Sunday 20 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 2


Aku Cinta Padamu : Part 2

“Sabar ye sayang. Kita pergi hospital jumpa Dr.Nina ye sayang.”, Mama Hanim cuba menenangkan keadaan anaknya yang sedang berada dalam kesakitan.

Dr.Nina memasuki ke ruang bilik wad Farah Hanim sambil membawa keputusan ujian X-Ray di tangannya.

“Macam mana Nina?”, soal Papa Hanim, En.Razali.

“Berdasarkan keputusan ujian X-Ray, bahu kiri Hanim mengalami hentakan yang kuat.

Mama Hanim, Puan Alia menutup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangannya sambil melihat Farah Hanim yang sedang nyenyak tidur. “Serius ke Nina?”

“Akak jangan risau. InsyaAllah, 2-3 bulan lagi keadaan Farah Hanim akan pulih.”, jawab doktor itu cuba menenangkan hati kedua-dua orang tua Farah Hanim.

“Syukur Alhamdulillah.”, ucap En.Razali lega.

Puan Alia mengenggam erat tangan kanan anaknya itu sambil tidak putus-putus memanjatkan doa kepada yang Maha Berkuasa agar anak kesayangannya itu cepat-cepat disembuhkan.

En.Razali mendekati Puan Alia sambil menyentuh bahu isterinya itu , “Abang pergi hantar Mak Kiah, Farid dan Hafiz ni balik dulu ya. Apa-apa hal tolong call abang okay.”, pesan En.Razali.

Puan Alia mengangguk perlahan.

“Mak Kiah pergi dulu ye. Besok Mak Kiah bawakkan makanan untuk Anim.”, kata Mak Kiah sebelum meninggalkan bilik pesakit tersebut.

“Kami pergi dulu mak cik. Besok kami datang tengok Anim lagi.”, kata Farid.

Puan Alia, “Terima kasih ya semua.”

****************************************************************************

Fakhrul Izwan meraup wajahnya.

“Adik kau tak kan apa-apa.”, pujuk Dato’ Rahim.

“Ibu takkan salahkan Iwan, ibu tahu Iwan sayangkan adik. Adik takkan apa-apa.”, pujuk Datin Ruby pula.

Seorang doktor lelaki keluar dari wad pesakit , “Dato’ Rahim?”

“Ye saya.”

“Good news, anak Dato’ tidak mengalami apa-apa kecederaan. Cuma luka kecil di pergelangan tangan dan kaki. Anak Dato’ mungkin terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya, sebab itu la dia pengsan. InsyaAllah nanti dia akan sedar.”, terang doktor tersebut.

“Alhamdulillah.”, Datin Ruby memanjatkan kesyukurannya kepada Ilahi.

“Kalau tak disebabkan seorang budak perempuan tu yang selamatkan anak kita , mungkin kita takkan rasa selega ini.”, kata Dato’ Rahim.

“Kita hutang nyawa dengan dia ayah.”, luah Fakhrul Izwan.

Datin Ruby mengangguk setuju.

“Ibu, Ayah..kita cari budak yang selamatkan Isha ye nanti.”, tambah Fakhrul Izwan lagi.

“Pasti Iwan. Kita mesti kena cari dia.”, kata Datin Ruby.

“Oh ya, ni gelang tangan yang ada dalam genggaman anak puan tadi.”, doktor tersebut menghulurkan gelang tangan silver tersebut kepada Datin Ruby.

Fakhrul Izwan terus menuju ke bilik adiknya yang ditempatkan untuk beristirehat. “Maafkan abang sebab tak jaga adik elok-elok. Lepas ni abang takkan cuai lagi.”

****************************************************************************

Farah Hanim mengerutkan dahi. Dahinya berpeluh, lehernya basah. Puan Alia tersedar apabila tubuh Farah Hanim bergerak-gerak lalu cuba memanggil nama anaknya, “Anim..kenapa ni? Mama kat sini sayang..”.

Farah Hanim masih mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah dia mengalami mimpi yang amat buruk dan menakutkan. Puan Alia memegang tubuh anaknya yang sedang menggigil ketakutan itu dan tidak henti-henti dia memanggil nama anaknya , Anim.

“Anim... Anim... Bangun sayang...”, panggil Puan Alia cuba mengejutkan Farah Hanim dari tidur.

Farah Hanim terus membuka mata lalu dia memeluk erat mamanya yang berada di sisi.

“Jangan takut sayang. Mama ada kat sini ye sayang.”, Puan Alia cuba menenangkan keadaan Farah Hanim yang masih menggigil dan tidak menentu nafasnya itu.

“Anim takut ma.. Budak kecik tu tak sedarkan diri. Salah Anim ma.. salah Anim..”, perlahan-lahan Farah Hanim mula menitiskan air matanya.

“Bukan sayang, bukan salah sesiapa. Tenang ye sayang. Cerita pada mama sayang. Apa dah berlaku ni?”, soal Puan Alia ingin tahu.

Farah Hanim melepaskan pelukannya.

“Cerita pada mama sayang.”

Farah Hanim mengesat air matanya , “Budak perempuan tu. Anim cuma nak tolong dia. Tapi... bila Anim bangun , Anim tengok budak tu dah tak sedarkan diri. Anim takut ma.”

“Tolong apa sayang?”

“Ada sebuah kereta hampir-hampir nak langgar dia, sebab tu la Anim nak tolong dia ma. Tapi Anim tak tahu pulak akan jadi macam ni ma.”, Farah Hanim menitiskan air matanya sekali lagi. Deras.

Puan Alia kembali memeluk erat anaknya, “Shhhh. Bukan salah Anim, niat kita cuma nak tolong orang sayang.”

****************************************************************************

Sebulan kemudian..
Suasana di dalam rumah Vila Harmoni.

