Friday 13 June 2014

Aku Cinta Padamu : Part 25


Aku Cinta Padamu : Part 24

Di pejabat Fakhrul Izwan.

‘Rindu kat orang tu.’ – pesanan ringkas dihantar oleh Fakhrul Izwan.

Beberapa minit kemudian , ‘Rindu jugak. Tengah busy ni.’

‘Sorry , jangan lupa lunch date kita. Love you.’ – Fakhrul Izwan menghantar pesanan ringkas itu sekali lagi.

‘Okay, tak lupa. Bye. <3.’ – pesanan diterima dari isteri kesayangan.

Berbunga-bunga hati Fakhrul Izwan kerana hati Farah Hanim dapat ditawannya dengan penuh sabar. Alhamdulillah , dia akan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik buat Farah Hanim kerana sudi berkahwin dengannya.

Tiba sahaja waktu makan tengah hari , Fakhrul Izwan keluar dari bilik pejabat menuju ke kereta. Hatinya terpanggil-panggil untuk membeli sejambak bunga untuk Farah Hanim. Dia juga tertanya-tanya bunga apakah yang disukai Farah Hanim namun saat terpandangkan mawar putih , Fakhrul Izwan dapat merasakan bahawa isteri kesayangannya itu sama seperti mawar putih. Cantik dan suci.

‘Saya lewat 15 minit. Awak order lah dulu okay. Sorry.’ – pesanan ringkas dari Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menunggu di sebuah kafe di berdekatan dengan bangunan tempat kerja Farah Hanim. Diperhatikannya langit bertukar menjadi mendung menunjukkan tanda-tanda hujan ingin turun. Tidak lama kemudian, hujan lebat pun turun membasahi bumi.

“Fakhrul?”

Fakhrul Izwan memandang ke arah tuan empunya suara.

“You buat apa kat sini?”

“Awak ni siapa?”, soal Fakhrul Izwan yang tidak mengenali perempuan yang mukanya seperti kacukan cina itu.

Tanpa dipelawa perempuan tersebut mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Fakhrul Izwan. “Fakhrul , I rindu you.”, kata perempuan tersebut sambil memaut lengan kanan Fakhrul Izwan.

“Eh , kenapa you ni?” , Fakhrul Izwan mula tidak senang duduk. Perempuan yang tidak dikenalinya itu tiba-tiba saja datang kepadanya.

Akibat rimas dengan perbuatan perempuan tersebut yang tiba-tiba saja bermesra dengan dirinya , Fakhrul Izwan lantas bangun dari tempat duduk. “Anim!?”, luah Fakhrul Izwan sebaik saja dia melihat sekujur tubuh Farah Hanim di muka pintu kafe tersebut.

Farah Hanim yang baru saja masuk ke dalam kafe tersebut beberapa minit yang lalu bersama sekaki payung di tangan kirinya terpaku dengan situasi yang dihadapinya. Dia melihat Fakhrul Izwan layan perempuan yang seksi dimatanya dengan mesra. Ingin saja Farah Hanim menitiskan air mata di situ tapi dia cuba mengawal emosinya.

“Anim.. saya.. saya tak kenal dia ni.”, gagap Fakhrul Izwan.

Dalam keadaan hujan yang sedikit lebat Farah Hanim terus keluar dari kafe tersebut bersama payungnya. Fakhrul Izwan terus mengejar Farah Hanim dari arah belakang.

Hatinya sedih. Tidak disangka oleh Farah Hanim bahawa selama ini Fakhrul Izwan bermain dengan perempuan lain dibelakangnya.

“Anim!”, Fakhrul Izwan menarik lengan Farah Hanim.

Kini mereka berdua saling mengadap. Farah Hanim menundukkan muka , air matanya mengalir perlahan.

“Anim , saya tak kenal perempuan tu. Dia.. tiba-tiba je datang.”, jelas Fakhrul Izwan.

Tangan kanannya masih teguh memegang payung yang melindunginya dari hujan. Farah Hanim tidak berkata apa-apa. Inilah pengalaman yang pertama kali dihadapi dalam hidupnya , pertama kali dia dapat rasa apa itu cinta , pertama kali hatinya berbunga-bunga tapi tidak sampai sehari perasaan bahagianya itu hancur akibat Fakhrul Izwan berlaku curang dengannya. Curang? Ya. Fakhrul Izwan berlaku curang dengannya kerana bermesra dengan perempuan lain di luar pengetahuannya.

Farah Hanim tidak berkata apa-apa , dia berlalu pergi meninggalkan Fakhrul Izwan yang sudahpun kuyup dibasahi dengan air hujan.

**************************************************************************

Selepas mandi dan menunaikan solat Isyak , Farah Hanim terperuk di dalam bilik. Duduk dalam keadaan memeluk kedua-dua lututnya di atas katil.

‘Kenapa..? Salah aku ke tak layan dia dengan baik? Salah aku ke?’, bisik hati kecil Farah Hanim yang mula menyalahkan dirinya sendiri.

