Wednesday 30 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 8


Aku Cinta Padamu : Part 8

Bilik Pesakit : Farisha Aulia.

*knock knock*

“Masuk.”

Wajah Farah Hanim dan kedua orang tuanya muncul di hadapan muka pintu.

“Kak Anim!”

Farah Hanim membawa kedua orang tuanya masuk , “Assalamualaikum pak cik, mak cik, Isha.. dan... semua...” , senyum Farah Hanim.

‘Semua? Aku? Semua?’, cebik Fakhrul Izwan dalam hati.

“Isha sihat?”, soal Farah Hanim ingin tahu.

“Sihat kak, tengah hari ni dah boleh balik.”, balas Farisha Aulia.

“Pak cik, mak cik.. ni papa dengan mama Anim.”, kata Farah Hanim memperkenalkan kedua orang tuanya kepada Dato’ Rahim dan Datin Ruby.

“Assalamualaikum Dato’ Rahim.”, huluran salam dari En.Razali.

“Waalaikumussalam Razali. Tak payah nak ber Dato’ dengan aku Zali.”, Dato’ Rahim membalas huluran salam oleh papa Farah Hanim.

“Papa kenal pak cik Rahim?”, soal Farah Hanim.

“Dari orang asing bertukar menjadi kawan.”, cerita Dato’ Rahim.

“Kami berjumpa di taman rekreasi semasa berjoging haritu.”, tambah En.Razali lagi.

“Wah, bestnya!!!”, luah Farisha Aulia gembira.

“Lepas ni, boleh la Isha datang rumah Kak Anim, Kak Anim pun boleh datang rumah Isha.”, tambah Farisha Aulia.

“Boleh Isha. Besok kita berdua pergi jalan-jalan nak? Kita shopping.”, pelawa Farah Hanim.

“Okay bos!”, Farisha Aulia setuju tanpa banyak bicara.

Fakhrul Izwan menyampuk , “Kan Isha dah janji dengan abang nak keluar dengan abang esok?”

“Tapi Isha nak keluar dengan Kak Anim.”, luah Farah Hanim sedikit kecewa.

“Tak boleh, Isha dah janji dengan abang dulu!”, tegas Fakhrul Izwan.

“Iwan...”, tegur Dato’ Rahim.

“Apa kata kamu bertiga keluar aja sama-sama?”, cadang Datin Ruby.

Farah Hanim terpinga-pinga mendengar cadangan yang diutarakan oleh Datin Ruby. Fakhrul Izwan pula mencebik di dalam hati. Hanya seorang sahaja yang gembira dan puas dengan cadangan tersebut , Farisha Aulia.

***************************************************************************

Keesokannya , Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia menaiki kereta bersama-sama menuju ke rumah Farah Hanim setelah diberikan alamat rumah melalui pesanan ringkas kepada Farisha Aulia.

“Anim... Kereta dah sampai...”, jerit Mak Kiah dari tingkat bawah.

“Okay. Nak turun dah ni.”, jawab Farah Hanim.

Di dalam kereta Fakhrul Izwan.

“Ishh.. lambatnya.”, cebik Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia memandang wajah abangnya , “Abang Iwan ni kenapa? Kita baru je sampai.” Farisha Aulia membuka pintu kereta.

“Nak ke mana tu?”, tanya Fakhrul Izwan yang melihat adiknya keluar dari perut kereta.

Farisha Aulia menutup pintu penumpang hadapan kemudian dia membuka pintu kereta penumpang di bahagian belakang lalu masuk ke dalam.

“Isha buat apa ni? Kenapa duduk belakang?”, soal Fakhrul Izwan.

“Takkan nak biarkan Kak Anim duduk belakang. Kak Anim lagi tua dari Isha.”, balas Farisha Aulia.

