Tuesday, 20 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 18


Aku Cinta Padamu : Part 17

Pada hujung minggunya , Fakhrul Izwan dan Farah Hanim dipelawa makan malam oleh En.Razali dan Puan Alia di rumah mereka.

Di meja makan.

Puan Alia tersenyum melihat Fakhrul Izwan dan Farah Hanim yang sedang makan.

“Awak senyum-senyum ni kenapa mama?”, soal En.Razali melihatkan isterinya senyum-senyum sendirian.

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim serentak memandang wajah wanita tersebut.

“Kenapa ma?”, soal Farah Hanim.

Puan Alia tersenyum , “Tak de pape. Cuma hati mak senang sangat tengok anak mama dah berkahwin. Ada jugak lelaki yang sudi jaga anak mama ni kan pa?”

En.Razali tergelak kecil , “Kita hanya mampu bersyukur je ma.”

Fakhrul Izwan tersenyum , “InsyaAllah , selagi Anim bergelar isteri saya, saya akan jaga dia sebaik mungkin.”

Muka Farah Hanim merah padam.

“Tengok tu pa , anak kita malu-malu pulak.”, usik Puan Alia.

“Mana ada mama ni.”, balas Farah Hanim manja.

“Ma, kat rumah Anim tak macam ni pun ma?”, soal Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan hairan.

“Maksudnya?”, soal Puan Alia.

“Depan papa dengan mama, dia selalu manja-manja. Kalau kat rumah tahunya senyap je tengok tv.”, usik Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mencubit paha kiri Fakhrul Izwan , “Apa awak ni.”

“Anim..”, tegur En.Razali.

“Lawak aje pa. Anim ni isteri yang baik. Sangat baik untuk saya pa. Tengok apa dia dah buat kat saya ni, kawan-kawan pejabat semua tegur badan saya dah naik. Padahal baru dua minggu kahwin.”, usik Fakhrul Izwan lagi.

En.Razali dan Puan Alia menghamburkan tawa.

“Anim, Anim belum ada apa-apa panggilan untuk Iwan ke?”, soal Puan Alia.

“Panggilan apa ma?”, soal Farah Hanim tidak memahami.

Puan Alia mengeluh kecil , “Anim sayang. Lepas kahwin takkan nak ber-awak saya lagi? Mama nak dengar Anim panggil Iwan sayang ke.. abang ke.. darling ke..”.

Tergamam Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Kami belum membiasakan diri lagi ma.”

“Ala, dah dua minggu kahwin, takkan tak biasa lagi?”, tambah Puan Alia.

“Tak pe ma. Kami belum bincang lagi. Nanti balik kami terus bincang fasal ni okay.?”, kata Fakhrul Izwan tidak mahu membebankan Farah Hanim.

“Balik apa nya? Tidur je kat sini. Tadi mama dah kemaskan bilik Anim tu. Malam ni kamu berdua tidur je kat sini.”, kata En.Razali.

“Tapi pa...”, sampuk Farah Hanim.

“Anim , tidur sini aje lah. Papa dengan Mama sama-sama rindukan Anim. Tapi, nak jugak papa dengan mama berborak dengan suami kamu ni.”, pujuk Puan Alia.

“Tak de hal ma. Iwan okay je.”, kata Fakhrul Izwan.

“Bilik Anim kan kecik ma.”, kata Farah Hanim masih lagi tidak berpuas hati.

“Mama harap Iwan terima seadanya ya?”, soal Puan Alia.

“Takpe ma, lagi kecik bilik tu, lagi Iwan suka.”, Fakhrul Izwan membuat nakal lagi.

*****************************************************************************

Sesudah makan malam , En.Razali dan Fakhrul Izwan duduk di meja yang terletak di halaman rumah.

“Terima kasih sebab sudi jaga anak papa ye Iwan.”, ucap En.Razali berterima kasih.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Saya yang patut berterima kasih kerana papa dengan mama percayakan saya.”

En.Razali tersenyum , “Setakat ni Anim baik-baik je kan? Ada tak Anim lawan cakap kamu? Anim ni anak yang baik, tapi kadang-kadang tu dia suka lawan cakap jugak.”

“Untuk pengetahuan papa, saya bersyukur kerana dapat berkahwin dengan Anim.”

