Saturday, 26 October 2013

I Love You , not her : Part 6


I Love You , not her : Part 6

“Takpe. Saya boleh temankan dorang makan.”, Hazim mencelah memandang ke arah Afif tajam.

Afif merasakan bahawa kehadirannya tidak disukai lelaki yang duduk bersebelahan dengan Iman Hawa tersenyum kecil , “Emm , Iman. Saya harap besok kita dapat lunch sama-sama , saya pergi dulu. I’ll contact you later.

Afif berlalu pergi. Fakhrul Hazim menghembuskan nafas tanda tidak suka terhadap lelaki yang baru sahaja beredar dari meja makan mereka.

“Iman, rugi lah kau tolak dia jadi boyfriend kau.”, Sue bersuara sambil matanya menjeling ke arah Fakhrul Hazim.

Hazim yang sedang meneguk air hampir menyembur air minumannya dan melihat ke arah Iman disebelahnya.

Iman tersenyum kecil , “Belum jodoh. Mungkin besok atau lusa.” Iman Hawa mengenyit matanya kepada Sue.

Kini Hazim membesarkan matanya mendengar ungkapan ayat yang diluah Iman.

Cik. Kira bil..!”, Hazim memanggil salah seorang pekerja restoran untuk mendapatkan bil.

Pekerja restoran tersebut muncul tidak lama kemudian , “Maaf encik, bil meja ini sudah dibayar.”

“Sape yang bayar?”, soal Hazim kehairanan.

“Kalau tak salah saya, mungkin lelaki yang duduk semeja dengan encik tadi.”, kata pekerja tersebut penuh sopan.

Sue tersenyum sebaik sahaja melihat pekerja tersebut berlalu pergi. Kemudian Iman bangun dari meja makannya menuju pulang ke pejabat.

“Sue, help me.!”, luah Hazim kepada Sue sambil berlari mendapatkan Iman Hawa.

Sue tersenyum kecil melihat keadaan Fakhrul Hazim yang serba tidak kena.

************************************************************************************************

Lily menyambut kepulangan Iman Hawa di muka pintu.

“Penat? Muka letih je.”, soal Lily.

“Macam mana sekolah hari ni?”, soal Iman tidak menjawab soalan Lily.

“Macam biasa je laa. Murid-murid aku setakat ni takde buat masalah lagi.”, jawab Lily.

Iman meneguk air kosong yang diambil dari peti ais. “Malam ni makan luar jom. Dah lama tak makan seafood.”, kata Lily.

“Okay, aku belanja.”, balas Iman.

“Bulan ni aku sengkek sikit la. Memandangkan ada orang nak belanja , biar aku yang bawak kereta!!”, tambah Lily lagi.

************************************************************************************************

Iman dan Lily keluar dari perut kereta. Mereka kagum melihat keindahan laut di waktu malam. Masing-masing dapat merasa angin sejuk yang perlahan menepuk muka mereka.

“Nice.”, kata Lily sambil mereka berdua menuju ke sebuah restoran terapung yang menyediakan makan-makanan dari segar laut.

Ikan pari bakar, ketam bakar dan lala masak kicap terhidang di atas meja beserta segelas jus apple, segelas jum tembikai dan dua pinggan nasi putih.

“Yummy!!”, mata Iman bersinar-sinar melihat makanan laut yang terhidang di depan matanya.

“Haipp!! Orang yang dibelanja yang kena makan banyak!”, kata Lily sambil mengukir senyuman.

“Bismillahirrahmanirrahim....”, masing-masing membaca doa makan lalu menjamah rezeki yang terhidang.

************************************************************************************************

Dari mereka mula makan, Iman melihat wajah Lily tidak putus-putus tersenyum seorang diri.

“Kenapa ni?”, soal Iman.

“Iman , handsome lah  mamat belakang tu kan?”, Lily mengenyit mata ke arah lelaki tersebut.

Iman memusingkan badannya ke belakang dan mencari bayang lelaki yang dimaksudkan Lily , “Mana?”

Hmm, boleh la.”, kata Iman.

“Ishhh. Malu pulak nak makan gelojoh ni!”, kata Lily sambil tersipu-sipu.

Tidak lama kemudian Lily melihat lelaki yang dipandangnya bangun menuju ke arah mereka berdua. Lelaki tersebut datang lalu mengambil tempat duduknya di sebelah Lily.

“Boleh kenal?”, soal lelaki tersebut.

“Ha? Emmm.”, gagap Lily.

Lelaki tersebut tersenyum kecil , “Panggil saya Khai. Actually , saya datang dengan kawan saya. Kat sana tu.”, bual lelaki tersebut ramah.

