Friday 7 November 2014

Aku Cinta Padamu : Finale

Aku Cinta Padamu : Finale

Alarm Subuh dari telefon bimbit milik Farah Hanim berbunyi. Perlahan-lahan Farah Hanim menggerakkan badannya, namun dirasakan tidur pada malam itu terlalu nyenyak dan lena. Dirasakannya dia tidur di atas katil yang empuk , bantal yang selalu dipeluk semasa tidur selama ini juga amat selesa. Dipeluknya lagi bantal tersebut seeratnya dan kakinya juga ligat memainkan peranan untuk memeluk bantal tersebut. Empuk.

Matanya terbuka sekejap untuk melihat keadaan sekeliling. Tiba-tiba dia merasakan bantal yang dipeluknya selama ini lebih besar dari yang biasa. Farah Hanim mengerutkan dahi. Sekali lagi dia cuba membukakan mata , mengharapkan apa-apa yang terbayang dimindanya sekarang hanyalah mimpi.

Buka tutup mata. Memang dia ada memeluk sesuatu tapi... bukan bantal.
Buka tutup mata. Dia bukan berada di dalam bilik.. tetapi di ruang tamu rumahnya.
Buka tutup mata. Senyuman Fakhrul Izwan sedang terukir di wajah kacak itu.

Buka mata. Farah Hanim membeliakkan mata sebesar-besarnya dan segera bangun dari tempat tidur dengan gelojoh. “Okayyy, benda ni tak lawak!!”

“Apa yang lawaknya sayang?”, Fakhrul Izwan menyoal tersengih kecil.

Farah Hanim mencubit pipi kanannya , ‘Tolong lahhh. Ni mimpi!! Ni mimpi!!’, getus hatinya.

Fakhrul Izwan memerhatikan saja perbuatan comel Farah Hanim yang kelam kabut itu.



Farah Hanim memandang ke arah sekeliling. Mereka berdua berada di ruang tamu. Berbekalkan cahaya yang sedikit malap di ruang tamu tersebut Farah Hanim cuba menstabilkan mindanya. ‘Dont tell me that both of us were sleeping together! Atas sofa?? Gilaaa. Ini gilaa!’

Farah Hanim membulatkan mata. Dirinya masih tidak dapat menerima hakikat mengenangkan dia dan Fakhrul Izwan tidur bersama di atas sofa. “Kenapa awak tak kejut saya?”

Fakhrul Izwan menjungkit bahu.

“Awak saje kan.”, marah Farah Hanim kemudiannya terus berlalu menuju ke bilik tidurnya.

“Anim! Anim..”, panggil Fakhrul Izwan. Tidak lama kemudian dia sedikit mengeluh kecewa.

***********************************************************

Seharian Farah Hanim tidak keluar dari kamarnya. Fakhrul Izwan mula risau memikirkan keadaan Farah Hanim. Risau jika isterinya itu melakukan perkara di luar jangkaannya.

*knock knock* , pintu bilik Farah Hanim diketuk kuat.

“Sayang.... sayang.. bukak pintu ni. Awak buat apa kat dalam bilik tu?”, panggil Fakhrul Izwan.

Senyap. Tiada respon yang diterima.

Kemudiannya Fakhrul Izwan mengeluarkan kunci pendua dari kocek seluarnya lalu membuka pintu bilik Farah Hanim yang berkunci. Kelihatan Farah Hanim sedang baring membaca novel di atas katil. Dia tahu Farah Hanim menyedari kehadirannya , tapi wanita itu seolah-olah tidak menghiraukan dirinya.

“Benci sangat ke awak kat saya?”, soal Fakhrul Izwan.

Sungguh Farah Hanim sedikit terusik dengan soalan Fakhrul Izwan. Namun, dia tidak tahu apakah jawapan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan tersebut.

“Awak memang tak pernah ada hati untuk saya eh? Maknanya, selama ni saya hidup sebumbung dengan seorang isteri yang langsung tidak belajar untuk mencintai suaminya?”, sedih suara Fakhrul Izwan meluahkan perasaan. Matanya tidak lekang dari memandang wajah Farah Hanim yang beriak selamba tidak mempedulikannya.

