Sunday 10 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 8



Awak kan isteri saya? : Part 8

Diana Amira sedang sibuk membelek-belek kamera yang dipegangnya , tugasnya hanyalah merakam detik-detik sahabat baiknya Yaya sedang dilamar oleh Faiz. Hatinya sangat cemburu terhadap Yaya kerana bakal bersuamikan Faiz yang bersikap romantik.

‘Haihhhh. Aku nak jugak merasa benda ni semua. Tapi.. apa boleh buat..’, bisik hati kecil Amira.

Diana, kenalkan ni kawan aku Zul.” , Faiz mendekati Diana Amira yang sedang setting kan kameranya.

Oh. Hai.” , kata Amira memaniskan senyuman.

Lelaki yang bernama Zul itu tersenyum sambil memegang sejambak bunga ros merah di tangan.

“Zul akan aku gunakan sebagai prop aku. Nanti masa aku nak propose Yaya , Zul akan datang kononnya nak jual bunga ni kat aku.”, terang Faiz.

Amira mengangguk , “Okay okay, aku tukang rakam je kan. Yang lain tu pandai korang lah.

*telefon bimbit Amira berdering*

“Assalamualaikum sayang , saya busy tadi. Sorry for the late reply.” , suara Aiman Hakim berada di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Takpe , awak baca text saya kan, saya kat luar ni dengan kawan.”, balas Amira.

“Awak, Faiz dah bagi cue tu.” , kata Zul kepada Amira.

“Ha? Okay okay.”, balas Amira kepada Zul yang memanggilnya.

“Siapa tu?”, soal Hakim ingin tahu.

Awak , saya tengah busy ni. Nanti jumpa kat rumah. Bye Assalamualaikum.” Amira menamatkan panggilan telefon cuba mengikuti langkah Zul dari belakang.

*************************************************************************

Di dalam bilik pejabat Aiman Hakim.

“Awak. Awak”

*beep beep*

Aiman Hakim cuba untuk mendail nombor telefon isterinya sekali lagi. Malangnya ianya tidak diangkat. “Dia keluar dengan laki mana ni?” , kata Hakim perlahan. Hatinya sakit.

“Faiz? Tapi suara tu macam lelaki lain.”

*************************************************************************

Assalamualaikum.” , Amira memberi salam sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Matanya melilau mencari bayang Aiman Hakim apabila keretanya sudah terparkir di garaj kereta.

Aiman Hakim keluar dari bilik tidurnya dan turun menuruni anak tangga. Diana Amira yang mendekati untuk bersalam dengannya tidak diendahkan. Aiman Hakim menuju ke dapur dan tidak lama kemudian dia mengambil tempat di hadapan televisyen menghiraukan kewujudan Diana Amira.

Amira mendekati Hakim , “Awak , kenapa ni?”

Mata Aiman Hakim tajam memandang rancangan di skrin televisyen.

“Ada apa-apa masalah ke?”, Amira cuba menyoal sambil cuba memegang lengan Hakim.

Jangan sentuh aku!” , bentak Hakim tegas.

Amira yang terkejut dengan sikap Hakim yang cuba memarahinya mendiamkan diri lama. Tidak lama kemudian Amira meninggalkan Hakim yang sedang menonton rancangan di televisyen menuju ke bilik tidurnya. Dia juga berasa marah kerana Hakim tiba-tiba sahaja meninggikan suara terhadapnya. Pintu bilik dihempas kuat.

*************************************************************************

Keesokan harinya Aiman Hakim tidak bekerja , selepas subuh dia keluar untuk berjoging. Setengah jam kemudian dia masuk ke dalam rumah dan lihat Diana Amira berada di dapur sedang menyediakan sarapan pagi.

“Awak , jom makan.”, pelawa Amira.

“Kau makanlah sorang!.” , balas Hakim kuat kemudiannya cuba meninggalkan ruang dapur.

