Part 2 :
“Sampai bila aku nak hidup macam
pelarian dalam rumah sendiri? Hmmmm. Nasib kau lah Anis berlakikan dengan orang
yang tak nak dengan kau ni.”, Anis Sofiya berkata sendiri.
Tidak lama kemudian , bunyi enjin kereta yang baru
dihidupkan kedengaran dan beberapa minit kemudian bunyi tersebut hilang.
‘Keluar ke?’ , bisik Anis. Pintu bilik dikuaknya sedikit untuk melihat sama ada
bayang-bayang Ungku Amzar kelihatan di sekitar rumah.
“Hmmm , kucing keluar rumah , cik tikus mestilah nak
bergembira!!!” , senyum kecil Anis Sofiya.
“Assalamualaikum.”, kedengaran suara perempuan memberi
salam dari luar rumah.
“Waalaikumussalam.. kejap ye.”, berlari-lari anak Anis
Sofiya menuju ke bilik nya mencapai tudung.
Muka pintu rumah di buka
, “Nenek...”, kata Anis Sofiya sebaik sahaja wajah Puan Rahimah terpacul
dihadapan muka pintu.
Puan Rahimah melemparkan senyuman , “Maaf menganggu kamu
, nenek saja datang nak menyinggah. Amzar ada?”
Anis Sofiya menggeleng , “Amzar keluar , nek.”
“Pergi mana? Kan dia masih cuti lagi ni..”
“Tak tahu lah , nek.”, Anis Sofiya tersengih.
Puan Rahimah melangkah masuk ke dalam rumah baru yang
dihadiahkan olehnya kepada Ungku Amzar dan Anis Sofiya sempena hadiah
perkahwinan mereka. “Anis suka dengan rumah ni?”
Anis Sofiya tersenyum , “Suka. Terima kasih ye , nek.”
Puan Rahimah mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu
manakala Anis Sofiya berlalu ke dapur untuk membuat secawan air buat Puan
Rahimah.
**********************************
“Nenek nak cakap sikit dengan Anis , nenek harap Anis tak
ambil hati dengan sikap Amzar. Nenek mintak maaf kalau Amzar ada melukakan hati
Anis.”, luah Puan Rahimah.
Anis Sofiya menggeleng , “Eh , tak ade lah nek. Amzar
dengan Anis baik-baik aje.”
Puan Rahimah tersenyum kecil melihat tingkah laku Anis
Sofiya yang lemah lembut. Walaupun dia tahu keadaan sebenar yang terjadi , dia
berasa kasihan kepada gadis tersebut. “Anis tak payah berahsia dengan nenek.
Nenek tahu semuanya , Amzar tu cucu nenek. Nenek lah tempat dia meluahkan
perasaan sejak dia kecil lagi.”
“Anis mintak maaf , nek.”
Puan Rahimah menggelengkan kepala , “Anis tak perlu
mintak maaf. Nenek yang harus mintak maaf dengan Anis. Nenek harap , Anis dapat
beri Amzar masa untuk sesuaikan diri. Anis juga perlukan masa untuk sesuaikan
diri dengan Amzar kan?”
Anis Sofiya mengangguk kecil.
“Inshaa Allah , lama kelamaan nanti. Amzar mesti akan
jatuh hati dengan Anis. Nenek akan tolong Anis , ye cu.”, janji Puan Rahimah
kepada Anis Sofiya.
Anis Sofiya tergelak kecil , “Nek.. Anis bercinta pun tak
pernah.”
Puan Rahimah turut tergelak sama
, “Takpe Anis , sekurang-kurangnya kita mencuba kan?”
***********************************
Plan A dari nenek berjalan pada lusa pada harinya. Anis
Sofiya mencari kekuatan untuk berdepan dengan Ungku Amzar. Dia tidak boleh
menangis , melenting ataupun berkecil hati dengan apa-apa sahaja tindakan Ungku
Amzar kepadanya.
“Nenek doakan semoga Anis berjaya ye.” , akhir kata dari
Puan Rahimah di hujung talian. Anis Sofiya menarik nafas panjang. Baju tidak
berlengan serta seluar pendek yang boleh dikategorikan sebagai ‘short pants’
bunga-bunga sudah pun tersarung. Agak kekok bagi dirinya kerana dia tidak
pernah berpakaian sedemikian apatah lagi ini adalah kali pertama dia akan
berhadapan dengan lelaki , iaitu suaminya.
Selesai sahaja menyediakan makan malam , Anis Sofiya
tidak menyembunyikan diri di dalam bilik seperti biasa. Dia duduk di ruang tamu
untuk menonton rancangan di kaca televisyen. Dia ingin melihat , adakah Ungku
Amzar akan keluar dari biliknya untuk makan semasa dia meluangkan masa di ruang
tamu.
Tiba-tiba sahaja dia teringat bahawa sudah seminggu lebih
dia bergelar seorang isteri kepada Ungku Amzar. Sudah 4 hari dia cuba untuk menggoda
Ungku Amzar dengan pakaian ‘short pants’ dan sleeveless shirt hasil cadangan
neneknya. Nampaknya , rancangan itu sia-sia sebabnya dia dan Ungku Amzar
terlalu susah untuk bertembung di dalam rumah. Suaminya itu lebih banyak
menghabiskan masa di bilik tidurnya.
Dia berkecil hati memikirkan nasibnya sebagai seorang
isteri yang tidak diterima dalam hidup suaminya. Dia tahu , Ungku Amzar
mempunyai kisah silam yang perit dengan bekas kekasihnya jadi dia sukar untuk
menerima perempuan lain dalam hidupnya. Ungku Amzar bersetuju untuk
memperisterikan dirinya pun disebabkan oleh arahan ayahnya. Anis Sofiya pula
bagaimana? Dia pula bersetuju untuk berkahwin dengan Ungku Amzar atas
permintaan kedua orang tuanya. Dia juga tidak kisah dengan pilihan keluarganya
, kerana dia tahu pilihan keluarga itu lah yang terbaik buat masa depannya.
Inshaa Allah , jika benarlah Ungku Amzar jodohnya dunia akhirat dia akan
menjaga Ungku Amzar sebaik-baiknya.
Setengah jam sudah berlalu , tidak ada apa-apa tanda dari
Ungku Amzar menunjukkan dia akan turun untuk makan. Anis Sofiya menuju ke bilik
tidur kerana mula bosan menunggu. “Ishh , takkan dah tidur kot? Selalunya dia
akan turun makan. Dah pukul berapa dah ni?”, Anis Sofiya berkata sendiri sambil
memandang ke arah jam dinding. Anis Sofiya patahkan niat untuk ke bilik tidur ,
dia patah balik duduk di sofa dan bersungguh untuk menunggu Ungku Amzar keluar
dari biliknya untuk makan malam.
Bersambung...


No comments:
Post a Comment