Saturday, 26 October 2013

I Love You , not her : Part 4


I Love You , not her : Part 4

Hazim memberhentikan keretanya di hadapan 7-Eleven.

“Tunggu sekejap eyh!”, kata Hazim kepada Iman.

Iman memerhatikan susuk tubuh badan lelaki di sebelahnya itu sebaik sahaja lelaki tersebut keluar dari kereta , masuk ke dalam kedai dan memilih barang tertentu di dalam kedai 7-Eleven tersebut. Ketika melihat Hazim sedang membayar barangan yang dibelinya, mata mereka bertentangan. Iman cepat-cepat mengalihkan matanya ke arah lain, manakala Hazim hanya tersenyum.

“Nah.Hadiah sebab temankan saya lunch.!”, Hazim menghulurkan barangan yang dibelinya kepada Iman Hawa.

Sekotak air susu strawberi. Sebotol air masak. Beberapa biji gula-gula.

**********************************************************************************************

Iman memandang kosong ke arah tv dihadapannya.

“Ni kau tengok tv atau tv tengok kau ni?”, soal Lily yang baru saja selesai mandi.

“Hello???” Lily bersuara lagi menyebabkan Iman tersedar dari lamunan.

“Kau ni kenapa? Ada masalah?”, soal Lily.

Iman menutup siaran di televisyen , “Aku rasa Fakhrul Hazim tu memang familiar la. Tapi aku tak ingat la. Aku dah cuba Lily!”.

“Kawan sekolah kita ke?”, soal Lily.

“Besok kau bawak aku jumpa dia lah! Meh sini aku hempuk dia!”, saran Lily.

Iman hanya mengangguk tanda setuju , “Tapi jangan lebih-lebih. Dia tu bakal bos aku.”

“Bakal bos. Dah jadi bos nanti aku mintak maap balek la! Haha.”, balas Lily.

**********************************************************************************************

Lily kini sedang berkeliaran di dalam bangunan Permata Holdings untuk berjumpa dengan Iman di pejabatnya.

“Jap la.. aku tengah on the way ni. Aku kat lobi dah. Nanti aku naik.”, Lily menamatkan perbualannya di telefon bimbit. Merasakan seorang lelaki yang kacak berdiri di sebelahnya, dia cuba menoleh.

Wow. Kachakk!’ senyum Lily sendirian.

Lily dan lelaki tersebut menaiki satu lif yang sama. Hanya mereka berdua.

‘Eh, macam pernah nampak muka mamat ni!’, soal Lily sendirian.

“Ehem ehem. Boleh saya tanya, encik kerja kat sini ke?”, soal Lily ingin tahu.

Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya , “Ya, saya.”

Lily memerhatikan wajah lelaki itu lama , “Fakhrul?? Fakhrul Hazim?”

Lelaki tersebut terdiam lama , “Ya, saya. ”

Lily mengangguk gembira , “Keciknya dunia. Makin hensem kau eyh. Sampai akak dah tak cam muka kau!”

Fakhrul Hazim tersenyum kecil , “Kak Lily kan? Buat apa kat sini?”

“Jumpa kawan. Laa, bestfren masa sekolah rendah dulu. Kak Iman kau la!”, jelas Lily.

“Mesti dia happy kalau dapat tahu kau kerja satu bangunan dengan dia!”, tambah Lily lagi yang kini sudah keluar dari lif.

Hazim terpegun sekejap. Dia memikirkan sesuatu. “Kak Lily dah makan?”, soal Hazim.

“Huh? Be..belum..”.

“Jom saya belanja makan!”, Hazim menarik Lily masuk ke dalam lif semula.

**********************************************************************************************

“Aku ada hal. Sorry!!”. – pesanan ringkas dari Lily.

“Ishhh. Pehal macek ni last minute baru nak mesej!!”, bentak Iman perlahan.

**********************************************************************************************

*telefon bimbit Iman berdering*

“Hello.”, Iman Hawa menjawab panggilan telefon tersebut.

“Iman? Afif ni..”, kedengaran suara Khairul Afif di gegendang telinga.

“Oh. Ya, kenapa?”

