Thursday 17 April 2014

Aku Cinta Padamu : Sinopsis


Aku Cinta Padamu : Sinopsis

Aku Cinta Padamu mengisahkan perkenalan tidak sengaja diantara Farah Hanim dan Fakhrul Izwan melalui adik Fakhrul Izwan sendiri iaitu Farisha Aulia.

Pada awalnya , masing-masing tidak mempunyai perasaan cinta. Atas factor umurnya yang sudah meningkat , dia menerima keputusan ibunya yang inginkan dia berkahwin dengan Farah Hanim.
Namun lama kelamaan sikap prihatin dan tanggungjawab Farah Hanim telah menawan hati Fakhrul Izwan.

“ Tapi saya serius nak kahwin dengan awak. Kalau sekarang awak nak kata saya bukanlah lelaki yang memenuhi syarat-syarat lelaki idaman awak , saya minta maaf. Kalau sekarang awak nak cakap awak belum ada apa-apa perasaan terhadap diri saya, saya akan buatkan awak jatuh cinta dan sayang pada saya selepas kita kahwin.”

Farah Hanim sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia tidak akan bercinta dengan mana-mana lelaki selain suaminya. Disebabkan itulah dia menerima lamaran Fakhrul Izwan untuk menjadikannya sebagai isteri yang sah.  Walaupun hatinya masih belum ada perasaan cinta terhadap Fakhrul Izwan , dia percaya bahawa Fakhrul Izwan akan cuba memikat hatinya perlahan-lahan.

Otak Farah Hanim kini dirasakan mahu pecah , “Tapi.. kenapa? Kenapa saya?”

“Sebab sekarang ni saya rasa saya sudah jatuh sayang pada awak Farah Hanim.”, luah Fakhrul Izwan.


p/s : Are you waiting for this ??? Ngeee~
Jangan lupa klik-klik tabung donate okay?