Saturday, 3 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 9

Aku Cinta Padamu : Part 9

Farah Hanim melihat ke arah gelang tangan yang dihulurkan oleh Farisha Aulia.

“Tu, gelang Kak Anim kan?”

Farah Hanim memerhatikan gelang tangan tersebut dengan teliti , “Aah la. Ni gelang yang ayah Kak Anim belikan kat Paris dulu.”

Farisha Aulia tersenyum.

“Mana Isha dapat ni?”

“Ibu cakap mungkin gelang ni terjatuh masa Kak Anim selamatkan Isha dulu.”, cerita Farisha Aulia. “Meh sini Isha pakaikan.”

Farisha Aulia memakaikan gelang tangan yang asalnya milik Farah Hanim yang disimpannya selama ini kepada si pemilik gelang tersebut.

“Thanks Isha.”

“Anim....Isha..”, kedengaran suara Datin Ruby memanggil mereka berdua dari tingkat bawah.

Mereka berdua turun dari katil lalu keluar menuju ke pintu bilik. Semasa Farah Hanim membuka pintu bilik untuk keluar, kelihatan Fakhrul Izwan melintas di hadapannya tanpa memandang ke arah kiri dan kanan.

Tanpa mempedulikan apa-apa , Farah Hanim dan Farisha Aulia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

“Mari kita pulang.”, ajak En.Razali.

“Terima kasih ya Dato’ , Datin sebab sudi menjemput kami.”, ucap Puan Alia.

“Sama-sama. Nanti kita akan jadi keluarga besar juga tak lama lagi.”, tersenyum lebar Datin Ruby berbicara.

Semua tetamu dihantar pulang sehingga di pintu rumah. Tidak lama kemudian Farah Hanim , keluarganya serta Farid dan Hafiz pulang ke rumah masing-masing.

“Apa maksud ibu kita akan jadi keluarga besar nanti?”, soal Farisha Aulia.

“Ibu kamu dah berkenan dengan Kakak Anim kamu tu.”, cerita Dato’ Rahim.

Farisha Aulia mengerutkan dahi , “Maksudnya?”

“Tak lama lagi, ibu nak Kakak Anim kamu jadi ahli keluarga tetap kita.”, tambah Datin Ruby yang senyumannya tidak pernah lekang dari bibir.

“Kakak ipar? Ibu nak Kak Anim kahwin dengan Abang Iwan?”, kini wajah Farisha Aulia pula yang mengukirkan senyuman gembira.

**************************************************************************

Di kediaman rumah En.Razali.

Pagi Sabtu selepas subuh, Farah Hanim tidak seperti kebiasaannya yang lepak di halaman rumah sambil membaca novel-novel inggeris. Hari ini dia bersiap-siap dengan pakaian sukan dengan niat untuk mengikut ayahnya berjoging di tempat biasa.

“Anim nak pergi mana ni?”, soal En.Razali.

“Ikut papa joging boleh?”

En.Razali tersenyum, “Elok sangatlah tu. Dah lama tak ikut papa joging. Tu mama kamu pun tiba-tiba nak ikut papa joging hari ni.”

“Dah lama tak exercise pa. Asyik busy dengan life kerja je.”, kata Farah Hanim.

Di taman rekreasi.

“Ahhhh, rindunya dengan pokok-pokok kat sini.”, luah Farah Hanim kemudiannya menghirup udara segar di taman rekreasi itu semahunya.

“Anim gerak dulu tau. Papa kena temankan mama, orang yang tak pernah berjoging macam mama kamu ni lambat sikit geraknya.”, usik En.Razali kepada Puan Alia.

“Apa abang ni.”, rajuk Puan Alia.

“Okay pa. Mama, Anim gerak dulu okay.”, kata Farah Hanim selepas selesai membuat regangan sebelum masuk ke dalam taman rekreasi yang dipenuhi pokok-pokok hijau.

Farah Hanim memulakan langkahnya dengan berlari-lari perlahan sambil menikmati keindahan alam yang terdapat disekelilingnya.

‘Eh, itu kan pak cik Rahim.’, detik hati Farah Hanim apabila melihat seorang lelaki tua yang sedang berehat di sebuah kerusi tidak jauh dari pemandangannya. Perlahan-lahan Farah Hanim mendekati Dato’ Rahim yang sedang berehat itu.

