Sunday 3 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 1



Selamat membaca , enjoy!

Awak kan isteri saya? : Part 1

Mira!

Ye mak.”

Diana Amira yang baru saja tamat diploma dalam jurusan akauntan mendapatkan ayah dan emaknya yang sedang duduk berehat di luar pangkin rumah.

Ingat lagi Hakim? Anak mak cik Murni kau dulu tu?”, soal ibu Amira.

Diana Amira terdiam lama. Dia cuba mengingatinya , “Kenapa dengan dia mak?” , soal Amira kepada ibunya sambil meneguk jus mangga yang terhidang.

Mak dengan abah rancang , nak satukan kamu berdua.”, luah emak sambil senyuman lebar terpancar di wajahnya.

Diana Amira tersedak mendengar hajat yang terpacul dari mulut emak kesayangannya , “Ha????”. Sudah tentu dirinya terkejut apabila tiada ribut tiada angin , kedua orang tuanya ingin menjodohkan dirinya dengan kenalan lama.

*****************************************************************************

Akim setuju kan?”, soal ibu Hakim kepada anak lelaki kesayangannya.

Main-main kan bu?”, soal Hakim endah tak endah.

Ibu Hakim tersenyum , “Mana ada. Tiga bulan lagi tarikh pernikahan kamu berdua.”

Aiman Hakim yang mendengar permintaan mengejut ibunya membulatkan mata, “Ibu??”.

“Ibu harap Akim setuju dengan permintaan dari ayah dan ibu ni nak.”

Tapi bu.. Akim tak bersedia lagi. Gaji tak cukup lagi nak tanggung anak orang bu.”, luah Hakim.

Jangan risau hal tu. Tahulah ayah nak buat macam mana.”, tiba-tiba saja  ayah Hakim muncul di ruang dapur mencelah perbualan antara isteri dan anak lelakinya.

Hujung minggu ni , kita akan makan malam dengan dorang semua.”, tambah ayah Hakim lagi.

Hakim menunduk lemah.

*****************************************************************************

Aiman Hakim sedang berbaring di atas katil sambil menutup kedua-dua belah matanya dengan lengan. Otaknya serabut begitu juga dengan mindanya.

‘Astagfirullah hal azim’, Aiman Hakim mengucap di dalam hatinya.

Dia terbaring lemah sambil cuba mengimbas kembali zaman kecilnya dengan seorang perempuan yang bakal menjadi isterinya , Diana Amira. Diana Amira merupakan rakan sepermainannya ketika zaman kanak-kanak. Sungguh ingatannya tidak kuat untuk mengimbas kembali kenangan zaman kecilnya. Sambil di tangan memegang foto dirinya dan Diana Amira semasa mereka sama-sama berusia 5 tahun pemberian ibunya sebelum dia masuk ke bilik untuk berehat.

Kenangan yang masih berbaki di ingatannya ialah apabila keluarga Diana Amira berpindah ke kawasan taman perumahan berdekatan dengan rumah mereka. Ketika itu , masing-masing berusia 11 tahun. Ayah Hakim dan Ayah Amira bekerja di tempat yang sama sehubungan dengan itu hubungan ibunya dan ibu Amira juga menjadi semakin akrab. Seringkali rumahnya menerima kedatangan keluarga Diana Amira untuk makan-makan. Namun, baik masing-masing tidak pernah saling bertegur-sapa.

Kini, keluarga Diana Amira berpindah lagi disebabkan bapanya bertukar kerja. Tidak lama kemudian, selepas ayah Hakim pencen , mereka sekeluarga juga berpindah pulang ke kampung. Walaupun hubungan kedua-dua belah pihak rapat , ianya tidak bermakna dirinya juga rapat dengan keluarga tersebut. Dirinya sendiri mengakui bahawa dahulu dia merupakan seorang budak lelaki pemalu dan pendiam. Sukar untuk dirinya beramah mesra dengan orang lain.

*knock knock*

Hakim melihat adik lelakinya , Hairul muncul di muka pintu biliknya. Manakala Hairul pula sedang melihat abangnya yang sedang terbaring di atas katil dengan wajah masam mencuka. Tidak lama kemudian Hairul menutup pintu lalu menuju ke arah abangnya.

Congrats abang Akim.

Hakim masih mendiamkan dirinya. Otaknya ligat memikirkan masa depannya menjadi seorang suami kepada perempuan yang tidak dikenalinya rapat.

