Wednesday 21 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 19


Aku Cinta Padamu : Part 18

Farah Hanim memalingkan kepalanya memandang ke arah Fakhrul Izwan. Jari Fakhrul Izwan berdarah, cepat-cepat dia mendapatkan jari Fakhrul Izwan lalu menghisap darah tersebut kemudian diludahkannya ke dalam sinki.

Fakhrul Izwan yang tergamam dengan tindakan pantas Farah Hanim pun berkata , “Ingatkan awak dah berubah jadi vampire tadi.”

Farah Hanim melepaskan tangan Fakhrul Izwan. Kembali menyambung kerjanya.

“Beautiful vampire.”, luah Fakhrul Izwan sambil membasuh pisau yang tercalit darahnya sedikit.

Farah Hanim tidak mempedulikan Fakhrul Izwan.

“Ni yang bertambah sayang ni.”, kata Fakhrul Izwan gembira.

“Dah la. Pergi duduk depan tu, awak menganggu saya memasak.”, kata Farah Hanim.

*chu~*

Farah Hanim tergamam.

“Thanks sayang.”, ucap Fakhrul Izwan sebelum berlalu pergi menuju ke ruang tamu.

Farah Hanim memegang pipinya. Keberanian Fakhrul Izwan mencium pipinya secara tiba-tiba benar-benar membuatkan dirinya sesak nafas. Mukanya terus bertukar menjadi merah padam , malu dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Fakhrul Izwan melompat gembira sebaik sahaja sampai di ruang tamu. Hatinya berbunga. “Aduh!”.

Farah Hanim muncul dari dapur untuk melihat Fakhrul Izwan yang tiba-tiba saja mengaduh kesakitan , “Kenapa ni?”

Fakhrul Izwan gelak kecil.

“Awak tipu?”, tanya Farah Hanim yang sudah bercekak pinggang.

“Sayang jugak awak kat saya ye. Tak sampai bape saat dah muncul.”, kata Fakhrul Izwan yang duduk di atas sofa dengan senang hatinya.

“Mengada tau. Kalau sakit betul-betul , baru tahu.”, kata Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersengih sahaja melihatkan Farah Hanim yang kembali membuat kerjanya di dapur.

*************************************************************************

Fakhrul Izwan mengetuk pintu bilik Farah Hanim.

Pintu bilik dibuka , “Awak nak apa-apa ke?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan menarik tangan Farah Hanim keluar dari bilik , “Temankan saya borak. Saya boring ni.”

Farah Hanim melepaskan tangan , “Dah lewat malam kan? Kita borak besok aje lah.”

Fakhrul Izwan memandang wajah Farah Hanim lama.

“Kita borak besok aje lah okay? Saya mengantuk ni.”

“Kejap je please. Besok kan ahad, kenapa nak tidur awal?”, rayu Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mula menguap sambil menutup mulutnya , “Kejap saya pergi basuh muka.”

“Anim.”

Farah Hanim menoleh , “Apa?”

“Tak pe lah. Awak pergi la tidur.”

“Betul ni?”

Fakhrul Izwan mengangguk lemah.

*************************************************************************

Keesokan paginya , selesai sahaja solat subuh berjemaah , Fakhrul Izwan dan Farah Hanim keluar dari rumah untuk berekreasi di hujung minggu. Kali ini Fakhrul Izwan sering sahaja menunjukkan sikap yang aneh terhadap Farah Hanim. Dia melakukan aktiviti yang tidak pernah dilihat oleh Farah Hanim sebelum ini.

“Apa awak buat ni? Awak betul-betul ke nak bina muscle?”, soal Farah Hanim melihatkan Fakhrul Izwan yang gigih melakukan senaman sebaik sahaja mereka selesai mengelilingi taman rekreasi yang dikunjungi.

Fakhrul Izwan tersenyum.

“Boleh cakap sesuatu tak?”, soal Farah Hanim.

“Apa dia?”

“Tak payah lah awak susah-susah nak bina muscle bagai tu. Lagipun awak nak tunjuk dekat siapa muscle awak tu?”

“Awek-awek dekat office.”, sengih Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memeluk tubuh , “Dorang tak tahu ke yang awak dah kahwin?”

“Tahu. Tapi dorang selalu cakap yang saya ni seksi. Jadi, even selepas saya berkahwin pun, body saya yang seksi ni harus dikekalkan.”, kata Fakhrul Izwan mereka-reka cerita.