“Terima kasih nak.”

***************************************************************************

Bilik tidur Farah Hanim.

“Lamanya borak dengan papa.”, kata Farah Hanim sebaik saja melihat Fakhrul Izwan memasuki ke ruang kamarnya.

Fakhrul Izwan melihat keadaan keliling.

“Sorry lah bilik saya tak besar mana.”, kata Farah Hanim merendah diri.

“Awak lupa eh? Kan saya cakap, saya suka bilik yang kecik. Bosan duduk bilik besar sorang-sorang. Takde kawan.”

“Apa maksud awak?”

Fakhrul Izwan gelak kecil , “Cuba tengok sekarang , bila saya duduk bilik kecil , saya tak duduk sorang-sorang, siap ada kawan lagi.”

Farah Hanim mencebik.

“Sayang, Abang nak mandi ni. Nak tuala.”, kata Fakhrul Izwan memandang Farah Hanim yang duduk di meja soleknya.

“Tolong jangan bersayang berabang boleh tak?”

“Mama kan suruh practice.”

“Nak drag mama la ni?”

“Mestilah.”, balas Fakhrul Izwan selamba.

“Saje kan.?”

“Sayang nak abang panggilkan mama ke?”

Farah Hanim mengetap gigi , “Ihh. Jangan nak mengada!”

“Ma.....”, belum sempat Fakhrul Izwan menghabiskan panggilannya , Farah Hanim terus menekup mulut Fakhrul Izwan.

“Ishh, pergi mandi sana.”, kata Farah Hanim kemudiannya menghulurkan tuala putih kepada Fakhrul Izwan. “Bilik air kat luar, sebelah kiri. “, kata Farah Hanim kemudiannya membuka pintu bilik dan menolak badan Fakhrul Izwan ke luar pintu.

Selepas selesai mandi , Fakhrul Izwan masuk ke dalam bilik. Dilihatnya sepasang persalinan baju diletakkan di atas katil. Tanpa melengahkan masa Fakhrul Izwan memakai baju yang telah tersedia itu.

Farah Hanim memasuki ruang kamarnya , hampir saja dia tergelak besar melihatkan suaminya yang ber-tshirt putih dan berkain pelikat macam pak cik tua.

“Awak gelakkan saya?”, soal Fakhrul Izwan.

“Mana ada. Hensem la tu.”, kata Farah Hanim.

“Handsome?”

Farah Hanim melihat ke arah wajah Fakhrul Izwan yang tersengih sumbing , “Perasan la tu.”

“Mana ada, orang dah puji. Kita kena terima yang kita ni handsome.”, senyum Fakhrul Izwan.

Farah Hanim menuju ke katil , “Dah la, saya nak tidur.”

“Saya?”, soal Fakhrul Izwan.

“Tidur ajelah atas katil ni. Takkan awak nak tidur atas lantai kot?”, kata Farah Hanim.

Fakhrul Izwan bagaikan tidak percaya.

“Tapi, tidur je tau. T.I.D.U.R.”, putus Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menggaru kepala , “Ingatkan dah boleh manja-manja.”

Tiada respons yang diberikan Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersengih dalam hati.

***************************************************************************

Rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.
Ruang tamu.

“Awak, saya dahaga ni. Hantarkan orange juice boleh tak?”, kata Fakhrul Izwan yang sedang berdiri di hadapan biliknya.

Farah Hanim bangun dari tempat duduknya , “Yelah.”. Farah Hanim berjalan menuju ke dapur untuk mengambil segelas jus oren untuk Fakhrul Izwan. Kemudian, dia naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidur utama.

*knock knock*

“Masuk.”

Kaki Farah Hanim melangkah masuk ke dalam bilik , “Nah.”, diletakkan segelas jus oren itu di atas meja.

“Terima kasih.”

Farah Hanim mengangguk kemudian berjalan keluar menuju ke pintu , “Aduh.”

Fakhrul Izwan memandang ke arah Farah Hanim , “Kenapa ni?”

Farah Hanim cuba melihat ke arah tapak kaki kirinya , “Paku. Macam mana paku boleh ada kat sini?”

