Thursday, 29 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 22


Aku Cinta Padamu : Part 21

“Assalamualaikum, hello.”, jawab Farah Hanim.

“Hello? Siapa ni?”, suara seorang wanita kedengaran di hujung talian.

“Encik Fakhrul Izwan pergi toilet nanti dia call balik eh.”

“Eh kejap kejap. U ni perempuan tak malu yang dah rampas Fakhrul dari I tu kan?”, soal Intan marah-marah.

Farah Hanim yang tersentak mendengar pertanyaan tersebut lantas mengingati wajah Intan yang pernah menjadi teman wanita Fakhrul Izwan.

“Eh, you dengar sini , I dah mengandungkan anak suami U!!”

Telefon bimbit yang dipegang Farah Hanim dirampas oleh Fakhrul Izwan yang ternyata sedang marah dengan perbuatan Farah Hanim yang menjawab panggilan telefon tanpa kebenarannya.

Farah Hanim yang terkejut dengan situasi tersebut tidak dapat beriak apa-apa. Fikirannya kosong. Tangannya ditarik kuat oleh Fakhrul Izwan menuju ke kereta.

“Kenapa awak usik barang saya? Kan saya dah cakap dekat awak, saya tak suka orang lain sentuh barang-barang saya terutamanya telefon bimbit saya!!”, luah Fakhrul Izwan yang sedang marah.

Farah Hanim terdiam.

Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu Fakhrul Izwan sampai di hadapan bangunan tempat Farah Hanim bekerja.

Di tempat kerja Farah Hanim.

Fikiran Farah Hanim tidak tenang. Berkali-kali dia cuba menelefon Fakhrul Izwan untuk bertanyakan hal tersebut , namun panggilannya tidak berjawab. Emosinya terganggu dengan bait-bait perkataan yang didengarnya semasa menjawab panggilan telefon daripada Intan tadi.

Tepat jam 9 malam, Farah Hanim menunggu Fakhrul Izwan datang menjemputnya pulang dari tempat kerja. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi guruh dan kilat sabung menyabung. Hujan turun dengan lebat kemudiannya. Tidak semena-mena air mata Farah Hanim bercucuran turun dengan laju seperti air hujan yang jatuh membasahi bumi.

“Cik Farah?”, tegur seorang lelaki.

Farah Hanim mengesat air matanya.

“Buat apa sorang-sorang kat sini?”, tanya lelaki tersebut.

“Saya tunggu suami saya.”, balasnya perlahan.

Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Afiq melihat keadaan sekeliling , “Tapi, dah lewat ni. Awak tak call encik suami ke?”

“Anim.”, kedengaran suara seorang lelaki memanggilnya.

Farah Hanim melihat ke arah suara tersebut.

Lelaki tersebut mendekati Farah Hanim sambil membawa payung di tangannya.

“Saya pergi dulu Afiq.”, kata Farah Hanim kemudiannya mendekati Fakhrul Izwan.

Pinggang Farah Hanim dirangkul erat , kemudian Fakhrul Izwan dan Farah Hanim sama-sama berjalan menuju ke kereta. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di rumah.

Ruang tamu.

“Siapa lelaki tadi?”, soal Fakhrul Izwan sebaik sahaja mereka berdua berada di ruang tamu.

“Kawan office.”, gagap Farah Hanim.

“Kemain suka lagi saya tengok awak dengan budak tu.”, tebak Fakhrul Izwan bukan-bukan.

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan , “Apa awak cakap ni?”

“Kalau saya tak datang tadi, mesti awak ikut laki tu balik kan?”

Farah Hanim bengang , “Kenapa dengan awak ni? Jangan reka cerita yang bukan-bukan boleh tak?”

Fakhrul Izwan melemparkan kunci kereta bengang kemudiannya dia berlalu menuju ke anak tangga dan mengurung diri di bilik tidurnya.

Farah Hanim terkejut dengan tindakan Fakhrul Izwan yang tiba-tiba mahu naik angin. ‘Aku tau la dia marah , tapi.. aku kan berhak untuk marah jugak.’

Selepas mandi membersihkan diri dari air hujan yang membasahi tubuhnya sedikit dan solat isyak , hati Farah Hanim tergerak untuk melihat keadaan Fakhrul Izwan.

*knock knock*

“Masuk.”

Farah Hanim melangkahkan kakinya masuk ke dalam ruang bilik Fakhrul Izwan. “Awak dah mandi? Tadi awak basah kuyup.”, tanya Farah Hanim.

Fakhrul Izwan yang duduk di atas sofa tidak menjawab.

Farah Hanim mendekatkan diri , “Awak marah lagi ke?”

Senyap. Tiada jawapan yang diberi oleh Fakhrul Izwan.

“Mmm kalau awak marah lagi dengan saya, saya keluar dulu eh. Kita cakap lepas awak dah sejuk nanti.”, kata Farah Hanim kemudiannya mengundurkan diri.

