Thursday 24 October 2013

I Love You , not her : Part 1


I Love You , not her : Part 1

14 tahun sebelumnya....

Iman!! Cepat!!”, jerit salah seorang guru penasihat ke arah Iman.

Iman dan seorang lagi rakan sepasukan berlari mendapatkan pelajar lelaki yang jatuh ketika berlari dalam acara larian sukan sekolah. Dia cuba memapah budak lelaki yang tercedera itu menuju ke bawah khemah.

Tahan tau.”, kata Iman terhadap budak lelaki tersebut sambil mencuci serta menyapu ubat pada luka di lutut budak lelaki di hadapannya.

Seketika budak lelaki tersebut megaduh kesakitan.

Haishh , budak laki kena tahan sakit!”, kata Iman kepada budak tersebut.

Iman melekatkan plaster dengan lembut , “Dah siap! Rehat tau”.

Budak lelaki tersebut langsung tidak berkata apa-apa. Kemudian Iman datang dekat kepadanya sambil menghulurkan air sejuk kepada budak lelaki tersebut. “Haus tak?”, soal Iman.

*********************************************************************************************

Iman Hawa merupakan seorang pelajar perempuan yang baik, peramah dan mudah bergaul. Kelebihannya, dia mudah bergaul dan bersahabat baik dengan semua orang.

Kau kenapa ni Nana? Muka tak boleh masam lagi ke?”, soal Lily.

Iman dan Mynn ketawa kecil melihat keadaan Nana sebaik sahaja mereka bertiga mendekati Nana di meja kantin sekolah.

Ishh. Takde papelah!!”, bentak Nana sedikit kuat.

Meroyan ke ape ni weyh? Relax arr..”, kata Lily cuba menenangkan Nana.

Ni mesti si Mail buat hal lagi ni, pe masalah mamat tu?”, soal Iman kepada Nana.

“Mana ade! Aku sakit perutlah!!”, balas Nana.

Tidak lama kemudian mereka didatangi oleh seorang pelajar lelaki. Pelajar lelaki tersebut meletakkan sekotak air susu perisa strawberi di atas meja mereka berempat kemudian terus melarikan diri dari meja Nana, Lily, Iman dan Mynn.

Apehal tu?”, soal Iman sebaik sahaja melihat pelajar lelaki tersebut melarikan diri.

“Rasanya dia bukan sebaya kita”, kata Mynn.

Ishh, muka baby face kot. Budak bawah kita ni.,” tambah Nana pula selepas mendiamkan diri.

Mereka berempat kehairanan.

Jap, susu ni sape nak minum?”, soal Iman.

Nana, kau minum ajelah. Mesti budak comel tu admire kat kau.”,tambah Lily.

Aku pulak yang kena!”

Yelah, kau kan antara senior yang cun kat sekolah ni. Nah!”, Iman menghulurkan air susu tersebut kepada Nana.

Selepas loceng tamat rehat berbunyi, mereka berempat menuju ke kelas masing-masing. Nana cepat-cepat menghabiskan air susu tersebut sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

**************************************************************************************************

Keesokannya semasa waktu rehat.

“Mynnnnnn......”, panggil Lily dengan nada sedikit manja.

Panjang bunyi nya.. Mesti nak mintak something ni”, kata Lily.

Kau tak tahu pulak Lily niyh macam mana kan. Budak baru kelas kau tu lah. Ape lagi yang dia nak..”, Iman bersuara.

Lily tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Kau tak payah nak buat muka comel kat sini Lily!”, tambah Iman lagi.

Elehhh. Kau tak interested diam la. Aku ni interested. Sape nama dia Mynn?”, soal Lily kepada Mynn.

Hek ala. Nama dia Afif. From KL.”.

Fuhlamak. Pakwe key-el laaaa...”

Sedang sibuk Lily membuat sesi soal jawab kepada Mynn mengenai pelajar baru dikelasnya.

Eh, mamat tu kan. Budak baru yang Lily gilakan.”, tunjuk Nana kepada rakan-rakannya.

Mynn lantas mengangguk.

Ohmaiiii. Melting~~~. Kening dia antara faktor. Tebal!”, puji Lily.

Lily!! Dah la tu!!”, sampuk Nana.

Kau jangan nak caras aku Nana, tau lah kau cun!”

Eh, takde maknanya!”

Tengok pun tahu, playboy!”, tuduh Iman.

“Imannnn!!!”, kata Nana, Lily dan Mynn serentak.

“Kfine!”, Iman tidak mahu berkata apa-apa lagi.

Kecuali Iman, tiga rakannya yang lain tidak berkelip mata melihat ke arah pelajar baru disekolah tersebut sejak dari pelajar itu membeli air, makanan dan menghabiskan makanannya. Iman menjengil matanya melihat kelakuan tiga sahabatnya itu.

“Semua yang Afif buat nampak cool giler!!”.

Cara dia makan sangat comel hokay u olls!”

Yeahh~ Not bad! Aumm~”.

Bertambah bulat mata Iman dan dia hampir tercekik mendengar ayat-ayat yang dikeluarkan oleh tiga sahabatnya itu.