‘Mungkin.. sebab aku tak bagi apa yang dia nak, sebab tu la dia cari perempuan lain.’, Farah Hanim membuat andaian.

‘Tapi.. aku... aku kan masih isteri dia, mana boleh dia buat macam tu kat aku.’, kata Farah Hanim mula meraup wajah.

‘Kan dia dah janji , dia sanggup tunggu aku. Kalau dia sayangkan aku, cintakan aku, dia takkan buat macam ni.’, sedih hati Farah Hanim.

*knock knock*

Pintu bilik Farah Hanim diketuk. Farah Hanim yang menyedari pintu biliknya diketuk , cepat-cepat dia menarik selimut berpura-pura tidur. Dia tidak mahu bersemuka dan bercakap dengan Fakhrul Izwan.

“Anim..”, panggil Fakhrul Izwan. Tombol pintu cuba dipulas , tidak berkunci. Pintu bilik dibuka perlahan , Fakhrul Izwan melangkah masuk ke dalam bilik Farah Hanim yang hanya bercahayakan lampu tidur.

“Awak dah tidur ke?”, soal Fakhrul Izwan sambil memandang Farah Hanim yang terbaring di atas katil.

Tubuh Farah Hanim kaku tidak bergerak.

Fakhrul Izwan mengeluh. Apabila melihat Farah Hanim yang sedang tidur lena di atas katil , Fakhrul Izwan tidak sampai hati untuk mengejut wanita tersebut bangun dari tidur untuk berbincang. Fakhrul Izwan duduk di atas katil sambil merenung wajah Farah Hanim.

‘Aduhhh.. yang duduk kat situ pulak dah kenapa..cepat la keluar!!!’, jerit Farah Hanim di dalam hati.

Fakhrul Izwan terperasan bebola mata Farah Hanim bergerak-gerak. Hatinya tersenyum.

‘Tolonglah keluar... Please, please, please!’, rayu Farah Hanim. Tapi hanya di dalam hati.

Fakhrul Izwan dapat rasakan bahawa Farah Hanim berpura-pura tidur. Otaknya ligat berfikir untuk mengenakan Farah Hanim yang menipu dengan tidur.

Chu~

Sebuah ciuman penuh kasih sayang dari Fakhrul Izwan dihadiahkan buat Farah Hanim di dahi. Farah Hanim yang terkejut dengan perbuatan Fakhrul Izwan terus saja membuka matanya.

“Ooo..pura-pura tidur eh..”, kata Fakhrul Izwan tersenyum.

Farah Hanim terus saja bangun dari pembaringan , “Mana ada.”

“Nak tipu lagi tu.?”

Farah Hanim mencebik , “Siapa tipu siapa sebenarnya ni?”

Fakhrul Izwan menelan liur.

Farah Hanim membuang pandang ke tempat lain.

“Awak tak percaya saya ke Anim?”

“Baru kenal awak dua bulan. So, saya tak tahu nak percaya atau tak.”

Fakhrul Izwan mengeluh , “Trust me Anim. Saya memang tak kenal dia. Perempuan tu tiba-tiba je datang lepas tu duduk kat sebelah saya.”

“Entahlah.”

“Anim..”, panggil Fakhrul Izwan sambil memegang tangan Farah Hanim. “Sayang.. look at me please.”

‘Eeee... kalau hari-hari macam ni, aku pun boleh cair.’, bisik hati Farah Hanim. “Jangan panggil sayang-sayang, geli tahu tak?”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Saya tak rasa geli pun panggil awak sayang. So, awak tak boleh rasa geli kalau saya panggil awak sayang.”

Farah Hanim mencebik.

“Kalau awak tak percayakan saya, siapa lagi?”

“Perempuan tu la!”

Fakhrul Izwan mengeluh lagi , “Please jangan macam ni. Percayalah yang saya memang tak kenal dia.”

“Dah tu, kemain mesra lagi dia peluk awak sana sini, tak kenal apa nya?”

“What do you mean peluk sana sini? Dia.. cuma.. pegang tangan je. Kami bukannya buat apa-apa pun.”, terang Fakhrul Izwan.

‘Suka la tu perempuan seksi pegang-pegang tangan dia.’, getus Farah Hanim. “Dah la, saya nak tidur. Jangan kacau.”, putus Farah Hanim kemudiannya menarik selimutnya semula dan baring membelakangkan Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan memerhati tindakan Farah Hanim , “Selagi awak tak percaya cakap saya , saya takkan keluar dari sini.”

Farah Hanim tidak memberi respon.

“Okay fine , saya tidur sini.”, putus Fakhrul Izwan.

Serta merta Farah Hanim bangun dari pembaringan , “Kenapa dengan awak ni? Nak paksa-paksa orang pulak.”

“Bestnya tidur sini.”, kata Fakhrul Izwan yang sudah terbaring di atas katil.

“Besok saya kena bangun awal, so please. Jangan kacau saya tidur.”, pinta Farah Hanim kepada Fakhrul Izwan yang sudah menutup mata.

