Tuesday 5 November 2013

Awak kan isteri saya? : Part 5


Awak kan isteri saya? : Part 5

*gedebuk*

“Auw!!!”, aduh Amira yang sudah jatuh terjelepuk dihadapan bilik air.

*knock knock*

“Mira!! Kau okay ke?”, suara Hakim kedengaran di luar pintu.

Diana Amira tidak dapat menjawab pertanyaan Hakim kerana dirinya sedang cuba menahan kesakitan.

Pintu bilik yang tidak berkunci dibuka. Aiman Hakim melulu masuk ke dalam mendapatkan Diana Amira yang terduduk di atas lantai. “Macam mana boleh jatuh ni? Cuai la.”, kata Hakim.

Amira mencebik , “Saya tengah sakit ni. Awak jangan cari pasal dengan saya! Jauh sikit!!.”, Amira menolak bahu Hakim yang kini berlutut sebelah di atas lantai. Bahunya yang terdedah ditutupnya dengan tangan apabila perasan Aiman Hakim sedang memerhatinya lama.

“Awak jangan buat bukan-bukan!!”, gagap Amira yang kini wajahnya mula kemerahan menahan malu. Dengan hanya bertuala meliputi badan dia cuba bangun dari jatuhnya perlahan-lahan.

“Awak buat ape ni!!?”, bentak Amira sebaik saja Hakim merangkul tubuhnya lalu dia didukung oleh lelaki tersebut.

“Aku nak tolong kau je.”, tubuh wanita itu diletaknya perlahan-lahan di atas katil.

Amira yang malu dengan situasi yang sedang dihadapinya menarik selimut perlahan-lahan lalu menutupi seluruh tubuhnya yang terdedah.

“Kau kan isteri aku. Nak malu ape nya?”, luah Hakim yang kini dipandang seperti ingin ditelan oleh Amira.

“Awak. Awak keluar sekarang.”, kata Amira lembut.

Tunggu sekejap saya ambil minyak.”, kata Hakim sebelum keluar dari bilik Amira untuk mengambil sebotol minyak gamat.

Amira mengetap bibir. Sebaik sahaja Aiman Hakim keluar dari biliknya, dia berusaha untuk bangun supaya pintu biliknya itu dikunci. Namun, sakit di bahagian pinggang dirasanya amat perit membuatkan dia tidak berdaya untuk bergerak.

Pintu bilik ditutup dan Aiman Hakim merapati Diana Amira yang sedang berehat di atas katil.

“Awak nak buat ape ni?”, soal Amira sedikit cuak dengan tindakan Aiman Hakim yang menutup pintu.

“Sapu ubat.”

“Sapu ubat?”

Kat mana yang sakit?”

Amira mendiamkan diri.

Cepat la.”

“Saya boleh buat sendiri. Awak pergi la balik bilik sekarang.”, gagap Amira.

Aiman Hakim meletakkan botol minyak disebelah katil kemudiannya berlalu keluar meninggalkan bilik tersebut dan dia mengunci pintu.

*************************************************************************

Aiman Hakim memasuki ruang bilik tidurnya. Jantungnya berdegup kencang. Mengenangkan keadaan Diana Amira yang berkemban tadi membuatkan rentak jantungnya berdegup tidak sekata. Sudah pasti mana-mana lelaki akan berasa demikian apabila berhadapan dengan isterinya yang hanya bertuala keluar dari bilik air.

“Calm down Hakim. Calm down..”, Hakim cuba menenangkan dirinya.

Keesokan paginya, Hakim terlajak tidur selepas subuh. Cadangnya ingin melelapkan mata selama sepuluh minit , kini dia sudahpun terlewat setengah jam. Hakim turun menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat isterinya yang sedang sakit.

*knock knock*

“Awak. Bukak pintu ni.”, ketuk Hakim dari luar.

Tiada jawapan yang diterima.

