Thursday 7 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 6


Awak kan isteri saya? : Part 6

Selepas bersarapan seorang diri Amira merajinkan diri untuk membersihkan kawasan halaman rumahnya.

Ni la padahnya bila sorang-sorang kat rumah yang besar macam ni.”, kata Amira sendirian.

*telefon bimbit Amira berdering*

Assalamualaikum sayang. Rindu la..’ – pesanan diterima dari Abang Sayang.

“Eh dia ni. Masa kerja pun sempat lagi.”, omel Amira.

Jari jemarinya mula menaip sesuatu untuk membalas pesanan ringkas yang diterima. “Alaa... kredit expired pulak.. ishhh. Lantak lah.”, putus Amira kemudiannya menyambung semula tugasan membersihkan halaman rumah.

*telefon bimbit Amira berdering sekali lagi*

“Assalamualaikum , hello.”

Waalaikumussalam. Kenapa tak balas?”, suara Hakim sedikit menekan.

“Kredit takde la. Sorry la.”

*beep beep*

Amira melihat ke arah skrin telefon , “Kenapa dia ni?”

**************************************************************************

Bunyi kereta milik Aiman Hakim kedengaran sudah berada di hadapan rumah. Amira yang sudah menyiapkan hidangan tengah hari menyambut kepulangan suaminya di muka pintu.

Amira tersenyum melihat Hakim yang sudah keluar dari kereta.

“Dah masak?”, soal Hakim.

Dah siap. Awak marah lagi ke?

Hakim memandang wajah isterinya , “Lepas tengok awak hati saya dah sejuk balik. Jum makan.”

**************************************************************************

Sesudah makan malam.

“Best tak kerja awak?”, soal Amira.

“Mmmm, boleh tahan.”

“Awak ada setiausaha?”

“Ada.”

“Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan.” , Hakim menjeling ke arah isterinya.

“Ohhh.... Mesti cantik kan.”

“Seksi orangnya.”, Hakim memandang isterinya lagi.

Amira memusingkan tubuh menghadap skrin televisyen , “Nanti kalau saya ada setiausaha, saya nak cari lelaki yang seksi jugak lah.”, balas Amira bernada biasa.

Aiman Hakim sudah tidak sedap hati , “Kenapa pulak?”

“Saya nak jugak merasa.Tengok dia buat kerja hari-hari.”

“Tak boleh!”

“Kenapa?”

“Tak boleh.!! Saya nak awak pandang saya je. Bukan lelaki lain!”, tegas Hakim.

Amira tersenyum kecil melihat Hakim yang sudah muncung 12 inci , “Eh awak. Saya takde niat nak bagi awak jeles pun.”

“Awak saje kan.”

“Mana ada. Serious!!. Awak jeles ke? Sorry la.”

“Mana ada saya jeles. Tak langsung!”

“Yeke ? Maknanya boleh la saya hire setiausaha lelaki yang seksi!”, balas Amira gembira.

“Yelah yelah. Saya jeles. Jadi?”, soal Hakim yang kini beralah.

“First time dalam hidup saya dapat rasa macam ni!”

“Maksudnya?”

“Sebelum ni takde sape pun yang akan jeles untuk saya. Best jugak erk.”

“Saya tak faham.”

Amira memandang Hakim , “Saya mana pernah ada boyfriend sebelum ni. So, mostly saya tengok , boyfriend kawan-kawan saya ni mesti jeles kalau dorang rapat dengan lelaki lain.”

“Awak suka?”

Amira mengangguk.

“Saya tak suka.”, kata Hakim.

“Kenapa?”

“Saya tak suka perempuan yang saya sayang rapat dengan lelaki lain. Terutamanya isteri saya.”, serius Hakim bercakap.

Amira mula merubah riak , “Awak, saya cakap je.”

Hakim mengeluh , “Awak jangan cuba rapat dengan lelaki lain. Saya tak suka.”

“Awak sayang saya ke?”, soal Amira.

Hakim tersentap dengan soalan Amira , “Saya naik bilik dulu.”

**************************************************************************

Aiman Hakim memegang kepalanya yang tidak sakit , ‘Kenapa minah tu lembap sangat? Dia tak tahu ke aku sayang gila kat dia?’.

Sejak pertama kali mereka dipertemukan semula tiga bulan lalu, itulah kali pertama Aiman Hakim memandang Diana Amira tanpa berkelip. Segala perbuatan Diana Amira dimatanya membuatkan dia rasa tenang. Selama tiga bulan sebelum mereka diakadnikahkan , hatinyasakit menahan rindu untuk melihat keadaan bakal isterinya. Hatinya terubat seketika apabila ibu bapa kedua-dua belah keluarga memberi keizinan untuk mereka memilih pakaian pengantin sendiri. Hari-hari Aiman Hakim memanjatkan doa kepada ilahi supaya tanggungjawab menjadi seorang suami kepada Diana Amira dipermudahkan.