Kalau ada masalah , terus terang. Jangan nak marah tak tentu pasal!”, kata Amira.

“Kau pasti aku marah kau tanpa sebab?”

“Okay saya mintak maaf sebab tak jawab panggilan awak, kan saya dah cakap saya busy?”

“Busy layan jantan kat mall tu?”

“Ape awak cakap ni?”

“Kau ingat aku tak tahu? Kau berpoya dengan jantan kat luar tu?.”, tuduh Hakim marah.

Hati Amira mula sakit apabila Hakim cuba menuduhnya bukan-bukan , “Awak tahu saya takkan buat macam tu kan?”

“Patutlah kau tak nak tidur dengan aku!”, mata Hakim mula kemerahan.

Amira menitiskan air matanya.

Perempuan sekarang memang macam ni kan? Pentingkan lelaki luar dari suami sendiri!”

Amira mengelap air matanya , dia tidak mahu menunjukkan dirinya lemah di hadapan lelaki. “Awak sedar tak apa awak cakap ni?”

“Siapa lelaki semalam sampai berpuluh kali aku telefon kau, satu pun kau tak angkat?? Sekurangnya kau boleh text aku kan?”, soal Hakim.

Semalam saya dengan Yaya , Faiz dan Zul.” , balas Amira perlahan.

“Faiz mana ni? Zul mana ni?”

“Faiz yang kita jumpa dekat kafe haritu. Zul tu kawan dia. Saya dan Zul just nak tolong Faiz propose Yaya! Tu je.” , terang Amira.

Aiman Hakim terdiam. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihulurkan kepada Diana Amira.

Amira melihat ke arah skrin telefon bimbit tersebut , dia terkejut melihat gambar dirinya dengan Zul diambil dari jarak jauh. “Ape ni?”, soal Amira.

“Dah pedulikan. Aku percaya kau. Maafkan aku.”, kata Hakim sambil memeluk Amira.

*************************************************************************

Aiman Hakim yang duduk di luar rumah mengambil udara segar sambil mengakses internetnya untuk mengetahui mengenai berita perkembangan dunia.

*telefon bimbit Hakim berdering*

“Assalamualaikum bu.”, jawab Hakim gembira.

Puan Murni menelefon anak sulungnya itu untuk bertanya khabar mengenai dirinya dan juga Amira.

Jangan risau bu , insyaAllah minggu depan kami datang rumah okay bu?”

Aiman Hakim terlihat kelibat Diana Amira yang cuba mencarinya di ruang tamu , “Okay sayang. Nanti i call you lagi. Bye sayang, muahhh!!”, lantang Hakim berbicara kemudiannya menamatkan panggilan.

“Siapa tu?”,  soal Amira yang kini sudah mengambil tempatnya dihadapan Hakim.

Awek cun.”, balas Hakim selamba.

Amira tidak memberikan sebarang reaksi. “Buat ape ni?”, soal Amira sambil menjengukkan kepala ke arah skrin komputer peribadinya.

Hakim mengerutkan dahi pelik. Dia terkejut dengan reaksi selamba yang diterima dari Amira , langsung tidak menunjukkan sifat cemburu. “Saya nak chatting dengan awek cun ni , jangan kacau.", uji Hakim lagi. Amira yang dilihat sedang duduk dihadapannya masih bereaksi selamba.

“Best kan duduk kat luar ni? Angin dia fresh je.”, luah Amira.

“Mm.”, balas Hakim kelat meneruskan kerjanya. “Whoaaa, this is no joke!!”, mata Hakim membulat.

“Ape dia?”, soal Amira yang tadi menutup mata.

“Takde ape. Biasalah, dorang memang suka hantar gambar-gambar yang macam ni..macam tu..” , jelas Hakim.

“Ceh.”, cebik Amira.

“Awak pun try la. Untuk saya.”, Hakim memandang Amira cuba mengusiknya.