Pelajar lelaki yang menjadi tanda tanya waktu rehat semalam muncul sekali lagi, kali ini dia menghulurkan sebotol air masak dan gula-gula candy di atas meja mereka berempat. Seperti semalam juga, budak lelaki tersebut melarikan diri sebelum mereka berempat sempat menyoal pelajar lelaki tersebut.

Woooo.”

Pantas!

Budak tu takde nak guna-guna kita kan?”, soal Iman.

Iman, Lily dan Mynn sama-sama memandang ke arah Nana dari atas sampai bawah.

Pehal?”, soal Nana sedikit tegas.

Sejak semalam kau ada rasa diri kau...emm...perubahan yang bukan-bukan tak?”, soal Mynn.

Biasa je.”

“Ade sakit perut? Muntah-muntah? Loya?”, soal Lily pula.

Korang ni kenapa? Tanya macam aku ni mengandung pulak!!”

Kepala Nana disekeh Iman sedikit lembut.

“Eh kau ni. Pikir lain pulak. Orang ambil berat ni.”, kata Iman.

Semalam kan kau yang minum susu yang budak tu bagi, manelah tahu kalau kau sakit perut.,” tambah Lily pula.

Nana menggeleng, “Takde pape pun. Biasa je.”

“Budak comel tu niat dia baik kot. Takkan la kecik-kecik dah pandai nak guna-guna orang kan?,” Mynn berfikir positif.

Mereka yang lainnya kemudian menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Budak tu kan comel, takde nak buat jahat nya.”, kata Lily cuba menyedapkan hati.

“Susah la jadi orang cantik ni.”, Nana bersuara sambil mengerbangkan rambut panjangnya.

Tiga lagi rakannya yang lain cuba menoleh ke arah lain selepas melihat Nana cuba angkat bakul sendiri. Tidak dinafikan, antara mereka berempat Nana adalah yang paling cantik. Mempunyai warna kulit putih kemerahan dan sepasang mata bundar, tidak mungkin pelajar lelaki akan cuba menolaknya. Tetapi dia tidak pernah menggunakan kelebihan yang ada untuk membangga diri atau menggunakannya ke jalan yang tidak baik.

Bagi Mynn dan Lily pula, mereka mempunyai rupa paras yang sedap mata memandang. Hanya memiliki rupa paras biasa-biasa sahaja.

Manakala, bagi Iman, dia mempunyai warna kulit sawo matang dan mempunyai bentuk badan sedikit berisi. Namun, senyuman yang dimiliki sangat manis ditambah pula dengan lesung pipit di pipi kanan membuatkan senyuman Iman kelihatan sangat cantik. Juga, Iman merupakan senior yang sangat dikenali dan dihormati disekolahnya kerana dia selalu menjadi contoh yang baik kepada junior disekolah terutamanya dalam bidang akademik.

*****************************************************************************************

Sambil menunggu Mynn keluar dari kelasnya di hadapan pintu pagar sekolah, Lily, Iman dan Nana terlihat pelajar lelaki yang memberi mereka sekotak air susu pada waktu rehat tadi. Iman menarik salah seorang pelajar junior lelaki yang dikenalinya lantas bertanya perihal budak lelaki tersebut.

Oh, Fakhrul Hazim. Satu kelas. Kenapa kak?”

Oh, kawan kau lah ni. Saje.. comel gak eyh budak tu..”, kata Lily.

Eh, sorry sikit. Dia comel, saya ni golongan hensem!”, kata Adam penuh bangga.

Tidak semena-mena kepala Adam disekeh oleh Iman.

“Yelah hensem, kau jangan nak poyo sangat eyh.”, kata Iman.

Adam menggosok-gosok kepala yang tidak sakit.

Dah. Pergi balek. Jalan elok-elok.”, tambah Iman lagi.

Mereka bertiga tersengih sesama sendiri. Tidak lama kemudian Mynn muncul mendekati mereka bertiga dan mereka menuju pulang ke rumah bersama-sama.

“Bye korang. Besok jumpa. Petang ni malas keluar.”,kata Iman yang kini semakin jauh.

“Bye.”, kata Nana, Lily dan Mynn serentak.

******************************************************************************************************

Iman berjalan perlahan-lahan menuju kerumahnya. Sambil berjalan menunduk ke bawah mengelak cahaya matahari yang terik, tiba-tiba dia merasakan seseorang cuba mengekorinya dari belakang....bersambung


Pesanan penulis :

Saya harap readers semua sentiasa memberi sokongan moral terhadap karya pendek saya ini.

Kalau suka dengan nukilan saya , harap dapat klik-klik tabung saya.
Tabung : Satu , Dua dan Tiga.

Terima kasih.




4 comments:

Cik Nor said...

bw..sini..jom follow suka sama suka..:)

Aku pengembara said...

Ehem.. ehem.. :)

Atien said...

Done follow..gud luck..cari cbox awak x jumpe..

Mira_Othman said...

Hi! Done follow! Follow me back?
-^^-

Nice story! =D <3