Tuesday 5 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 3


Awak kan isteri saya? : Part 3

Diana Amira mendaki anak tangga lalu menuju ke bilik utama untuk mengambil beg bajunya manakala Aiman Hakim pula menuju ke ruang dapur untuk membasahkan tekak. Aiman Hakim melihat Diana Amira yang keluar dari bilik tidur utama lalu menuju ke sebuah bilik tidur yang lain bersama beg baju yang dibawanya. Aiman Hakim tidak menghalang tindakan Diana Amira. Dia turut faham situasi kedua-dua belah pihak yang saling tidak mengenali kini ditempatkan di bawah satu bumbung.

Aiman Hakim berjalan menuju ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri. Ketika ingin menukar baju dia terlihat satu nota terselit di bawah lampu tidur.

Bilik asing-asing tau. Saya harap awak faham’.

Diana Amira mula mengemaskan baju-bajunya ke dalam almari pakaian. Selesai sahaja mengemas biliknya dia menuruni anak tangga lalu menuju ke ruang tamu. Bayang Aiman Hakim tidak kelihatan di ruang tamu , prasangka Amira bahawa suaminya itu mungkin sedang berehat di dalam bilik tidurnya. Peti ais yang dibuka dipandang lama , kemudian dia menutup semula.

“Lapar la..”, kata Amira sendirian sambil mengusap-usap perutnya yang meminta makanan. Sebaik sahaja dia menoleh ke arah belakang , wajah Aiman Hakim muncul secara tiba-tiba membuatkan jantungnya hampir gugur.

“Ape ni?”, Amira menapak satu langkah ke belakang akibat terkejut. Dilihatnya Aiman Hakim sedang menghulurkan makanan ringan ke arahnya.

Amira mencapai makanan ringan yang dihulurkannya lalu menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Langkahnya juga diikuti oleh Aiman Hakim tidak lama kemudian. Sepuluh minit masa yang diluangkan dihadapan televisyen sangat membosankan. Hatinya memberontak. Kenapa dia yang harus memulakan segalanya? Kenapa dia yang harus menjadi orang pertama untuk mencuba?

Amira menghela nafas pendek lalu menutup suis televisyen , “Awak.”

Aiman Hakim yang setia duduk di hujung kerusi panjang membetulkan kedudukannya.

“Jangan bagitau sape-sape yang kita tidur bilik asing-asing tau. Saya tak biasa lagi. Awak pun tak biasa lagi kan?”, soal Amira.

Saya okay je kalau awak nak tidur dalam bilik saya , sebelah saya..”, balas Hakim selamba.

Amira membulatkan mata , “Eeee.”

“Awak kan isteri saya. Mulai malam ni saya nak awak tidur dengan saya!”, kata Hazim cuba mengusik.

Amira membalingkan bantal sofa ke arah Aiman Hakim , namun sempat Hakim mengelaknya , “Joke! Awak gurau kan.”

Aiman Hakim tergelak besar apabila dia dapat mengusik Diana Amira.

******************************************************************************

Malamnya.

*knock knock*

Pintu bilik diketuk dari luar. “Awak... awak.”, Amira menyeru suaminya dari luar bilik.

“Awak. Awak tak nak makan ke? Saya lapar ni. Tak kesian ke?”, kata Amira lagi kepada suaminya yang terperuk lama di dalam bilik sejak maghrib.

Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka , “Nak ape?”

Awak tidur ke? Takpela , saya nak keluar kejap boleh?”, pinta Amira.

“Nak buat ape?”, soal Hakim yang masih dalam keadaan mamai.

“Saya lapar la. Boleh la eyh?”, pujuk Amira.

Aiman Hakim mencelikkan matanya , “Tunggu saya kat bawah.”

“Eh takpe la. Awak pergi sambung tidur. Saya keluar sendiri.”, kata Amira.

“Aku pun lapar. Tunggu je la kat bawah.”, arah Hakim.

******************************************************************************

Di dalam kereta.

“Sorry sebab ganggu awak tidur.”, kata Amira.

Mm.”

Amira memandang pemandangan di luar tingkap selepas mendengar jawapan pendek Hakim.

“Mmm, awak nak makan apa?”, soal Hakim.