Eh. Sesuka hati je.”, tolak Amira.

Hakim memegang perutnya , “Alamak, saya nak pergi tandas kejap!”, kata Hakim kemudiannya menutup komputer peribadinya separuh sebelum berlalu menuju ke tandas.

Amira memandang ke arah komputer Hakim lama , ‘Nak tengok atau tak? Betul ke dia chatting dengan perempuan lain?’,bisik hati Amira ingin tahu. Kemudiannya Amira memandang keadaan sekeliling, dilihatnya bayang Hakim sudah tiada dan dia mengambil tempat Hakim lalu membuka skrin komputer tersebut.

“Ape ni????”, bentak Amira perlahan. Terkejut melihat sepasang pasangan gay yang saling berpelukan.

“Ehem ehem!

Amira terkedu. Perlahan-lahan dia bangun dari tempat duduk ingin lari dari situasi ditangkap oleh Hakim , namun tindakan Hakim yang pantas merangkul pinggang Amira tidak membuatkan isterinya lolos.

“Lepas la!”, kata Amira.

Hakim menguatkan pelukannya , “Tak nak!”

“Sakit tahu tak?”

“Tak nak tahu!!”

“Jangan nak mengada, malu lah jiran nampak!!”

“Biar lah. Tak salah pun, awak kan isteri saya!”, Hakim tersenyum nakal.

“Lepas la.”, Amira menolak dada Hakim kerana wajahnya dan Hakim bertembung sangat rapat.

“Awak jeles saya chatting dengan awek kan? Kan?”

“Mane ade!.”

“Comel lah awak ni. Jeles tapi tak nak ngaku.”

“Kan saya kata tak!”

“Awak jeles! Awak jeles! Awak jeles!”

*************************************************************************

*telefon bimbit Amira berdering*

“Assalamualaikum , buat ape tu?”, suara Puan Hajar kedengaran dari hujung talian.

“Waalaikumsalam , mak. Tak buat pape pun ni. Mak kat mana ni?”, soal Amira.

“Mak dah nak sampai lagi. Kata abah lagi sejam sampai la ni.”

Amira menepuk dahi , “Ha? Sejam lagi”

“Ha la, kenapa?”

“Ha? Takde pape. Okay okay, kami tunggu.”, Amira memutuskan talian kemudian berlari menuju ke bilik tidurnya untuk mengemas barang.

Aiman Hakim yang duduk di meja luar pelik dengan sikap isterinya yang kelam kabut mendaki anak tangga. Dia juga turut mendapatkan isterinya lalu masuk ke dalam bilik yang pintu biliknya terbuka itu. “Kenapa ni?”

“Abah dengan mak dah nak sampai!!”, kata Amira yang sedang sibuk mengemas pakaiannya.

Aiman Hakim juga menepuk dahinya , “Aaah la.”

“Cepat lah tolong saya ni.!”, arah Amira.

“Okay okay.”, Hakim berlari ke arah Amira yang sedang sibuk memunggah almarinya.

Ape awak buat ni?”, soal Amira.

“Tolong awak la!”

“Baju-baju ni biar saya yang buat , jangan sentuh!! Awak kemaskan barang kat meja tu.”

“Saya tak boleh sentuh baju ni ke?”, soal Hakim selamba.

Muka Amira mula kemerahan , “Awak jangan nak gatal kat sini!!”

Hakim ketawa nakal , “Hahaha, okay okay.”

*************************************************************************

Assalamualaikum. Mira... Hakim...”, kedengaran suara orang ramai memberi salam dari luar rumah.

Amira membuka pintu , “Waalaikumsalam , mak, ibu, abah, ayah..”, jawab Amira kemudian bersalam tangan dengan kedua orang tuanya juga mertuanya. Tindakannya disusuli oleh Hakim.

“Masuklah semua.”, kata Hakim mempelawa kesemua ahli keluarga masuk ke dalam rumah.