Aiman Hakim mencari kunci pendua bilik tersebut lalu membuka pintu bilik yang berkunci itu perlahan-lahan. Matanya menangkap tubuh Diana Amira yang masih terlentok di atas katil. Sarapan yang dibawa diletakkan di tepi katil. Dipandangnya wajah si isteri yang sedang nyenyak tidur. Hakim mendekatkan dirinya dengan katil , rambut panjang yang menutupi wajah isterinya di selak perlahan-lahan. Melihatkan insan yang disayangi sejak hari mereka berdua diakadnikahkan berada di depan mata , Aiman Hakim mengucapkan tanda syukur dikurniakan seorang isteri yang baik menjadi peneman hidupnya. Tanpa disedari, dirinya perlahan-lahan mencium kening isterinya yang lena dibuai mimpi.

Saya sayang awak , Mira.’

Tidak lama kemudian , Diana Amira terjaga dari tidurnya akibat sinaran matahari di waktu pagi betul-betul menghala ke arahnya. Dia terkejut melihat Aiman Hakim yang sedang tidur di atas kerusi. Dilihatnya pula, dua keping roti sandwich serta secawan air teh diletakkan di sebelah katilnya.

Aiman Hakim yang tersedar dari tidur melihat isterinya sedang duduk terpinga-pinga di atas katil. “Selamat pagi sayang.”, ucap Hakim lembut.

Bulu roma Diana Amira meremang.

“Sakit lagi?”, soal Hakim sambil duduk di atas katil Amira.

Amira menggelengkan kepalanya.

“Betul ke ni? Semalam sakit bukan main.

“Betul la.”, Amira cuba turun dari katil untuk pergi ke bilik air.

Argh. Aduh.”, aduh Amira perlahan.

Kan dah cakap.”, Hakim mendapatkan Amira yang berada di sebelah katil.

“Awak jangan cuba nak buat macam semalam lagi.”, gagap Amira memberi amaran.

Hakim memegang lengan Amira ,”Buat macam mana? Saya ada buat apa-apa ke?”

Amira memandang Hakim dengan pandangan tajam , “Awak!~

Aiman Hakim tersenyum melihat wajah Diana Amira yang kemerahan menahan malu.

“Awak nak saya tolong mandikan ke?”, usik Aiman Hakim.

Amira menolak dada Hakim yang sedang memapahnya sedikit kuat , “Jangan main-main boleh tak?!”

Betul la. Nanti kalau awak jatuh lagi macam mana?”

Eeeee!!!”

“Kalau awak jatuh lagi , lepas ni saya tak kira dah. Saya yang akan mandikan awak lepas ni!”, kata Hakim cuba membuat keputusan.

Segera Diana Amira masuk ke dalam bilik air lalu menutup pintu bilik air. Tidak lama kemudian pintu bilik air itu dibuka balik , “Awak tak pergi lagi?”

Aiman Hakim yang masih berdiri di hadapan pintu tersenyum , “Pergi mana?”

“Awak nak mengintai saya eyh?”

Salah ke?”

“Aiman Hakim!”

Hakim mengaku kalah , “Okay okay. Saya keluar sekarang. Dah siap nanti panggil saya.”. Aiman Hakim keluar dari bilik tidur Diana Amira seperti yang diarahkan.

*************************************************************************

*knock knock*

“Kejap.”, kata Amira menuju ke pintu bilik untuk membukanya.

Sebaik sahaja pintu dibuka , “Dah makan?”, soal Aiman Hakim yang berada di muka pintu.

“Dah.”

“Dah jum turun.”

“Tak nak la. Saya sakit lagi ni.”

Aiman Hakim memandang Diana Amira lama ,“Degil kan?”. Hakim menarik lengan Amira perlahan menuju ke katil. “Baring.”, arah Hakim.

“Nak buat ape?”

Sapu ubat la.”

“Tak payah la.”

“Saya takkan keluar selagi saya tak urut awak.”, putus Hakim.

Tak payah. Saya okay ni.”, Amira menolak pertolongan Hakim.

Aiman Hakim bangun dari tempat duduknya lalu dia baring di atas katil Amira sambil menutup mata.