Farah Hanim kini sudah keluar dari pintu rumah dan mendekati pagar rumahnya. Setelah pintu pagar dibuka, dia menuju ke sebuah kereta Nissan berwarna metalik yang menunggu di hadapan rumahnya. Farah Hanim menuju ke pintu penumpang di bahagian belakang, namun pintu itu berkunci.

Farisha Aulia membuka tingkap , “Kak Anim duduk depan eh.”

“Ha?”, terkejut Farah Hanim mendengar arahan Farisha Aulia.

‘Takkan nak duduk kat sebelah mamat kerek ni?’, dengan muka sedikit masam Farah Hanim ikutkan saja. Dia membuka pintu kereta penumpang di hadapan lalu masuk ke dalam kereta tersebut. “Sorry lambat.”

“Tak pe.”, balas Farisha Aulia.

Fakhrul Izwan menggerakkan keretanya menuju ke destinasi yang ingin ditujui.

“Kak Anim cantik lah.”, puji Farisha Aulia.

“Isha. Dah la tu.”, kata Farah Hanim.

“Kakak Isha yang paling cantik.”, puji Farisha Aulia lagi.

“Abang?”, soal Fakhrul Izwan tiba-tiba.

Farisha Aulia memerhatikan abangnya yang sedang memandu itu lama.

“Isha...”, panggil Fakhrul Izwan.

“Mmm, boleh la.”, balas Farisha Aulia endah tak endah.

Farah Hanim geli hati.

Di shopping mall.

Farisha Aulia mendapatkan tangan Farah Hanim yang berjalan di sebelah kanannya. Farah Hanim mengenggam erat tangan Farisha Aulia sambil tersenyum. Fakhrul Izwan yang memerhatikan mereka berdua dari belakang sakit hati.

‘Isha ni. Dia pulak yang lebih-lebih dengan orang lain. Aku ni kan abang dia.’, bisik Fakhrul Izwan dalam hati.

“Kak Anim suka makan sushi tak? Isha nak pergi makan dekat Sushi King la.”, Farisha Aulia bertanya.

“Mmm, suka.”, balas Farah Hanim.

“Yes. Dah lama tak makan tau. Kalau keluar dengan Abang Iwan, Isha tak dapat makan sushi sebab abang Iwan tak suka makan sushi. Lidah melayu katanya.”, cerita Farisha Aulia.

Farah Hanim tersenyum.

Kini mereka bertiga sudah berada di hadapan kedai Sushi King.

“Isha.”, panggil Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia menoleh ke arah wajah Fakhrul Izwan , “Boleh la bang..”.

Farah Hanim bersuara , “Apa kata abang Isha pergi order makanan dekat food court sana, kita makan sini?”

“Banyak lah nak biarkan aku forever alone makan sorang-sorang!.”, kata Fakhrul Izwan tidak setuju.

“Kalau macam tu abang join la kitorang.”, ajak Farisha Aulia.

Farah Hanim hanya mendiamkan diri.

“Ishh abang ni. Spoil la. Jom aje lah makan kat food court Kak Anim.”, Farisha Aulia menarik tangan Farah Hanim menuju ke food court sambil disusuli oleh Fakhrul Izwan yang tersenyum puas dari belakang.

***************************************************************************

Food Court SS Shopping Mall.

“Sorry eh Kak Anim, kita tak dapat makan sushi hari ni.”, luah Farisha Aulia kesal.

Farah Hanim tersenyum, “Tak pe Isha. Lain kali kita keluar lagi.”

“Berdua.”, tambah Farisha Aulia tersengih.

Fakhrul Izwan menjadi meluat melihatkan keakraban adik kesayangannya dengan Farah Hanim.

“Abang ni, muka tak boleh masam lagi ke?”, soal Farisha Aulia.

Fakhrul Izwan mencebik , “Tak nampak ke muka abang yang tengah masam ni?”

Farah Hanim tersenyum, “Abang Isha tak suka dengan Kak Anim la Isha.”

Farisha Aulia memandang wajah abangnya. “Abang please..”, rayu Farisha Aulia agar Fakhrul Izwan tidak membuat perangai yang bukan-bukan dihadapan Farah Hanim.