“Ape-ape je. Bila perut dah lapar gila ni. Semua jenis makanan boleh sumbat. Makan kopok je mana nak kenyang.”, balas Amira.

“Lapar je tahu.”, perli Hakim.

Diana Amira tidak mempedulikan kata-kata Aiman Hakim terhadapnya kerana perutnya sudah menjerit-jerit meminta makanan. Sesungguhnya dia sangat lapar.

******************************************************************************

“Terima kasih.”, ucap Amira kepada pelayan restoran yang datang menghidangkan makanan di atas meja.

Diana Amira mula menjamah makanannya sambil diperhatikan tingkah laku wanita tersebut oleh Aiman Hakim.

“Sedap?”, soal Hakim.

Amira mengangguk perlahan.

Hakim mencebik , “Perlahan-lahan la makan tu.”

Amira mengangguk lagi tapi tidak mempedulikan nasihat Aiman Hakim.

“Bagi aku telefon kau.”, arah Hakim.

Buat ape?”, soal Amira sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.

Bak sini.”, Hakim mengambil telefon bimbit dari tangan Amira.

“Ape ni? ‘Hakim’ je??”, soal Hakim kepada Amira.

Amira yang cuba menangkap situasi yang dimaksudkan oleh Hakim itu menganggukkan kepala , “What should I put then?”

Aiman Hakim mencebik geram, dia menaip sesuatu menggunakan telefon bimbit Diana Amira. Tidak lama kemudian Hakim memulangkan telefon bimbit Amira kepada tuannya. Amira yang sedang khusyuk menikmati hidangan membiarkan saja telefon bimbit tersebut di atas meja.

*telefon bimbit Amira berdering*

-Abang sayang-

Mata Amira membulat dan dia cuba menutup mulutnya dikhuatiri dia akan menyemburkan makanan yang sedang dikunyah di dalam mulut. Dia memandang Hakim yang sedang tersenyum puas dihadapannya.

Jangan sesekali kau tukar nama tu!”, pesan Hakim kini mula menyambung makan.

Amira mengetap bibirnya lalu dia mengambil telefon bimbit tersebut untuk disimpan di dalam poket seluar. Aiman Hakim yang melihat Diana Amira yang makan sedikit comot tu itu cuba membersihkan kotoran di tepi bibir wanita itu dengan ibu jarinya. Tindakan Hakim yang mengejut itu membuatkan Amira tersentap.

“Kau perempuan pertama yang tak jaga etika makan depan seorang lelaki macam aku.”, kata Hakim.

Seolah-olah terjaga dari lamunan Amira kemudiannya menyambung makan , “Biarlah. Awak bukannya orang lain.”

Suami?

Amira mengangguk.

Tapi kenapa aku tak rasa kau layan aku macam suami pun?”

Amira berhenti dari makan , dia memandang ke arah Hakim , “Sebab....”

Sebab?”, Hakim mengangkat keningnya.

“Sebab.. kita ni suami isteri depan ibu ayah, mak abah je. Kita bukannya suka sama suka.”, jelas Amira.

Kau pasti ke kau langsung tak simpan apa-apa perasaan dengan aku?”, soal Hakim lagi.

“Pasti. Macam mana saya nak suka awak kalau kenal pun sehari dua?”.

Kalau aku cakap aku suka kau?”

Amira terdiam lama , “Tak mungkin lah!”

Kenapa?”

Tak mungkin baru kenal awak boleh suka kat saya.”

Kita dah lama kenal. Dari kecik lagi kita dah berkawan.”

Amira sudah menghabiskan makanannya , “Dah. Saya nak balik.” , Amira cuba mengelak dari terus-terusan ditembak oleh soalan-soalan dari Aiman Hakim yang boleh menjerat dirinya.

******************************************************************************

Setibanya dirumah , Amira terus menuju ke bilik tidurnya lalu pintu bilik tersebut dikunci. Amira menghempaskan tubuhnya di atas katil sambil otaknya ligat memikirkan sikap Aiman Hakim yang sedang dihadapinya sekarang.

‘Whoahh mamat tu. Dulu punya lah pendiam lelaki melayu terakhir kononnya. Baru dua tiga hari jadi suami aku, dah pandai tunjukkan belang!’, bentak hati Amira tidak puas.

