Monday 11 November 2013

I Love You , not her : Finale


I Love You , not her : Finale

Kedai bunga SyaSya Florist.

“Iman, kau rasa bunga ni cantik tak untuk Sue?”, soal Raffi.

Iman mendekati Raffi lalu melihat sekuntum bunga Matahari yang dipegang oleh Raffi.

“Sekuntum je?”, soal Iman.

Cukuplah satu matahari sahaja yang menerangi hidup kekasih hatiku.”,balas Raffi.

Iman hampir termuntah mendengarnya , “Erk? Kfine.”

Selesai membayar , Iman dan Raffi keluar dari kedai bunga dan mereka terserempak dengan Hazim ketika dalam perjalanan menuju ke kafe untuk minum petang.

Seems so close. Sape pulak laki ni?.”, soal Hazim mempamerkan wajah tidak suka akan pemandangan yang dilihatnya.

“Fakhrul Hazim? Yang Sue selalu cerita tu? Hai, saya Raffi.”, kata Raffi menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Hazim.

Hazim sedikit ragu untuk berjabat tangan dengan Raffi , namun disambutnya jua untuk menjaga imej.

“Well, I rasa I patut pergi dulu.”, kata Raffi mengundurkan diri.

Hazim mengekori langkah Iman yang menuju ke sebuah kafe. Iman sengaja memilih sebuah meja di mana mejanya bertentangan dengan meja dua orang lelaki kacak di hadapannya.

“Memang saja kan?”, soal Hazim sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Iman. Dia sengaja melakukannya kerana tidak mahu Iman memandang ke arah dua lelaki kacak yang dilihatnya sedang mengenyit mata ke arah Iman Hawa tadi. Hazim melihat ke arah muka Iman yang ternyata suka akan salah seorang lelaki yang kenyit mata ke arahnya.

“Awak menghalang pemandangan indah saya Fakhrul Hazim!”, kata Iman meninggi suara sedikit.

“Mulai sekarang sayalah pemandangan indah awak Iman Hawa!”, tajam mata Hazim memandang ke arah Iman Hawa.

Iman Hawa terpaku mendengar ayat tersebut.

“Let me be your boyfriend!!”, kata Hazim lagi membuatkan Iman Hawa tergamam.

You must be joking!”, Iman melarikan anak matanya daripada Hazim. Sesungguhnya dia terkejut dengan tindakan Fakhrul Hazim yang melulu itu.

Iman please!”, pujuk Hazim.

“Hazim , tak lawak okay!!”, Iman bangun meninggalkan Hazim. Situasi yang berlaku secara mengejut langsung tidak dijangka oleh Iman Hawa.

Hazim bingung. Tidak lama kemudian dia bangung dari tempat duduknya. Dia melihat ke arah lelaki yang cuba mengenyit mata dengan Iman Hawa sebentar tadi sambil berkata , “For your information , she’s my girlfriend. My future wife!”.

**********************************************************************************************

“Iman, kotak ni untuk kau.”, hulur Lily kepada Iman sebaik sahaja Iman selesai membersihkan diri.

“Ape ni?”, soal Iman cuba membuka kotak sederhana besar berwarna biru laut. Dia teringat kotak biru yang dilihatnya pagi tadi. Kotak biru yang cuba disorok oleh Hazim.

“Patung?....... Katak?”, soal Iman.

Iman memegang sambil cuba memeluk patung kura-kura putih yang dipegangnya , “Comel nya!!!”.

Tiba-tiba sahaja patung kura-kura tersebut mengeluarkan bunyi. Suara kartun comel kedengaran dari perut patung kura-kura tersebut.

“Can I be your boyfriend? Please! Please! Please!”.

Iman tergelak kecil mendengarnya. Dipeluknya sekali lagi patung kura-kura tersebut.

“Can I be your boyfriend? Please! Please! Please!”.

Gelak Iman lagi.

Wahh. Jealousnya...”, usik Lily.

Siapa penghantar misteri ni ya?”, soal Iman sambil menjeling ke arah Lily.

Lily melarikan wajahnya cuba sambung menonton berita di televisyen sambil menggeleng kepala berpura-pura tidak tahu.

**********************************************************************************************

*telefon bimbit Iman Hawa berdering*

“Assalamualaikum , suka tak?” – pesanan ringkas diterima dari Hazim.