“Hazim!! Sini la!”, jerit Khai sedikit kuat memanggil kawannya.

Mata Iman Hawa membulat apabila mendengar nama Hazim.

“Ishh. Malu-malu pulak dia. Kejap saya panggil dia.”, Khai bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah meja makannya semula.

Iman bangun dari meja makannya lalu menarik lengan Lily , “Jum kita pergi dari sini cepat!”.

Lily dan Iman segera meninggalkan restoran tersebut selepas mereka membayar bil makanan tanpa menunggu untuk mendapatkan wang baki. Lily mengikut saja langkah Iman yang menarik lengannya.

“Iman!!!”, jerit seorang lelaki.

Lily dan Iman tersentak. Langkah mereka berdua terhenti apabila mendengar suara lelaki yang menjerit ke arah mereka. Iman berjalan terus menuju ke arah parkir kereta meninggalkan Lily yang tercengang sendirian.

“Thanks Lily”, kata Hazim sambil berlari ke arah Iman.

“Iman. Please. Jangan macam ni. Awak marah ke?”, Hazim bersuara mendekati Iman yang berdiri di sebelah kereta.

Iman mendiamkan diri sambil merengus tidak puas hati.

“Seorang kawan tak boleh marah lama-lama macam ni!.”, luah Hazim gagap.

“She’s just my old friend! Sorry sebab tak tolong awak semalam. Saya betul-betul tak sangka dia akan muncul waktu tu.!”, jelas Hazim.

Iman mencebik , “Huh? Kawan?”

Hazim pula mendiamkan diri.

Iman menghembus nafas cuba menenangkan diri. Betul , dia memang tidak suka melihat perempuan yang dia jumpa di dalam lif semalam kerana cuba menggoda Hazim di depan matanya. Iman Hawa sendiri tidak tahu kenapa hatinya merasa sakit bila mengenangkan kejadian di dalam lif itu.

“Okay , kita ni kawan je. Sorry sebab emo!”, kata Iman menahan amarahnya.

Hazim memandang ke dalam mata Iman lama. Hatinya sakit. ‘Iman, saya sayang awak sorang je! Bukan Elena.’, bisik hati kecil Fakhrul Hazim.

************************************************************************************************

Afif menghantar pesanan ringkas mengajak Iman Hawa untuk menemaninya makan malam di Restoran 91 sebagai ganti ketidakhadiran Iman Hawa pada temu janji lepas.

“Terima kasih sebab sudi teman saya makan malam.”, kata Afif tersenyum.

Iman membalas senyuman Afif sambil menjamah Nasi Goreng Kampung dihadapannya. Pelbagai topik yang dibicarakan oleh mereka berdua sehingga mengundang gelak tawa tanpa henti.

“Iman , besok malam free tak?”, soal Afif tiba tiba.

“Dia tak free. Besok dia kena keluar dengan saya. Urusan kerja!”, Hazim muncul sambil menarik kerusi meja sebelah lalu duduk di sebelah Iman Hawa.

Hazim mengenyitkan matanya kepada Iman Hawa. Iman Hawa mencebik.

“Atas urusan apa penolong C.E.O harus berjumpa dengan akauntan syarikat pada waktu malam?”, soal Afif ingin tahu.

Iman Hawa memandang wajah Hazim dengan perasaan ingin tahunya , kini dirinya menyetujui dengan soalan yang dikemukakan Afif.

Wajah Hazim bertukar kepada riak tidak senang , “Well, itu urusan syarikat kami. Orang luar tak boleh masuk campur.”, titik Hazim.

“Afif , are you finish? Jom balik.”, kata Iman.

“Let’s go.”

Mereka berdua keluar meninggalkan Hazim yang mempamerkan riak bengang di wajahnya. Hazim tidak suka melihat Iman Hawa rapat dengan lelaki lain.

************************************************************************************************

“Iman!!”, jerit Hazim setibanya Iman dan Afif di parkir kereta.

“Iman. Kawan awak ni perlukan kawan dia sekarang. Jum lepak?”, luah Hazim memandang ke arah Iman yang membelakangkannya.

“Please.”, pinta Hazim lagi.

Iman memandang ke arah Afif , “Afif. I’m sorry. My friend needs me. See you later.”

“Oh , I’m okay with it.”, balas Afif.

Iman mendapatkan Hazim yang berdiri di hadapan restoran lalu menarik pergelangan tangan Hazim menuju ke kereta milik Hazim.

“Kita pergi tempat lain!”, kata Iman.

************************************************************************************************

Kini Iman dan Hazim duduk di atas bangku yang menghadap tasik. Masing-masing mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Iman memandang ke arah tasik dan Hazim pula sedang bermain-main dengan ranting kayu yang dikutipnya.