“Habis kan makanan tu cepat.”, arah Fakhrul Izwan.

***************************************************************************

Di hadapan rumah Farah Hanim.

“Thanks Isha for today.”, ucap Farah Hanim yang kini sudah berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya.

Farisha Aulia keluar dari pintu kereta lalu menuju ke arah Farah Hanim , “Salam kak.”, kedua-dua tapak tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan Farah Hanim.

Huluran tangan disambut baik oleh Farah Hanim. Tidak lama kemudian Farisha Aulia kembali ke kereta lalu dia mengambil tempat duduk penumpang di hadapan. Farah Hanim melambaikan tangannya sebelum masuk ke dalam rumahnya.

Fakhrul Izwan menghidupkan enjin kereta lalu bergerak pulang ke kediaman mereka.

“Thanks dekat Isha sorang je? Abang ni yang penat bawak korang ke hulu ke hilir tau.”, cebik Fakrul Izwan.

Farisha Aulia memandang wajah abangnya , “Abang Iwan jealous eh? Abang suka Kak Anim eh? Tak boleh tau. Kak Anim dah berpunya.”, kata Farisha Aulia mengarang cerita.

“Kakak Intan kau lagi lawa.. seksi tau.”, luah Fakhrul Izwan bernada bangga.

“Ihh. Abang Iwan keluar lagi dengan Kak Intan?”, soal Farisha Aulia tidak suka.

“Tak boleh?”, soal Fakhrul Izwan.

“Tak.”

“Abang pun tak suka kakak Isha tu.”

“Ape abang ni?”

“Pokoknya abang tak suka. Dia dah rampas adik abang dari abang.”

Sampai sahaja dihadapan rumah kediaman Vila Harmoni , Farisha Aulia turun dari kereta tidak mempedulikan panggilan abangnya.

***************************************************************************

Beberapa hari kemudian Farah Hanim dan keluarganya diundang oleh warga Vila Harmoni untuk makan malam di rumah mereka.

“Ibu, Mak Ipah, ada buatkan Gulai Lemak Tempoyak tak?”, soal Farisha Aulia yang baru sahaja sampai di ruang dapur.

“Dah siap Isha. Tu Mak Ipah tengah tuangkan dalam mangkuk. Risau sangat.”, kata Datin Ruby tersenyum melihat keletah Farisha Aulia yang kelihatan serba tidak kena.

Farisha Aulia menuju ke dapur untuk menolong Mak Ipah , “Mestilah bu. Kak Anim suka makan Gulai Lemak Tempoyak. Isha nak bagi dia rasa betapa power-nya masakan Mak Ipah dalam masakan melayu ni. Hehe.”.

Mak Ipah tersenyum , “Ada ada je Isha ni.”

Bunyi enjin kereta kedengaran dari luar. “Tu Kak Anim dah sampai.”, Farisha Aulia berlari ke luar untuk menyambut kedatangan Farah Hanim dan keluarganya.

“Eh Abang Hafiz dan Abang Farid pun ada?”, soal Farisha Aulia yang kelihatannya terkejut.

Farid tersenyum , “Tak boleh ke Isha?”

“Kak Anim dah bagitau ibu Isha tadi.”, kata Farah Hanim.

Farisha Aulia tersenyum , “Masuk lah. Semua ada kat dalam kecuali Abang Iwan. Dia tak balik dari kerja lagi.”

***************************************************************************

Di meja makan Vila Harmoni.

“Jadi. Kamu bertiga ni memang sahabat baik dari kecik la ni?”, soal Dato’ Rahim.

“Ya pak cik. Dah lama kami berkawan. Keluarga kami pun rapat.”, cerita Farid.

Puan Alia menyampuk , “Tapi kalau nak dibandingkan kedua-dua hero ni , Farid ni lah yang paling nakal suka mengusik kami.”