Fakhrul Izwan segera mendapatkan Farah Hanim , “Sorry sayang, tadi tengah pasang frame kat dinding. Tak perasan pulak dia jatuh kat sini.”, kata Fakhrul Izwan kemudiannya memapah Farah Hanim duduk di atas katil.

“Aduh.... macam mana ni. Sakit ni...”, kata Farah Hanim menahan kesakitan.

“Kejap saya cabutkan..”

“Eh eh. Awak gila ke?”

“Dah tu awak nak saya biarkan?”

Farah Hanim terdiam. “Kejap... bagi saya tenang dulu..”, Farah Hanim menjadi cuak tiba-tiba.

Fakhrul Izwan memandang wajah Farah Hanim , “Kalau saya gila , saya takkan tolong awak tau.”

“Orang kejam je macam tu, orang gila kalau tengok orang lain tengah sakit dia tolong tau.... Auuuch!!.”, jerit Farah Hanim terkejut apabila  Fakhrul Izwan tiba-tiba mencabut paku yang tercucuk di tapak kaki kirinya.

“Kan dah selesai..”

Farah Hanim menitiskan air matanya.

Tisu di atas meja dicapainya lalu tapak kaki Farah Hanim dibersihkan , “Sorry okay? Saya cuai.” Air mata Farah Hanim di sapu lembut. Terusik hatinya melihat Farah Hanim menitiskan air mata. Kemudian Fakhrul Izwan mengambil kotak ‘First Aid Kit’ yang diletakkan di sebelah rak bukunya untuk membalut luka Farah Hanim.

Fakhrul Izwan kini duduk di atas lantai menghadap Farah Hanim yang duduk di atas katil. Kaki kiri Farah Hanim diangkat perlahan lalu dia menyapu ubat dan membalut kaki isterinya itu bersama kapas.

Hati Farah Hanim tersentuh dengan sikap bertanggungjawab Fakhrul Izwan hinggakan dia tidak mampu untuk berkata apa-apa.

“Dah siap.”, kata Fakhrul Izwan tersenyum. “Saya mintak maaf sekali lagi. Lepas ni saya akan lebih berhati-hati.”

Farah Hanim mengangguk perlahan. Kemudian dia cuba bangun dari tempat duduknya namun terjatuh semula.

“Kenapa ni?”, risau Fakhrul Izwan bertanya.

“Cramped!”, aduh Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menggeleng kepala, “Macam macam.”

Farah Hanim hanya mampu mendiamkan diri.

 “Ni nak manja-manja la ni?”, soal Fakhrul Izwan tersenyum.

Membulat mata Farah Hanim dan tiba-tiba sahaja mukanya menjadi merah padam.

“Meh saya dukung awak masuk bilik.”, pelawa Fakhrul Izwan yang kini sudah berdiri untuk membantu.

Farah Hanim menepis tangan Fakhrul Izwan perlahan , “Tak payah. Saya boleh jalan sendiri.”, katanya kemudian bangun dalam kekejangan mencuba juga untuk berjalan. “Eh, ape ni.? Lepas la.”

“Jangan bergerak. Eh, awak ni berat tulang jugak erk?”, kata Fakhrul Izwan yang mendukung Farah Hanim sebaik sahaja melihat Farah Hanim yang degil menolak bantuannya. Dukungannya diperkemaskan , “Nampak macam ringan.”

“Ihh, kalau tak ikhlas, tolong turunkan saya sekarang!”, getus Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menggelengkan kepala , “Ni first time saya dapat dukung awak. Mana boleh lepas macam tu je? Advance jugak kan kita ni?”, Fakhrul Izwan mengusik Farah Hanim nakal. Kemudiannya dia membawa Farah Hanim keluar dari biliknya.

Fakhrul Izwan meletakkan tubuh Farah Hanim perlahan-lahan di atas katil. Dipandangnya mata Farah Hanim dalam namun ianya tidak lama kerana Farah Hanim cuba mengelak darinya.

Suasana menjadi janggal.

“Mmm kalau takde pape saya keluar dulu.”, kata Fakhrul Izwan meminta diri.

“Thanks.”, ucap Farah Hanim ringkas.

“Sama-sama.”, balas Fakhrul Izwan tersenyum sebelum keluar menutup pintu bilik tetamu itu.

***************************************************************************

Keesokan paginya Fakhrul Izwan cuba mengetuk pintu bilik Farah Hanim untuk melihat keadaannya.