“Okay Fakhrul Hazim. Cakaplah apa masalah awak, sebagai seorang kawan saya akan menjadi pendengar yang baik.”, Iman mula bersuara.

Hazim mengeluh kecil sebelum mula berbicara.

“Okay. Dengar baik-baik tau.”, luah Hazim.

“Semasa saya berada disekolah rendah dulu saya ada suka dekat seorang perempuan ni. Tua dua tahun je. Setiap kali waktu rehat saya akan pandang dia dari jauh. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki senior menghulurkan air kotak strawberi suruh saya bagi dekat seorang kakak senior. Saya pun hantar la air tu.. Masa tu kan, kali kedua saya dapat tengok muka kakak yang saya suka tu dengan lebih dekat. Sebab air tu saya hantar depan mata dia.” Hazim berhenti sekejap kemudian memandang ke arah Iman.

“Ishh. Kecik-kecik lagi dah gatal.”, luah Iman tidak senang seolah-olah dapat menghidu sesuatu.

Sambung Hazim lagi , “Besoknya, semasa waktu rehat. Saya tengok muka kakak tu, macam tak sihat. Jadi saya pun pergi belikan dia air masak dan gula-gula supaya dia cepat sembuh.”

“Dasar budak kecik memang tak tahu apa-apa. Pikir gula-gula tu ubat ke?”, celah Iman.

Hazim mengetuk kepala Iman Hawa dengan ranting kayu perlahan , “Ishh. Bendulnya minah ni!”

Iman membulatkan matanya , “Eh eh. Saya ni kawan awak tahu!”.

Hazim tersenyum melihat gelagat Iman.

Lol. Tu je ke? Bukan masalah besar pun.”, kata Iman.

“Tak pernah share story ni dengan orang lain tau tak?!!”, kata Hazim.

Iman memandang wajah Hazim, “Oooo, I’m the first one?? Soooooo lucky!!”, kata Iman sambil nadanya agak memerli.

“Macam mana boleh minat dekat kakak yang awak cakapkan tu? Tak mungkin boleh suka macam tu je kan?? Kan?”, soal Iman ingin tahu.

“Hmmmmm. Masa sukan sekolah dulu , saya join acara lumba lari peringkat sekolah. Kakak tu ahli PBSM tau, dia jaga padang kalau ada budak yang tercedera, dia la yang akan rawat luka budak-budak yang cedera ni. Dia yang rawatkan luka kat lutut kiri saya semasa saya jatuh dalam acara larian sekolah dulu.”, terang Hazim.

Wow, love at first sight!!”, Iman melahirkan rasa kagumnya. Dia teringat sesuatu , dia dapat merasakan perempuan yang dimaksudkan oleh Hazim itu adalah dirinya.


Tapi.. sape erk? Sape nama dia? Nak kenal jugak!!!”, soal Iman lagi.

“Nantilah.. Dengar cerita ni sampai habis dulu! Kata nak jadi pendengar yang baik.?”, kata Hazim.

Iman mengunci mulutnya dan mengangguk tanda faham.

“Selepas tu saya tak dapat jumpa kakak tu lagi. Kami sekeluarga terpaksa berpindah sebab ayah bercadang nak bukak bisnes dekat KL.”, cerita Hazim lagi.

“Alaa, tak happy ending la ni? Tak dengar apa-apa cerita fasal dia lagi ke?”, soal Iman.

Hazim mengeluh , “Haihh.. Susahnya nak bagi dia paham. Takkan tak ingat and tak dapat klu lagi??”, soal Hazim sendiri.

“Ha? Kau cakap apa Hazim?”, soal Iman melihat Hazim bebel sendirian.

Iman Hawa kini sudah dapat mengingati peristiwa yang diperkatakan Hazim. Ya, Hazim lah budak lelaki yang pernah dia rawat semasa dia menjadi pelajar yang bertugas di padang sekolah dulu. Fakhrul Hazim cuba meluahkan perasaannya kepada Iman Hawa secara berkias. Iman Hawa tersenyum sendiri dan dia masih mahu berpura-pura tidak mengingati kenangan silam tersebut.

“Dah tu, sekarang ni suka lagi ke?”, soal Iman lagi.

“Mmm, eh. Tu kisah cinta monyet budak-budak kecik. Takkan lah kan??? Suka.. cinta.. dua-duanya lain.”, kata Iman lagi.

“Dah la. Hilang mood nak sambung cerita!!”, rajuk Hazim.

Iman memandang wajah Hazim kehairanan , “Eh dia ni. Ganggu date orang semata-mata. Then, bila orang suruh cerita hilang mood pulak!!”.


“What? Are you dating??”, soal Hazim terkejut mendengarnya.