Kak Mira tu baik abang Akim. Bertuah tau sape yang dapat peristerikan dia. Cantik dia sekarang ni.”, luah Hairul.

Mana kau tahu?”, soal Hakim ingin tahu.

Kenapa? Jeles ke?”, balas Hairul ingin mengusik abangnya.

Kenapa tak kau je yang kahwin dengan dia?”, soal Hakim tiba-tiba menukar topik.

Sebab jodoh kak Mira tu , abang Akim.”, balas Hairul tersenyum.

Aiman Hakim tersenyum kelat mendengar jawapan adik lelakinya itu. Perasaan aneh mula timbul di dalam hatinya. ‘Kenapa dengan aku ni?’.

*****************************************************************************

Diana Amira yang sedang khusyuk menonton movie di hadapan komputer peribadinya tiba-tiba diganggu oleh adik perempuan bongsu kesayangannya.

Kak..”

Hmm

Abang Hakim tu sape? Adik kenal tak?

Tiba-tiba saja Diana Amira terbatuk mendengar soalan daripada adiknya , “Entah.”

Mak ngan abah cakap akak kenal dia?

Entah, tak ingat.”, balas Diana Amira tidak mahu ambil peduli.

Ishh, susah la cakap dengan akak ni.”, adik perempuan Amira yang malas melayan karenah kakaknya terus keluar dari bilik.

Sibuk je. Haihhh. Pening pening!!’, bisik hati Diana Amira sambil memandang ke arah skrin komputer peribadinya.

Facebook? Ishh, tak ade kot. Budak pandai macam dia tak layan fb lah kan?’, bisik hati Diana Amira lagi.

Seingat Diana Amira , walaupun dia mengenali anak lelaki makcik Murni tetapi dia hanya kenal sahaja. Diantara dia dan Aiman Hakim langsung tidak pernah bercakap mahupun ingin tegur menegur antara satu sama lain. Seingat dia lagi , Hakim merupakan seorang budak lelaki yang pemalu. Tersangatlah susah untuk melihat dia rajin beramah dan berbual mesra dengan orang lain. Begitu juga dengan dirinya , Diana Amira juga tidak pernah mahu menyapa Hakim walaupun mereka sebaya kerana dia fikir tidak ada sebab yang kukuh untuk dia mengenali lelaki tersebut. Tak rugi pun jika Aiman Hakim tidak mahu berkawan dengannya , dia cukup sedar dirinya siapa ketika itu.

Walaupun mak cik Murni sering sahaja mengusik Diana Amira bahawa dirinya akan menjadi menantu di dalam keluarga tersebut , namun cakap-cakap tersebut hanya dipandang ringan. Diana Amira hanya menganggap mereka hanya ingin mengusik dirinya. ‘Tak mungkin lah!’.

*****************************************************************************

Kerja apa mak? Awalnya dia da kerja.”, soal Amira apabila emaknya membuka cerita perihal Aiman Hakim.

Dia kan masuk matrik , pastu ambil degree. Habis degree dia kerja ngan bapak dia. Sebab tu la kerja dah skang ni.”, jelas emak Amira mengenai bakal menantunya.

Diana Amira hanya mengangguk tanda faham.

*****************************************************************************

Nampak over tak?”, soal Diana Amira kepada adik perempuan bawahnya , Naufa Alia.

Naufa Alia menggeleng , “Biasa je.”.

‘Kan? Biasa je. Tak over pun. Relax sudah’, bisik hati kecil Diana Amira sambil melihat dirinya dihadapan cermin. Kelihatan sangat manis dan elok mata memandang dengan dress labuh peach yang tersarung di tubuhnya yang kurus dan memilik ketinggian yang sederhana itu.

“Cantik dah! Nak jumpa bakal suami kan..”, usik emaknya yang melihat tiga anak dara sedang berebut-rebut mendapatkan tempat di hadapan cermin yang tidak besar itu.

Wajah Diana Amira mula kemerahan.

*****************************************************************************

Dari jauh kedua orang tua Diana Amira sudah dapat melihat keluarga Aiman Hakim sedang menunggu di meja makan. Diana Amira memperlahankan langkah kakinya. Dirinya merasa malu dan takut untuk berhadapan dengan keluarga Aiman Hakim.

‘Kenapa mak ngan abah je yang happy?’ , bentak hati Diana Amira yang kini darah gemuruh mula menular dalam dirinya.

*****************************************************************************

Keluarga Diana Amira disambut baik oleh keluarga Aiman Hakim di meja makan besar di sebuah restoran tertutup pilihan keluarga Aiman Hakim sendiri.