‘Waalaikumussalam....’, balas Iman menjawab salam tersebut di dalam hati. Dia tidak mahu membalas pesanan ringkas yang diterimanya.

‘Mestilah suka!!!!!!’, jerit Iman Hawa di dalam hati sekuatnya sambil mencium patung kura-kura putih yang dipeluknya.

“Can I be your boyfriend? Please! Please! Please!”.

**********************************************************************************************

Keesokan paginya.

Iman Hawa terkejut melihat Fakhrul Hazim kini sudah terpacak berdiri di hadapan rumahnya.

“Buat ape ni?”, soal Iman Hawa sambil muka pagar rumahnya.

“Jom pergi kerja sama-sama!”,kata Hazim.

“Kenapa blah macam tu je semalam?”, soal Hazim.

Iman menunduk malu , “Ishh!!”.

“Jom sayang..”, panggil Hazim bernada manja.

“Ishhh , malu la kat jiran!! Tak malu ke?”, kata Iman sambil memandang ke arah sekeliling.

“Kena cepat-cepat kahwin la ni baru boleh panggil sayang kan?”, kata Hazim lagi.

Muka Iman menjadi kemerahan sebaik sahaja mendengar Hazim cuba mengusiknya.

“Jangan nak mengada! Dah jum!”, kata Iman malu-malu.

“Pergi mana? Jumpa tok kadi? Belum bangun tidur lagi agaknya.”, usik Hazim lagi.

“Fakhrul Hazim!!”.

**********************************************************************************************

Setahun kemudian..

**********************************************************************************************

Ye bu. Iya. Nantilah.”, kata Iman yang sedang berbual dengan ibunya di talian telefon.

Tidak lama kemudian dia menamatkan panggilan tersebut.

“Ibu sihat?”, soal Hazim yang duduk di meja hadapannya.

“Ibu? Puan Hani bukan ibu awak. Dia ibu saya!”, kata Iman menjengil matanya.

“Sama je la. Ibu awak, ibu saya jugak!”, kata Hazim.

“Tak! Buat masa ni. Belum lagi.”, titik Iman sambil menyambung makan.

Hazim menukar suaranya menjadi lebih manja , “Bila nak bawak saya jumpa parents awak?”.

Iman mengangkat keningnya pelik akan mendengar suara Hazim yang tiba-tiba berubah , “Tak ready lagi lah!!”.

“Sampai bila?”

“Nantilah..”, balas Iman endah tak endah. Dia risau jika ahli keluarganya tidak dapat menerima Hazim dalam hidup mereka kerana faktor usia Hazim yang lebih muda daripadanya. Belum tercatat sejarah dalam sejarah keluarga mereka , perempuan mengahwini lelaki yang lebih tua dari usia mereka.

Ketika sedang makan mereka di datangi oleh seorang perempuan cantik menyapa Iman , “Iman?”.

Iman memandang ke arah suara yang memanggil namanya , “Kak Wani?”, Iman terkejut dengan kehadiran kakak kandungnya , Laila Awani.

Laila Awani mendapatkan tempat duduknya di sebelah Iman Hawa , “Sape ni?”

Huh? Aa..a.. bos. Bos Iman , kenalkan Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin.”, jelas Iman.

Fakhrul Hazim dan Laila Awani masing-masing tersenyum.

“Oh, boyfriend..”, usik Laila Awani.

“Eh.. bukan.. Bos! Bos!!”, gagap Iman tiba-tiba.

“Boyfriend la tu.. kawan lelaki..”, sampuk Laila Awani lagi.

Hazim mempamerkan wajahnya yang tenang , “Betul tu kak, saya Fakhrul Hazim. Teman lelaki Iman Hawa.”, Hazim berterus-terang sambil menekankan perkataan ‘teman’ dalam ayatnya.

Mata Iman Hawa membulat dan dia terkejut atas sikap keberanian berterus-terang Fakhrul Hazim , teman lelakinya. Iman Hawa diam membeku diri.

Oh. Inilah rupanya lelaki yang selalu buat adik akak mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena setiap kali dia balik kampung. Buah hati jauh di KL rupanya.”, usik Laila Awani lagi.

“Betul ke kak? Serius sangat ke?”, soal Hazim tersenyum kecil melihat ke arah Iman Hawa.

Iman Hawa masih menunduk malu sambil berkata , “Mana ada!!”.

