Friday, 23 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 20


Aku Cinta Padamu : Part 19

Di bilik utama.

Fakhrul Izwan terbaring di atas katil. Tersenyum sendirian tatkala mengingatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Jantungnya berdegup kencang tidak dapat dikawal lagi. Saat Farah Hanim rebah di atas dadanya , dia dapat rasakan bahawa dirinya sangat-sangat ingin melindungi isterinya daripada tercedera. Dia sedar bahawa selepas ini dia akan berusaha lebih untuk menawan hati Farah Hanim yang disangkanya keras seperti batu.

*knock knock*

“Masuk.”

Farah Hanim melangkah masuk , “Awak okay tak? Nenek suruh saya tengokkan awak.”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Okay je.” Kemudian dia cuba bangun dari tempat pembaringan , “Arkk!”, aduhnya sambil memegang belakang pinggangnya.

“Kenapa ni?”, soal Farah Hanim mula mendekat.

Fakhrul Izwan mengusap-usap belakang pinggangnya , “Pinggang saya rasa sakit la.”

Farah Hanim mengerut dahi , “Meh sini saya tengok, bukak baju tu.”

Fakhrul Izwan menelan liur.

Farah Hanim menuju ke rak almari yang menyimpan kotak ‘First Aid Kit’. “Sorry lah sebab tadi saya buat awak jatuh.”, luah Farah Hanim.

Fakhrul Izwan masih tidak menggerakkan tubuh.

“Apa awak menungkan lagi ni? Cepatlah pusing, saya sapu kan ubat.”, arah Farah Hanim.

Fakhrul Izwan duduk membelakangkan Farah Hanim.

Baju Fakhrul Izwan diselak , Farah Hanim melihat ke arah pinggang yang dimaksudkan Fakhrul Izwan. “Kat sini eh?”, tanya Farah Hanim yang kini menyentuh pinggang Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan angguk perlahan.

“Awak baring cepat, biar saya urut.”, arah Farah Hanim.

“Awak nak urut saya?”

“Saya urut la. Nak suruh siapa lagi?”

“Saya boleh buat sendiri la.”, kata Fakhrul Izwan. Dia pula merasa segan dengan Farah Hanim , isterinya sendiri.

Keningnya dikerutkan , “Awak tak nak baik ke? Kang kalau melarat siapa yang susah?”, kata Farah Hanim.

Fakhrul Izwan mengalah, diturutkan saja arahan Farah Hanim yang menyuruhnya untuk baring.

“Saya urut pelan-pelan je.”, kata Farah Hanim lagi.

****************************************************************************

Farah Hanim keluar dari bilik tidur utama.

“Iwan macam mana?”, soal Nenek Saripah.

“Tadi dia sakit pinggang, tu yang Anim tolong urut tu. Sekarang ni dia dah tidur.”, kata Farah Hanim.

Nenek Saripah mengangguk , “Tengok tu. Kalau bukan Iwan yang selamatkan kamu, agaknya kamu pulak yang terlantar atas katil.”

“Nek..”

“Bukan apa, kalau kamu tak nampak lagi yang Iwan tu sayangkan kamu, tak tahulah nenek nak cakap apa.”, kata Nenek Saripah kemudiannya masuk ke dalam bilik tetamu.

Farah Hanim mengetap bibir.

****************************************************************************

Keesokan paginya Fakhrul Izwan sudah merasakan pinggangnya tidak sakit lagi seperti semalam. Dia bangun dari tempat pembaringan untuk menuju ke bilik air bersiap-siap untuk mengambil wudhu.

*knock knock*

“Masuk.”

Wajah Farah Hanim muncul dari muka pintu , sebaik saja dia melihat Fakhrul Izwan  cuba bangun dari katil , cepat-cepat dia berlari ke arah Fakhrul Izwan  untuk membantu Fakhrul Izwan ,“Meh sini saya tolong.”

Fakhrul Izwan yang masih mamai itu tidak memberi reaksi.

Farah Hanim mengambil tangan kanan Fakhrul Izwan lalu diletakkan di belakang lehernya dan memegang pinggang lelaki tersebut lalu membantu lelaki itu bangun.

“Awak buat apa ni?”, soal Fakhrul Izwan.

“Awak nak pergi bilik air kan? Saya nak tolong awak la ni. Kan awak tak boleh jalan lagi.”, kata Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersengih kecil. ‘Ok.. bila lagi boleh rasa macam ni. Kita main untuk satu hari.’, detik hati kecil Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memapah Fakhrul Izwan menuju ke bilik air.

Di dapur.

Nenek Saripah sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur.

“Anim mintak maaf nek. Sebab Anim, nenek pulak yang kena layan diri.”, luah Farah Hanim.

“Tak susah mana la Anim. Lagipun Iwan kan tengah sakit tu, Anim kena la jaga suami Anim sampai dia sembuh.”, kata Nenek Saripah. “Nah, bawak ni naik atas.”

Farah Hanim mengambil dulang yang berisi oat dan secawan teh panas menuju ke bilik tidur utama.

