Tuesday 5 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 4


Awak kan isteri saya? : Part 4

Aiman Hakim mencapai telefon bimbitnya di dalam poket lalu mendail nombor telefon bimbit ibunya. “Bu, Mira tak berapa nak sihat la bu. Besok lah kami datang ambil barang, bye Bu. Assalamualaikum.”

Diana Amira yang terdengar perbualan Aiman Hakim tersebut membulatkan matanya. “Ape awak cakap ni?”

“Saya nak duduk berehat kat rumah je. Saya kan sakit.”, jawab Hakim.

“Saya boleh drive.”

“Saya nak duduk rumah je.”

Aiman Hakim bangun dari tempat pembaringan ,“Bagi saya air tu.

“Kejap saya nak ambil gelas lain.”

Tak payah, saya nak air dalam gelas tu jugak.”, Hakim berkeras.

Diana Amira menghulurkan saja segelas air yang diminumnya sebentar tadi kepada Aiman Hakim.

“Saya lapar.”, kata Hakim memandang ke arah Amira.

“Dapur kosong la.”

“Okay jom keluar beli barang.”

“Awak kan sakit.”

“Dah sihat. Cepat siap.”, arah Hakim kemudian bangun perlahan-lahan.

Amira mengeluh perlahan lalu mendapatkan suaminya yang dilihatnya terkial-kial untuk berjalan dengan baik. Amira mencapai lengan Hakim lalu diletakkan di belakang bahunya supaya senang untuk dia memapah lelaki tersebut naik ke tingkat atas. “Boleh jalan ke ni?”, soal Amira.

Aiman Hakim memeluk bahu Diana Amira erat. Tindakan isterinya yang sentiasa mengambil berat akan dirinya membuatkan Hakim semakin sayang terhadap Diana Amira.  Sebaik saja mereka berdua tiba di depan pintu bilik Aiman Hakim, Diana Amira menyuruh Hakim berjalan masuk ke dalam bilik sendiri.

Hantar la aku sampai dalam.”, pinta Hakim.

“Awak masuk la sendiri.”, balas Amira kemudiannya menuju ke bilik tidurnya.

Aiman Hakim tersenyum kecil , ‘Takut aku buat apa-apa la tu.’

******************************************************************************

Selepas menukar pakaian Amira menuju ke bilik tidur Hakim , “Awak. Dah siap ke?”

Aiman Hakim tidak memberi jawapan.

“Awak.”, panggil Amira lagi. Dia cuba memulas tombol pintu lalu dibukanya sedikit untuk mencari bayang Hakim. Dilihatnya Aiman Hakim terbaring di atas katil tidak bergerak.

“Awak tidur ke?”, soal Amira yang sedang berdiri di muka pintu.

Tiada respons yang diberikan oleh Aiman Hakim. Perlahan-lahan dia menutup pintu lalu menuruni anak tangga dan mencapai kunci kereta yang tergantung di belakang pintu.

‘Saya nampak awak tidur jadi saya tak nak ganggu. Awak, saya pergi beli barang sekejap tau.’ – pesanan ringkas dihantar oleh Amira kepada Hakim.

******************************************************************************

Diana Amira memberhentikan kereta yang dipandunya dan keluar menuju ke pasaraya mini untuk membeli barang keperluan dapur. Matanya ligat mencari bahan-bahan makanan kering dan basah untuk makan tengah hari dan juga makan malam.

“Diana?”

Diana Amira memandang ke arah suara lelaki yang memanggil namanya , “Faiz!”

Lelaki tinggi lampai itu mengukirkan senyuman , “Dah lain kau sekarang.”

Diana Amira tersenyum , “Yelah. Kau je yang maintain tinggi.”

Kau buat apa kat sini?”, soal Faiz.

“Kau tak nampak ke aku tengah siang ikan ni?”, balas Diana Amira.

Faiz menghamburkan tawa , “Okay okay, sorry. Aku nampak kau tengah beli barang. Kau buat apa sekarang?”

Duduk rumah je. Tunggu tawaran degree. Aku nak sambung belajar lagi. Kau?”

