Wednesday 4 June 2014

Aku Cinta Padamu : Part 23


Aku Cinta Padamu : Part 22

Di dalam kereta Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mendiamkan diri. Otaknya masih berlegar-legar memikirkan soal anak. Jelas terpancar di wajah Datin Ruby yang tidak sabar-sabar ingin menimang cucu. Begitu juga pesanan neneknya yang mahu melihat anak yang bakal dilahirkan oleh dirinya sendiri.

Fakhrul Izwan memandang wajah Farah Hanim , “Awak fikir pasal ape tu?”, tanyanya kemudian berpaling semula kehadapan.

Farah Hanim membetulkan tempat duduk , “Takde pape lah.”

“Mesti fikir pasal apa yang ibu cakap tadi kan? Nak jalan mana-mana ke?”, usik Fakhrul Izwan.

“Ihh , jangan main-main boleh tak?”, geram Farah Hanim.

“Saya okay je. Bila-bila pun okay.”

Mata Farah Hanim membulat , “Fakhrul Izwan!”

Fakhrul Izwan kemudiannya gelak besar.

*****************************************************************************

Rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

Keesokan paginya. Selesai solat Subuh Farah Hanim bercadang mahu membersihkan rumahnya. Diambilnya baldi dan sabun menuju ke bilik air bawah untuk diisi air. Kemudiannya dia menuju ke stor belakang rumah untuk mengambil mop. Bermula lah kerja nya mengemop lantai di dalam rumah tersebut.

‘Dah lama tak exercise, macam ni lah..’, getusnya dalam hati termengah-mengah. Selesai mengemop lantai , Farah Hanim berehat di meja dapur. ‘Nak masak apa pagi ni?’, soalnya sendiri.

Kemudian Farah Hanim bangun dari tempat duduk menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Jam di dinding tepat jam 8 pagi. Beberapa minit kemudian Fakhrul Izwan keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu rumah. “Aduh!”, jerit Fakhrul Izwan sedikit kuat.

Farah Hanim terpinga-pinga mendengar jeritan Fakhrul Izwan. Segera dia berlari ke ruang tamu untuk melihat keadaan lelaki tersebut. “Astagfirullahalazim.. kenapa ni?”

Fakhrul Izwan masih lagi mengaduh kesakitan.

Farah Hanim mendapatkan Fakhrul Izwan yang sudah terduduk di hujung anak tangga.

“Sape letak air kat sini? Kan dah jatuh..”, rengus Fakhrul Izwan.

Farah Hanim tertunduk rasa bersalah , “Saya mintak maaf. Tadi saya mop lantai..tak perasan pulak air kat sini tadi..”

Fakhrul Izwan mengeluh berat.

“Meh saya tolong awak.”, pelawa Farah Hanim memberi bantuan. Perlahan-lahan tubuh tegap itu dipapahnya menuju ke sofa. “Kejap eh saya pergi ambil ubat.”, kata Farah Hanim ingin berlalu.

Pantas tangan Farah Hanim dipaut oleh Fakhrul Izwan , “Tak payah, sikit je ni. Lain kali hati-hati.”

“Sorry....”, pinta Farah Hanim lagi.

“Takde pape lah, kejap lagi baik la tu. Ambilkan saya air, dahaga ni.”

“Ok ok!”, segera Farah Hanim menuju ke dapur. Tidak lama kemudian dia muncul dengan membawa segelas jus oren untuk Fakhrul Izwan.

“Terima kasih.”, jus oren itu diteguk perlahan-lahan.

“Nak makan tak?”, soal Farah Hanim.

“Mmm.”

“Sorry tau.”, ucap Farah Hanim sekali lagi.

Fakhrul Izwan tersengih , “Awak nak cakap ‘sorry’ sampai telinga saya ni bernanah ke?”

Farah Hanim tidak menjawab.

“Kejap lagi baik la. Saya kan hero, mana boleh sakit lama-lama.”, tambah Fakhrul Izwan lagi.

“Okay lah kalau macam tu. Saya pergi dapur bawakkan sarapan.”

Fakhrul Izwan mengerutkan dahi , “Kenapa nak bawak sarapan pula, makan kat dapur je la.”

“Kaki awak kan sakit lagi..”

“Tu yang awak kena tolong saya.”

Farah Hanim mengangkat kening tidak faham.

“Papah saya pergi dapur.”, pinta Fakhrul Izwan.

Farah Hanim tanpa banyak bicara segera membantu Fakhrul Izwan bangun dari sofa dan perlahan-lahan mereka berdua jalan beriringan menuju ke dapur.

‘Ihh, berat gak pacek sorang ni.’, bisik hati Farah Hanim.

Selepas Fakhrul Izwan mengambil tempat duduknya Farah Hanim menuju ke dapur mengambil air yang sudah dibancuhnya tadi. Pagi itu mereka sama-sama bersarapan dengan roti sandwich dan teh o panas.