Hatinya runsing , dirinya belum boleh menyesuaikan diri dengan Aiman Hakim yang kini bergelar suaminya. Dia masih menganggap Aiman Hakim merupakan orang asing dalam hidupnya. Semalaman Amira tidak dapat melelapkan matanya.

Manakala bagi Aiman Hakim pula, dia tidak berniat untuk mengapa-apakan Diana Amira namun dirinya suka melihat wajah kelam kabut Amira apabila dia cuba mengusiknya. Sebelum bergelar suami yang sah kepada Diana Amira, hari-hari dia berdoa meminta petunjuk daripada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala urusan serta memberkati dirinya dan bakal isterinya. Jika benarlah Diana Amira itu jodoh dunia akhiratnya , dia memohon kepada Allah S.W.T agar dirinya menjadi seorang suami yang bertanggungjawab menjaga keperluan dan kehendak isterinya hingga akhir hayat.

******************************************************************************

Keesokan paginya.

Amira mengetuk pintu bilik Aiman Hakim , “Awak. Nak makan ape?”

Pintu bilik Aiman Hakim dibuka dari dalam dan tuan bilik tersebut muncul di hadapan pintu. Diana Amira terkesima melihat Aiman Hakim yang dilihatnya tidak berbaju dan hanya bertuala putih menutupi bahagian tubuh bawah pinggang.

“Saya makan je apa-apa makanan yang isteri saya masak.”, kata Hakim tersenyum nakal apabila mata Amira tidak berkelip melihatnya.

Amira memalingkan tubuhnya, dia cuba mengawal perasaannya. “Okay then.”, kata Amira kemudiannya menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Hakim ketawa kecil , 'Mesti dia terkejut tengok aku macam ni. Haha'.

******************************************************************************

“Sedap kan?”, soal Amira yang sedang melihat Hakim sedang menjamah sarapan pagi.

Aiman Hakim mengangguk perlahan.

Lain kali, jawab guna mulut boleh tak abang sayang?”

Aiman Hakim tersedak dari makannya. Terkejut mendengar Diana Amira memanggil dirinya dengan panggilan ‘Abang Sayang’. Segera air masak dihulurkan oleh Amira kepadanya.

New attitude discovered! Bila makan je, tersedak tak tentu fasal.”, perli Amira.

“Sekali lagi?”, soal Hakim yang kini seperti meminta sesuatu.

“Ape? Nak megi lagi?

“Bukan tu. Yang kau cakap tadi.”

Pipi Amira mula kemerahan , “Oh. Memang ramai yang puji saya masak sedap. Megi je pun. Mestilah sedap kan!”, Amira mengelak untuk memberi jawapan yang sebenar kepada Hakim. Sesungguhnya dia tidak menyedari bahawa dirinya boleh terlepas cakap. Dua biji mangkuk diangkatnya menuju ke sinki dapur.

“Biar aku basuh.”, muncul Hakim dari arah belakang lalu membuka paip air di sinki.

Tindakan Aiman Hakim yang mula menunjukkan sikap ingin menganggunya membuatkan hati Diana Amira terusik. Dia dapat merasakan Aiman Hakim cuba mengambil perhatian darinya sedikit demi sedikit. Melihatkan Hakim yang sedang tekun membersihkan pinggan mangkuk, Amira menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.


*pranggggg!!*

Amira yang baru sahaja membuka suis televisyen terkejut dengan bunyi pinggan pecah segera berlari ke dapur. Dengan pantas dia mendapatkan Aiman Hakim yang sudah pun terduduk di atas lantai dengan tapak kakinya mula mengalirkan darah.

“Awak okay tak?”, soal Amira mendekati Aiman Hakim sambil membuangkan kaca yang tertusuk di tapak kaki suaminya.

Aiman Hakim mengangguk kecil menahan sakit.

“Kalau sakit cakap sakit.”, Amira menggapai lengan Hakim lalu diangkatnya perlahan sebelum memapah suaminya itu menuju ke ruang tamu.

Amira mendapatkan peti ubat dari rak almari lalu mengeluarkan kapas basah menyapu darah yang berlumuran banyak di tapak kaki Aiman Hakim.

Nak pergi klinik tak?”, soal Amira.

Aiman Hakim menggeleng , “Sikit je tu.”

“Awak buat apa tadi?”, soal Amira.