Di bilik tidur utama.
Farah Hanim melangkah masuk ke dalam ruang bilik Fakhrul Izwan , “Ni saya bawak sarapan.”

Fakhrul Izwan yang duduk sambil membaca buku tersenyum melihat Farah Hanim , “Baiknya isteri abang ni.”

Dulang diletakkan di tepi meja kemudian mengambil cawan yang berisi air panas dihulurkan kepada Fakhrul Izwan.

“Anim, cuba sebut ‘Abang’ ke.. ‘Sayang’ ke...”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengerut dahi.

“Cubalah sebut.. tak susah pun..”, rayu Fakhrul Izwan.

“Tak nak lah. Ishh, cepat la minum ni.”, tolak Farah Hanim.

Fakhrul Izwan kembali menyambung bacaannya.

‘Ihh..kenapa pulak ni...’, getus hati Farah Hanim. “Awak, cepat la minum ni. Jangan la jadi macam budak-budak.”, pujuk Farah Hanim.

“Anim....”, panggil Nenek Saripah.

“Ye nek..”, jawab Farah Hanim. “Tu nenek dah panggil. Awak jangan lupa ambil sarapan tau. Nanti saya datang balik.”, pesan Farah Hanim kemudiannya berlalu pergi meninggalkan ruang bilik.

*perut Fakhrul Izwan berbunyi*

Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan mengambil roti planta yang diletakkan di atas meja lampu tidur. ‘Baru nak manja-manja, bukannya nak prihatin kat suami dia ni. Nak pujuk ke ape ke.”, bentak hati Fakhrul Izwan sedikit kecewa.

“Awak!”

Fakhrul Izwan terkejut dengan kemunculan Farah Hanim dimuka pintu , “Kenapa ni?”

“Farid.. Farid accident!”, jerit Farah Hanim kemudian merebahkan diri dihadapan pintu.

Fakhrul Izwan bangun dari katil mendapatkan Farah Hanim yang kini sudah terjatuh duduk di atas lantai , “Nek.. nek...”, panggil Fakhrul Izwan.

Nenek Saripah keluar dari bilik tetamu mendapatkan Fakhrul Izwan dan Farah Hanim yang terduduk di hadapan pintu bilik tidur utama , “Kenapa ni Iwan? Kenapa dengan Anim?”

Farah Hanim tidak berhenti dari menangis. “Nek.. Farid accident nek. Apis cakap dia accident teruk.”

“Sabar Anim , jangan macam ni.”, pujuk Nenek Saripah.

Farah Hanim memeluk tubuh Nenek Saripah , “Anim nak tengok Farid sekarang nek..”, rayu Farah Hanim bersungguh-sungguh.

“Okay okay jom kita pergi hospital sekarang.”, kata Nenek Saripah.

Fakhrul Izwan mengangkat tubuh Farah Hanim perlahan-lahan untuk membantu wanita itu berdiri. Nenek Saripah memimpin lengan Farah Hanim menuju ke bilik untuk menyalin pakaian.

****************************************************************************

Hospital GG.

Farah Hanim , Fakhrul Izwan dan Nenek Saripah tiba di hospital dimana Farid ditempatkan.

“Farid macam mana Apis?”, soal Farah Hanim bertanyakan keadaan Farid.

Hafiz yang turut menitiskan air mata tidak dapat menahan sebak , “Dia kat dalam. Doktor tengah rawat dia.”

Nur Maisara memeluk Farah Hanim supaya wanita itu dapat bersabar , “Sabar okay. InsyaAllah, semuanya akan okay.”

Tiga jam kemudian , seorang doktor lelaki pertengahan umur keluar dari wad kecemasan. Hafiz dan Farah Hanim sama-sama mendapatkan doktor tersebut.

“Macam mana doktor?”, soal Hafiz.

“Keadaan Farid masih lagi kritikal. Hentakan yang kuat akibat perlanggaran dengan lori di kepalanya boleh menyebabkan dia hilang ingatan untuk jangka masa yang lama.”, jelas Dr.Fikri yang mengambil tugas merawat Farid.

Hafiz dan Farah Hanim menjadi semakin sebak mendengar khabar berita tersebut.

Fakhrul Izwan mendekati Farah Hanim untuk menenangkan hati wanita tersebut , dipegangnya bahu wanita itu erat , “Sabar okay.”

****************************************************************************

Tiga hari sudah berlalu , Alhamdulillah keadaan Farid semakin pulih dan dia dapat melepasi saat-saat kritikal. Farid masih lagi berada dalam keadaan koma , Dr.Fikri menjangkakan bahawa ianya mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk Farid sedar daripada koma.

“Assalamualaikum.”, muncul seorang perempuan manis berbaju kurung menegur Hafiz.

“Anis!”

Farah Hanim memandang ke arah wanita yang dipanggil Anis itu.

“Kau..”, gagap Hafiz yang ingin berbicara dengan wanita tersebut.

“Maafkan Anis bang. Ini semua salah Anis.”, kata wanita tersebut dalam keadaan teresak-esak.

Hafiz mengerut dahi , “Apa kau cakap ni?”