Seharian Fakhrul Izwan terperuk di dalam biliknya kerana Farah Hanim menyuruhnya agar tidak banyak bergerak. Diajaknya pergi ke klinik tapi Fakhrul Izwan berkeras tidak mahu keluar dari rumah. Dimintanya pula Farah Hanim mengurut kakinya yang masih sakit itu.

Malamnya Farah Hanim menjenguk Fakhrul Izwan sekali lagi untuk melihat lelaki itu sekali lagi. ‘Eh, takkan dah tidur kot?’, soal Farah Hanim dalam hati apabila pintu bilik Fakhrul Izwan diketuk tidak menerima jawapan.

Kakinya melangkah masuk ke ruang kamar Fakhrul Izwan. Dilihatnya Fakhrul Izwan sedang tidur nyenyak di atas katil. Secawan kopi panas diletakkan di atas meja. Kemudiannya dia menuju ke katil tempat pembaringan Fakhrul Izwan.

Ditatapnya wajah lelaki itu lama. Tersenyum sendirian kerana saat ini Fakhrul Izwan kelihatan comel kerana tidur masih berpelukan dengan bantal panjang. ‘Macam budak-budak...’, bisik hati kecilnya. Kemudian matanya beralih ke arah kaki kanan Fakhrul Izwan yang berbalut itu.

Farah Hanim menuju ke hujung katil lalu menarik sedikit selimut yang terselak dan menutup kedua-dua belah kaki Fakhrul Izwan yang terdedah. Cadangnya dia ingin menemani Fakhrul Izwan sehingga jam 12 malam kerana bimbang jikalau Fakhrul Izwan memerlukan bantuannya untuk pergi ke tandas.

Masa berbaki 1 jam 15 minit lagi , Farah Hanim menuju ke meja Fakhrul Izwan untuk melihat-lihat. Suis lampu meja dinyalakannya. Semasa sedang mengemas meja Fakhrul Izwan , Farah Hanim terpandangkan bingkai gambar yang terletak disudut meja.

Farah Hanim tersenyum , ‘Curi-curi ambil gambar aku nih! Pandai pulak pacek sorang ni ambil gambar.’ Kini tangannya beralih pula pada bungkusan kotak yang dibalut cantik. Ingin saja dia membuka balutan bungkusan tersebut , tapi itu bukan barang miliknya jadi dia membuat keputusan membiarkan saja bungkusan tersebut yang disusun bersama buku-buku kerja Fakhrul Izwan. ‘Mesti awek yang kasi hadiah kat dia ni!’, tebaknya sedikit cemburu.

*tett tett tett tett*

Bunyi jam dari telefon bimbit Fakhrul Izwan mengejutkan Farah Hanim. Segera Farah Hanim bangun menuju ke meja bersebelahan katil untuk dimatikan jam tersebut. ‘Jam ni pun satu, kalau aku ada sakit jantung tadi, tak ke besok aku dah kat hospital?’, marahnya pula pada jam tersebut.

‘Yang dia ni pergi kunci jam 11 malam  kenapa pulak?’, getusnya kemudian melihat ke arah skrin telefon bimbit Fakhrul Izwan. ‘Ehhh?’, hati Farah Hanim tertanya-tanya siapakah perempuan berambut panjang yang Fakhrul Izwan jadikan sebagai ‘home wallpaper’ itu?

‘Dia ni kan.. dah kahwin pun boleh lagi letak gambar perempuan lain kat fon dia?’, tebak Farah Hanim lagi. ‘Cuba la letak gambar aku yang dia curi-curi tu jadi wallpaper, kan sejuk gak hati aku ni. Hishhh!!’, geram Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menggerakkan tubuhnya sedikit , serta merta tubuh Farah Hanim kaku macam patung.

Fakhrul Izwan mengerutkan dahi , kelihatannya dia seperti mengalami mimpi buruk. Dahinya tiba-tiba saja berpeluh dengan banyak.

‘Kenapa ni?’, soal Farah Hanim sendiri.

Fakhrul Izwan menggelengkan kepala sekejap ke kiri , sekejap ke kanan.

Farah Hanim duduk di atas katil bersebelahan dengan tempat pembaringan Fakhrul Izwan. Risau melihat keadaan Fakhrul Izwan , dia cuba mengejutkan lelaki itu dari tidur. “Awak...awak.. kenapa ni?”

Fakhrul Izwan tidak membuka mata.

“Awak...awak..”, panggil Farah Hanim sambil mencuit bahu Fakhrul Izwan banyak kali.

Fakhrul Izwan terjaga dari mimpi buruknya lalu bangun dari tempat pembaringan.

Mata Farah Hanim membulat, dirinya kaku. Tergamam dengan tindakan Fakhrul Izwan yang tiba-tiba memeluknya.