Iman sedikit terkejut apabila Hazim menjerit ke arahnya.

“Well , umur macam ni memang sepatutnya sudah ada calon nak buat suami tau tak?”, jelas Iman.

“Afif tu pun dulu kawan sekolah. Mungkin dah sampai jodoh kami berdua, sebab tu kami dipertemukan lagi. Jodoh. Dia pun nampak interested dengan hubungan ni.”, tambah Iman lagi.

Hazim menggelengkan kepala.

“Kerja pun bagus, perangai pun elok, latar belakang pun okay. Cocok lah kami berdua ni!!”, terang Iman tersipu malu.

Hazim mencebik , “Eh, tak malu ke perempuan cakap macam ni? Tak nampak macam desperate sangat ke?”, soal Hazim bengang.

Iman tersenyum melihat Hazim , “Jangan risau. Kami akan hantar kad jemputan perkahwinan kami nanti.”.

“Kahwin?”, soal Hazim.

Iman memandang wajah Hazim cuba menahan ketawa. Tidak lama kemudian gelak tawa Iman Hawa pecah jua.

“Lawak aje la!!”, kata Iman sambil mengambil ranting kayu dan ketuk kepala Hazim.

************************************************************************************************

Iman pulang ke rumahnya selepas dihantar oleh Hazim. Iman melihat Lily sedang khusyuk menonton rancangan kegemarannya di televisyen.

“Uit , lambat balik?”, soal Lily sebaik sahaja menyedari Iman duduk disebelahnya.

Iman terseyum.

“Lain macam je senyumnya?”, soal Lily ingin tahu.

Kini senyuman di muka Iman bertambah lebar.

“Eh? Minah ni. Dah, tak sanggup aku tengok kalau kau tak nak cerita!!”, rajuk Lily.

Iman gelak kecil , “Hehe. Kau rasa si Hazim tu comel tak?”

“Fakhrul Hazim? Bakal bos tu?”

Iman mengangguk.

Well. He’s not that bad. Even dia tu handsome, muda , tapi dia nampak matang.”,kata Lily.

“Dah. Jangan nak puji lebih sangat. Kalau dia dengar ....”, kata Iman menepuk dahinya tidak sanggup membayangkan jika Hazim dapat tahu.

“Kenapa tiba-tiba kau tanya fasal dia ni?”, soal Lily.

“Saje.”, Iman seolah-olah cuba menyorok kisahnya.

“Okay then.”, putus Lily.

Iman memeluk bahu Lily , “He’d trying to confess his feeling.”

“Seriously?”, luah Lily berpura-pura terkejut.

Iman melepaskan pelukannya , “Ceh, fake gila muka kau!!!”

“Mana ada! Aku serious ni!”

Kau komplot dengan dia kan?”, soal Iman.

“Komplot apa nya?”, gagap Lily.

 “Ingat aku tak tahu ke? Dah. Aku nak mandi!”, Iman mencapai beg tangan dari atas meja lalu menuju ke bilik tidur.

Lily ketawa kecil khuatir jika Iman dapat mendengarnya.

************************************************************************************************

Iman pergi ke pejabatnya seperti biasa. Seperti biasa? Harini dia masuk ke pejabat dengan hati berbunga-bunga. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik pejabatnya dia terkejut melihat Fakhrul Hazim sedang berdiri dihadapan mejanya. Begitu juga dengan Fakhrul Hazim yang terkejut dengan kehadiran Iman Hawa yang muncul dihadapan muka pintu.

Iman memandang wajah Hazim , “Ape tu?”

Ha? Takde pape.”, kata Hazim sambil tangannya sedang memegang sesuatu dibelakangnya.

Iman merapati meja pejabat miliknya , “Tak payah nak sorok-sorok! Bak sini!!”.

Hazim masih lagi dalam keadaan tangannya dibelakang menyorokkan sesuatu.

“Oh. Okay. Tak nak bagi takpe. Tak nak kawan!”, rajuk Iman.

Hazim tersenyum lalu berjalan keluar meninggalkan bilik pejabat Iman Hawa.  Hazim juga meninggalkan persoalan yang muncul dalam minda Iman Hawa.


Bersambung...

p/s : Next entry , final citer ni. Kyaaaaa~


4 comments:

arifuka kashirin said...

nak lagi..:D

Unknown said...

tak sabar nak baca ending cerita ni .. Dah baca semua chapter . Jalan cerita menarik . Best , sis suka . Nanti buat cerita baru pulak . Hheehe .. :D ~PEACE~

Dreamland said...

@arifuka kashirin

finale dah keluar (:

Dreamland said...

@nurul hidayah

thanks for ur support sis!!