Sunday 25 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 21


Aku Cinta Padamu : Part 20

Keesokan paginya.

*knock knock*

Ketukan pintu tidak berjawab membuatkan Fakhrul Izwan nekad untuk membuka pintu bilik Farah Hanim. Dilihatnya Farah Hanim masih lena tidur di atas katil. “Anim.. tak nak kerja ke hari ni?”, soal Fakhrul Izwan.

Tubuh Farah Hanim masih kejap di atas katil.

“Anim...”, panggil Fakhrul Izwan kemudiannya memegang tangan Farah Hanim. Panas. Fakhrul Izwan menjadi panik , kini dia cuba memegang dahi dan leher Farah Hanim. Kedua-duanya panas, Farah Hanim tidak sedarkan diri walaupun dah berkali-kali dipanggil Fakhrul Izwan.

Tubuh Farah Hanim didukung oleh Fakhrul Izwan. Perlahan-lahan lelaki tersebut mengangkat isterinya menuruni anak tangga dan meletakkan tubuh isterinya yang lemah itu ke dalam kereta. Segala keperluan yang diperlukan diambilnya sebelum mengunci pintu rumah.

Klinik Dr.Liza And Friends.

“Macam mana isteri saya doktor?”, soal Fakhrul Izwan sebaik sahaja seorang doktor perempuan selesai memeriksa keadaan isterinya.

“Hanya demam biasa. Berdasarkan pemeriksaan saya, isteri encik tidak menjaga pemakanannya dan dia juga dilihat seperti kekurangan tidur yang menyebabkan badannya menjadi letih. Saya sarankan, bila di rumah nanti , encik dapat menyediakan makanan yang membolehkan dia bertenaga semula. Selain itu, waktu tidur dia juga harus dijaga.”, pesan doktor tersebut.

Di rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.
Bilik tidur Farah Hanim.

Farah Hanim terjaga dari tidurnya , kepalanya masih pening. Dilihatnya Fakhrul Izwan juga turut tertidur di atas sofa. Perlahan-lahan dia bangun dari katil untuk menuju ke bilik air tanpa disedari oleh Fakhrul Izwan. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki tersebut kerana dia merasakan terlampau besar budi yang dicurahkan lelaki tersebut kepadanya.

Digagahkan badan yang lemah itu bangun untuk menuju ke bilik air.

Tangannya di pegang , Farah Hanim terkejut melihat Fakhrul Izwan yang berada di sisi.

“Kenapa tak kejutkan saya?”

“Saya tak nak susahkan awak.”

“Susah apa nya , saya kan suami awak Anim.”

Farah Hanim tersenyum lemah.

Fakhrul Izwan memapah Farah Hanim menuju ke bilik air. Dibantunya Farah Hanim membasuh muka dan memberus gigi. Dirinya tiba-tiba senyum sendirian.

Farah Hanim yang tersedar dengan reaksi aneh Fakhrul Izwan bertanya , “Awak gelakkan saya eh?”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Tak de lah.”

“Lawak ke saya basuh muka?”

Fakhrul Izwan mencubit pipi Farah Hanim yang bersabun itu lembut , “Awak nak tahu sesuatu tak?”

“Apa?”, soal Farah Hanim yang masih memandang ke arah Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Tu.”

Farah Hanim mengerutkan keningnya , “Apa?”

“Awak sedar tak awak basuh muka dengan Colgate?”

Farah Hanim membuntangkan mata , “Ha?”

Fakhrul Izwan mula gelak besar melihat reaksi Farah Hanim yang terkejut dengan gurauannya , “Gurau je lah.”

“Eeee, awak ni. Jangan la main-main.”, bentak Farah Hanim manja.

Berbunga hati Fakhrul Izwan melihat aksi manja Farah Hanim. Ingin saja dia memeluk perempuan tersebut lalu menciumnya. Tuala kecil dihulurkan kepada Farah Hanim.

Farah Hanim mengelap wajahnya yang basah itu dengan tuala kecil yang dihulurkan Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan menggeleng kepala , “Tahu bersihkan muka atau tak ni?” , Fakhrul Izwan mengambil tuala kecil dari tangan Farah Hanim lalu membantunya mengeringkan muka.

“Saya boleh buat sendiri la.”, kata Farah Hanim cuba mengelak. Hatinya tergugat dengan sikap baik Fakhrul Izwan melayannya.

Fakhrul Izwan tidak membenarkan Farah Hanim merampas tuala dari tangannya , “Biarla saya tolong, awak kan sakit. Doktor pesan suruh saya tengok-tengokkan awak.”

“Ye lah tu.”, jawab Farah Hanim tidak mempercayai Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan mengeringkan wajah Farah Hanim dengan lembut. Geli hatinya melihat Farah Hanim yang kedua-dua matanya tertutup rapat. Hatinya mula dirasakan debar yang sangat kuat.

Chu~

Satu ciuman menapak di dahi Farah Hanim. Farah Hanim yang terkejut lantas membuka matanya. Wajah Fakhrul Izwan yang berada dihadapannya tidak beriak apa-apa.

