Tuesday 22 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 3


Aku Cinta Padamu : Part 3

“Anim.. Anim nak cari budak tu.”, gagap Farah Hanim.

Mak Kiah mengerutkan dahinya lagi , “Kenapa nak cari budak tu?”

“Anim nak pastikan keadaan dia la Mak Kiah. Hati Anim tak tenang selagi tak tahu keadaan budak perempuan tu macam mana, baik atau tak. Hidup lagi atau tak.”, resah Farah Hanim.

“Baiklah nak. Buatlah apa yang terbaik. Mak Kiah akan sokong kamu." , sokong Mak Kiah.

********************************************************************

Farisha Aulia mengetuk pintu bilik abangnya Fakhrul Izwan. Setelah mendapat kebenaran masuk, Farisha Aulia bersama patung beruang putih kesayangan memasuki ruang kamar Fakhrul Izwan.

“Abang Iwan busy ke?”, soal Farisha Aulia.

“Sikit. Kenapa?”, soal Fakhrul Izwan yang sedang duduk di atas meja belajar menyiapkan assignment.

Farisha Aulia menapak perlahan-lahan menuju ke katil Fakhrul Izwan lalu duduk di atasnya. “Tuan puteri nak tuntut hadiah.”

Fakhrul Izwan memberhentikan kerjanya lalu mengangkat kerusinya duduk mengadap Farisha Aulia yang sedang memeluk beruang putih kesayangan. “Isha nak apa?”

“Nak kakak.”, balas Farisha Aulia senyum lebar.

Fakhrul Izwan mengerutkan dahi , “Kakak? Kakak mana?”

“Kakak cantik yang pernah masuk dalam mimpi Isha.”

Fakhrul Izwan hampir saja menghamburkan tawanya, “Kalau macam tu, malam ni Isha kena mimpi dengan kakak tu lagi la. Boleh abang jumpa dia bawak dia untuk Isha.”

“Janji?”, soal Farisha Aulia semangat.

Fakhrul Izwan tersenyum, “Malam ni tau!”

Keesokannya sebaik sahaja Farisha Aulia bangun dari tidur, dia terus menuju ke kamar Fakhrul Izwan.

“Abang Iwan!! Abang Iwan!!”, Farisha Aulia mengetuk pintu bilik Fakhrul Izwan.

Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan membuka pintu bilik tidurnya, “Ada apa Isha?”

“Malam tadi kakak cantik tu tak datang....”, luah Farisha Aulia kecewa.

“Patutlah abang tak nampak dia pun malam tadi.”, kata Fakhrul Izwan melayan saja kerenah Farisha Aulia.

“Isha nak kakak tu jugak!! Abang Iwan kena bawak Isha jalan-jalan dengan dia jugak!!”, Farisha Aulia menghentak kakinya.

Fakhrul Izwan mengusap kepala adik kesayangannya , “Besok kita pergi jalan-jalan eh.”

“Dengan kakak cantik tu?”, soal Farisha Aulia gembira mendengar janji Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan mengangguk , “Ye, dengan kakak cantik.”

********************************************************************

Puan Alia mengetuk pintu bilik Farah Hanim.

“Masuk.”

Puan Alia masuk ke ruang kamar Farah Hanim , “Mak Kiah cakap Anim nak pergi cari budak tu.”

“Ye ma.”

“Anim dah cukup sihat ke nak pergi cari budak tu?”

“Alhamdulillah ma.”

“Anim.”, panggil Puan Alia dengan nada sedikit berubah.

Farah Hanim mendekati mama nya yang duduk di atas katil , “Please ma. Anim nak tahu keadaan budak perempuan tu.”

“Tapi Anim tak pulih lagi.”

“Anim dah baik la ma. Anim tahu jaga diri Anim. Dah besar kan ma..”, pujuk Farah Hanim.

********************************************************************

Fakhrul Izwan sedang menunggu Farisha Aulia bersiap-siap di ruang tamu.

“Isha... abang dah tunggu lama ni.”, panggil Fakhrul Izwan dari bawah.

“Nak turun la ni.....”, Farisha Aulia keluar dari bilik tidurnya dan perlahan-lahan menuruni anak tangga.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Cantik macam nak jumpa boyfriend je...”.

“Isha tak sabar-sabar nak jumpa kakak cantik tu.”, luah Farisha Aulia yang sarat dengan kegembiraan di wajahnya.

“Dah jom.”, kata Fakhrul Izwan selepas meminta diri dari kedua orang tuanya membawa Farisha Aulia keluar berjalan.

Di sebuah kedai makanan segera kesukaan Farisha Aulia, Mc Donald.

“Laparnya... mana kakak cantik tu bang?”, soal Farisha Aulia sambil memegang perutnya yang kelaparan.

“Kejap je lagi. Tunggu eh.”, Fakhrul Izwan menyuruh adiknya bersabar.

Fakhrul Izwan melihat keadaan sekeliling , “Ha tu dia.. Intan!!”, Fakhrul Izwan melambai-lambaikan tangan.

“Hey sayang....”, datangnya seorang perempuan berambut panjang lurus dengan lipstik merah tebal di bibir menghampiri Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia.

“Have a sit, Intan.”, pelawa Fakhrul Izwan.

“Thank you sayang.”, gedik Intan mengalunkan suaranya.

“My princess, Farisha Aulia.”, Fakhrul Izwan memperkenalkan puterinya kepada Intan.

Intan pura-pura senyum kepada Farisha Aulia, “Hai sayang.”

Farisha Aulia mengetap bibir. Dia tidak suka. Intan bukan lah kakak cantik yang ingin ditemuinya.