Fakhrul Izwan semakin mengeratkan pelukannya. Dia resah. Dia menjadi takut jika mimpi yang dialaminya sebentar tadi akan bertukar menjadi realiti. Apabila memeluk tubuh Farah Hanim , hatinya berasa amat lega kerana Farah Hanim masih berada di sampingnya. Perempuan itu tidak ke mana-mana , perempuan yang disayanginya itu tidak lari meninggalkannya dengan lelaki lain.

Farah Hanim menarik nafas sedalamnya , cuba dikumpulkan kekuatannya lalu cuba menolak Fakhrul Izwan. Pelukan dilonggarkan. “Kenapa dengan awak ni?”

Fakhrul Izwan kembali memeluk Farah Hanim , “Boleh tak awak janji dengan saya, awak.. awak takkan tinggalkan saya?”, dapat dirasakan tubuh Fakhrul Izwan yang menggeletar.

Farah Hanim menjadi hairan , “Apa awak merepek ni?”

Fakhrul Izwan masih mendiamkan diri.

“Helo..kenapa ni?”, lembut Farah Hanim menyoal sambil melonggarkan pelukan Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan tertunduk.

“Mengigau eh sampai peluk-peluk orang?”, gurau Farah Hanim. Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan lama. Ditatapnya wajah itu dengan perasaan kasih sayang. Kasih sayang? Apakah ini? ‘Sejak bila aku dah jatuh sayang kat pacek ni?’, bisik hati kecilnya.

“Sorry.”, ucap Fakhrul Izwan perlahan.

Farah Hanim tersenyum , “Eeeii, buat orang cuak je.”

Fakhrul Izwan mengangkat muka memandang wajah Farah Hanim.

Farah Hanim terkesima dengan pandangan mata Fakhrul Izwan. Terus saja Farah Hanim memandang ke tempat lain , “Kaki dah okay?”

“Thanks.”, ucap Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengerut dahi.

“Thanks sebab awak biarkan saya peluk awak.”

Farah Hanim tersenyum , “Err... tu tindakan refleks yang saya pun tak tahu nak buat macam mana.”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Kaki saya dah okay. Lepas awak urut petang tadi dah rasa okay sikit.”

“Dah tu kenapa tidur awal sangat?”

“Letih la..”

“Letih? Awak buat ape je selain duduk makan tidur?”

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Awak tak kesian tengok saya eh? Dengan kaki sakit lagi.”

Farah Hanim mencebik , “Yelah yelah. Saya rasa baik awak pergi mandi sekarang. Mana tak mimpi buruk, mesti tidur tak basuh kaki.”

“Eh mana tahu ni?”

“Dah, pergi sana. Saya nak tidur.”

“Jangan lupa mimpikan saya eh.”, usik Fakhrul Izwan.

“Tengoklah macam mana!”, balas Farah Hanim kemudiannya keluar dari bilik tersebut selepas menutup pintu.

Keesokan paginya.
Selepas subuh Farah Hanim mengetuk pintu bilik Fakhrul Izwan untuk mengajaknya keluar bersenam.

“Tumit saya sakit lagi ni. Tadi kaki terlanggar katil.”, cerita Fakhrul Izwan.

“Bukannya saya suruh awak berlari pun , berjalan la sikit. Asyik terperuk je , bilanya kaki tu nak baik?”, balas Farah Hanim. “Jangan lupa, pukul 7 dah ada kat bawah. Saya tunggu.”

Titik Farah Hanim kemudiannya menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dicapainya novel inggeris dari bawah meja kemudian sambung pembacaannya yang sudah seminggu diketepikan.

Jam 7:03 pagi.

“Awak..”, panggil Fakhrul Izwan.

Farah Hanim menutup buku sebaik sahaja dia menyedari kehadiran Fakhrul Izwan. “Saya pergi ambilkan air.”

Selepas kedua-dua mereka membasahkan tekak dengan air masak , mereka bertolak menuju ke taman rekreasi dengan menaiki kereta Myvi milik Farah Hanim. Memandangkan kereta itu miliknya , jadi Farah Hanim yang menjadi pemandu kereta tersebut dan melihatkan kaki Fakhrul Izwan yang masih lagi sakit dia tidak membenarkan lelaki tersebut memandu kereta.

“Rasa lain...”, luah Fakhrul Izwan perlahan.

“Lain apa nya?”


Fakhrul Izwan tersengih , “Rasa macam awak ni suami, saya ni isteri.”

bersambung...

p/s : Nak masuk kampus dahh. Busy busy busy!


2 comments:

Anizz Annisa said...

amboi iwan kemain lagi manje2 dengan wife ye..hihi.. sweett.. btw take care nia.. :)

Nur Hanan Aqilah :) said...

vivsit here !!!! ;)