Laila Awani ketawa kecil. “Eh, pasal korang akak biarkan Abang Mat kamu kat kereta. Dah akak pergi dulu!”, Laila Awani bingkas bangun dari tempat duduknya begitu juga Iman Hawa dan Fakhrul Hazim.

Iman Hawa dan Laila Awani saling berpelukan. “Akak pergi dulu. Hazim jaga adik akak elok-elok tau!”, pesan Laila Awani sebelum mendapatkan suaminya yang sedang menunggu.

Iman Hawa mengeluh , “Tak sempat nak borak panjang.”

Fakhrul Hazim kembali duduk ditempatnya , “Tak penat ke bila dah selalu jumpa? Mesti nak gosip kan? kan?”.

“Lagi penat kalau layan kerenah awak tu!”, balas Iman.

“Ye ke?”, usik Hazim tersenyum nakal sambil memandang wajah Iman Hawa yang mula kemerahan.

**********************************************************************************************

Selesai sahaja menjamu selera , Fakhrul Hazim dan Iman Hawa menuju ke pusat beli belah yang berdekatan.

“Kita nak pergi mana ni?”, soal Iman kepada Hazim sedang mereka berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah.

“Nak beli cincin!”, kata Hazim selamba.

Iman Hawa memberhentikan langkahnya secara tiba-tiba. Hazim yang perasan Iman Hawa tidak berada disampingnya lalu menoleh ke belakang. “Kenapa ni?”, soal Hazim.

“Tak kelakar okay!”, kata Iman.

“I am serious, Iman Hawa. Dah jom!”, kata Hazim sambil menarik Iman masuk ke dalam kedai yang menjual barangan emas.

Sedang asyik Fakhrul Hazim meneliti rupa bentuk cincin yang diingininya , Iman Hawa hanya memerhatikan tingkah laku Fakhrul Hazim di satu sudut kedai emas tersebut.

Tidak lama kemudian Fakhrul Hazim mendekati Iman Hawa , “What? Bukan perempuan selalunya teruja ke kalau dapat masuk kedai emas macam ni?”.

“I am not!”, kata Iman sambil memandang ke arah Hazim tajam. Seperti ingin ditelannya.

“You are so different. That is why I love you dear.”, kata Hazim sambil tersenyum. Handsome.

Iman menukar nada suaranya kepada lebih lembut kerana cair melihat Hazim yang senyum lebih kacak daripada biasa.

“Okay then. Buatlah apa yang awak nak buat.”, kata Iman sambil memeluk tubuhnya.

Hazim masih lagi tersenyum melihat Iman Hawa. Hati Iman Hawa menjadi semakin tidak keruan. Iman Hawa melihat sekelilingnya , “Jangan cuba senyum macam tu kat perempuan lain! Kalau tak...”

“Kalau tak?....”, tungkas Hazim sambil mempamerkan killer smile kepada Iman Hawa.

Iman Hawa kaku, kemudian dia menyambung ayatnya , “Kalau tak.. Tak nak belanja makan aiskrim!!”. Iman terus keluar dari kedai emas tersebut kerana malu diperhatikan oleh pekerja-pekerja disitu.

Perlahan-lahan Fakhrul Hazim menyusul Iman dari belakang.

Ishh! Tak romantik langsung beli cincin ajak kita!!”, rajuk Iman sendiri.

Fakhrul Hazim yang mencuri dengar rajuk Iman tersebut tergelak kecil.

**********************************************************************************************

*telefon bimbit Iman berdering*

“Hujung minggu ni keluar nak?”, suara Fakhrul Hazim kedengaran di hujung talian.

“Pergi mana?” , soal Iman.

“Hmm. Rahsia. Pakai cantik-cantik tau!” , kata Fakhrul Hazim lagi.

“Cis. Selama ni tak cantik lah ye?”, balas Iman pula.

“Mmm tak! Good night. Mimpi saya tau. Bye sayang.” ayat terakhir diterima oleh Iman selepas dia mematikan talian.

Iman melemparkan telefon bimbit ke atas katil. “Cis!!!”.

**********************************************************************************************

Seorang budak perempuan comel yang berusia dua tahun menghampiri Iman Hawa lalu menghulurkan sekuntum bunga ros putih. Tanpa ragu-ragu Iman Hawa menerima bunga ros putih tersebut. Iman Hawa terus berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki di taman permainan seperti diberitahu oleh Fakhrul Hazim.