Aku tolong bapak aku , ade la bisnes kecil-kecilan.”, balas Faiz.

Kecil lah sangat.”

“Kau dah makan?”

Amira menggeleng.

“Jom aku belanja.”, pelawa Faiz mengajak Diana Amira makan tengah hari dengannya.

“Eh , takpe la. Lain kali je la eyh. Aku nak cepat ni.”, balas Diana Amira kemudiannya menuju ke kaunter pembayaran.

Faiz mengangguk tanda faham.

“Sorry tau. Aku betul-betul nak cepat ni.”, luah Diana Amira mula menapak keluar dari pasaraya tersebut.

Takpe. Kau still ade contact number aku kan?”, soal Faiz.

Dari jauh Diana Amira membalas pertanyaan Faiz tersebut dengan isyarat jari ‘okay’.

******************************************************************************

Diana Amira meletakkan barang-barang yang dibelinya di atas meja dapur selepas tudungnya diletakkan di atas kerusi. Disusunnya satu persatu barang-barang tersebut di dalam bekas yang bersesuaian.Tidak lama kemudian Aiman Hakim muncul dengan keadaannya terinjut-injut cuba membuka peti ais. Diana Amira yang kasihan melihat Aiman Hakim yang masih berada di dalam kesakitan menghulurkan gelas.

“Kau pergi mana tadi?”, soal Hakim.

Pergi beli barang la. Awak kan lapar. Saya nak masak la ni.”, jawab Amira.

Kan kita dah janji nak pergi sama?”

Saya nampak awak tidur tadi. Awak tak baca mesej saya ke?”

Aiman Hakim mendiamkan diri lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang tamu.

Diana Amira mengikuti langkah suaminya itu , “Awak marah ke? Sorry la.”

Aiman Hakim membekukan diri tidak mempedulikan Diana Amira yang kini duduk di atas permaidani memandangnya. Dia menyandarkan tubuh sambil menutup matanya.

“Takpelah kalau awak tak nak cakap dengan saya.”, Amira bangun dari tempat duduk ingin menuju ke dapur. Amira meneruskan tugasnya untuk menyediakan makanan tengah hari.

Auchh.”, jerit Amira sedikit kuat apabila jarinya terhiris dengan pisau.

Aiman Hakim yang terdengar suara Diana Amira cepat-cepat berlari ke dapur untuk melihat keadaan isterinya. “Kenapa ni?”, soal Hakim sambil memegang tangan Amira untuk melihat jari isterinya yang terluka.

Amira menolak tubuh lelaki tersebut perlahan , “Tak de pape la. Sikit je.”, katanya dingin kemudian membasuh jarinya yang terluka dan kembali menyambung menyiang ikan.

Aiman Hakim memandang wajah Diana Amira lama sebelum dia beredar meninggalkan ruang dapur tersebut dan menuju ke kamar tidurnya.

******************************************************************************

Hidangan sudah pun siap. Diana Amira membuka apron yang dipakai dan diletakkan di atas meja. Dia mula memasuki ruang tamu untuk memanggil Aiman Hakim makan tengah hari. Apabila bayang Aiman Hakim tiada di ruang dapur, dia mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur Aiman Hakim.

Pintu bilik diketuk , “Awak. Jom makan. Saya dah siap makan.”

Tiada jawapan yang diterima.

“Awak.”, pintu bilik itu diketuk lagi.

‘Ishh. Itu pun nak marah. Mengada betul la anak ibu ni.’, bisik Amira di dalam hati. Diana Amira meninggalkan bilik tersebut lalu menuruni anak tangga menuju ke dapur. “Tak nak makan sudah. Dia yang lapar , bukan aku yang rugi.”, kata Amira perlahan.

Menjamah lauk yang dimasaknya sendirian. “Sedap.”, pujinya sendiri.

Bunyi pintu bilik dikuak kedengaran. Bunyi tapak kaki Aiman Hakim menuruni anak tangga juga kelihatan. Beberapa saat kemudian wajah Aiman Hakim muncul di ruang dapur. Diana Amira yang sedang menjamah lauknya memandang ke arah Hakim dengan pandangan kosong.

