Monday 12 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 14


Aku Cinta Padamu : Part 14

Kediaman Vila Harmoni.

“Isha, pergi tengok abang kamu, dia dah siap atau belum. Nak gerak dah ni.”, arah Datin Ruby kepada Farisha Aulia.

“Okay bu.”, balas Farisha Aulia kemudiannya pergi ke bilik abangnya.

*knock knock*

“Abang.. Dah siap belum?”

“5 minit lagi abang turun.”, balas Fakhrul Izwan yang sedang bersiap.

Farisha Aulia mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan kecilnya lalu mendail nombor telefon Farah Hanim , “Assalamualaikum Kak Anim.”

“Waalaikumussalam , kenapa Isha?”, panggilan telefon berjawab.

“Kak Anim jangan lewat tau , tengok Isha jadi bridesmaid nanti.”, kata Farisha Aulia.

“Jangan risau. Kak Anim dah siap ni , tengah tunggu pak cik Zali siap ni. Dia lelaki dia pulak yang siap lambat.”, terang Farah Hanim.

Farisha Aulia tergelak kecil , “Okay bye Kak Anim. Jumpa kat sana eh.”

Panggilan telefon dimatikan. Selepas Fakhrul Izwan keluar dari biliknya, mereka semua bergerak menuju ke Hotel Willey dimana acara perkahwinan sepupu Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia berlangsung.

*****************************************************************************

Dewan Hotel Willey.

Kedatangan keluarga Dato’ Rahim dan Datin Ruby disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin perempuan merangkap adik bongsu Dato’ Rahim. Mereka berempat masuk ke dalam dewan dan ditempatkan di meja VVIP.

Tidak lama kemudian keluarga En.Razali pun tiba atas jemputan Dato’ Rahim, mereka kini duduk semeja tujuh orang. Bayang keluarga Dato’ Rahim tidak kelihatan sejak mereka bertiga hadir , mungkin saja sedang berjumpa dengan ahli sanak saudara yang lain.

‘Untungnya kahwin kat hotel.’, detik hati Farah Hanim yang sudah tentunya cemburu melihatkan acara perkahwinan yang dikunjunginya ini dihias cantik.

“Anim nak kahwin kat sini jugak ke?”, soal Fakhrul Izwan cuba mengusik.

‘Eh mat tension ni. Terkejut aku. Tiba-tiba je muncul.’, getus Farah Hanim. “Kita tak mampu lah nak sewa dewan besar macam ni. Ala kadar je..”, balas Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum sambil memuji , “Anim nampak cantik hari ni.”

Farah Hanim hanya mampu tersenyum , “Mmm, terima kasih. Bukan selalu.”

“Kak Anim!!”, jerit Farisha Aulia sedikit kuat sambil merapati Farah Hanim yang sedang duduk.

“Wahh, cantik nya Princess Isha hari ni. Siap ada flower crown lagi.” , puji Farah Hanim apabila melihat Farisha Aulia yang memakai gaun serba putih.

“Thanks Kak Anim.”, Farisha Aulia tersenyum lebar. “Lawa la baju Kak Anim. Hari ni Kak Anim cantik 150% tau!”, puji Farisha Aulia.

Melihatkan Fakhrul Izwan yang masih duduk disebelahnya, Farah Hanim tidak berani beriak lebih , “Baju je cantik. Akak biasa je.”

Gaun labuh yang memperincikan corak bunga di bahagian pinggang pada gaun yang berwarna pastel biru membuatkan Farah Hanim kelihatan sangat manis dengan warna kulitnya yang sedikit cerah. Dikenakan dengan plain shawl di kepalanya boleh membuatkan pak cik , mak cik, adik, kakak, abang tidak jemu melihat gadis sopan dalam berpakaian ini bergaya.

“Eh. Warna baju abang dengan Kak Anim sama lah! Janji eh?”, usik Farisha Aulia.