“Pak cik.”, panggil Farah Hanim.

Lelaki tua yang perasan dirinya dipanggil seseorang mencari arah suara tersebut , “Eh. Anim.”

“Dah lama ke pak cik kat sini?”, soal Farah Hanim.

“Aah. Ni yang tengah rehat ni. Sorang je ke?”

Farah Hanim menggeleng , “Papa dengan mama pun ada. Kat belakang tu. Kejap lagi muncul la. Pak cik?”

“Pak cik datang dengan Iwan. Pak cik buat dua round je. Dia nak buat lima katanya.”, cerita Dato’ Rahim.

Farah Hanim terbeliak membuka mata mendengar lima pusingan yang ingin dibuat oleh Fakhrul Izwan. ‘Wah.. fit betul ni. Aku rasa Farid pun paling tinggi suka buat tiga round je.’, detik hati Farah Hanim.

“Dato’!”, panggil En.Razali kini yang sudah mendekatkan diri dengan Dato’ Rahim dan Farah Hanim.

“Pak cik borak la dulu eh. Anim nak teruskan joging ni. Jumpa nanti.”, kata Farah Hanim kemudiannya meneruskan tujuan asalnya.

**************************************************************************

Selepas membuat pusingan buat kali kedua, Farah Hanim berhenti dan mula berjalan. Dinikmatinya lagi udara segar yang ada disekelilingnya.

“Nikmat nampak.”, tegur seorang lelaki dari arah belakang.

Farah Hanim menoleh ke arah belakangnya , “Eh.”

“Eh? Maksudnya?”

“Dah cukup 5 round ke?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Dah jumpa ayah la ni.”

Kini Farah Hanim dan Fakhrul Izwan berjalan beriringan.

“Sorry.”, ucap Farah Hanim.

“Untuk?”

“Mesti awak tak suka saya rapat dengan adik awak kan?.”

“Mmm, boleh dikatakan macam tu la.”, jujur Fakhrul Izwan membuat pengakuan.

Farah Hanim terdiam.

“Itu dulu. Tapi sekarang saya dah boleh terima kot.”, tambah Fakhrul Izwan lagi.

Farah Hanim lega mendengarnya.

“Tak datang dengan boyfriend ke?”, soal Fakhrul Izwan tiba-tiba.

“Boy friend?”. ‘Maksudnya.. Apis dengan Farid ke?’, soal Farah Hanim dalam hati.

Fakhrul Izwan mengangguk , “Ye la, selalunya awek kan suka pakwe dia teman kan awek dia pergi ke mana-mana je.”

Farah Hanim geli hati , “Maksudnya Apis dengan Farid ke?”

“Kalau bukan dorang, ada yang lain ke?”

Farah Hanim menghamburkan tawa kecil , “Dorang berdua tu cuma kawan je la. Since tadika lagi.”

Entah mengapa hati Fakhrul Izwan lega mendengarnya , “Oh. Macam tu ke.”

Farah Hanim sudah dapat melihat bayang Dato’ Rahim, En.Razali dan Puan Alia yang sedang berdiri di pintu masuk taman rekreasi.

“Macam mana boleh terserempak dengan Iwan?”, soal Dato’ Rahim.

“Kat dalam tadi.”, jawab Farah Hanim.

“Jom pergi minum. Saya belanja.”, En.Razali mempelawa.

**************************************************************************

Di pejabat Fakhrul Izwan.

“Baby....”, wajah Intan terpacul di muka pintu pejabat Fakhrul Izwan.

“Intan.”, jawab Fakhrul Izwan acuh tak acuh.

“I nak ajak you lunch dengan I hari ni. Kita dah lama tak dating..”, manja Intan.

Fakhrul Izwan menjadi serba tidak kena , hatinya ingin menolak pelawa Intan yang mengajaknya makan di luar , “I busy lah sayang.”

Intan mencebik , “Baby, sejak akhir-akhir ni you selalu nak elak dari I. You ada perempuan lain eh? Siapa perempuan tu?”

Fakhrul Izwan tersentak mendengar tuduhan Intan , “Apa you cakap ni sayang?”

“Fakhrul. I akan cari perempuan tu sampai dapat kalau you betul-betul main dekat belakang I.”, ugut Intan geram.