“Saya nak ajak awak lunch dengan saya,” Afif mempelawa Iman.

“Saya sibuk la..”, Iman cuba menolak pelawaan tersebut.

“Iman please..”, pujuk Afif.

Iman melihat jam di tangan kanannya, “Setengah jam je!”

“Ok, nanti saya ambil awak dekat lobi. Thanks.”, luah Afif gembira.

Iman mematikan panggilan tersebut.

*knock knock*

Belum sempat Iman Hawa memberi keizinan masuk, sudah muncul sekujur tubuh dihadapannya membuatkan dirinya sedikit terkejut.

“Tak payah nak buat muka comel tu!”, kata Hazim yang kini berdiri dihadapan meja Iman Hawa.

“Masa bila pulak saya buat muka comel? Tak hingin la!”, nafi Iman.

Iman mengemaskan mejanya dan terus mencapai beg tangannya lalu menuju ke pintu pejabatnya.

“Nak pergi mana tu?”, soal Hazim.

“Lunch!”

“Nak ikut!!”, Hazim mengekori langkah Iman.

“Dengan orang lain!”, bentak Iman sedikit rimas.

**********************************************************************************************

Setelah penat pulang dari tempat kerja , Iman melangkah lemah masuk ke dalam rumahnya.

“Assalamualaikum..”, Iman memberi salam sebaik sahaja memasuki pintu rumah sewanya.

“Waalaikumussalam..”, sahut Lily dari dapur.

Iman menghempaskan punggungnya di atas sofa sambil mengeluh kepenatan. Tidak lama kemudian dia mencapai remote control di atas meja lalu membuka mana-mana rancangan di televisyen yang menarik perhatiannya.

“Nah air!”, Lily menghulurkan jus mangga kegemaran Iman .

“Thanks.”, balas Iman sepatah.

Lily merenung wajah Iman lama , “Ni kenapa ni? Saham jatuh ke?”, Lily cuba berjenaka.

“Kau ingat lagi tak nama Khairul Afif?”, soal Iman sambil melihat wajah rakan serumahnya itu.

“Khairul Afif? Yang mana erk?”, soal Lily kembali.

“Budak lelaki yang korang bertiga pernah gilakan dulu!”, kata Iman.

“Oh. Masa darjah 6 tu eh?? Mamat hensem dalam sekolah mesti lah aku ingat. Kenapa?”

“Dia confessed kat aku, dia nak aku jadi girlfriend dia.”, luah Iman mendatar suaranya.

“No wonder.”, balas Lily selamba.

Kau langsung tak surprise? Aku ni dah pening sakit kepala bagai tau tak?”, keras Iman.

“Nak terkejut apanya. Sekarang ni kau dah lawa, tak payah petik pun semua laki datang nak kat kau!”, tokok Lily lagi.

“Bukan tu jawapan yang aku nak dengar!”

“Then?”

“Hisyyy. Aku yang tak pernah nak ingat dia since 14 years ago, tiba-tiba muncul, kenal pun baru 2-3 hari dah nak aku jadi girlfriend dia. Ingat aku ape?”, luah Iman sedikit geram.

“Untunglah dia tu bos si Raffi. Kalau tak, dah lama makan kaki.”, tambah Iman lagi.

“Relax lah!!!”, Lily menenangkan Iman.

“Tapi.. aku pun tak berapa nak berkenan lah dengan si Afif tu. Anak bos syarikat kau tu not bad!”, kata Lily lagi.

Iman sedikit pelik, “Kau kenal ke si Fakhrul Hazim tu?”

Wajah Lily berubah secara tiba-tiba, dia menjadi semakin cuak.

Eh, mana ada. Aku ternampak dia tadi masa nak datang office kau. Tapi tu la, tiba-tiba ada emergency tengah hari tadi. Sorry!”, gagap Lily menyusun ayat.

Iman mengangguk lemah. Dia bangun dari atas sofa melangkah perlahan menuju ke bilik tidurnya.

“Pheww~.”, tenang Lily.

**********************************************************************************************

Dari jauh Fakhrul Hazim melihat Iman Hawa sedang duduk di sebuah kafe sambil meneguk air. Dia mendekati meja minum Iman Hawa.