Muka Farah Hanim merah padam , dia memandang ke arah baju yang dipakai oleh Fakhrul Izwan.

“Aah la. Mana ade janji. Tu namanya kami ada chemistry la Isha.”, balas Fakhrul Izwan selamba.

‘Chemistry? Errr... Errr.. Errr...’, fikiran Farah Hanim menjadi tidak menentu. Dia berpaling ke arah kanannya untuk mendapatkan mama dan papa nya, namun mereka tidak berada di kerusi. ‘Mana papa dengan mama ni?’.

“Okay lah Isha pergi dulu. Dorang dah panggil. Nanti Isha datang balik.”, kata Farisha Aulia kemudiannya berlalu pergi.

‘Awkward.’, bebel Farah Hanim dalam hatinya. Kini dia dan Fakhrul Izwan sahaja yang berada di meja makan.

“Lapar ke? Nak saya ambil kan makanan tak?”, soal Fakhrul Izwan.

“Eh eh, tak payah la. Saya tunggu sekali dengan papa mama.”, jawab Farah Hanim. “Eh, baju tu...”, perlahan saja Farah Hanim menyebutnya tapi dapat juga ditangkap oleh telinga Fakhrul Izwan.

“La.. baru nak perasan ke? Orang dah lama pakai baju ni, dia baru nak tegur?”, kata Fakhrul Izwan. Baju itu adalah baju pemberian Farah Hanim kepada Fakhrul Izwan selepas secara tidak sengajanya dia menumpahkan aiskrim ke atas baju yang dipakai lelaki tersebut.

Farah Hanim terdiam.

“Eh, tu pengantin dah sampai. Jom.”, kata Fakhrul Izwan yang kini sedang menuju ke arah pasangan pengantin yang sedang berarak menuju ke pelamin.

Farah Hanim tidak mengikut. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Dari jauh dia memerhatikan Farisha Aulia yang sedang memegang bunga mengiringi pasangan pengantin. Farah Hanim mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menangkap gambar Farisha Aulia yang kelihatan sangat cantik dan comel ketika itu.

Tidak lama kemudian En.Razali dan Puan Alia menghampiri Farah Hanim.

“Papa dengan mama pergi mana tinggalkan Anim sorang-sorang?”

“Sorang apenya, kan Anim dengan Iwan tadi.”, kata Puan Alia.

“Mama ni...”

“Anim tak nak tangkap gambar dengan pengantin ke?”

Farah Hanim geleng kepala , “Tak nak lah. Anim bukannya kenal dorang pun. Segan lah.”

“Kak Anim, jom kita tangkap gambar.”, tiba-tiba saja Farisha Aulia menerjah lalu menarik Farah Hanim menuju ke arah pelamin.

“Segan la Isha.”, kata Farah Hanim.

“Isha kan ada.”, kata Farisha Aulia.

“Jom.”, kini datang pula Fakhrul Izwan yang ingin tangkap gambar bersama-sama pengantin.

Farah Hanim tidak boleh banyak soal di majlis orang , dia ikutkan saja permintaan Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia yang mahukan dia tangkap gambar bersama-sama pengantin.

Selesai sahaja makan , secara diam-diam En.Razali dan Puan Alia meninggalkan Farah Hanim keseorangan di Dewan Hotel Willey. Mereka sudah membuat rancangan dengan Dato’ Rahim, Datin Ruby termasuk juga Farisha Aulia.

Farah Hanim hilang arah. Dia tidak dapat mencari bayang papa dan mama kesayangannya. ‘Mana dorang ni , jangan cakap dorang tinggalkan aku kat sini. Nak balik!!!!!’, teriak hati Farah Hanim.

Pesanan ringkas diterima dari En.Razali ;
‘Anim, mama kamu tiba-tiba sakit perut ni. Kami balik dulu.’