“Awak buat ape ni?”, soal Amira yang terkejut dengan tindakan Hakim.

Aiman Hakim tidak memberi respons.

Amira pula mengeluh perlahan , ‘Kenapa dengan dia ni.?’. “Okay okay. Cepatlah bangun”, Amira mengalah.

Hakim membuka matanya , “Betul?”

Cepatlah!”

*************************************************************************

“Awak. Saya dah siap masak.”, Amira memanggil Hakim yang sedang duduk di ruang tamu.

“Kejap ye sayang.”, balas Hakim.

‘Eeeee. Ape dia ni. Nak bersayang-sayang pulak.’, bisik hati kecil Amira.

Aiman Hakim muncul di ruang dapur lalu mengambil tempatnya di meja makan. “Mmmm, nampak sedap.”

Jangan banyak soal. Makan je!.”

Seharian Aiman Hakim tidak menjamah nasi disebabkan dia ingin menjaga Diana Amira yang sakit siang tadi jadi dirinya sanggup berlapar.

Lega hati saya awak dah sihat!”, kata Hakim sambil menjamah nasi.

‘Saya? Awak? Eh.. sejak bila dia tukar bahasakan diri ni?’, bisik hati Amira yang kini baru menyedari perubahan dalam diri suaminya.

Lepas ni, bila saya dah start kerja semula. Saya nak awak yang duduk kat rumah ni masakkan untuk saya. Tiap-tiap hari!”, kata Hakim memandang ke arah Amira.

“Hmm, yelah. Tapi dapur sekarang ni kosong la. Jum la keluar. Awak dah sihat, saya pun dah sihat.”

Besok kita keluar okay? Sebelum tu kena balik rumah ayah dengan ibu, ambil barang.”

“Hmm, okay.”, setuju Amira.

*************************************************************************

Diana Amira yang kini sedang menahan matanya daripada mengantuk. “Awak tak nak tidur lagi ke?”

“Awak jangan tidur selagi saya belum tidur.”, pesan Hakim yang masih ligat menonton rancangan di televisyen.

Tapi saya mengantuk la. Saya naik atas dulu.”, Amira bangun dari tempat duduknya dari atas sofa.

“Awak nak biarkan saya sorang-sorang?”, pinta Hakim sambil menggapai tangan lembut Diana Amira.

Tapi saya mengantuk la. Dah pukul berapa ni?

“Okay jom kita masuk bilik awak sama-sama!”, putus Hakim.

Amira memandang Hakim pelik , “Awak nak masuk bilik saya?”

Hakim mengangguk , “Salah ke? Awak kan isteri saya?”

Amira terdiam dan mengeluh pendek , “Ishhh. Takpe lah. Saya tunggu je. Cepat la tengok tv tu!.”, balas Amira sambil duduk kembali di tempat asalnya.

Aiman Hakim tersenyum gembira. Gembira dengan sikap Diana Amira yang sudi melayan karenahnya. Diperhatinya Diana Amira yang sedang mengadap skrin televisyen. Tidak lama kemudian Diana Amira tertidur di atas kerusinya. Perlahan-lahan Hakim bangun dari kerusi panjangnya lalu menyelimutkan tubuh Diana Amira dengan selimut yang menutup tubuhnya tadi. Wajah Diana Amira ditatap lama. Aiman Hakim mendekatkan wajahnya dengan muka Diana Amira , diusapnya rambut Amira perlahan kemudian dahi perempuan yang semakin mendapat tempat dihatinya itu dikucup lembut.

*************************************************************************

Sebaik saja surau berdekatan melaungkan azan Subuh , Aiman Hakim terjaga dari tidur. Perlahan-lahan dia bangun dari tempat tidurnya lalu menuju ke arah Diana Amira yang masih lena dibuai mimpi.

“Awak. Dah subuh ni.”, kejut Hakim.

“Mmm.”, Amira membuka matanya perlahan. Dia terkejut melihat Hakim yang kini sedang tertunduk rapat mendekati wajahnya lalu ditolaknya tubuh lelaki tersebut sedikit kuat.