Iman Hawa mengeluh perlahan, “Kenapa duduk sini? Banyak lagi meja kosong kat sana!”

“Kat sini paling best! Scene dia pun best!”, balas Fakhrul Hazim sambil mengangkat kening kirinya berulang kali.

Iman memandang ke arah lain.

“Oh ya! Hampir terlupa bila dapat borak dengan awek cantik ni.”, Hazim mengeluarkan dompet miliknya keluar dari poket seluar.

“Awak ni kalau sekali naik teksi, memang RM50 terbang macam tu je kan? Kaya jugak kerja akauntan kat Permata Holdings ni.”, ungkap Hazim panjang lebar sambil menghulurkan not RM50 dua keping kepada Iman.

“Kat dunia ni, ade ke bola getah yang mahal harganya? Saje nak tahu.”, soal Hazim.

Iman tidak mengendahkannya.

“Terima kasih sebab belanja saya minum petang dan membawa saya melihat pemandangan cantik kat kafe ni.”, Hazim menolak kerusinya ke belakang dan berdiri lalu meninggalkan Iman Hawa bersendirian.

Iman Hawa memandang ke arah not RM50 di hadapannya , “Ceh!”.

**********************************************************************************************

Sekali lagi Iman Hawa terpaksa pulang lewat ke rumah. Dia melihat jam tangannya hampir menunjukkan jam 11 malam. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik pejabatnya, dia melihat lampu bilik penolong C.E.O masih bercahaya dengan terang. Iman Hawa melangkahkan kaki ke arah bilik tersebut.

*knock knock*

Masuk.”, kedengaran suara Fakhrul Hazim dari dalam bilik.

Iman memulas tombol pintu perlahan dan dia melihat Fakhrul Hazim masih sibuk di menguruskan fail-fail yang berselerak di atas mejanya.

“Sorry ganggu. Tak balik lagi ke?”, soal Iman kepada Hazim.

Hazim berhenti dari menyemak fail-fail di hadapannya dan melihat ke arah Iman yang masih berdiri kaku di muka pintu. Hazim tersenyum kecil.

“Kalau nak masuk, masuk je la.”, kata Hazim.

“Eh, saya datang nak tanya soalan je. Takpelah kalau macam tu.”, laju Iman Hawa menutup pintu cuba beredar.

Fakhrul Hazim dengan pantas bangun dari kerusinya cuba mengejar Iman Hawa , “Tunggu!”

Langkah Iman terhenti.

“Sa.. saya.. Boleh awak tumpangkan saya ?”, Hazim menyoal.

Awak kan ada kereta sendiri?”

“Aaa. Tak! Hari ni saya tak datang dengan kereta. Tayar pancit!”, gagap Hazim.

Iman memandang ke arah Hazim pelik. Tidak lama kemudian Iman mengangguk tanda setuju untuk menumpangkan Hazim pulang ke rumahnya , “Cepat sikit!”.

“Satu minit!”, terkocoh-kocoh Hazim masuk ke dalam bilik pejabatnya semula dan mencapai barang-barangnya.

**********************************************************************************************

Sampai sahaja di parkir kereta Iman dan Hazim masuk ke dalam kereta sebelum Iman menghidupkan enjin keretanya tidak lama kemudian.

*telefon bimbit Iman Hawa berdering*

“Assalamualaikum , ye Afif.”, Iman Hawa menjawab panggilan tersebut.

Hazim memandang wajah Iman Hawa yang duduk di sebelahnya. Dia cemburu jika melihat Iman Hawa ramah dengan lelaki lain.

“Hujung minggu ni?”, soal Iman kepada Afif yang berada di talian.

Hazim memasang telinga cuba mendengar perbualan Iman , “Restoran Serimas? Oh okay.”

Iman menamatkan perbualannya dengan Afif. “Sorry. Rumah awak kat mana?” soal Iman kepada Hazim.

Hazim mendiamkan diri.

“Hello??”, Iman memanggil Hazim sambil memetik jari.

“Kat mana nak hantar ni?”, soal Iman sekali lagi.