“Kejap.”, kata Farah Hanim kemudiannya membuka pintu.

“Kaki dah baik ke?”, soal Fakhrul Izwan yang melihat ke arah kaki Farah Hanim yang sudah tidak berbalut itu.

Farah Hanim mengangguk , “Dah elok dah.”

Fakhrul Izwan mengangguk.

“Awak nak makan apa pagi ni?”, soal Farah Hanim.

“Eh takpe lah. Saya beli kat luar je, saya nak awak rehat.”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim menutup pintu bilik kemudian menuju ke anak tangga , “Mana boleh macam tu. Bila makanan ada kat rumah, makan aje la kat rumah. Jangan membazir.”

Fakhrul Izwan menyusul langkah Farah Hanim yang menuruni anak tangga dari belakang , apabila melihatkan keadaan Farah Hanim yang berhati-hati menuruni anak tangga segera dia mencapai lengan isterinya itu untuk membantunya.

Farah Hanim tergamam namun langkahnya menurun anak tangga diteruskan juga.

“Awak duduk sini, biar saya pergi ambilkan air.”, kata Fakhrul Izwan selepas meninggalkan Farah Hanim duduk di atas sofa ruang tamu.

Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan muncul dari arah dapur sambil membawakan segelas jus oren untuk Farah Hanim.

“Awak tak nak minum ke?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menggeleng , “Minum aje la.”

Perlahan-lahan air di tangan diteguk perlahan. Kemudiannya Farah Hanim meletakkan gelas tersebut di atas meja. Telefon bimbit Farah Hanim berdering , “Assalamualaikum, ye ma.”

Fakhrul Izwan melihat saja Farah Hanim yang sedang menjawab panggilan telefon.

“Sihat ma.”, jawab Farah Hanim tersenyum.

Fakhrul Izwan juga turut tersenyum melihatkan Farah Hanim tersenyum.

Farah Hanim yang menyedari Fakhrul Izwan memerhatikannya segera mengubah posisi membelakangkan Fakhrul Izwan. “Ape ma? Nenek nak datang? Tinggal kat sini?”, terkejut Farah Hanim.

Fakhrul Izwan yang mendengarnya juga terkejut.

“Aa... Aah? Tak de pape.”, gagap Farah Hanim. “Tapi ma, Anim kan kerja.. Siapa nak tengok kan  nenek dekat rumah?”, soal Farah Hanim. Tidak lama kemudian Farah Hanim terpaksa bersetuju dengan cadangan Puan Alia sebelum mematikan panggilan telefon.

“Nenek nak datang?”, soal Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengangguk lemah.

“Okay lah tu. Tak la sunyi sangat rumah ni, kan?”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan , “Dah la. Saya nak pergi masak. Saya lapar.”, katanya kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur.

“Nak tolong.”, kata Fakhrul Izwan menyusul isterinya dari belakang.

Di dapur.

“Kerja apa yang boleh saya buat?”, soal Fakhrul Izwan.

“Tak payah la. Awak duduk je kat depan tu.”

“Saya ikhlas nak belajar ni Anim.”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan yang kini sudah siap dengan apron di pinggang , “Betul ni?”

Fakhrul Izwan mengangguk dengan penuh semangat , “Of course!”

Farah Hanim tersenyum , “Tolong saya potong carrot. Ambil dalam peti ais tu.”

Tanpa berlengah Fakhrul Izwan menuju ke peti ais lalu mengambil lobak merah seperti yang diarahkan Farah Hanim.

“Jangan lupa basuh tangan dulu. Carrot tu basuh dulu. Nak masak ni semuanya kena bersih , kalau tak nanti kita sakit perut bila makan nanti.”, pesan Farah Hanim.

“Faham chef!”

Farah Hanim yang sedang sibuk merebus kentangnya tersenyum.

“Aduh!”

bersambung...

p/s : Penulis baru je berumur 20 tahun. Heeehee. Saya mentah lagi dalam bab-bab penulisan ni. Terima kasih kepada yang sudi support saya. Terima kasih sangat tau!!!


1 comment:

Anizz Annisa said...

makin menarik.. hihi.. cemane la nenek dtg nnti.. haru biru ke tak..huhu