Fakhrul Izwan meletakkan tuala putih di atas kepala Farah Hanim kemudian berlalu keluar dari bilik air , “Itulah balasannya sebab awak buatkan hati saya semakin sayang dengan awak. Morning kiss!”

Farah Hanim memegang dahi. ‘Arghhhh, boleh tak aku nak menjerit sekarang???’, getus Farah Hanim di dalam hati. Dipegangnya dada yang berdegup kencang atas tindakan yang tidak diduga olehnya. Memang dirasakan hatinya mahu sahaja cair , tapi.. ‘Tapi apa Anim? Kau memang dah gila agaknya Anim.’, teriaknya di dalam hati.

Ruang tamu.

Fakhrul Izwan yang melihat Farah Hanim menuruni anak tangga menegur , “Saya dah call office awak tadi. MC tiga hari.. okay?”

“Tapi saya dah lama sangat cuti ni.”

“Awak kan tak sihat lagi ni. Kenapa nak pergi kerja?”

Farah Hanim masih ragu-ragu , “Awak tak kerja ke hari ni?”

Fakhrul Izwan menggeleng kepala , “Saya nak jaga isteri saya sampai dia sembuh.”

Makanan tengah hari sudah pun terhidang di atas meja , “Awak masak?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan mengangguk , “Tak.”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan tajam , “Kalau tak masak kenapa awak angguk kepala?”

“Saja nak test awak dah sihat atau belum. Duduklah , kita makan sama-sama.”, ajak Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengambil tempat duduknya , “Awak beli kat depan eh?”

“Itu je yang mampu. Makan banyak sikit , semoga cepat sembuh ye sayang.”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim tersenyum.

“Saya rindu masakan awak ni. Esok masakkan lunch untuk saya okay?”, pinta Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengangguk , “Awak balik rumah ke lunch besok?.”

“Yeah.. Saya nak makan makanan yang isteri saya masak.”

Farah Hanim tersenyum lagi melihat keletah Fakhrul Izwan yang menceriakannya. “Thanks awak.”, ucap Farah Hanim perlahan.

“Apa?”

“Takde pape.”

***************************************************************************

Ruang tamu.

“Hujung minggu , nanti Kak Anim balik rumah ibu ya. Isha tolong ibu masak sedap-sedap tau. Okay bye.”, kata Farah Hanim sebelum mematikan panggilannya dengan Farisha Aulia.

“Ibu ke?”, soal Fakhrul Izwan yang datang dari dapur.

Farah Hanim menggeleng , “Isha, dia nak kita balik rumah weekend ni.”

Fakhrul Izwan menganggukkan kepala , “Ooo. Rindu kat abang dia la tu.”

“Sorry.. keluarga awak tu rindu saya okay.”, kata Farah Hanim sambil membelek telefon bimbitnya.

“Yelah.. bila dah dapat menantu, anak sendiri diketepikan. Sama la dengan Isha tu.”, balas Fakhrul Izwan.

*nada telefon Fakhrul Izwan berdering*

Nama yang tertera pada skrin telefon mengejutkannya , Fakhrul Izwan mematikan panggilan tersebut tanpa menjawabnya.

“Siapa tu? Kenapa tak jawab call?”, soal Farah Hanim kehairanan.

Fakhrul Izwan menjadi tidak senang duduk , “Takde pape, wrong number.”

Malamnya Farah Hanim mendapat panggilan dari Hafiz mengatakan bahawa Farid sudah berjaya melepasi tahap-tahap kritikal. Farah Hanim yang mendengarkan khabar tersebut berasa gembira , dia juga menzahirkan rasa bersalahnya kerana tidak dapat menemani Farid di hospital kerana masalah kesihatan. Hafiz memahami keadaan Farah Hanim kerana selama ini sahabatnya itu lah yang setia berada di hospital untuk mengetahui perkembangan mengenai Farid.

“Siapa tu?”, soal Fakhrul Izwan.

“Hafiz , dia cakap Farid dah stabil sekarang. Lega hati saya ni.”, luah Farah Hanim tersenyum.

“Oh, baguslah.”, balas Fakhrul Izwan.

Farah Hanim sudah membuat keputusan bahawa dia tidak ingin mengambil cuti sakit terlalu lama , Fakhrul Izwan juga tidak memaksa Farah Hanim memandangkan perempuan tersebut berkeras untuk pergi ke tempat kerja besoknya.

“Anim... Anim...”, panggil Fakhrul Izwan yang sudah menunggu isterinya di tingkat bawah.

Pintu bilik dibuka , “Okay, okay.. dah siap ni.”.

Selesai sahaja sarapan pagi , mereka sama-sama bertolak ke tempat kerja menaiki kereta Fakhrul Izwan.

“Lunch nanti saya ambil awak okay. Kita lunch sama-sama.”, pesan Fakhrul Izwan.

“Makan mana?”

“Tengoklah macam mana nanti.”

Farah Hanim mengangguk , “Okay.”

***************************************************************************

Apartment Intan.