“Saya balik naik teksi !!”, Hazim terus keluar dari perut kereta Iman Hawa lalu dihempasnya pintu kereta tersebut sedikit kuat.

“Eh? Pehal ni? Rabak pintu kereta aku, kalau hari-hari kasi tumpang!!”, kata Iman perlahan.

**********************************************************************************************

Iman terkejut apabila mendapati sejambak bunga ros merah berada di atas meja pejabatnya. Dia cuba mencari jika terdapat kad di celah-celah bunga ros tersebut namun tidak kelihatan. Kemudian dia melihat seekor patung beruang kecil berwarna putih di atas mejanya. Dipegangnya lembut, kemudian diletaknya semula di atas meja.

“Sorry, I Love You!”, terbeliak mata Iman apabila mengetahui bahawa patung itu bersuara.

Dipicitnya perut patung beruang putih itu sekali lagi , “Sorry, I Love You!”.

“Aishh, budak-budak betul.”, Iman ketawa kecil melihat sejambak bunga ros dan seekor patung beruang putih di atas mejanya.

*knock knock*

“Masuk.”, Iman memberi keizinan.

Sue muncul dihadapan muka pintu sambil memegang secawan teh kosong.

“Wow!! Ape ni???”, Sue yang kelihatan sangat gembira melihat sejambak bunga ros di atas meja pejabat Iman.

“Bunga la, takkan pokok pulak!”.

“Sape bagi ni?”

Iman menjungkit bahunya tidak mengetahui. Dia tidak mahu ambil tahu.

“Eh, ape kat tengah-tengah ni?”, soal Sue sambil menghulurkan bola getah tersebut kepada Iman.

‘Bola getah?’, soal Iman dalam hati.

**********************************************************************************************

Tepat jam 5 petang Iman Hawa mengemas fail-fail di atas meja lalu menyusunnya di rak. Kemudian dia menuju ke bilik pejabat penolong C.E.O.

“Maaf Cik Hawa, bos baru je balik.”, kata setiausaha Encik Fakhrul Hazim yang seksi itu.

Iman terus berlari-lari anak menuju ke lif. Di lobi, Iman melihat susuk tubuh badan Fakhrul Hazim dari arah belakang lalu mengekori jejak langkah lelaki tersebut. Hazim membuka pintu kereta miliknya dan beberapa saat kemudian dia melihat Iman Hawa cuba membuka pintu kereta di sebelah pemandu lalu duduk disebelah Fakhrul Hazim.

“Teringin jugak nak merasa naik kereta anak bos!”, kata Iman selamba sambil membetulkan kedudukannya. Kemudian dia mencapai tali pinggang keledar lalu memasangnya sendiri.

Hazim memandang sahaja perilaku Iman Hawa yang kini duduk di sebelahnya.

“Pakai tali pinggang keledar tu cepat. Nak makan! Lapar.”, arah Iman.

Hazim menurut sahaja permintaan Iman Hawa tersebut.

**********************************************************************************************

“Sedap tak? Setiap kali hujung minggu kita orang makan kat sini tau.”, celoteh Iman sambil melihat lelaki segak dihadapannya.

Fakhrul Hazim mengangguk perlahan dan tersenyum kecil. Manis. Handsome.

“Whoahhh, ni bahaya ni. Kalau mana-mana perempuan tahu ni, cair ni!!”, celoteh Iman lagi.

Hazim mengangkat keningnya , “Perempuan macam Iman Hawa tak cair ke?”.

Iman Hawa meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan , “Kakak!! Kakak Iman. Kak Iman!!”.

Hazim berhenti dari menjamah makanan.

Whoahh, hebat lah lakonan kau. Sampai akak pun tak boleh nak cam!”, tambah Iman.

Hazim terdiam kaku.

“Fakhrul Hazim. Dari budak kecik yang comel, kau membesar menjadi seorang jejaka hensem!”, kata Iman memuji Fakhrul Hazim.

“Kalau junior akak dapat tahu akak ada adik lelaki yang hensem macam kau , 24 jam telefon akak berdering nanti!”

Adik?’, bisik hati Hazim.