“Isha.. cantik kan?”, soal Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia diam tidak memberikan respon.

“You.. malu lah I kat adik you..”, terlenggok-lenggok Intan mendengar pujian dari si kacak Fakhrul Izwan.

“Cute ribbon darling...”, puji Intan terhadap ribbon comel berwarna putih yang dipakai oleh Farisha Aulia di atas kepalanya.

Farisha Aulia mencebik , perlahan-lahan dia membuka ribbon putih yang dipakainya kerana dia memakai aksesori comel itu bukan untuk dilihat Intan. Tetapi kakak cantik yang pernah hadir dalam mimpinya.

“Isha nak pergi basuh tangan.”, kata Farisha Aulia beredar sebentar meninggalkan Fakhrul Izwan dan Intan di meja makan.

Dihadapan sinki Farisha Aulia mula menitiskan air matanya perlahan-lahan.

“Nah, ambil tisu ni.”, seseorang datang menghulurkan tisu kepada Farisha Aulia.

Farisha Aulia tidak memberi respon.

Seorang perempuan muda dihadapannya itu mendekatkan diri lalu mengesat air mata Farisha Aulia perlahan-lahan dengan tisu. “Budak kecik tak comel la kalau menangis. Nak gula-gula tak?”

Farisha Aulia menggelengkan kepala.

“Oh ya. Don’t believe in strangers. Jangan terima kalau dia nak bagi kita gula-gula.”, kakak cantik itu tersenyum sambil meninggalkan Farisha Aulia yang terpinga-pinga berdiri di hadapan sinki.

“Isha!”, Fakhrul Izwan memanggil adiknya yang sedang terpaku berdiri tidak bergerak.

“Lamanya pergi basuh tangan. Abang risau tau tak.”

“Abang Iwan...Isha nak balik.”, rayu Farisha Aulia.

********************************************************************

Farah Hanim memulakan misi pencariannya dengan meminta pertolongan Farid dan Hafiz untuk mencari budak perempuan yang pernah diselamatkan olehnya dulu. Kata penduduk yang pernah menjadi saksi kejadian tersebut, mereka bukanlah warga penduduk kawasan perumahan bedekatan. Farah Hanim kecewa mendengarnya. Dua bulan sudah berlalu, namun tiada khabar berita dan Farah Hanim berpendapat, budak perempuan tersebut tidak akan pernah datang ke tempat itu lagi.

Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM , Farah Hanim, Farid dan Hafiz ditawarkan untuk menyambung pengajian di luar negara. Masing-masing dapat 3 buah negara yang berbeza.

Farah Hanim akan terbang ke Melbourne, Farid akan terbang ke Perth manakala Hafiz akan meneruskan pengajiannya di Jepun.

********************************************************************

Datin Ruby menyedari dengan tingkah laku Farisha Aulia yang kini semakin mendiamkan diri. Pulang sahaja dari sekolah dia terus menuju ke bilik tidurnya. Bila dipanggil untuk turun makan, dia akan makan tapi tidak banyak bercakap dengan ahli keluarga yang lain.

“Kenapa ni sayang? Ada masalah ke?”, Datin Ruby menegur Farisha Aulia yang kelihatannya tidak lalu untuk menjamah nasi.

“Dia marah lagi tu.”, tiba-tiba Fakhrul Izwan bersuara.

“Marah? Kenapa ni? Tak baik marah abang lama-lama tau.”, tegur Datin Ruby lagi.

“Dah kenyang. Ibu, Ayah, Mak Ipah.. terima kasih.”, Farisha Aulia turun dari meja makan lalu menuju ke biliknya di tingkat atas.

“Iwan.. explain..”, Dato’ Rahim meminta penjelasan.

********************************************************************

*knock knock*

“Isha..”, kedengaran suara Fakhrul Izwan di ruang kamar Farisha Aulia.

Suasana bilik yang hanya diterangi lampu tidur si puteri saja yang menerangi bilik.

“Isha , please. Abang nak cakap ni. Abang tak banyak masa nak lepak dengan Isha lagi dah lepas ni.”, pinta Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia membekukan diri di atas katil.

“Please....”, rayu Fakhrul Izwan.

Perlahan-lahan Farisha Aulia menebarkan selimutnya ke tepi bangun dari katil lalu menuju ke meja belajarnya.

“Okay. First of all, I am really really sorry okay.”, Fakhrul Izwan menghulurkan kata maaf.

“Okay.”, balas Farisha Aulia pendek.

“Abang akan usaha untuk cari kakak cantik tu. Tapi sekarang ni abang busy dengan final year. Isha tolong faham abang okay?”.

“Okay.”

“Satu syarat Isha jugak kena tolong abang. Abang tak tahu muka kakak cantik tu macam mana. So, nanti lepas abang tamat dengan final year abang, Isha kena cerita semuanya dekat abang. Okay?”

“Deal!”, Farisha Aulia kemudiannya menuju ke katil untuk menyambung tidur.


Fakhrul Izwan hairan , “Aik? Marah lagi?”, luahnya sambil menggelengkan kepala.

bersambung..

p/s : Saya budak baru belajar. Keep supporting okay.


2 comments:

Anizz Annisa said...

cepatla isya jumpe ngan kakak cantik tu.. semakin nak klimaks crite nie.. tggu penuh debaran..hehehe

Yowanda Erlangga said...

Ceritanya bagus :)

Kunjungan dari Cara pasang iklan di tengah postingan : http://typepedia.blogspot.com/2014/04/cara-memasang-iklan-di-tengah-postingan.html