“Mak cik Alia the best!”, kata Farid sambil menunjukkan tanda ibu jarinya kepada Puan Alia.

Farah Hanim bersuara , “Sedap gulai lemak tempoyak ni.”

“Mak Ipah yang masakkan.”, kata Farisha Aulia.

“Ingatkan Isha yang buat.”, kata Farah Hanim.

Farisha Aulia tertunduk malu , “Alaa....nanti Isha belajar masak dengan Mak Ipah.”

Semua orang yang duduk di meja makan geli hati melihat Farisha Aulia yang malu-malu dengan usikan Farah Hanim. Selesai sahaja makan, kesemua tetamu di ajak berehat di ruang tamu rumah. Farah Hanim diajak oleh Farisha Aulia untuk menjenguk kamar tidurnya.

Farah Hanim melangkah masuk ke ruang kamar , “Wah. Cantik nya bilik Isha.”, kagum Farah Hanim melihatkan ruang kamar Farisha Aulia yang serba putih terhias cantik.

“Terima kasih.”, ucap Farisha Aulia yang kini sedang duduk di atas kerusi belajarnya.

“Kalah bilik akak. Bilik akak kecik je.”

“Sama je.”

“Ingatkan bilik Isha ni tema ‘pinky girl’ dengan barbie.”

“Ihh. Isha tak suka barbie lah. Pika suka lah pink pink tu.”

Farah Hanim tersenyum , “Tenang je duduk kat bilik ni.”

Farisha Aulia duduk disebelah Farah Hanim , “Kalau Kak Anim nak, malam ni Kak Anim boleh tidur kat sini.

“Eh tak pe lah. Lain kali je lah.”

“Okay. Kak Anim segan eh?”

“Segan?”

“Yelah. Kak Anim malu dengan Abang Iwan eh?”

“Eh , ke situ pulak. Tak manis la kalau Kak Anim tidur sini. Kak Anim bukannya ahli keluarga Isha. Ada anak teruna lagi dalam rumah ni. Nanti jiran cakap apa pula.”, balas Farah Hanim.

“Kalau macam tu, Kak Anim jadi lah keluarga Isha. Kahwin dengan Abang Iwan.”, cadang Farisha Aulia.

“Eh Isha ni.”, terkejut Farah Hanim mendengar cadangan Farisha Aulia.

Farisha Aulia bangun menuju ke meja soleknya , “Jap eh.”. Tidak lama kemudian Farisha Aulia kembali duduk di sebelah Farah Hanim , “Nah.”

Farah Hanim melihat ke arah gelang tangan yang dihulurkan oleh Farisha Aulia.

“Ni, gelang Kak Anim kan?”

bersambung...

p/s : Panjang lagi ni....

10 comments:

Unknown said...

smoga brjaya dlm bdg pnulisan ye..

Anizz Annisa said...

kenape la iwan tu xsuke sgt ngan anim..ish3.. benci2 sgt nt jd syg..huhu..

Afifah Nabila said...

bestlah cerita ni :) btw, saya singgah kejap sementara tak busy ;D

Nur Hanan Aqilah :) said...

dtg klik2 iklan churp2 :)

Unknown said...

Hai, blogwalking ^^

Zen said...

Huhuhu, exam nak dekat XD Sempat singgah baca cerpen kakak :)

Teruskan!

Klik iklan :) Hohoho, letaklah cbox T_T Senang sikit nak berkomunikasi

https://thenmnotes.blogspot.com said...

bestnyaa ! harap nanti dapat baca next part and next story from u ! :D

shud said...

singgah sini dan follow :)

Unknown said...

Nak jadi sponser untuk May Giveaway? Jom sertai sekarang! http://tiefiqs34.blogspot.com/2014/05/pencarian-sponser-may-giveaway.html

atie zakaria said...

wlupun blom habis cerita lg tp still best.. x penh jumpe cerita mcm ni... cant wait for next episode.. ;)