Awak. Sorry sorry.”, segera Amira bangun mendapatkan Aiman Hakim yang terduduk di atas meja kayu. “Awak okay tak?”, soal Amira lagi.

*************************************************************************

Di rumah keluarga Aiman Hakim.

“Mira dah sihat?”, Puan Murni mendapatkan menantunya yang baru melangkah masuk dari muka pintu.

Amira mengangguk kecil sambil mencium kedua-dua belah tangan ibu mertuanya.

Risau ibu bila Akim call cakap Mira tak sihat.”, tambah ibu mertuanya lagi.

“Dah la tu. Jom makan.”, panggil ayah yang melihat isterinya terlampau memberi perhatian terhadap menantu kesayangannya.

Abang ni, orang nak melepaskan rindu pun tak sempat.”, ibu mencebik.

Aiman Hakim dan Diana Amira tersenyum melihat gelagat ayah dan ibu.

*************************************************************************

Di meja makan.

Macam mana rumah tu? Okay tak?”, soal ayah.

Okay je. Tapi cadangnya lepas ni kami berdua nak pergi pasaraya beli barang dapur.”, jawab Hakim.

Ibu dengan Ayah nak ikut tak?”, pelawa Amira.

Mata Aiman Hakim membulat. Semahunya dia dan isterinya sahaja keluar berdua.

“Mm. Ibu setuju.”, balas Puan Murni gembira.

Di dalam kereta Aiman Hakim.

“Kenapa ajak ibu?”, soal Hakim.

“Kenapa?”

“Sa..sa...”, Aiman Hakim tidak dapat memberikan jawapan.

Bukannya selalu, kan? Awak tak marah kan?”, soal Amira.

*************************************************************************

Amira mencapai troli lalu menuju masuk ke dalam pasaraya. Hakim mengekorinya dari belakang merapati langkah Amira.

Puan Murni yang suka dengan pemandangan yang dilihatnya berkata kepada suaminya , “Tengok tu. Saya tahu Mira pandai ambil hati anak kita.”

Encik Abdullah mengangguk tanda setuju , “Sememangnya pilihan ibubapa lah yang terbaik buat anak-anaknya.”

Amira yang rimas dengan sikap Hakim yang asyik menyendeng dengannya berkata , “Awak ni kenapa? Buang tabiat ke?”.

Hakim tersenyum nakal lalu dia menarik lengan isterinya menuju ke rak makanan kering.

Amira melayan saja karenah suaminya yang mula berubah sikap. Sikap pemalu suaminya yang dikenalinya semasa kecil tidak kelihatan lagi dalam diri Aiman Hakim. Namun, sikap tanggungjawab dan perhatian yang ditunjukkan itu membuatkan hati Diana Amira tidak menentu. Walaupun Aiman Hakim berkelakuan baik dengannya , namun hatinya masih belum menerima diri Aiman Hakim sepenuhnya. Dia juga turut merasakan bahawa Aiman Hakim memikirkan mengenai perkara yang sama.

Dia dah boleh terima aku sebagai isteri dia ke?’, bisik hati kecil Amira.

*************************************************************************

Penatnya...”, Amira melabuhkan punggungnya di atas katil sebaik sahaja dia keluar dari bilik mandi.

*knock knock*

Pintu bilik tidur Amira diketuk dari luar , dia bangun lalu membuka pintu biliknya.

“Boleh saya masuk?”, soal Hakim yang kini sedang berdiri di hadapan biliknya.

“Buat apa?”, soal Amira.

“Boleh la.. Bilik saya panas.”

“Aircond rosak ke?”

Aiman Hakim menjungkit bahunya.

Amira menggelengkan kepala , “Tak boleh. Dah jum turun.” Amira menutup pintu biliknya lalu menarik lengan Aiman Hakim menuruni anak tangga.

Awak nak air?”, Amira melepaskan lengan Hakim lalu menuju ke dapur.