Aiman Hakim mengambil pinggan makannya lalu diletakkan di atas meja. Kemudiannya dia memandang ke arah Amira yang sedang melihatnya.

“Ape?”, soal Amira yang melihat Hakim sedang memandang ke arahnya pelik.

Amira yang cuba menangkap situasi yang dibuat Hakim mula memahami maksud yang cuba disampaikan. Amira mengambil pinggan Hakim yang kosong itu lalu disendukkan nasi putih ke atasnya. “Dah?”, soal Amira.

Aiman Hakim memandang ke arah lauk dihadapannya kemudian memandang ke arah Amira.

“Tak de tangan ke?”, soal Amira yang sakit hati dengan tindakan bisu Aiman Hakim.

Sekali lagi Aiman Hakim memandang ke arah lauk dihadapannya dan memandang ke arah Amira.

Amira mencebik , “Kosong-kosong lepas ni!”, dicedoknya lauk-lauk tersebut ke dalam pinggan nasi Hakim.

Aiman Hakim tersenyum puas lalu menjamah nasi serta lauk dengan penuh berselera. Sudah pasti dia sangat lapar. Dia terpaksa melupakan rajuk nya kerana isterinya Amira tidak bersungguh-sungguh memujuk dirinya untuk turun makan.

******************************************************************************

Diana Amira mengadap komputer peribadinya di atas meja yang terletak di ruang tamu. Kadang-kadang dia tergelak, kemudiannya dia akan senyap. Lima minit kemudian dia sambung ketawanya semula. Aiman Hakim yang rimas mendengar gelak sawan Diana Amira bangun meninggalkan televisyen yang terpasang ke dalam bilik.

“Ishhh bosannya!”, bentak Hakim perlahan sambil menghempaskan tubuhnya di atas katil.

*knock knock*

Aiman Hakim yang terkejut mendengar pintu biliknya diketuk segera bangun untuk membukanya. “Kenapa?”

“Mak dengan Abah nak datang!!!”, kata Amira cemas.

“So?”

“Ape awak ni. Matilah saya kalau dorang tahu kita tidur bilik asing-asing!!”

“Bukan masalah aku”, Hakim menutup pintu biliknya dan dia hampir menghamburkan tawa apabila melihat riak cemas di wajah Diana Amira sebentar tadi.

Pintu bilik Aiman Hakim diketuk tanpa henti , “Awak!! Awak!!”

Aiman Hakim membuka pintu biliknya sambil mempamerkan wajah selamba , “Ape lagi?”

Ape awak ni. Awak nak tengok saya mati ke?”

Tubuh Diana Amira ditarik masuk ke dalam bilik lalu dipeluk tubuh isterinya erat. Diana Amira tergamam. “Shhh. Jangan cakap macam tu lagi , aku tak suka.”, kata Hakim.

Diana Amira menolak tubuh Aiman Hakim perlahan. Mulutnya masih tidak dapat mengungkapkan kata-kata.

“Pergi ambil barang-barang kau bawak masuk dalam bilik ni sebelum mak dengan abah datang. Pergi cepat.”, kata Hakim sambil menarik tangan isterinya menuju ke bilik tidur sebelah.

Bagai dipukau , Amira menurut saja kata-kata suaminya lalu mengemaskan barang-barangnya untuk diletakkan di bilik sebelah. Sejak tadi jantungnya tidak henti-henti berdegup kencang. Dia cuba melupakan kejadian yang menimpa dirinya sebentar tadi. Dia malu untuk mengingatinya.

******************************************************************************

“Assalamualaikum.”, suara mak dan abah Amira memberi salam dari luar rumah kedengaran.

Kedatangan keluarga Diana Amira disambut oleh menantu mereka Aiman Hakim di muka pintu. “Mak , Abah masuk la. Mira kat dapur tu.”, kata Aiman Hakim sambil mendapatkan kedua orang mertuanya lalu dikucup tangan mereka lembut.

Mak.. Abah.”, Amira muncul dari ruang dapur lalu mendapatkan kedua orang tuanya yang menunggu di ruang tamu.