“Okay okay, jom kita keluar makan. No big deal okay?”, Fakhrul Izwan mengalah. Kerjanya yang melambak di pejabat terpaksa ditinggalkan untuk melayan kerenah Intan.

Intan gembira kerana berhasil membuatkan Fakhrul Izwan keluar makan tengah hari dengannya, sesungguhnya selama dia meninggalkan Fakhrul Izwan selama dua tahun demi meneruskan kariernya sebagai model di luar negara , jarang sekali dia dapat berbual dengan Fakhrul Izwan melalui telefon.

Intan memaut lengan Fakhrul Izwan , “Baby.. I rindu you tau. Dah seminggu I balik, you jarang nak luangkan masa dengan I.”

Fakhrul Izwan mula berasa tidak selesa melihatkan pekerja bawahannya yang mula memandang , “I... I rindu jugak. Lepas tangan ni dulu. Tak manis la pekerja I tengok ni.”

Intan melonggarkan pautan lengannya , “Bi....”. Intan menghentakkan kaki nya dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki lalu mengejar bayang Fakhrul Izwan yang berjalan laju menuju ke lif.

**************************************************************************

Farah Hanim, Nur Maisara dan Farid meluangkan masa makan tengah hari bersama-sama di sebuah restoran berdekatan dengan tempat kerja mereka.

“Mai dah ada yang punya ke?”, soal Farid mula mengeluarkan ekornya.

“Farid. Aku dah nampak ekor kau melibas-libas macam buaya kat belakang tu.”, usik Farah Hanim.

“Apa kau cakap ni Nim...”, kata Farid segan.

Nur Maisara tersenyum sambil meneruskan makannya.

“Apis dengan Mai la.”, kata Farah Hanim.

Farid melopong , “Mohd Hafiz Kamarudin Haji Ali?”

Farah Hanim tersenyum melihat muka Farid yang konon terkejut itu , “Yes. Our bestfriend.”

“Perghh, sampai hati Apis tak pernah bagi tahu aku. Kata aku ni kawan dunia akhirat.”

Farah Hanim tergelak kecil , “Chill la Farid. Ramai lagi bunga kat luar tu tunggu kau. Tunggu kau petik je.”

Muka Farid yang awalnya ‘frust’ kembali mengukir senyuman , “Aah. Betul jugak. Setuju!”

Farah Hanim menolak kerusi yang diduduknya sedikit ke belakang , “Aku pergi toilet jap.” Farah Hanim berlalu meninggalkan Farid dan Nur Maisara berdua di meja makan.

Dahi Farid mula berkerut , sepasang matanya tertangkap bayang wajah orang yang dikenalinya.

Nur Maisara yang hairan melihat Farid mula mencari pandangan yang dipandang Farid , “Spot awek cun ke?”

“Eh. Tak la.”

“Awek orang tu Farid.”

“Fikir aku gila nak rebut awek orang?”

Nur Maisara menjungkitkan bahu.

“Laki tu. Aku kenal dia. Abang Isha adik kesayangan si Anim tu.”, cerita Farid.

“Serious ahh?”, soal Nur Maisara tidak percaya.

“Terpulanglah kalau tak nak percaya. Tunggu Anim balik dari toilet.  Boleh tanya dia.”, kata Farid.

Tidak lama kemudian Farah Hanim keluar dari tandas perempuan dengan tergesa-gesa kerana dia baru teringat bahawa dia perlu menghantar laporan kewangan syarikat kepada bosnya Datin Mastura sebelum jam dua petang. Dalam keadaan kelam kabut, tanpa disengajakan dia terlanggar bahu seorang wanita yang melintas dihadapannya.


‘Aduh’, aduh Farah Hanim di dalam hati.

bersambung..

p/s : sorry lambat post. rasa macam busy je. heheh


3 comments:

Anizz Annisa said...

yeay!! cinta nk berputik.. tu la dulu xsuke kn..skrg dlm senyap iwan suke anim..huhu.. bestt.. tggu entry bru lg.. :)

Nur Hanan Aqilah :) said...

singgah :)

sinuha said...

Hi, You've been tag on my Liebster Award!
Let's Join :)
http://sinuhadentist.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html