Hakim melabuhkan punggungnya duduk di atas sofa. “Kenapa tak kasi saya masuk bilik awak?”

Amira yang muncul dari dapur membawakan dua gelas jus oren ditangannya , “Sebab itu bilik saya. Bukan bilik awak.”, dihulurnya segelas cawan kepada suaminya.

Kenapa ni?”, soal Amira sebaik sahaja melihat wajah Aiman Hakim yang masam mencuka.

“Sebelum ni boleh je.”, balas Hakim pendek tidak mahu memanjangkan cerita.

“Darurat. Awak yang pandai-pandai masuk dalam bilik saya.”

“Dah. Tak nak cakap pasal tu lagi.”, putus Hakim.

Mmm, okay.”, angguk Amira kemudian duduk di atas permaidani mengadap skrin televisyen.

“Awak.”, panggil Hakim lembut.

“Mmm.”

Aiman Hakim terdiam lama.

Diana Amira memalingkan mukanya memandang ke arah Hakim , “Kenapa?”

Aiman Hakim menyusun ayat , “Sebelum ni ada boyfriend?”, gagap Hakim mula menyoal kepada Diana Amira.

Amira terdiam lama. “Mmm. Takde kot.”

“Kenapa kot pulak?”

“Takde. Takde sape nak kat saya ni. Tak nak la jawab soalan ni. Saya tak suka bercerita fasal ni.”

Aiman Hakim terdiam lagi. “Awak. Kenapa awak setuju dengan perkahwinan kita ni?”

“Sebab mak dengan abah yang suruh.”, jawab Amira ringkas.

“Itu je?”

Amira mengangguk , “Kenapa awak tanya soalan-soalan ni?”

Awak takde soalan nak tanya saya ke?”, soal Hakim.

“Awak ade girlfriend ke sebelum ni? Dah lama kenal? Siapa nama dia? Buat apa sekarang? Contact lagi? Tinggal kat mana? Cantik tak?”, soal Amira bertubi-tubi ke arah Aiman Hakim.

“Sayang!”

Amira tersentap dengan panggilan itu. “Ke..kenapa?”, gagap Amira.

Aiman Hakim hampir sahaja ingin menghamburkan tawa apabila melihat isterinya begitu terkejut ketika dia memanggil Amira dengan panggilan sayang.

“Dah tengok tv tu.”, arah Hakim yang masih cuba menahan gelaknya.

*************************************************************************

Keesokan paginya Amira keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik tidur Aiman Hakim. Belum sempat tangannya cuba mengetuk piintu bilik tersebut , Aiman Hakim terlebih dahulu membukanya dari dalam.

“Dah bangun rupanya.”

“Mestilah. Hari ni kan saya nak masuk kerja.”, balas Hakim sambil tangan kirinya memegang beg komputer dan tangan kanannya memegang tali leher.

Awak. Nak makan?”, soal Amira.

Saya tak lapar.”, jawab Hakim lalu menutup pintu biliknya.

“Betulker ni? Saya tak masak apa-apa lagi ni.”, soal Amira lagi.

Aiman Hakim menghulurkan seutas tali leher kepada Amira , “Pakaikan.”

Amira terkejut dengan permintaan Hakim , “Ha?”

“Saya nak isteri saya pakaikan tali leher ni untuk saya.”

“Tapi.. saya tak tahu.”

Hakim memandang isterinya lama cuba beralah , “Yelah. Nanti awak belajar tau.”

Mereka berdua menuruni anak tangga perlahan-lahan.

Tengah hari nanti saya balik. Awak masak tau.”, pesan Hakim.

“Baik bos!”, balas Amira tersenyum.


Dengan pantas Aiman Hakim mengucup pipi kanan Amira sebelum dia berjalan menuju ke pintu kereta sambil tersenyum. Perbuatan yang mengejutkan itu membuatkan Amira terkedu.

Bersambung...

p/s : Annyeong!


1 comment:

Mira_Othman said...

ok2x. Bestlahhh! >.<
Suka cerita akak! =D <3