Terkejut Farah Hanim apabila merasakan badan belakangnya basah. Dirinya kini dipeluk erat oleh Fakhrul Izwan. Lelaki tersebut merangkul pinggangnya erat membuatkan Farah Hanim tergamam dengan perbuatan lelaki itu. Dia cuba melonggarkan pelukan tersebut namun Fakhrul Izwan semakin memeluknya dengan erat.

“A..A..awak dah tak marah lagi ke?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tidak menjawab.

“Sa..sa.. saya mintak maaf kalau saya buat awak marah tadi. Saya nak bagitau awak yang Afiq tu kawan office je. Takkan tu pun nak jealous?”, tanya Farah Hanim.

Fakhrul Izwan masih lagi dengan keadaannya yang bisu tidak berkata apa-apa.

‘Eh dia ni, bila aku tanya, jawab tu boleh tak?’ , Farah Hanim melonggarkan pelukan “Dah la kalau tak nak...”

Fakhrul Izwan  merangkul pinggang Farah Hanim semula semasa perempuan itu cuba beredar. Farah Hanim terkesima dengan tindakan Fakhrul Izwan memeluknya lagi.  ‘Sekali lagi? Gila aku gila!’, getus hati Farah Hanim. Kini dia merasakan seolah-olah dia dapat dengar degupan jantung Fakhrul Izwan apabila mereka saling berpelukan.

“Maafkan saya. Saya salah, saya tak sepatutnya tuduh awak bukan-bukan , i’m sorry.”, luah Fakhrul Izwan kecewa.

Farah Hanim menarik nafas sedalamnya , perlahan-lahan dia mengumpul keberaniannya untuk bersemuka dengan Fakhrul Izwan. Bahu Fakhrul Izwan ditolak , “Bila marah boleh tuduh sesuka hati? Bila nak mintak maaf, sesuka hati je nak peluk orang. Macam tu?”

Fakhrul Izwan tertunduk.

“Dengan sikap awak yang macam ni, boleh buat saya gila tahu tak Fakhrul Izwan?”, luah Farah Hanim kemudiannya beredar.

Fakhrul Izwan tersengih kecil.

****************************************************************************

Di bilik tidur tetamu.

Farah Hanim menutup pintu sekuatnya. Dia berdiri membelakangkan pintu dan bersandar sambil memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang sepertimana yang dirasakan sebelum ini apabila Fakhrul Izwan mendekatkan diri kepadanya.

“Arghh, kalau tak gila, mungkin aku akan sawan agaknya.”, getus Farah Hanim perlahan.

Farah Hanim tiba-tiba saja terkenangkan Intan. ‘Betul ke apa yang Intan cakap tadi tu? Tapi.. aku.. Aku mana boleh assume macam tu je.’, Farah Hanim mula berasa tidak sedap hati.

‘Takkan nak tanya dia sekarang kot?’, soal hatinya lagi. Beberapa minit kemudian , Farah Hanim ingin keluar dari biliknya untuk minum air di dapur. Sebaik saja dia keluar dari bilik, dilihatnya Fakhrul Izwan juga baru keluar dari bilik.

Masing-masing berasa janggal.

Farah Hanim berlalu saja tidak mempedulikan Fakhrul Izwan yang melihatnya. Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan juga menyusul dari belakang mengikuti langkah Farah Hanim ke dapur.

Segelas air masak diteguknya habis , Farah Hanim memandang ke arah Fakhrul Izwan yang setia berdiri di sebelah memandangnya , “Kenapa ni? Penyakit gila datang lagi?”


Fakhrul Izwan tersenyum , “Saya nak awak terjangkit sama.”

Farah Hanim mencebik kemudiannya berlalu menuju ke ruang tamu. Sekali lagi , langkah wanita itu disusuli dari belakang oleh Fakhrul Izwan.

“Saya mintak maaf pasal semalam, saya ingatkan emergency call sebab banyak kali dia call awak, sebab tu la saya angkat.”, kata Farah Hanim.

Fakhrul Izwan mendiamkan diri.

“Saya tak nak la tuduh awak bukan-bukan, tapi..”

“Apa Intan cakap dekat awak?”

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan , “Dia cakap.. dia mengandungkan anak awak.”

Fakhrul Izwan tersengih.

“Betul ke?”, soal Farah Hanim.

“Awak percaya cakap dia?”

“Saya takkan tanya awak fasal ni kalau saya percaya dia.”, jawab Farah Hanim.

“Itu anak Darren bukan saya. Intan saja nak runtuhkan rumah tangga kita, dia tak nak tengok saya bahagia dengan awak.”, jelas Fakhrul Izwan.

“Kenapa dia nak buat macam tu? Bukan ke dia yang curang dengan awak?”

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Sebab Darren dah tinggalkan dia.”

Farah Hanim menganggukkan kepala.

“Apa-apa je cakap orang luar, awak jangan percaya okay?”, pesan Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mencebik.

Fakhrul Izwan mengerut dahi , “Sorry okay fasal tadi. Saya marah sangat tadi. Saya tak suka awak rapat dengan lelaki lain.”

“Saya pun manusia, saya ada mulut, saya berhak bercakap dengan sesiapa je. Lagipun bukannya kami buat apa-apa.”, balas Farah Hanim.

Fakhrul Izwan mengambil tempat duduknya di sebelah Farah Hanim , “Sorry okay?”


“Apa-apa je lah. Benda kecik pun nak mengamuk. Dah la saya nak tidur.”, kata Farah Hanim kemudiannya menaiki anak tangga masuk ke dalam biliknya.

****************************************************************************

 Vila Harmoni.

Farisha Aulia tidak senang duduk sejak jam 11 pagi , getusnya , “Mana Kak Anim tak sampai-sampai lagi ni. Bukannya jauh sangat pun.”

“Kejap lagi sampai la tu.”, balas Datin Ruby.

Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan kediaman Vila Harmoni.

Farisha Aulia yang tidak sabar untuk bertemu dengan kakak kesayangan segera berlari menjenguk di muka pintu , “Kak Anim!”

Farah Hanim yang baru keluar dari perut kereta tersenyum gembira melihat Farisha Aulia , “Isha...!!”

Mereka berdua saling berpelukan mesra. “Rindunya kat Kak Anim.”

“Akak pun rindu Isha jugak, sorry sebab kebelakangan ni macam-macam hal yang timbul.  Tu yang jarang datang tu. Isha sihat tak ni? Kenapa makin kurus ni?”, cerita Farah Hanim.

Farisha Aulia tergelak kecil , “Isha tengah diet la Kak Anim.”

“Diet apanya, dah elok dah ni. Tak payah diet-diet dah.. jealous akak nanti.”, gurau Farah Hanim.

“Abang ni macam mana? Takde sape yang nak rindu ke?”, sampuk Fakhrul Izwan.

Farisha Aulia mendekati abangnya lalu memeluk abang kesayangannya itu , “Rindu jugak, tapi Isha lagi rindu dengan Kak Anim.”

“Eh, buat apa lama-lama kat luar tu, masuk dalam cepat.”, arah Datin Ruby yang muncul di muka pintu.

Tidak lama kemudian mereka bertiga pun masuk ke dalam rumah dan berehat di ruang tamu.

“Ibu sihat?”, soal Farah Hanim sambil menyalami tangan ibu mertuanya itu.

Datin Ruby tersenyum , “Sihat je Anim. Anim macam mana? Sihat tak? Loya-loya ke?”

Tergamam Fakhrul Izwan dan Farah Hanim mendengar soalan Datin Ruby.

“Ayah mana bu?”, soal Fakhrul Izwan cuba ubah tajuk.

“Minggu ni dia busy, tapi dia pesan kat ibu, kalau dia dah selesai jumpa dengan CEO Datuk Haris tu , dia akan pulang cepat.”, kata Datin Ruby.

“Datin... makanan dah siap hidang.”, kata Mak Ipah yang baru datang dari dapur.

“Mak Ipah sihat?”, soal Farah Hanim.

Mak Ipah tersenyum , “Sihat nak, terima kasih.”

“Jom makan.”, pelawa Farisha Aulia.

Di meja makan.

“Bila kamu berdua nak ambil cuti panjang ni?”, soal Datin Ruby.

Farah Hanim memandang wajah Datin Ruby.

“Kenapa bu?”, soal Fakhrul Izwan.

Datin Ruby tersenyum , “Buat-buat lupa pulak kamu ni. Pergi bulan madu la. Tak rancang lagi nak pergi mana ke Anim?”

Terbatuk Farah Hanim mendengar pertanyaan Datin Ruby. Farisha Aulia segera menghulurkan segelas air kosong untuk Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Belum lagi bu. Sekarang ni macam-macam hal , tunggu semua settle dulu.”

“Mmm tak pe lah macam tu , kalau boleh cepat-cepat lah ambil cuti tu. Ibu dah tak sabar nak timang cucu ni.”, kata Datin Ruby tersenyum lebar.

Farah Hanim hanya mampu tersenyum kelat.

bersambung..

p/s : Lagi dua minggu nak masuk kolej daa.. huwaaaa


4 comments:

Anizz Annisa said...

nasib baik tak perang kan.. cool je settle masalah pasal intan tu.. bijak2..hihi.. wah dah nk masuk kolej.. take care.. :)

Saeful Zain said...

hwaiting,gigih buat novel, dh blh publish dh nih

call me ziana said...

best2 hihi

Addinscha said...

Nice. Suke ahh bace cerita ni :)
Thumbs up. Teruskan usaha :)