“Eh. Asal telinga merah semacam je ni? Malu eyh? Relax arr.”, soal Iman.

Hazim memegang kedua-dua belah cuping telinganya. “Dah habis makan kan? Jum balik!”, langkah Hazim laju keluar dari restoran.

Hakhak, pemalu dia memang tak berubah dari dulu! Comel!”, ketawa Iman lagi sambil mengekori langkah Hazim dari belakang.

**********************************************************************************************

Di dalam kereta milik Hazim , Iman tidak habis-habis tersenyum sendirian seolah tidak mempercayai bahawa lelaki tinggi lampai disebelahnya ini merupakan budak lelaki comel yang dikenalinya semasa di sekolah rendah. Sedikit demi sedikit dia teringat kenangan lalu.

“Fakhrul. Ingat lagi tak, masa Fakhrul kecik-kecik dulu. Kak Nana, Kak Lily dan Kak Mynn selalu cakap yang Fakhrul ni comel sangat. Tapi, akak je rasa yang Fakhrul ni tak comel mana, biasa je.”, Iman bersuara memecahkan suasana sepi dalam kereta.

Sabtu ni free tak?”, soal Hazim tiba-tiba.

“Huh? Sabtu ni? Ada hal laa.. Kenapa?”, soal Iman kembali.

“Nak ajak dating.”, biasa saja jawapan Hazim.

“Dating?? Hmm. Kat mana? Boleh kot. Bukan senang nak dating dengan Fakhrul Hazim yang comel ni!”, kata Iman pula.

Bagi Hazim, Iman Hawa hanya menganggapnya budak kecil yang pernah dikenalinya 14 tahun yang lalu. Tetapi dia tidak mahu selamanya hubungan itu kekal sebagai adik dan kakak hanya disebabkan mereka mempunyai jarak perbezaan umur.

“Nanti saya text tempatnya.”, kata Hazim ringkas.

**********************************************************************************************

Fakhrul Hazim dan Iman Hawa kini duduk di sebuah bangku berhadapan dengan tasik. Pemandangan tasik di hadapan mereka kelihatan sangat cantik di tambah dengan budak-budak kecil sedang bermain layang-layang.

“Nice scene.”, senyum Iman.

“Macam mana boleh ingat Hazim?”, soal Hazim tiba-tiba.

“La, bukan awak ke yang hantar bunga dengan teddy bear siap i love you bagai tu?”, jawab Iman.

“Iya la. Kalau saya bagi bunga tu awal-awal, mesti dah boleh ingat saya terus kan? Tak payah nak tunggu lama-lama macam ni.”, luah Hazim sedikit kecewa.

“Mana boleh getah tu?”, Hazim menghulurkan tangan.

“Huh? Bukan untuk kita ke? Buruk siku!”, soal Iman.

“Orang tu yang bagi kat kita, kalau dia yang pegang bola getah tu sekarang, sape yang buruk siku sebenarnya?”, soal Hazim kembali.

Iman menjengil matanya lalu menghulurkan bola getah yang disimpan di dalam kocek seluar kepada Hazim.

“Pelupa jugak Iman Hawa ni erk?”, kata Hazim.

Eh, tak paya nak poyo sangat. Call me , Kak Iman. Gelilahh budak kecik panggil orang yang lebih tua guna nama je!”, Iman mencebik.

“Tak nak! Nak panggil Iman jugak!! Ke nak panggil ‘Sayang’??”, keras Hazim sekuatnya.

Mata Iman membulat apabila mendengar perkataan terakhir yang dikeluarkan oleh Hazim. Hatinya menjadi tidak keruan.


“Pilih , nak Hazim panggil Iman atau sayang??”, Hazim memberi Iman pilihan.

Bersambung...

p/s : Thanks for reading. N.I.A


3 comments:

Santan Manis said...

menarik laa novel ni,,teruskan menulis . Btw SM done follow sini. jmput singgah ke blog kalau sudi :D

Dreamland said...

@Santan Manis

ni bukan novel.. hanya cerita pendek.. hehe (: thank you(:

Am_Mir said...

aha .. comelnya! Terbaiklah Iman! =D