Saya nak letak pinggan kat rak dia. Mungkin sebab licin..”, balas Hakim sambil melihat isterinya yang sedang membalut tapak kakinya.

“Ishh. Macam budak-budak.”, pesan Amira.

Sayang jugak kau kat aku eyh.”, kata Aiman Hakim sambil memandang isterinya.

Sudah pasti Amira mempamerkan reaksi terkejutnya apabila Hakim berkata demikian. Apabila dia cuba memandang ke arah Hakim , Hakim melarikan pandangannya ke arah televisyen yang sedang terpasang sambil wajahnya tersengih-sengih.  Amira menuju ke dapur untuk membersihkan kaca-kaca yang bertaburan. Tidak lama kemudian , Amira muncul di ruang tamu sambil membawa segelas air di tangan. Dia mendapatkan tempat duduknya di atas permaidani sambil menonton televisyen.

Aiman Hakim menutup suis televisyen menggunakan remote control.

“Kenapa tutup?”, soal Amira.

“Bosan.”

“Kalau awak tutup, saya lagi bosan.”, kata Amira lagi.

“Borak dengan aku.”, kata Hakim.

Amira tersenyum kecil melihat gelagat pesakit yang tercedera di hadapannya. ‘Baru sakit sikit’, bisik hati kecilnya.

Nak cakap ape? Awak nak cakap dengan saya ke?”, soal Amira.

“Mestilah. Aku suka dengar kau bercakap.”, balas Hakim tersenyum.

Kenapa awak suka saya cakap dengan awak pulak? Pelik.”, balas Amira.

“Pelik?”

Yelah. Lelaki mana suka dengar perempuan membebel.”

Oh. Itu bila dah lama berkahwin, mula-mula kahwin macam kita ni semuanya okay lagi.”, balas Hakim selamba.

Amira mencebik , “Eeee. Loya tekak tahu.”

Kau mengandung ke?”, soal Hakim tiba-tiba.

Soalan yang tidak masuk akal diajukan oleh Hakim membuatkan mata Amira terbeliak mendengarnya.

Tapi kita belum buat apa-apa lagi.”, kata Hakim perlahan.

Apa awak cakap ni? Jangan bukan-bukan.”, bentak Amira.

Mungkin malam ni.”, usik Hakim lagi.

Amira mencubit betis suaminya itu geram ,”Saya tak suka awak usik saya macam tu.”

Awak kan isteri saya.”, balas Hakim.

Dah. Tak nak cakap lagi.”, putus Amira kemudiannya bangun meninggalkan Hakim menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas.

Merajuk ke?”, soal Aiman Hakim sambil melihat ke arah Diana Amira yang menapaki anak tangga.

******************************************************************************

Amira kehulur hilir dalam bilik tidurnya. Dia tidak senang duduk memikirkan mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang sah kepada Aiman Hakim. Walaupun suami sahnya itu masih belum bertindak yang bukan-bukan terhadap dirinya namun dia tidak mempunyai keyakinan untuk hidup bersama dengan orang yang tidak disayanginya. Semuanya atas permintaan kedua orang tuanya yang ingin bermenantukan Aiman Hakim.

Amira keluar dari bilik dan dia melihat Aiman Hakim tertidur di atas sofa.

Jam menunjukkan 11 pagi , Amira mendekati Hakim yang sedang nyenyak tidur. Dicuitnya bahu lelaki itu perlahan. “Awak. Awak”.

Aiman Hakim kini mengalihkan tubuhnya dari kanan ke kiri mengadap Diana Amira yang sedang duduk di atas permaidani , “Kenapa?”

Kita kena pergi rumah ibu. Ambil barang.”

“Tak nak. Saya nak rehat.”, kata Hakim cuba menutup matanya semula.

“Dah janji dengan ibu kan?.”, kata Amira perlahan.

Aiman Hakim mencapai telefon bimbitnya di dalam poket lalu mendail nombor telefon bimbit ibunya. “Bu, Mira tak berapa nak sihat la bu. Besok lah kami datang ambil barang, bye Bu. Assalamualaikum.”

Diana Amira yang terdengar perbualan Aiman Hakim tersebut membulatkan matanya. “Ape awak cakap ni?”

Bersambung...

p/s : Thanks korang!!