Iman memandang ke arah sekeliling cuba mencari bayang Fakhrul Hazim , “Mana pakcik sorang ni!?”.

Tidak lama kemudian, Iman melihat bangku kosong yang terdapat di taman permainan tersebut lalu mempercepatkan langkahnya menuju ke bangku kosong tersebut. Dia letih berdiri dan berjalan menunggu kedatangan Hazim. Panggilan telefon yang dibuatnya berkali-kali tidak diangkat oleh Hazim.

Kakak. Suka yang ni atau yang tu?”, datang pula seorang budak lelaki yang mungkin berusia belasan tahun mendekati Iman Hawa sambil memegang sejambak bunga ros putih dengannya. Budak lelaki tersebut menyuruh Iman Hawa membuat pilihan sama ada dia menyukai sekuntum bunga ros putih atau sejambak bunga ros putih.

“Huh? Akak suka kedua-duanya. Kenapa?”, soal Iman.

Pilih!”, kata budak lelaki tersebut.

“Haishh. Tak boleh buat kakak macam ni tau. Meh sini bunga tu!”, arah Iman kepada budak lelaki tersebut.

Adik hensem, sape bagi bunga ni? Abang awak ke? Hensem tak dia? Mana dia?”, soal Iman bertubi-tubi memandang ke arah budak lelaki tesebut.

“Ada sorang pakcik yang suruh bagi ni. Saya pergi dulu ye kak.”, kata budak tersebut sebelum berlalu pergi.

Iman tersenyum kecil sambil memasukkan sekuntum bunga ros yang dipegangnya tadi ke dalam sejambak bunga ros yang dipegangnya kini. “Hmm, betul lah tu. Pakcik tua!”, senyum Iman.

Nak yang ni atau yang tu?”, soal Hazim yang tiba-tiba muncul berdiri tegak di hadapan Iman. Berbaju kemeja hitam lengan panjang dan membiarkan dua butang di lehernya terbuka.

“Kenapa dengan dua butang kat leher tu?”, soal Iman gagap.

Hazim membetulkan kolar lehernya sambil tersenyum, “Cepat la pilih!”, kata Hazim lagi.

Iman memandang ke arah jambangan bunga yang dipegangnya dan sebentuk cincin yang dihulur Fakhrul Hazim.

“Mmmm. Nak orang yang berkemeja hitam ni boleh?”, luah Iman sambil menggunakan jari telunjuknya ke arah Fakhrul Hazim.

“Ei , tak malu eyh!”, Fakhrul Hazim tersenyum lebar melihat Iman Hawa yang kini tertunduk malu.

“Ni yang sayang ni!!” , tambah Fakhrul Hazim lagi lalu mengambil tempat duduknya disebelah Iman Hawa yang tersipu malu.



TAMAT.

p/s : Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada readers yang setia menanti karya pendek I Love You , not her dari saya. InsyaAllah, nantikan karya saya yang seterusnya. Keep support me dear <3


14 comments:

najiahs said...

oohh..yeayea..

follow sini..:D

Cik nadya said...

ok cerpen niii terbaek...
buatla cerpen lagi. suka la bc :D

Bunga said...

singgah sini :)

Dreamland said...

@Cik Nadyya

thanks dear. InsyaAllah , saya sedang buat cerpen yang kedua. Sabar ye. (:

Cik Nor said...

bw cni..jom follow suka sama suka..:)

Recherché said...

keep it up! i follo... :)

Atien said...

Saya singgah..cri cbox x jumpe...slmt ptg

H A F N I I Y A Z I said...

Best sangat cerita ni. Hehe, btw follow sini. Kalau ada masa jemput la baca blog sy and follow sekali tau ! X)

Dreamland said...

@H A F N I I Y A Z I

thanks tau <3

infiradh said...

untungg la ada bakat menulis XD keep it up !

Mira_Othman said...

Wahh! Comelnya ending dia! haha .. Iman so cute! >.< <3

Lollipop Manis said...

wahh. menarik ! pandai menulis. keep it up dear.;)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

terbaikk.bestt!

NazatulNazreen said...

Ahhh sweet gilerrr . Aduhaii . CERITA SINGKAT YANG PALING BEST . Nanti kalau saya ada mase saye bace cerita yang lain plakk . Keep it up sis .