“Eh.. ape ni. Kenapa tak bagitahu awal-awal.??”, marah Farah Hanim perlahan. ‘Nak telefon Farid ke ha?’, pantas sahaja jarinya mencari nombor telefon Farid dari dalam contact list.

“Eh Anim. Kenapa tak balik lagi ni?”, soal Fakhrul Izwan yang sedang melihat Farah Hanim berdiri di balik tiang keseorangan.

Farah Hanim memuncungkan mulutnya , ‘Ihhh. Takkan nak cakap papa dengan mama dah tinggalkan aku kot?’

“Hello.. I’m talking to you Anim.”

“Errr, dorang dah balik. Mama sakit perut.”, kata Farah Hanim walaupun dia tahu itu adalah taktik ibubapanya.

“Then, siapa nak hantar awak balik ni?”, soal Fakhrul Izwan lagi.

‘Boleh tak jangan tanya soalan yang aku pun tak tahu nak jawab?’, cebik Farah Hanim dalam hati kemudiannya menjungkitkan bahu. “Entah, mungkin suruh Farid ambil kan kot.”, balasnya.

‘Farid? Kawan lelaki dia tu ke?’, detik Fakhrul Izwan dalam hati.

“Kenapa ni Wan?”, datangnya seorang lelaki menegur Fakhrul Izwan.

“Takde pape lah. Kata dekat ibu aku, aku pergi hantar anak kawan dia balik jap.”, pesan Fakhrul Izwan kepada abang sepupunya.

“Oh okay. Girlfriend ke?”, soal lelaki tersebut kepada Farah Hanim.

Farah Hanim hampir sahaja ingin menggelengkan kepalanya namun mulut Fakhrul Izwan lebih pantas berkata-kata , “Bakal isteri. Nanti Wan inform tarikh.”, sejurus kemudian Fakhrul Izwan menarik Farah Hanim dan menuju ke tempat letak keretanya.

Farah Hanim yang masih terkejut teringatkan pengakuan berani mati Fakhrul Izwan menurut sahaja langkah lelaki tersebut.

Di dalam kereta, Farah Hanim tidak berkata apa-apa. Langsung tidak bertanya akan perihal mengapa Fakhrul Izwan memberikan jawapan yang sedemikian kepada lelaki yang menyoal tadi.

Hampir satu jam perjalanan, mereka berdua langsung tidak bersuara. Diam seribu bahasa.

Di hadapan rumah Farah Hanim.

“Besok malam saya jemput awak eh. Saya nak tuntut janji. Awak kena luangkan masa makan malam dengan saya. Boleh kan?”, soal Fakhrul Izwan sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan rumah Farah Hanim.

Farah Hanim angguk setuju tanpa banyak bicara. Kemudiannya dia keluar dari perut kereta Fakhrul Izwan selepas mengucapkan kata terima kasih.

*****************************************************************************

Keesokan malamnya seperti yang dijanjikan , Fakhrul Izwan menjemput Farah Hanim di hadapan rumahnya.

“Assalamualaikum.”, ucap Farah Hanim sebaik saja dia membuka pintu kereta.

“Waalaikumussalam Anim.”, balas Fakhrul Izwan tersenyum.

Fakhrul Izwan memandu kereta miliknya itu ke sebuah restoran yang telah ditempahnya malam semalam.

Kelly’s Restaurant.

“Suka makan steamboat dengan makanan bergrill tak?”, soal Fakhrul Izwan.

“Layan je.”, balas Farah Hanim.

Kemudiannya mereka berdua melangkah masuk ke dalam restoran dan duduk di tempat yang telah disediakan khas untuk mereka.

‘Siap lilin bagai. Apakah ini?’, Farah Hanim bertanya di dalam hati.

Beberapa minit kemudian makanan mereka pun sampai dan segala perancangan Fakhrul Izwan berjalan dengan lancar.

“Candle light dinner ke apa ni?”, soal Farah Hanim ingin tahu.