“Menantu mak sihat?”, soal emak Amira, Puan Hajar.

“Saya baik-baik je mak.”, balas Hakim.

“Mana Alia dengan Aina?”, soal Amira.

“Dorang ade aktiviti sekolah. Biasalah adik-adik kamu tu.”, jawab ayah Amira.

“Minggu depan dorang tu ada perlawanan. Tak boleh nak datang. Mak saje datang Abah kamu ade kerja sikit kat sini , ade hal dengan makcik Sofi kamu.”, sampuk Puan Hajar pula.

Tunggu kejap eyh.”, Amira meminta diri untuk masuk ke dapur disusuli langkah emaknya.

Di ruang tamu.

“Mira jaga kamu dengan baik Akim?”, soal bapa mertua Hakim, Encik Mail.

Aiman Hakim menganggukkan kepala , “Baik je Abah. Betul kata Abah, Mira masak memang sedap.”

Encik Mail tersenyum puas mendengar jawapan dari Aiman Hakim.

Di ruang dapur.

“Macam mana?”, soal Puan Hajar kepada anak perempuannya yang sedang membancuh minuman.

“Macam mana ape?”

“Elok tak Akim tu jaga anak mak?”

Amira mengangguk perlahan.

“Hmmm, baguslah. Cepat sikit mak dengan abah timang cucu nanti.”, usik Puan Hajar.

“Mak.........”.

Selesai sahaja minum petang , Amira membawa emaknya mengelilingi satu kawasan rumah mereka. Kata emaknya, haritu mereka datang sekejap saja tidak sempat untuk mencuci mata.

Ini bilik apa?”, soal Puan Hajar melihat dalam bilik yang bertemakan warna ungu itu.

“Itu bilik tetamu, mak. Kalau ada orang nak bermalam kat sini , bilik ni la.”, jawab Amira sedikit gagap.

Semuanya ada berapa bilik?”

Rasanya , empat kot.”

Buat apa bilik banyak-banyak.”

Entah la ayah. Dah cakap rumah ni besar, tapi..”

“Tapi.. bilik-bilik tu khas untuk bakal cucu-cucu dia.”, sambung Puan Hajar.

Wajah Diana Amira mula kemerahan.

Selepas melakukan lawatan di dalam rumah tersebut. Kedua orang tua Diana Amira pun berangkat ke rumah Mak Cik saudara Amira.

“Fuhhhh~”, lega hati Amira.

Aiman Hakim yang melihat keadaan isterinya yang kecut perut sejak kedatangan keluarganya melepaskan tawa. “Pandai jugak kau ni erk.”, perli Hakim.

Awak tak takut ke kalau dorang dapat tahu rahsia kita?”

Rahsia? Sejak bila kau simpan rahsia dengan aku?”

Dah malas layan! Nak angkut barang!”, putus Amira kemudiannya mendaki anak tangga geram.

“Biar aje la dalam bilik tu.”, kata Hakim.

Amira memandang ke arah Hakim dengan pandangan serongnya , “Jangan usik saya lah!”

******************************************************************************

*gedebuk*

“Awww!!!”, aduh Amira yang sudah jatuh terjelepuk dihadapan bilik air.

*knock knock*

Mira!! Kau okay ke?”, suara Hakim kedengaran di luar pintu.

Diana Amira tidak dapat menjawab pertanyaan Hakim kerana dirinya sedang cuba menahan kesakitan.

Pintu bilik yang tidak berkunci dibuka. Aiman Hakim melulu masuk ke dalam mendapatkan Diana Amira yang terduduk di atas lantai. “Macam mana boleh jatuh ni? Cuai la.”, kata Hakim.


Amira mencebik , “Saya tengah sakit ni. Awak jangan cari pasal dengan saya! Jauh sikit!!.”, Amira menolak bahu Hakim yang kini berlutut sebelah di atas lantai. Bahunya yang terdedah ditutupnya dengan tangan apabila perasan Aiman Hakim sedang memerhatinya lama.

Bersambung...

p/s : Teruskan menunggu untuk part-part akan datang. (:


No comments: