.

Hazim sedikit pun tidak menoleh ke arah Iman Hawa. Seolah-olah mereka berdua tidak saling mengenali. Sebenarnya , Hazim sangat terkejut akan kehadiran perempuan yang bernama Elena muncul dihadapannya. Elena merupakan teman wanita yang sangat dicintainya dahulu semasa mereka bersama-sama melanjutkan pengajian di luar negara. Tidak lama kemudian Hazim dapat tahu bahawa Elena curang dengannya. Hatinya bertambah sakit apabila perempuan itu berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki lain. Selepas setahun kejadian tersebut berlalu , Fakhrul Hazim pulang ke tanah air selepas tamat belajar. Pintu lif terbuka. Mereka bertiga melangkah keluar menuju ke bilik pejabat Fakhrul Hazim. Iman mengekori dari arah belakang dengan wajah yang sukar ditafsir. Hatinya menyampah. Sebaik sahaja pintu pejabat milik Fakhrul Hazi dibuka , Iman Hawa meletakkan beg-beg kertas yang dipegangnya di atas sofa lalu keluar dari bilik tersebut meninggalkan Fakhrul Hazim dan Elena.

**********************************************************************************************

“Are you okay Iman?”, Sue mendekati Iman Hawa sebaik sahaja dia melihat Iman keluar dari bilik anak bos syarikat mereka.

Iman mendiamkan diri.

“Perempuan tu. Sape?”, soal Sue ingin ambil tahu.

“Entah la. Isteri kot!”, titik Iman.

“Kau tak jeles ke?”, soal Sue lagi.

Iman memandang wajah Sue menahan marah , “Kenapa perlu aku jeles?”.

“Haihh. Macek Iman, Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin tu belum kahwin lagi, memang perlu kau jeles sebab 24 jam, korang berdua berkepit dah macam belangkas tau sejak akhir-akhir ni!”, balas Sue.

“No, I’m not! Aku bukan girlfriend dia!”, nafi Iman.

“Tak semestinya bukan girlfriend tak boleh jeles sayang oi!.”, kata Sue sebelum menamatkan perbualan meninggalkan Iman Hawa di hadapan pintu bilik pejabatnya.

Iman Hawa mengetap bibir.

**********************************************************************************************

Selesai sahaja membersihkan diri Iman Hawa baring di atas katil merehatkan diri.

*telefon bimbit Iman berdering*

“Selamat malam. Have a good dream... Of me. ^^, Hehe.”- pesanan ringkas yang dihantar Fakhrul Hazim.

“Ceh, buat macam takde masalah pulak!”, bentak Iman sambil menutup mukanya dengan bantal.

“Hishhh. Bukan nak mintak maaf ke , explain keadaan tadi ke ape ke.”, Iman berkata sendiri lagi.

Iman memandang ke arah telefon bimbitnya tajam , “I’ll get my revenge!!”.

**********************************************************************************************

Iman keluar dari bilik pejabatnya menuju ke bilik pantri untuk mengambil sarapan pagi. Dia perlu mengalas perutnya kerana malam semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.

“Make me a coffee. No sugar.”, Hazim muncul dari arah belakang sambil mengarah Iman.

Secawan teh hijau dan dua keping roti kosong dipandangnya kosong. Tiba-tiba sahaja Iman tidak mempunyai selera. Dia berlalu keluar meninggalkan Fakhrul Hazim bersama sarapan yang masih belum disentuhnya.

Hazim menghantar Iman keluar dari bilik pantri dengan pandangan matanya.

**********************************************************************************************

*knock knock*

“Imannn.. jom lunch sama-sama.”, Sue muncul lalu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Iman.

“Okay jom!”, balas Iman.

Tidak lama kemudian Hazim juga muncul di dalam bilik Iman , “Join??”.


Iman mencapai beg tangan lalu keluar dari pejabatnya sambil mempamerkan wajah tidak senang akan kehadiran Hazim.

**********************************************************************************************

Sedang Iman Hawa , Fakhrul Hazim dan Sue menjamah nasi , seorang lelaki datang menyapa.

“Hey Iman, Can I have a sit?”, muncul seorang lelaki tinggi menegur Iman yang sedang makan.

“Eh, Afif. Duduklah.”, Iman mempelawa.

“Sorry dah lama tak keluar makan sama, sibuk sikit.”, kata Afif.

“It’s okay la Encik Afif.”, balas Sue.

“Takpe. Saya boleh temankan dorang makan.”, Hazim mencelah memandang ke arah Afif tajam.

Bersambung...

p/s : Thanks to for those who are supporting me.


1 comment:

Amelynayusra said...

Best novel :) anw, jemput ke blog saya http://afrinatarmizi.blogspot.com and http://mrs-songjoongki.blogspot.com
#teruskan novel yang best ni yee