“Tepat sekali.”, jawab Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengangkat keningnya kemudian mengangguk perlahan , “Mmmmmmm.”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Kita datang makan je ni. For your information , Anim yang kena bayar semua ni nanti.”

Hampir terjojol mata Farah Hanim melihat Fakhrul Izwan selamba cuba mengenakan dirinya. ‘Biar betik mamat ni. Kalau aku tahu baik aku ajak dia makan kedai mamak je depan rumah aku tu. Ihhhhhh.’

‘Gotcha!’, detik hati Fakhrul Izwan gembira dapat mengenakan Farah Hanim.

“Sebagai tanda minta maaf awak haritu, dengan senang hatinya saya mulakan makan ye Cik Anim. Terima kasih untuk makan malam harini. Saya sangat berbesar hati.”, ucap Fakhrul Izwan panjang lebar.

“Dah stop. Awak nak buat ucapan panjang berjela macam baru menang award pulak. Makan je lah.”, potong Farah Hanim.

“Aik, macam tak ikhlas je.”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan , “Ikhlas atau tak mana awak tahu. Bila DAH janji, kenalah tunaikan.”

“Baik bos. Dengan senang hati. Bismillahirrahmanirrahim.”, kata Fakhrul Izwan kemudiannya membaca doa makan.

Selesai makan.

“Anim, kat luar sana tu ada pantai. Jom jalan?”, pelawa Fakhrul Izwan.

Farah Hanim geleng kepala , “Tak nak lah. Kita datang sini untuk makan je kan.”

“Ala, boleh la. Bukannya selalu.”, pujuk Fakhrul Izwan.

“Gelap lah kat sana. Tak elok lah kita jalan sana. Nanti orang cakap apa pulak. Kalau awak nak, jalan la sengsorang  , saya tunggu dekat kereta.”, cadang Farah Hanim.

Fakhrul Izwan bagaikan terpukul , teguh sungguh pendirian Farah Hanim dalam menjaga batasan pergaulan antara lelaki yang bukan ahli keluarganya. Fakhrul Izwan mengalah  , “Takpelah. Lain kali je lah.”

“Dah habis makan? Kenyang tak ni?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Dah. Jom balik. Saya tunggu dekat kereta.” Fakhrul Izwan bangun dari meja makan lalu keluar meninggalkan Farah Hanim.

‘Ishh. Laki ni saje tau nak kenakan aku. Sabar je lah Anim oi.’, getus Farah Hanim dalam hati.

Farah Hanim memanggil pelayan kedai tersebut untuk memberikannya bil. Yang hairannya, pelayan lelaki tersebut sibuk dengan membawa sejambak bunga tulip putih di tangannya. ‘Tak boleh ke dia letak bunga tu kat tepi dulu? Kan susah dia nak lalu bagi bil kat aku.’

“Bil sudah dibayar, tapi surat ni untuk cik.”, pelayan lelaki tersebut menghulurkan kertas putih yang dilipat kemas kepada Farah Hanim.

Farah Hanim membuka lipatan kertas tersebut.

*****************************************************************************

Di tempat letak kereta.

Perlahan-lahan kaki Farah Hanim menapak menuju ke kereta milik Fakhrul Izwan. Dilihatnya tempat pemandu kereta tersebut namun bayang Fakhrul Izwan tidak kelihatan.

‘Kejutan apa lagi si Izwan ni nak buat dekat aku...’, soal Farah Hanim dalam hati.

“Eh Anim. Sorry, saya pergi toilet tadi. Ada hal.”, sapa Fakhrul Izwan dari arah belakangnya.

‘Cis.’

“Cantik tak bunga tu?”, soal Fakhrul Izwan.

“Cantik.”, jawab Farah Hanim ringkas.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Fakhrul Izwan menghidupkan enjin kereta lalu mereka berdua beredar dari kawasan Kelly’s Restaurant tersebut.

“Mmm, awak dah baca kad tu?”, soal Fakhrul Izwan.