**************************************************************************

Diana Amira masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Mindanya asyik terbayang-bayangkan wajah Aiman Hakim. Perkataan sayang yang diungkapkan Aiman Hakim setiap hari tidak dapat membeli jiwanya. Dirinya masih meragui akan keikhlasan Aiman Hakim.

‘Betul ke dia sayang aku sebagai isteri dia? Tapi, kenapa aku tak dapat rasa kasih sayang dia lagi?’, bisik hati kecil Amira..

**************************************************************************

Selepas Aiman Hakim berangkat ke tempat kerjanya , Diana Amira mendapat panggilan dari teman baiknya , Yaya yang sengaja datang ke tempatnya untuk mengisi masa lapang. Yaya mengajaknya keluar untuk menemaninya membeli-belah.

‘Assalamualaikum. Kawan saya ajak saya keluar ni , boleh tak?’- menghantar pesanan kepada Aiman Hakim.

*telefon bimbit Amira berdering*

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam. Siapa nama kawan awak tu?”

“Yaya. Dia ajak teman dia shopping. Boleh tak? Please.”, pujuk Amira.

“Okay. Behave tau. Saya kena makan luar dengan secretary seksi saya lah ni.”, luah Hakim kononnya kecewa.

“Mmm, macam tu lah nampaknya. Sorry.”

“Awak.”, panggil Hakim.

“Kenapa?”

“Awak tak jeles ke saya keluar makan dengan secretary saya tu?”

“Keluar ajelah. Pergi makan aje kan?”

“Awak tak sayang saya?”, soal Hakim yang kini bernada merajuk.

“Kenapa awak ni?”, soal Amira semula.

Takpelah. Jaga diri. Jangan main mata dengan lelaki lain. Bye.”, putus Hakim.

*beep beep*

Ishh dia ni , selalu macam tu. Merajuk lagi?”, omel Amira sendiri.

**************************************************************************

“Makin berseri kau sekarang eyh.”, kata Yaya yang kini berjalan beriringan dengan Amira di pusat beli-belah.

“Mana ada.”, nafi Amira.

“Eleh.”

“Tak buat ape-ape lagi la.”

“Ape maksud kau?”, soal Yaya menghentikan langkah. “Korang belum ada malam pertama lagi ke Diana?”

“Jangan buat muka terkejut boleh?”

“Kau memang dah gila. Berdosa tau.”, kata Yaya.

“Kau tahu kan aku dengan dia sebelum ni macam mana.”

“Dia layan kau teruk ke?”, tembak Yaya sesuka hati.

“Ishh kau ni. Jangan buruk sangka!”

Yaya menutup mulutnya dengan jari , “Oh. Korang belum suka sama suka lagi eyh?”.

Amira menjungkit bahu.

“Habis punya lawa kawan aku ni dia langsung tak terpikat? Apa la si Hakim tu.”

Amira tersenyum.

Kau kena guna strategi lah Diana. Pikat dia.”, saran Yaya.

Pikat?”

“Ye la. Kau kena ambil hati dia.”

“Tapi , aku rasa dia yang cuba ambil hati aku sekarang ni.”

“Maksud kau? Kau yang jual mahal?”, Yaya menepuk dahi.

Aku tak sedia lagi.”

“Okay then. Aku kena pergi jumpa Hakim bagi dia strategi untuk pikat kau ni.

Amira mencuit pinggang Yaya , “Ape kau ni. Aku perlukan masa la. Aku masih anggap dia sebagai orang asing dalam hidup aku.”

“Tapi dia suami kau. Susahlah mak bapak kau nak dapat cucu lagu ni.”, balas Yaya.

Amira mengeluh perlahan.

“Dia tak cakap or mintak pape ke dari kau?”, soal Yaya.

Amira menggeleng , “Entah la. Aku pun tak tau macam mana.”

Yaya menepuk dahi sekali lagi , “Kau ni totally innocent lah Diana. Tak pernah couple macam ni lahh. Otak memanjang suciiiii je!”.

Diana Amira dan Yaya sudah tidak mahu bercakap mengenainya lagi. Yaya juga tahu tidak baik untuk dirinya masuk campur dalam hal rumah tangga orang.

Amira yang setia menemani Yaya memilih barang , matanya melilau ke arah kedai yang menjual pakaian lelaki. “Yaya, aku pergi sana kejap tau.”

Yaya hanya menganggukkan kepalanya.

“Selamat datang cik.”, ucap pekerja di dalam kedai tersebut.

Saya nak tengok-tengok dulu.”, kata Amira.

Boleh cik.”, balas pekerja tersebut sambil mengiringi Amira.