Nur Maisara mendekati Hafiz , “Siapa ni?”

Lambat Hafiz menjawab pertanyaan Nur Maisara , “Anis. Teman wanita Farid.”

Farah Hanim memerhatikan saja perempuan yang digelar Anis itu.

“Anis , kenalkan ni Anim. Kami berdua ni kawan baik Farid.”, Hafiz memperkenalkan Farah Hanim kepada Anis.

Farah Hanim dan Anis sama-sama bertukar senyuman.

Seminggu kemudian.
Di rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

Usai sahaja solat maghrib , Fakhrul Izwan keluar dari biliknya menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Sudah lebih 10 hari Farah Hanim tidak kerap berada di rumah, dia lebih banyak meluangkan masa menemani Farid di hospital bersama Hafiz.

Walaupun dia cuba untuk memahami situasi tersebut , namun hati Fakhrul Izwan berasa sakit kerana Farah Hanim lebih mementingkan orang luar berbanding suaminya sendiri.

Tidak lama kemudian Farah Hanim keluar dari biliknya bersama kunci kereta yang dipegang.

Fakhrul Izwan menegur , “Awak nak pergi hospital lagi ke?”

Farah Hanim mengangguk.

“Tak boleh ke kalau awak tak pergi? Temankan saya kat rumah.”, soal Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memberhentikan langkah sebaik sahaja dia sudah berada di muka pintu.

“Dah seminggu lebih awak biarkan saya sorang-sorang kat rumah ni. Tak boleh ke kali ni awak temankan saya?”, kata Fakhrul Izwan lagi.

“Awak.. Please jangan macam ni. Farid tu kawan saya..”

“Dan saya ni suami awak Anim.”, kata Fakhrul Izwan tegas.

Farah Hanim tidak mahu masalah menjadi besar antara dia dan Fakhrul Izwan. Perlahan-lahan Farah Hanim menaiki anak tangga menuju ke bilik untuk menyalin pakaian.  Rancangannya untuk pergi melawat Farid di hospital terpaksa dibatalkan.

Tidak lama kemudian , Farah Hanim keluar dari bilik menuju ke dapur menyiapkan makan malam untuk Fakhrul Izwan. Dia sedar bahawa membiarkan seorang suami keseorangan di rumah tanpa keizinan suami adalah berdosa. Apabila Fakhrul Izwan menegurnya, dia sedar bahawa dia buat salah.

Sambil menyediakan makan malam, hati Farah Hanim tidak dapat menahan sebaknya. Memikirkan keadaan Farid yang terlantar di hospital dan rasa bersalahnya kepada Fakhrul Izwan.

“Saya minta maaf.”, luah Fakhrul Izwan sambil memeluk bahu Farah Hanim dari arah belakang.

Farah Hanim menitiskan air mata.

Pelukan semakin erat , “Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak Anim. Awak tahu kan saya sayangkan awak?”

Farah Hanim masih berdiri terpaku tidak melakukan apa-apa.

Pelukan dilonggarkan , “Awak tak payah masak malam ni , kita makan luar okay?”

Farah Hanim menggeleng kepala , “Saya tak lapar.”

Fakhrul Izwan menarik bahu Farah Hanim lembut menghadapnya , “Awak tahu tak, sejak akhir-akhir ni awak tak jaga makan minum awak sendiri? Tengok badan ni dah lesu , esok dah nak start kerja kan?”

Perlahan-lahan dada Fakhrul Izwan didakapnya , Farah Hanim menangis semahunya. Dia tidak tahu ingin berkata apa-apa lagi , Fakhrul Izwan terlalu baik untuk dirinya. Lelaki itu banyak bersabar dengannya. “I’m sorry.”, luah Farah Hanim yang teresak-esak menangis.

“Its okay sayang.”, ucap Fakhrul Izwan lembut sambil mengusap rambut Farah Hanim.

bersambung...

p/s : Teruskan membaca dan keep supporting.

7 comments:

Anizz Annisa said...

kenape hafiz mcm terkejut dgn gf farid tu ek.. sape anis tu?? kesian iwan kecik aty dgn anim.. :( update part 20..huhu

Fatin Farhanah said...

Nice story dear. Kenapa tak kongsi dalam ilham karangkaraf atau penulisan2u? Mana tahu boleh diterbitkan jadi novel and masuk pasaran :)

miss fifi said...

tersukan berkarya dear :)

p/s: dah klik iklan aaron awk, klik iklan fifi gak? :)

PeRdU cINta said...

Akak support ok..teruskan..

Hafiza AizZawa said...

Nama pun best.. Fakhrul Izwan.. hehe

Syafiqah Zamberi said...

hye sis! lme tak dtg bce story sis tak sngka da kluar series baru hehe..nice and sweet story..sye suka lah heee :D pndai sis karang story sis..simple but sweet and tak trlalu dewasa sngt..adik sye pun bleh baca..keep going i will support you ;)

Shafa Afa said...

Salam singgah juga. No cbox here. ^^ Thanks for visit my blog. Nice blog and good story, :D.