“Mmm.”

“Jawapannya?”

“Sekarang?”

Fakhrul Izwan mengangguk.

“Bagi saya masa untuk fikir dulu boleh?”, pinta Farah Hanim.

“Masa apa lagi? Kan dah lama ibu cakap fasal hal ni.”

Farah Hanim tersentap , “Maksudnya? Awak tahu dari awal?”

Kepala Fakhrul Izwan digeleng , “Ibu ada cerita fasal ni. Dia nak awak jadi menantu dia. Itu bermaksud awak kena berkahwin dengan saya, satu-satunya anak teruna yang bujang lagi handsome dalam rumah tu.”

Farah Hanim memandang ke arah luar tingkap , “Err. Tapi kita kan tak cukup kenal diri masing-masing lagi.”

“Awak tak percaya pilihan keluarga ke?”, soal Fakhrul Izwan.

“Awak percaya ke?”, soal Farah Hanim pula.

Fakhrul Izwan gelak kecil , “Walaupun saya ni belum ada rasa cinta terhadap awak, tapi saya yakin dengan pilihan keluarga saya.”

Farah Hanim terdiam tidak dapat berkata apa-apa.

“Saya suka kalau awak jadi isteri saya, awak tak suka saya ke?”, soal Fakhrul Izwan lagi.

Jantung Farah Hanim semakin lama semakin berdegup kuat , ‘Help! Help!’

“Awak pandai masak, pandai mengambil hati keluarga saya, ada kerjaya. Dari segi insaniah dan akhlak awak , saya suka.”, Fakhrul Izwan berterus-terang.

“Kejap, kejap. Apa tiba-tiba ni? Tak aci la macam ni.”, Farah Hanim bersuara.

“Awak ingat saya main-main eh?”

“Bukan macam tu. Tapi...”

“Kenapa? Awak dah terpikat dengan pelayan kat restoran tadi ke?”

“Ini tak lawak.”

Fakhrul Izwan memberhentikan keretanya di bahu jalan yang dipenuhi dengan lampu neon yang berwarna-warni di tepi jalan. “Anim, listen to me.”

Farah Hanim membuka tingkap kereta tiba-tiba. Paru-parunya memerlukan oksigen.

Fakhrul Izwan tergelak kecil melihat gelagat Farah Hanim yang mudah kelam kabut seperti kebiasaannya. “Anim, saya tahu isu perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibawak main-main. Tapi saya serius nak kahwin dengan awak. Kalau sekarang awak nak kata saya bukanlah lelaki yang memenuhi syarat-syarat lelaki idaman awak , saya minta maaf. Kalau sekarang awak nak cakap awak belum ada apa-apa perasaan terhadap diri saya, saya akan buatkan awak jatuh cinta dan sayang pada saya selepas kita kahwin.”, lebar penjelasan Fakhrul Izwan.

Otak Farah Hanim kini dirasakan mahu pecah , “Tapi.. kenapa? Kenapa saya?”

bersambung..

p/s : Tapi.. kenapa ye?? hehe. 




6 comments:

Anizz Annisa said...

kenapa??? jeng jeng jeng..hihi... pelik iwan nie.. bnyak lg part ke??huhu..

Unknown said...

Dah ada sambungan bagi tau ok. Macam best la. Tak sabar nak sambung baca . =D

Unknown said...

hi there! just dropped by your blog! <3 i'd love if you'd visit back! :)

http://iamthunderchick.blogspot.com/

fifi said...

rajin awk menulis :) Fifi dah lame simpan niat nak menulis cenggini gak tapi sampai keharini tak tertulis se-Part pun :D

NaSa said...

hai nia. nice story you wrote here. nk tnya, pasaipaa takde cbox? *muka confused*

Dreamland said...

@Nadzirah Salahuddin

sebab blog ni hanya utk join GA ngn utk share karya Nia je. hehe.