Amira memegang seutas tali leher kelabu yang berjalur putih sambil mengukir senyuman.

“Untuk siapa cik?”

“Suami saya.”

“So sweet.”

Amira hanya tersenyum , “Saya nak yang ni.”

“Baik cik.” , pekerja tersebut mengambil tali leher yang dipegang Amira kemudiannya menuju ke kaunter pembayaran.

Ada cara macam mana nak pasangkan tali leher ni tak?”, Amira bertanya.

“Ada cik. Kejap ye.”, balas pekerja tersebut.

Tidak lama kemudian Amira dihulurkan sehelai kertas yang diatasnya menunjukkan cara-cara untuk memasang tali leher.

“Terima kasih ye.”, kata Amira.

“Terima kasih cik. Datang lagi.”.

Sebaik sahaja Amira melangkahkan kakinya keluar dari kedai tersebut seorang lelaki datang mendekati lalu menyapanya. “Diana.”, sapa lelaki tersebut.

“Eh, Faiz. Kau buat apa kat sini?”, soal Amira.

“Saja. Nak usha awek.”, balasnya selamba.

“Ah kau.”

“Betul la. Sekarang dah jumpa!”

“Mana?”

“Kau la.”, balas Faiz tersenyum.

“Jangan nak mengada.”

“Sorang je ke?”

“Aku datang dengan Yaya. Tu ha.”, balas Amira menunjukkan lokasi kedudukan Yaya kepada Faiz.

Mereka berdua mendekati Yaya yang sedang asyik meneliti kasut-kasut di dalam sebuah kedai.

“Yaya.”, panggil Amira.

Yaya menolehkan badan , “Eh. Faiz.”

“Hai.”, kata Faiz tersenyum.

“Kau buat apa kat sini?”, soal Yaya.

“Usha awek.”

Yaya mencebik , “Dah jumpa ke?”

“Dah.”

“Mana?”

“Kau la!”, balas Faiz cuba mengusik.

Perhhh, tak lawak la.”, balas Yaya mencebik.

“Dah la tu. Aku lapar ni. Jom makan.”, celah Amira.

“Join?”, kata Faiz.

Kau belanja.”, balas Yaya.

“Ofcourse , nak pikat awek mesti kena belanja dorang makan.”, balas Faiz tersengih.

**************************************************************************

Setibanya di rumah.

Sayang dah balik?”, muka Hakim terpacul di depan pintu.

Amira yang terkejut dengan kepulangan awal Hakim di rumah menyoal , “Awalnya balik?”

“Awak tak suka suami awak balik awal ke?”

“Tak.”

“Sayang...”

“Tak suka sebab hari ni saya tak dapat sambut kepulangan dia selepas kerja.”, luah Amira.

Hakim yang mendengar alasan  Amira kemudiannya tersenyum.

Dah mandi?”, soal Amira.

Belum. Tunggu awak.”, balas Hakim sambil memegang kedua-dua belah tangan isterinya.

Amira terdiam.

“Gurau je lah..”, kata Hakim sambil mencuit hidung isterinya.

“Terima kasih sebab faham saya.”, balas Amira kemudiannya mendaki tangga menuju ke biliknya.

**************************************************************************

“Awak tak mandi lagi?”, soal Amira semasa menuruni anak tangga kepada Hakim.

Nantilah. Saya nak tengok model seksi ni kejap.”, balas Hakim.

Amira menuruni anak tangga dengan laju sambil mencebik , “Eleh. Takde la seksi mana.”

“Awak rasa diri awak lagi seksi ke?”, soal Hakim.

Mestilah!”, jawab Amira penuh keyakinan.

Fokus Aiman Hakim menonton rancangan di televisyen terganggu melihat Diana Amira yang sedang sibuk mengeringkan rambut panjangnya yang basah di atas sofa.

“Orang kalau seksi tak semestinya kena pakai baju yang terdedah sana sini. Banyak lagi cara lain.”, kata Amira meluahkan pendapatnya.

Hakim yang melihat Amira sedang mengeringkan rambutnya cuba mendekati dan mencapai tuala yang dipegang Amira. “Biar saya tolong.”, Hakim cuba mengeringkan rambut isterinya lembut.

Amira yang tersentap dengan tindakan Hakim terdiam seribu bahasa.

Syampu apa awak pakai? Wangi.”, soal Hakim.

“Ha? Mmm, yang selalu keluar dekat tv tu la.”, gagap Amira. Degupan jantungnya semakin kencang dengan tindakan mengejut Hakim.



Bersambung...

p/s : Relax..relax.. tunggu entry yang seterusnya okay.

2 comments:

Cik nadya said...

sweet sangat..
membuadkn xsbr nk kawen lak :P

#tp sayang calon xde. hihi

Dreamland said...

@Cik Nadyya

amboiiii. hahahah (: