Wednesday 14 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 16


Aku Cinta Padamu : Part 16

Fakhrul Izwan menggelengkan kepalanya apabila teringatkan kenangan malam perkahwinannya. Dia memanjangkan leher mengintai Farah Hanim yang berada di dapur. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke dapur , “Awak nak masak apa?”, soal Fakhrul Izwan yang sedang melihat Farah Hanim menyiang ikan.

“Entah. Tunggu ajelah hasilnya nanti.”, balas Farah Hanim.

“Mmmmm.”, Fakhrul Izwan teragak-agak untuk bercakap.

“Kenapa?”

“Saya bosan ni.”

Farah Hanim tidak mempedulikan Fakhrul Izwan.

“Berdosa tau kalau isteri buat tak peduli dekat suami.”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim yang sudah siap menyiang ikan mengambil gelas lalu menuju ke peti ais dan menuang air sejuk lalu diletakkan di hadapan Fakhrul Izwan yang sedang berdiri disebelah kabinet dapur.

Fakhrul Izwan tersenyum lalu air sejuk yang diberikan oleh isterinya diteguk habis. “Mmm sedap. Rasa manis.”, kata Fakhrul Izwan tersenyum.

“Sindir?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Mana ada.”

Suasana kembali sepi. Farah Hanim masih lagi berhati-hati dalam menyiapkan makanan tengah hari.

“Badan sakit ni. Lenguh la tidur atas katil semalam.”, omel Fakhrul Izwan cuba menarik perhatian.

‘Ihh. Tak sampai dua hari aku hidup dengan dia dah bermacam-macam pe’el.’, getus hati Farah Hanim.

“Boleh tak tolong picitkan bahu ni?”, pinta Fakhrul Izwan.

“Saya tengah sibuk ni kan.”, balas Farah Hanim.

Monyok muka Fakhrul Izwan. “Lepas awak siap masak, tolong urutkan saya eh?”, kata Fakhrul Izwan kemudiannya berlalu menuju ke ruang tamu.

‘Lemas! Lemas!’.

**************************************************************************

Satu jam kemudian semua hidangan telah siap. Beberapa minit saja lagi jam menunjukkan jam 1. Farah Hanim kemudiannya mengemas dan membersihkan dapur selepas semua makanan terhidang di atas meja.

“Dah siap?”, muncul Fakhrul Izwan tiba membuatkan Farah Hanim terkejut.

Luluh jatuh Farah Hanim apabila dirinya disergah sedemikian , “Nak apa?”

“Urutkan badan ni.”, pinta Fakhrul Izwan manja.

“Memang anak teruna Dato’ Rahim ni sikap dia manja eh?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan pura-pura berfikir , “Rasanya selepas berkahwin dia jadi macam tu kot.”

Farah Hanim mencebik bibir.

“Assalamualaikum..”, suara Farisha Aulia berkumandang dari ruang tamu.

Farah Hanim merasakan dirinya selamat.

“Waalaikumussalam.”, jawab Farah Hanim meninggalkan Fakhrul Izwan di dapur.

“Kak Anim dah siap masak?”, soal Farisha Aulia.

“Sudah. Lapar ke? Jom makan sekarang.”, ajak Farah Hanim.

Dato’ Rahim, Datin Ruby, Farah Hanim dan Farisha Aulia sama-sama menuju ke dapur.

“Iwan ada tolong Anim tak?”, soal Dato’ Rahim.

“Ayah.. Semua benda Anim yang buatkan , Iwan tengok tv je tadi.”, tanpa segan silu Fakhrul Izwan mengaku.

“Ishh kamu ni. Tak baik tau buli Anim. Dia kan isteri kamu.”, kata Datin Ruby membela Farah Hanim.

“Tak pe lah bu. Bukan selalu.... Dah jom makan.”, sampuk Farah Hanim tidak mahu memanjangkan cerita.

**************************************************************************

Begitulah hari-hari yang seterusnya , Fakhrul Izwan masih lagi tidur di atas sofa setiap malam. Walaupun Farah Hanim mencadangkan agar mereka bertukar tempat tidur selang sehari , namun Fakhrul Izwan tidak mahu membiarkan Farah Hanim tidur di atas sofa.

Keesokan paginya seperti kebiasaannya , Farah Hanim meluangkan masanya membaca novel inggeris bersebelahan dengan kolam ikan milik Dato’ Rahim.

“Morning.”, lembut suara Fakhrul Izwan menegur Farah Hanim yang sedang khusyuk membaca novel.

“Mmm.”, balas Farah Hanim pendek.

“ ‘Mmm’ je? Sweetnya bini Fakhrul Izwan ni kan.”, sindir Fakhrul Izwan. Fakhrul Izwan menongkat dagu dengan tangan kanannya memerhatikan Farah Hanim yang sedang membaca.

Farah Hanim memperbetulkan kedudukan tidak selesa.

Fakhrul Izwan tersenyum kecil melihat gelagat Farah Hanim.

“Awak nak apa pagi-pagi buta ni?”, soal Farah Hanim yang kemudiannya menutup buku dan membuka cermin matanya memandang ke arah Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan tidak berganjak dari kedudukan.

“Hello....”, tegur Farah Hanim sakit hati melihat Fakhrul Izwan yang tidak mempedulikan pertanyaannya.

Fakhrul Izwan masih lagi tidak berkelip mata memandang Farah Hanim.

“Okay bye.”, putus Farah Hanim yang kini diselubungi rasa sebal terhadap tindakan Fakhrul Izwan.

Tangannya pantas dipaut Fakhrul Izwan , “Duduklah dulu.”

Farah Hanim mencebik bibirnya protes.

“Saya nak ceritakan satu kisah benar ni. Nak dengar tak?”, tanya Fakhrul Izwan.

“Cepatlah.”, jawab Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersengih melihat sikap Farah Hanim. “ Ceritanya macam ni. Anna seorang perempuan yang boleh tahan rupa dia, kerap datang ke rumah Andy untuk menghantar makanan. Memang dari dulu Anna memang berniat hanya untuk menolong hidup Andy yang susah. Awalnya , masing-masing tak pernah ada perasaan cinta atau sayang , tapi satu hari tu Anna menghantar makanan kegemaran Andy ke rumah. Selepas makan makanan tersebut , hati Andy menjadi cair dan dia mula menaruh hati terhadap Anna.”

‘Mesti cerita reka-reka sendiri ni.’, detik hati Farah Hanim. “Sebab Anna selalu hantar makanan kat dia je?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan mengangguk , “ Sebagai tanda terima kasih , Andy mengajak Anna pergi ke sebuah tempat kesukaannya. Kawasan air terjun yang hanya diketahui oleh Andy seorang saja. Sampai je kat sana mereka berdua bermain air. Tanpa disengajakan , Andy terlanggar bahu Anna dan Anna pun terjatuh ke dalam air terjun. Disebabkan Anna tak tahu berenang, dia menjerit-jerit meminta tolong dari Andy. Andy yang terkejut segera terjun untuk menyelamatkan Anna yang tidak tahu berenang. Selepas Anna berjaya diselamatkan , Andy meminta maaf atas kecuaiannya dan cerita tersebut diakhiri dengan kiss dari Andy untuk Anna.”

Muka Farah Hanim jadi merah padam apabila mendengar pengakhiran cerita dari Fakhrul Izwan. “Moral of the story?”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Saja je nak cerita.”

“Ape ni?.”

“Best betul dapat luangkan masa dengan isteri pagi-pagi macam ni kan?”, kata Fakhrul Izwan gembira.

“Eh.. dia ni....”, omel Farah Hanim kemudiannya berlalu pergi dari tempat pembacaannya.

**************************************************************************

Ruang tamu Vila Harmoni.

“Ayah dah bincang dengan ibu kamu. Petang nanti kita pergi Mid Juniey tengok rumah kamu berdua.”, kata Dato’ Rahim selepas dia menjawab panggilan telefon di luar rumah.

“Ayah.. kan Iwan dah cakap, Iwan yang akan cari sendiri rumah kami. Iwan dah jumpa satu site tu , cuma tak berpeluang nak bawak Anim pergi sana lagi.”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim bagaikan tidak percaya apabila Fakhrul Izwan sudahpun membuat pilihan untuk memiliki rumah sendiri. Bila difikirkan balik, hatinya kembali lega kerana bila berada di rumah mertuanya, Fakhrul Izwan tidak henti-henti dengan sikapnya yang ingin bermanja. Farah Hanim tidak dapat menolak permintaan Fakhrul Izwan di hadapan mertuanya. Kesemua rentak yang dimainkan Fakhrul Izwan diikuti saja.

“Betul ke ini?”, soal Datin Ruby inginkan kepastian.