“Hairul tak cuti ke bu?”, soal Amira.

Tak. Minggu depan dah final ni , tu yang sibuk tu sangat tu.”, balas Puan Murni.

Amira mengangguk tanda paham.

Kak, beg kita orang ni nak letak mana?”, soal Alia, adik perempuan Amira.

“Letak je tepi tu dulu. Nanti kita tengok atas. Meh tolong hidang ni.”, jawab Amira yang sedang menuju ke ruang dapur mengajak adik-adiknya menyediakan minuman petang.

Malam itu mereka semua keluar untuk menjamu selera di restoran atas permintaan bapa Amira. Mereka keluar bersama dengan dua biji kereta sahaja. Kedua orang tua Aiman Hakim dan Diana Amira di bawah satu bumbung kereta manakala Naufa Alia dan Safarah Aina menaiki kereta dengan Aiman Hakim dan Diana Amira.

Kak, kita nak makan mana ni? Kat sini ape yang best?”, soal Aina, adik bongsu Amira.

Entah la. Kiteowang selalu makan kat rumah je.”, balas Amira.

Abang Akim tak pernah bawak akak makan malam kat luar ke? Dinner?”, soal Alia pula.

Suasana sepi. Aiman Hakim tidak menjawab soalan Alia.

“Alaaaa. Tak romantik langsung. Akak kan suka lelaki yang romantik kan? Kan?”, kata Alia lagi.

Suka hati kau je erk.”, Amira berpaling ke arah belakang kerusinya mencebik kepada Alia.

“Betul pe kata Kak Alia.!”, kata Aina menyokong.

“Abang busy la dik, nanti abang try candle light dinner ngan akak korang. Okay?”, sampuk Hakim.

“Cantik! Nanti pos gambar kat fb tau! Nak tengok.”, kata Aina tersenyum.

Tak payah. And tak nak!!”, tegas Amira.

Alaa, malu la tu..”, usik Alia.

“Dah dah stop!!”, arah Amira supaya adik-adiknya tidak bercakap mengenainya lagi.

*************************************************************************

Mereka semua turun dari kereta lalu menuju ke sebuah pasaraya besar dan menuju ke sebuah kedai makan steambot.

“Seoul Garden!! Yeay.”, luah Aina gembira.

Aah la. Boleh fe-feeling Korea kat sini!”, sambung Alia pula.

Jum masuk , perut pun dah lapar ni.”, kata ayah Hakim pula.

Mereka semua memasuki ke dalam restoran steambot Seoul Garden lalu mengambil tempat masing-masing.

“Laa.. awat Mira ngan Hakim duduk jauh-jauh ni?”, kata Puan Murni apabila melihat anak lelaki dan menantu perempuannya duduk berjauhan.

“Tak pe la bu. Elok dah ni.”, kata Hakim.

“Mira , pergi duduk sebelah Akim tu.”, arah ayah Amira.

Amira mengangguk perlahan kemudian dia menjeling Hakim tajam.

*************************************************************************

“Kak, ambil gambar kiteowang jap.”, pinta Alia menyuruh Amira mengambil gambarnya dan Aina yang sedang makan steambot.

Lagi la kak..”, kini Alia dan Aina pula berposing senyum di hadapan kamera.

Ibu bapa Aiman Hakim dan Diana Amira yang melihat aksi budak sekolah bergambar tersenyum geli hati.

“Jom, tangkap gambar ramai-ramai.”, ajak Alia yang petah berkata-kata itu.

Satu persatu gambar diambil untuk dijadikan kenangan oleh mereka.

Awak tangkap gambar kiteowang jap.”, arah Amira menghulurkan telefon bimbitnya kepada Hakim lalu bersiap sedia untuk mengambil gambar dengan adik-adiknya.

“1..2..3..”

“Lagi sekali.”, pinta Amira lagi.

Cheese...” , kata Amira, Alia dan Aina bersama-sama.