“Darren... Fakhrul....”, Intan menyeru-nyeru nama dua orang lelaki tersebut dalam gelap.

“Aku takkan biarkan korang berdua hidup bahagia. Korang dah musnahkan hidup aku, ingat aku boleh biar korang hidup tenang macam tu je? NEVER!!”, jerit Intan semahunya.

“NEVER!!!!”, jerit Intan lagi melemparkan pasu bunga yang terletak di atas meja ke dinding.

*pranggg!!!*

***************************************************************************

Lunch Date.

Fakhrul Izwan menjemput Farah Hanim di tempat kerjanya untuk makan tengah hari.

“Okay tak hari ni? Ada rasa pening lagi tak?”, soal Fakhrul Izwan ambil berat mengenai kesihatan Farah Hanim.

‘Kenapalah aku dikurniakan suami yang caring sangat ni, boleh cair tahu tak!’. Farah Hanim membetulkan kedudukan , “Biasa je. Dah baik la kot.”

“Saya risau tau. Mana lah tahu..”

“....dah dah. Saya okay je.”, potong Farah Hanim tidak mahu mendengar kata-kata manis yang boleh mencairkan dirinya.

Fakhrul Izwan dan Farah Hanim menikmati makan tengah hari mereka di Junaidi Rasa-Rasa.

“Sedap kan?”, tanya Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengangguk , “Selalu ke makan sini?”

“Dulu rajin datang sini, tapi sejak dah beristeri ni.. hati ni nak makan masakan orang rumah je..”, kata Fakhrul Izwan berjenaka.

“Eeee.. mengada tau.”

“Ingat lagi tak Junaidi yang kepala botak dulu tu? Dia ada datang masa wedding kita haritu. Ni kedai dia la.”, cerita Fakhrul Izwan.

“Oh ye ke? Pandainya dia masak.”, luah Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum , “Ni isteri kedua dia yang masak. Isteri pertama dekat cawangan lain.”

Farah Hanim membeliakkan mata , “Waahhh.”

Fakhrul Izwan tergelak kecil.

“Awak mesti nak ikut jejak langkah dia kan?”, soal Farah Hanim.

“Eh mana ada , saya sayang awak sorang je.”

Farah Hanim mencebik , “Ye lah tu. Mulut memang la.. tengok la bila dah lama-lama nanti. Mesti cari perempuan lain.”

“Ishh awak ni , nak sangat ke saya menduakan awak?”

Farah Hanim memandang mata Fakhrul Izwan tajam.

Fakhrul Izwan gelak lagi , “Tahu pun jealous.”

“Mana ada.”, nafi Farah Hanim.

Lebar senyuman Fakhrul Izwan melihat wajah Farah Hanim yang tidak senang berbicara mengenai hal dimadukan.

“Saya nak pergi tandas kejap.”, kata Fakhrul Izwan sebelum beredar.

Farah Hanim meneruskan aktiviti makannya.

*telefon bimbit Fakhrul Izwan berdering*

Hati Farah Hanim tergerak-gerak untuk menjawab panggilan tersebut. Namun dibiarkan saja pada awalnya. Setelah panggilan yang tertera nama Intan itu membuat panggilan kali keempat , Farah Hanim mengangkatnya kerana berasakan panggilan itu penting untuk dijawab.

“Assalamualaikum, hello.”, jawab Farah Hanim.


“Hello? Siapa ni?”, suara seorang wanita kedengaran di hujung talian.

bersambung..

p/s: dah part 20 dah wehhhh.. haha. Tak habis lagi ni. hehe

9 comments:

Aisyah Az said...

nak sangat baca novel awk ni. tapi tu lah ecah tak leh tenung screen lappy lama2. pedih mata nk baca.

Fatihah Azanan said...

Wah panjangnye. Tiey jenis yang xsuka novel and t salute giler kpd peminat novel. Panjangnye jalan cerita dia. Anyway, keep it up :)

Anizz Annisa said...

intan mengade la nk kcu hubungan org..haishh..

Sally Samsaiman said...

alaaaa...cepatnya dah 20...last baca haritu baru je 14 -____-...

jgn la laju sangat...hahaha

Miss Fatyn said...

bleh sy tahu awk amik kat mane background bintik2 untuk main post ni? thnks.. cantik lah

Miss Fatyn said...

bleh sy tahu awk amik kat mane background bintik2 untuk main post ni? thnks.. cantik lah

Dreamland said...

@Miss Fatyn

ni link dia.. lupa la amek kat mana.. kat credit section, which blog... dah lupa..

nah

http://2.bp.blogspot.com/-m7RjOQQsxKc/Ti1fDSeMu-I/AAAAAAAAAgk/lqXituhc3j4/s1600/chomel.gif

Unknown said...

hai...ika datang singgah sini... anyway ika nak minta bantu ika menang rm500 bole? pergi kat entry ika yg ni ye.... http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

Izzati Aqilah said...

sorry menyibuk. cuma nak inform, you've been tagged. :) http://contest-ga-xx.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz.html

sorry again.