Farah Hanim masih lagi tidak mempedulikan Fakhrul Izwan , namun dia juga tidak fokus dalam pembacaannya. Hatinya berkocak ingin memberitahu perkara yang sebenar tapi... dia tidak tahu apakah cara yang terbaik untuk meluahkannya. Lidahnya kelu. Hatinya malu untuk bersuara.

Perlahan-lahan Fakhrul Izwan bangun dari katil Farah Hanim kemudiannya menuju ke pintu untuk keluar.

Tiba-tiba badan Fakhrul Izwan terasa hangat. Jantungnya berdebar kencang. Farah Hanim memeluk tubuh Fakhrul Izwan dari belakang. Pada masa yang sama, Fakhrul Izwan merasakan hatinya berbunga-bunga. Terukir senyuman kecil yang tidak dapat ditahan oleh Fakhrul Izwan.

“Awak. Saya... saya..”, gagap Farah Hanim menyusun bicara. Makin lama Farah Hanim mula untuk menyusun kata, semakin erat perempuan tersebut memeluk tubuh suaminya, Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan memusingkan badannya. Kini masing-masing saling berpandangan. Dikucupnya dahi Farah Hanim penuh dengan kasih sayang. Dan, kedua orang suami isteri tersebut kemudiannya menyulam cinta dan berkasih sayang di dunia mereka sendiri.

********************************************************

3 bulan kemudian..

“Abang... tengok ni.”, Farah Hanim menghulurkan surat khabar kepada Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan meneliti sebuah artikel mengenai seseorang yang dikenali oleh mereka terpampang di akhbar tersebut.

“Tu Intan kan bang?”

Fakhrul Izwan kemudiannya mengangguk perlahan.

*Seorang wanita mabuk  dilanggar kereta meninggal di tempat kejadian*

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim sama-sama mengucap panjang.

“Kenapa tu Anim?”, soal Puan Alia yang muncul dari dapur.

“Takde pape lah mama. Sekarang ni banyak sangat berita pasal accident kat dada akhbar. Macam macam hal kan ma..”, cepat-cepat Fakhrul Izwan menjawab pertanyaan Puan Alia.

Farah Hanim mengangguk saja tanda setuju. Masing-masing tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah lama.

“Assalamualaikum.”, kedengaran suara budak lelaki memberi salam.

“Waalaikumussalam..”, serentak Fakhrul Izwan, Farah Hanim dan Puan Alia menjawab ucapan salam tersebut.

“Auntie Anim...”, suara comel Ammar mula berlegar di ruang tamu rumah.

Farah Hanim mendapatkan Ammar yang terus melulu ke arahnya. Diciumnya pipi gebu Ammar itu manja.

“Amboi, da besar pun still nak manja dengan Auntie yer.”, usik Fakhrul Izwan.

“Tahniah Anim!”, ucap Rozana yang menyusul dari belakang.

Tidak lama kemudian, muncul pula Hafiz, Farid dan Nur Maisara ke rumah tersebut. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan makanan yang khas di masak oleh nenek Saripah. Nenek Saripah memang handal dalam masakan kampung , semua orang tak akan membiarkan pinggan mereka tertinggal sebutir nasi sekalipun.

“Iwan.. Anim.. dengar sini.. nenek dah tentukan apakah nama sesuai untuk bakal cucu nenek nanti.”, kata nenek Saripah.

Semua tetamu termasuk tuan rumah sendiri fokus pada perbicaraan nenek Saripah.

“Apa dia nek?”, soal Fakhrul Izwan.

“Kalau laki-laki.. nenek nak namakan Nasir Khan. Untuk perempuan pula nenek namakan Siti Rozita.”

“HAHHHHH??? NENEK!!”

TAMAT

P/s: Segala kekurangan haraplah dimaafkan. Hehehe.


1 comment:

Anizz Annisa said...

laa nak tunggu masing2 luahkan perasaan..kenape xbuat..huhu... tapi cite nie romantikk..huhu... ending yg best :)