Fakhrul Izwan tidak memberi respon.

“Okay fine. Suka hati awaklah.”, putus Farah Hanim kemudiannya bangun dari katil ingin keluar dari bilik tersebut.

Fakhrul Izwan segera bangun , “Nak pergi mana tu?”

“Mana-mana je lah.”, kata Farah Hanim sebelum hilang dari muka pintu.

Fakhrul Izwan bangun dari katil menyusul langkah Farah Hanim. Dia menuruni anak tangga mencari bayang isterinya itu. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu bilik ditutup. Fakhrul Izwan segera berpaling melihat ke tingkat atas.

Hatinya tersenyum pahit. Farah Hanim masih belum mahu mempercayai kata-katanya.

Keesokan paginya , selepas menyediakan sarapan Farah Hanim bertolak ke tempat kerja lebih awal daripada yang biasa. Melihatkan Fakhrul Izwan yang masih belum turun , dia membuat keputusan untuk meninggalkan pesanan di atas sekeping kertas dan diselitkan di bawah pinggan.

Jam di tangan menunjukkan jam 10:05 pagi.

Hati Farah Hanim mula merasakan tidak sedap hati mengenai Fakhrul Izwan. Dia diselubungi rasa bersalah kerana meninggalkan Fakhrul Izwan begitu saja pagi tadi.

‘Tapi.. aku kan dah tulis nota, dia tak baca ke?’, bisik hati Farah Hanim. ‘Selalunya dia akan hantar mesej ajak makan, mana dia ni?’

Tepat jam 1 petang. Farah Hanim masih belum menerima apa-apa mesej dari Fakhrul Izwan. Hatinya resah lalu dia menghantar pesanan ringkas kepada Fakhrul Izwan.

‘Awak busy ke?’ – pesanan dihantar.

“Anim, tak keluar makan ke?”, soal Nur Maisara.

“Aku join boleh?”

Nur Maisara menarik lengan Farah Hanim , “Jom aje lah. Abang sayang sibuk eh?”

Farah Hanim tersenyum kelat.

Kafe makan.

“Sejak jadi isteri ni, kawan baik kita dah jarang nak lepak sama-sama.”, kata Farid.

“Sorry la Farid , aku busy sampai nak lawat kau keluar hospital pun tak sempat.”, luah Farah Hanim.

“Tu la kau , kecik hati aku tau. Nasib baik la awek aku ada sudi jaga aku.”, tambah Farid.

Farah Hanim tersenyum , “Sorry laaa. Haritu pun aku tak sempat nak borak dengan awek kau. Dia kerja apa?”

“Nurse. Kat hospital JB.”

“Ooo.. Jadi orang JB la pas ni.”, sampuk Hafiz.

Mata Farah Hanim terpandangkan sesuatu. Seorang perempuan berbaju kemeja merah yang duduk berhadapan mereka selang dua tiga buah meja menarik perhatiannya.  ‘Tu kan perempuan yang dengan Iwan semalam?’

Tidak lama kemudian , perempuan tersebut didatangi pula oleh seorang perempuan berambut panjang mengurai dengan sunglasses biru.

Hati Farah Hanim tiba-tiba menjadi penasaran , “Korang, aku nak pergi toilet jap.” Perlahan-lahan kaki Farah Hanim melangkah menuju ke arah tandas perempuan. Dia mengambil jalan jauh semata-mata ingin mengetahui perbualan perempuan yang dilihatnya semalam dengan wanita cantik tinggi macam model itu.

“You jangan risau. Isteri Fakhrul dah tangkap yang suami dia curang dengan I.”

“You are not lying right?”, kata perempuan berambut panjang itu teruja.

Mata Farah Hanim membulat. Rupa-rupanya , perempuan itu memang sengaja ingin memusnahkan rumah tangganya.

“Lepas ni, I tak payah risau lagi dah. Fakhrul Izwan tak akan dapat hidup dengan tenang selagi ada you yang sanggup tolong I.”, luah wanita bercermin mata itu lagi.

Dari jauh Farah Hanim dapat melihat kedua-dua wanita yang sedang berborak rancak itu gembira dengan rancangan mereka.

‘Jadi.. perempuan tu memang saja nak kacau hidup aku dengan Iwan?’, getus hati Farah Hanim sedikit marah. Itu juga bermakna bahawa Fakhrul Izwan tidak berlaku curang dengannya , suaminya itu diperangkap.


bersambung...

p/s : Penat.

4 comments:

Anizz Annisa said...

wah dh semakin mncabar jalan crite nie.. xsabar nk tggu next bab..

Cik nadya said...

jaatnya perempuan nii.. eee
xsbrnyaa nk tggu sambungan :)

atie zakaria said...

ada jugak yg dengki dgn fakhrul and farah..

nnt nk bc the next episode.. good luck with new semm :)

Unknown said...

waaa bestnya cerita ni, x sabar nak tunggu next episod.. cepat2 sambung tau n good luck!!