Fakhrul Izwan dan kedua orang tuanya sedang bersiap untuk menyambut ulang tahun Farisha Aulia yang ke 9 tahun. Sementara menunggu puteri kesayangan mereka bangun dari tidur, masing-masing menyibukkan diri membuat persiapan sepenuhnya di ruang meja makan bersama belon-belon kecil berwarna putih, ros putih kegemaran Farisha Aulia.

“Selamat pagi ibu...ayah...abang Iwan..”, ucap Farisha Aulia sambil menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Suasana sepi.

Farisha Aulia kehairanan , “Ibu... ayah...? Mak cik Ipah??”

*pop pop*

“Happy birthday to you.... Happy birthday to you.. Happy birthday to Farisha.. Happy birthday to you..” , nyanyi Dato’ Rahim, Datin Ruby dan Fakhrul Izwan bersama-sama.

Farisha Aulia tersenyum dan menepuk tangan sebaik sahaja keluarga tersayang menghabiskan nyanyian mereka. “Thank you ibu, ayah, abang Iwan..”.

Datin Ruby memeluk erat puteri kecilnya , “Sama-sama sayang. Happy birthday.”

“Jom ke dapur, Mak Cik Ipah dah siap masak makanan favourite Isha.”, pelawa Dato’ Rahim membawa mereka bertiga ke ruang meja makan.

Di meja makan.

“Cantik sangat. Thank you.....”, luah Farisha Aulia manja.

Fakhrul Izwan tersenyum melihat adik kesayangannya gembira , “Isha nak hadiah apa dari abang?”

“Hmmm.. tak pikir lagi. Nanti Isha bagitau abang eh.”

“Jangan lupa tuntut tau. Abang ni cepat lupa, kang tak fefasal orang tu merajuk macam tahun lepas.”

“Pasti tuntut punya lah!”, balas Farisha Aulia semangat.

****************************************************************************

Begitulah keadaan Farah Hanim menjalani hari-hari yang mendatang. Rasa bersalahnya terhadap kejadian tersebut tidak dapat dibendung. Sering sahaja menyalahkan dirinya sendiri sehingga tidak lalu makan dan tidak ingin melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah. Farid dan Hafiz yang selama ini menjadi teman penghibur juga tidak dapat memujuk hatinya untuk menikmati kehidupan di dunia luar.

Mak Kiah mengetuk pintu bilik Farah Hanim dari luar. Seperti biasa, tidak akan ada suara yang menyahut. Farah Hanim masih tidak bangun dari tidurnya.

“Anim sayang. Bangun nak.”, panggil Mak Kiah yang sedang membawa semangkuk bubur bersama segelas air masak ke dalam bilik.

Farah Hanim membuka kelopak matanya perlahan sambil matanya berkedip-kedip buka tutup kemamaian.

“Meh Mak Kiah bawa Anim pergi bilik air.”

Farah Hanim tersenyum kecil , “Tak pe lah Mak Kiah, biar Anim pergi sendiri. Mak Kiah tunggu kejap eh.”. Farah Hanim bangun dari tempat pembaringan berjalan menuju ke bilik air.

Mak Kiah memerhati saja tubuh Farah Hanim yang kian menyusut menuju ke pintu bilik air. Tidak lama kemudian, Farah Hanim muncul dari muka pintu selepas menggosok gigi dan membasuh mukanya.

“Dah segar?”, soal Mak Kiah.

“Dah, Mak Kiah. Terima kasih.”

Farah Hanim mengambil semangkuk bubur yang dihulurkan oleh Mak Kiah kepadanya. Perlahan-lahan dia menyuapkan sesudu dua bubur ke dalam mulut. “Sedap Mak Kiah , tapi Anim dah kenyang ni.”

“Anim makan apa sampai dah kenyang ni? Dulu dua mangkuk bubur Mak Kiah, Anim boleh habiskan sekaligus.”, kata Mak Kiah.

Farah Hanim tersebut , “Anim takde selera lah Mak Kiah.”

“Mak Kiah risau tengok badan Anim dah susut banyak sangat ni. Makan lah nak.”

Farah Hanim tersengih kecil , “Bagus la ni Mak Kiah, nanti senang nak cari laki. Kan Mak Kiah pernah cakap dulu.”

“Eh dia ni. Main-mainkan kita pulak ye.”

Farah Hanim meletakkan mangkuk yang dipegangnya di atas meja lampu sebelah kirinya , “Serius ni Mak Kiah.”

“Ade ade je kamu ni.”, Mak Kiah terhibur melihat Farah Hanim yang kini sudah kembali kepada perwatakan asalnya yang suka bergurau dan bermanja dengannya.

Farah Hanim teringatkan sesuatu , “Mak Kiah, Anim baru teringat. Mak Kiah ada nampak tak gelang yang Anim selalu pakai kat tangan ni dulu?”, sambil menunjukkan pergelangan tangan kirinya.

Mak Kiah mengerutkan dahinya , “Aah la. Dulu pernah la nampak. Selepas kejadian tu Mak Kiah dah tak nampak lagi. Mungkin hilang masa Anim terjatuh dulu kot.?”

Farah Hanim mengeluh , “Gelang tu papa yang belikan masa dia pergi Paris dulu.”

“Sudah takde rezeki nak. Nak cari balik puun, benda dah lama. Mungkin dah ada orang yang ambil.”, kata Mak Kiah.

Farah Hanim terdiam.

“Kenapa ni?”, soal Mak Kiah.

“Anim.. Anim nak cari budak tu.”, gagap Farah Hanim.

bersambung...

p/s : Kyaaaaa~~ Nantikan part 3 pulakkk. Ngee.
Dont forget to donate me dearest! Thanks.



1 comment:

Amang said...

I LOVE YOU SO MUCH..