“Betul bu. Iwan cadang nak bawa Anim pergi tengok rumah tu besok.”, terang Fakhrul Izwan.

“Ikut!! Isha nak ikut. Cantik tak bang?”, sampuk Farisha Aulia.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Boleh. Semua kena ikut tengok rumah Iwan dengan Anim besok. Iwan dah call papa  ajak mama sekali ikut kita besok.”

‘Call papa? Kenapa papa tak inform pun?’, rengus Farah Hanim.

Malam. Bilik tidur Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

“Kenapa tak pernah cerita pun?”, soal Farah Hanim sebaik sahaja Fakhrul Izwan keluar dari pintu bilik air.

“Cerita apa?”, soal Fakhrul Izwan semula.

“Rumah awak tu la.”, kata Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersengih , “Sebelum ni saya nak cerita je. Tapi bila masuk bilik je awak dah tidur. Macam mana nak story.”

“Salah saya la ni?”

“Tak lah. Salah saya.”

“Sindir lagi?”

“Sensitif jugak anak pak cik Razali ni.”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan geram. “Dah la, nak tidur.”, kata Farah Hanim kemudiannya menuju ke katil.

“Goodnight. Have a sweet dream.”, ucap Fakhrul Izwan sebelum menutup lampu bilik.

**************************************************************************

Keesokannya mereka semua berangkat menuju ke kawasan perumahan di KK-Town. Kawasan perumahan yang bakal dihuni oleh Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

Kini mereka semua sudah berada di hadapan rumah yang bakal dihuni oleh pasangan suami isteri Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

‘Wahhhh. Cantiknya...’, kagum Farah Hanim dalam hati.

“Wahhhhh. Abang Iwan, cantiknya.”, luah Farisha Aulia.

Rumah dua tingkat serba putih itu sangat menarik hati Farisha Aulia yang memang gemarkan warna putih. Kemudian mereka dipelawa masuk untuk melihat isi rumah tersebut. Farah Hanim tidak bercakap banyak , janggal rasanya apabila memikirkan dia akan tinggal berdua dengan Fakhrul Izwan di dalam rumah tersebut.

“Kolam dalam rumah???”, jerit Farisha Aulia yang ternyata sungguh menyukai akan rekaan rumah yang dipilih abangnya.

Sebahagian daripada isi rumah tersebut telah pun diisi dengan beberapa buah perabot keperluan asas. Hiasan rumah selebihnya Fakhrul Izwan ingin membiarkan Farah Hanim yang tentukannya. Farah Hanim kan adalah isterinya , jadi dia ingin membiarkan tanggungjawab menghias rumah tersebut kepada pasangannya.

“Ini bilik tidur Iwan dan Anim. Sebelah sana bakal bilik baby kami , yang lagi dua tu bilik tetamu dan stor.”, jelas Fakhrul Izwan.

Muka Farah Hanim menjadi merah sebaik sahaja Fakhrul Izwan menyebut mengenai bakal bilik bayi mereka yang entah bila akan ada penghuninya.

“Urusan pembelian semua dah selesai. Besok dah boleh pindah sikit-sikit.”, kata Fakhrul Izwan.

“Tengok tu, dah tak sabar nak berdua dengan isteri dia bang.”, kata Datin Ruby.

“Mestilah bu. Jealous pulak Isha.”, tambah Farisha Aulia.

Puan Alia merapati Farisha Aulia , “Isha, masa ni la kita kena biarkan dorang bulan madu. Kalau tak ke overseas pun, dalam rumah pun boleh, kan Datin?”.

Datin Ruby mengangguk setuju.

**************************************************************************

Cuti kini berbaki lagi dua hari. Semua barang keperluan Fakhrul Izwan dan Farah Hanim telah pun dipindahkan ke rumah mereka di KK-Town.

“Arghhhhhhhhh.....”, kedengaran suara Farah Hanim menjerit dari tingkat atas.

Fakhrul Izwan yang terkejut mendengar jeritan Farah Hanim segera mendapatkan isterinya di tingkat atas , “Anim , kenapa ni???”

Objek putih yang membulat di atas katil diperhatikan Fakhrul Izwan yang berada di atas katil. “Anim.. Anim..”, panggil Fakhrul Izwan. Bayang Farah Hanim tidak kelihatan di bilik tetamu tersebut tapi Fakhrul Izwan yakin objek putih yang berselimut di atas katil itu adalah isterinya.