Selesai sahaja mengambil gambar dengan adik-adiknya, Amira mendapatkan telefonnya semual daripada Hakim. Amira membulatkan mata , “Ape awak ni?!!”.

Hakim tersenyum kecil.

Ishhh.”, omel Amira kecil melihatkan hanya mukanya sahaja terpapar di skrin manakala wajah dua orang lagi adiknya tidak kelihatan.

Hakim sengaja berbuat demikian kerana matanya hanya tertumpu kepada Amira sahaja. Jadi, kamera tersebut juga harus memandang Amira juga.

Kenapa ni Mira? Akim buli kamu ke?”, soal ayah.

Amira menggeleng tersenyum , “Eh, takde la.”

“Mak tak nampak pun kamu berdua bergambar pun tadi?”, soal emak Amira tiba-tiba.

Ade la tadi. Mak je tak perasan.”, jawab Amira.

“Eh ade ke? Tak ingat pun?”, soal Hakim mengangkat keningnya.

Amira mencebik , “Ade la. Lupa ke?”

“Mana? Abah nak tengok.”, pinta abah.

Amira menelan liur , “Yela yela.

Abah tolong ye.”, pinta Hakim menghulurkan telefon bimbitnya kepada abah.

Aiman Hakim dan Diana Amira kedua-duanya memandang ke arah kamera janggal.

Eh, rapat lagi. Rapat lagi. Peluk aje la bahu Mira tu, nak malu apenya.”, arah abah.

Muka Amira kini mula merah padam , Hakim pula tersengih macam kera sumbang. Masing-masing cuba merapatkan kedudukan.

Kak, senyumlah.”, kata Aina.

Senyumm~~”, kata Alia pula.

Aiman Hakim dan Diana Amira sama-sama memaniskan senyuman mereka membuang segala sifat berasa janggal dalam diri masing-masing. Telefon bimbit dihulurkan semula kepada Hakim , “Terima kasih abah.”

Hakim menunjukkan gambar yang baru di ambil kepada Amira , “Tengok ni, awak nampak cantik kalau bergambar dengan saya , kan?”

Amira mencubit paha Hakim perlahan , ‘Jangan nak mengada!’

“Aw!” , kata Hakim perlahan menahan sakit.



*************************************************************************


Diana Amira menuju ke hadapan pintu biliknya.

“Awak!”, panggilan Hakim mengejutkan Amira.

Amira menoleh ke arah Hakim , “Ape?”

Bilik awak kat sini!!”, tunjuk Hakim yang kini sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.

Kenapa tu?”, soal Puan Murni yang melihat tingkah laku mereka dari bawah.

Amira menepuk dahi , “Takde ape bu.”, perlahan-lahan Amira menapak menuju ke bilik tidur utama.


*************************************************************************

Diana Amira menyediakan bantal tidur panjang lalu diletakkan di tengah katil mengharapkan pagar yang dibinanya kukuh. Aiman Hakim yang melihat tindakan Amira tersebut tersenyum geli hati.

Awak takut saya buat apa-apa ke?”, soal Hakim.

“Keberangkalian tu tinggi.”, balas Amira.

Pasti ke benda ni kukuh?”

Amira memandang ke arah Hakim tajam.

Hakim duduk di atas katil , “Awak tak boleh terima ikatan kita ni lagi ker?

Amira terdiam. Tidak lama kemudian dia baring lalu menyelimuti tubuh badan sepenuhnya.


*************************************************************************

Selesai sahaja sarapan pagi , kedua ibu bapa Hakim dan Amira berangkat pulang.

“Hati-hati tau memandu tu.”, pesan Amira kepada abahnya.


Bersambung..
p/s : Getting more and more interesting? Just wait! (: Nanti ade entry khas. Bace taw-bace taw! Finale entry is waiting~~


1 comment:

Mira_Othman said...

ok ok! I will! *excited*