Makin cantik Mira skang.”, mak cik Murni memuji Diana Amira.

Hanya senyuman kecil yang mampu dibalas oleh Diana Amira yang sedang menunduk memandang meja.

Hakim pun makin handsome jugak.”, puji ayah Diana Amira pula.

Dorang masih malu-malu lagi tu. Maklumlah , dah lama tak jumpa.”, sampuk ayah Aiman Hakim.

Diana Amira masih cuba mengawal dirinya. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari memandang ke arah ahli-ahli keluarga Aiman Hakim. Dirinya sangat malu untuk berhadapan dengan keluarga tersebut disebabkan sudah lama mereka tidak bersua. Khabarnya kini keluarga Aiman Hakim kini menetap di Kedah. Mereka datang ke Melaka sehari awal dan bermalam di sebuah hotel yang berdekatan.

Air minuman yang dipegang diteguknya perlahan sehingga habis. ‘Cepatlah masa berlalu!!’ , hajat Diana Amira di dalam hati.

Kak Mira nak air lagi?”, soal seorang lelaki dihadapannya.

Diana Amira yang tersentak membiarkan sahaja perlakuan lelaki yang memanggilnya ‘kakak’ menuangkan air di dalam gelasnya. Tiba-tiba sahaja Diana Amira merasakan dirinya ingin demam akibat disapa oleh salah seorang ahli keluarga Aiman Hakim.

Erul jangan kacau kak Mira hang. Tengok tu muka dia da merah.”, muncul pula suara Mak Cik Murni di gegendang telinga Diana Amira.

‘Merah? Aku rasa muka aku ni dah habis pucat. Nak pitam pulak rasa ni’, bisik Diana Amira sendirian yang kini merasa dirinya tidak tentu arah.

“Kak, teman aku pergi tandas.”, pinta adik Diana Amira , Naufa Alia.

“Jom!”, balas Diana Amira dengan pantas tanpa berfikir.

Langkah Diana Amira disusuli Naufa Alia yang mengikutinya dari belakang.

*****************************************************************************

Hairul menyiku lengan Aiman Hakim. “Cantik kan?”, soal Hairul.

“Mm.” , balas Hakim pendek sambil mengangguk kecil.

Hairul hampir menghamburkan tawanya apabila melihat abangnya Aiman Hakim sering saja mencuri pandang ke arah Diana Amira. Namun , sikap malu abangnya terhadap Diana Amira sejak kecil lagi yang tidak dapat dibendung membuatkan diri Hairul geli hati.

“Tegur je la.”, usik Hairul lagi.

Tak nak la.”, balas Hakim yang kini wajahnya sudah kemerah-merahan.

Tidak lama kemudian Diana Amira muncul di meja makan. Keadaannya kini lebih terkawal tidak seperti sebelum ini. Hairul melihat abangnya Aiman Hakim mencuri pandang ke arah Diana Amira sekali lagi. Kemudian , Hairul juga melihat Diana Amira memandang ke arah Aiman Hakim kerana merasakan dirinya asyik dicuri pandang sahaja. Sekali lagi wajah Aiman Hakim dipandang oleh Hairul , kini abangnya dilihat seperti terkena sawan. Tidak disangka bahawa Diana Amira dapat menangkap dirinya yang sedang mencuri pandang perempuan tersebut.

Sedang rancak kedua-dua ibu bapa Aiman Hakim dan Diana Amira berbual  , kini masanya untuk mereka beredar.

“Jadilah ye. InsyaAllah , tiga bulan dari sekarang mereka akan disatukan.”, putus kata dari ayah Hakim.

" Majlis adat istiadat melayu akan menyusul dalam bulan ni jugak.", senyum Puan Murni.

Jantung Diana Amira berdegup kencang , begitu juga rasa yang dialami oleh Aiman Hakim. Tiga bulan dari sekarang masing-masing harus mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri dan suami yang baik kepada pasangan masing-masing.

Bersambung...

p/s : Suka tak? Suka tak?? Terus-terusan bagi sokongan okay!


4 comments:

Mira_Othman said...

Support akak! =D <3

Uwais Al-Qarni said...

baca sinopsis je da best. inikan part 1. nk baca part seterusnya pula la. terbaekk !

Books and Beauty said...

Best laa nak baca lagi..hehe

cikcenderawasih said...

best! nak baca lagi part seterusnya :D