Objek putih yang berada di atas katil didekatinya , “Anim.. Anim. Kenapa ni?”, panggil Fakhrul Izwan kemudiannya menyelak selimut. ‘Bantal? Mana Anim?’, soal hatinya.

“Apa awak buat kat sini?”, soal Farah Hanim yang berdiri di muka pintu.

Fakhrul Izwan menoleh ke arah belakangnya , “Saya dengar awak jerit tadi.”

Farah Hanim mengerutkan dahi , “Bila masa? Saya yang dengar macam awak jerit tadi.”

“Mana ada saya jerit.”, nafi Fakhrul Izwan.

“Arghhhhhhhhh...!!!”, suara jeritan itu kedengaran sekali lagi.

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim saling berpandangan. Kemudian masing-masing memandang ke arah bantal putih yang berselimut itu. Fakhrul Izwan mencari arah bunyi di sebalik bantal-bantal yang dikumpul bersama di atas katil itu. Perakam suara berwarna hitam yang berada di atas katil diambilnya. “Isha!”, beritahu Fakhrul Izwan kepada Farah Hanim.

Farah Hanim menarik nafas lega.

“Nak kena budak sorang ni.”, kata Fakhrul Izwan sedikit geram dan geli hati terhadap perbuatan adiknya yang suka mengusik. Bunyi alarm yang sengaja diubah ringtone nya.

**************************************************************************

Di ruang dapur rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

“Awak nak masak ape tu?”, soal Fakhrul Izwan yang sedang melihat Farah Hanim yang sedang sibuk di dapur.

“Megi. Awak nak tak?”, jawab Farah Hanim.

‘Megi je?’, detik hati kecilnya. “Mmm boleh la.”, kata Fakhrul Izwan yang tidak ada pilihan. Betul juga, mereka baru sahaja berpindah, barang keperluan dapur juga belum dibeli lagi. Fakhrul Izwan sudah mengajak Farah Hanim makan di luar tetapi Farah Hanim malas untuk bersiap-siap keluar dari rumah alasannya dia penat.

Tidak lama kemudian Fakhrul Izwan dipanggil oleh Farah Hanim untuk menikmati makan malam mereka di dapur.

“Megi pun megi lah.. Orang ajak keluar , dia tak nak makan.”, kata Fakhrul Izwan yang kini sudah duduk di atas kerusi.

“Saya penatlah. Nak rehat.”, jawab Farah Hanim.

“Masak megi tak penat eh?”

“Kalau masak megi pun penat, bermasalah la orang tu.”, perli Farah Hanim.

Fakhrul Izwan memulakan makan , “Besok kita pergi beli barang dapur nak?”

“Mmm.”

“Orang cakap, kalau nak mengorat isteri, isi dapur rumah mesti kena penuh. Betul ke?”, soal Fakhrul Izwan cuba mengusik.

Farah Hanim menganggukkan kepala , “Betul lah tu.”

“Nak.. nak kalau isteri yang pandai memasak macam Anim ni kan?”, soal Fakhrul Izwan lagi.

Farah Hanim tersenyum kecil , “Tahu takpe.”

“Eh eh. Pandai angkat bakul sendiri rupanya..”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan sekilas , “Bukan saya yang puji diri sendiri.”

Hati Fakhrul Izwan menjadi senang melihatkan senyuman terukir dibibir Farah Hanim. Itu bermakna Farah Hanim bukanlah seorang perempuan yang pendiam yang dikenalinya sebelum ini. Mungkin perempuan itu sudah dapat menerima dirinya.

bersambung..

p/s : fuh... percaya atau tak percaya, cerita niyh memang panjang gilaa.. Nia pun tak tahu bila lah cerita ni nak habis.. hahaah.


8 comments:

Unknown said...

nia yang tulis ke??pandai ek...kreatif...:)

LeenNajib said...

Salam. singgah sebentar and membaca di sat hehe :)

Unknown said...

wow;.. mcm novel dah.. hehe.. tulis novel ke? :D

Caca said...

waaa...bestnye...xsbar nk tggu smbung cter nih :)

mamamursyid said...

singgah sini

Dunia Zumal said...

Best datang sini dapat baca kisah ni... Menanti sambungan seterusnya :)

Intan Saffyna said...

hi,anda ditag :)

http://intansaffyna.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-shalimar.html

Anizz Annisa said...

alahaiiiii sweeetnyeee... nia, bile nak abes nie?? tggu sampai dye dapat anak ke?? alahaiii seronokk..berangan2 dah pasal ending cite nie..hihi