“Seksi?”, kata Farah Hanim tidak percaya dengan Fakhrul Izwan. “Ishh, awak ni biar betul.”, kata Farah Hanim lagi.

Fakhrul Izwan memandang Farah Hanim , “Awak tak suka ke tengok badan seksi saya ni?”

“Tak.!”, jujur Farah Hanim menjawabnya.

“Cakap je lah awak jealous.”, kata Fakhrul Izwan.

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan lama , “Excuse me??”

Fakhrul Izwan tersenyum.

Nada telefon bimbit Farah Hanim berdering. “Assalamualaikum ma.”, panggilan dari Puan Alia dijawabnya. Selesai sahaja berbual dengan mamanya , panggilan tersebut dimatikan. “Jom balik, nenek on the way.”

Fakhrul Izwan menyusul langkah Farah Hanim yang kini sedang menuju ke arah kereta.

*************************************************************************

Rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.
Ruang tamu.

“Anim , malam ni awak tidur dengan nenek ke?”, soal Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mengangguk , “Kenapa?”

“Awak tak nak tidur kat bilik kita ke?”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan tajam , “Bilik tetamu tu terlebih muat untuk dua orang tidur dalam tu tau.”

“Assalamualaikum...”, suara Nenek Saripah kedengaran dari luar.

“Waalaikumussalam..”, serentak Fakhrul Izwan dan Farah Hanim menjawabnya lalu mereka sama-sama menuju ke pintu.

“Nenek!”, jerit Farah Hanim kemudian memeluk nenek kesayangannya itu.

“Apa khabar nek?”, tanya Fakhrul Izwan kemudian bersalam dengan Nenek Saripah.

Nenek Saripah mengusap kepala Fakhrul Izwan , “Baik aje cu.”

“Pa... ma.. masuklah.”, pelawa Fakhrul Izwan.

Ruang tamu.

“Macam mana perasaan cucu nenek ni selepas jadi bini orang?”, soal Nenek Saripah.

Farah Hanim tersenyum , “Biasa aje nek.”

“Macam mana besok Anim?”, soal Puan Alia.

“Boleh je ma. Anim dah mintak cuti 3 hari. Dah lulus.”, balas Farah Hanim.

“Nenek mintak maaflah kalau nenek ganggu kerja Anim.”

“Eh, takde lah nek. Bukannya selalu nenek datang sini. Nanti Anim bawak nenek jalan-jalan.”

“Anim jaga nenek elok-elok tau.”, sampuk En.Razali.

“Okay bos! Don’t worry!”

Fakhrul Izwan muncul membawa beberapa gelas air lalu diletakkan di atas meja , “Ni airnya nek, papa, mama.”

Nenek Saripah tersenyum melihat Fakhrul Izwan , “Sejuk hati nenek tengok kamu berdua ni. Iwan, Anim tak buat perangai kan?”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Tak de lah nek. Biasa la nakal-nakal sikit.”

Farah Hanim menjengil , “Eh, dia yang nakal, kata kita pulak.”

Nenek Saripah, En.Razali dan Puan Alia menghamburkan tawa melihatkan gelagat antara Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.

*************************************************************************

Nenek Saripah melihat Farah Hanim yang sibuk mengemas biliknya. “Anim, nenek nak cakap sekejap.”

Farah Hanim berhenti dari menyambung kerjanya , “Apa dia nek?”, tanyanya kemudian mengambil tempat duduk di sebelah neneknya.

Tangan Farah Hanim dipegang , “Anim masih belum terima Iwan lagi?”

Farah Hanim terdiam.

“Cu, tak baik tau buat suami macam tu.”

“Tapi Iwan faham nek.”

“Nenek tahu, tapi sampai bila?”, soal Nenek Saripah.

Farah Hanim mengeluh kecil , “Anim tak sedia lagi nek. Anim masih perlukan masa.”

Nenek Saripah menepuk-nepuk tangan cucu perempuannya lembut , “Nenek harap, Anim tak ambil masa yang lama. Iwan suami Anim yang sah. Anim kan pernah cakap dengan nenek yang Anim hanya akan sayang suami Anim sorang je.. Sekarang semuanya dah halal , kenapa nak tunggu lagi?”

Farah Hanim tidak menjawab pertanyaan Nenek Saripah.

“Takpelah , sekurang-kurangnya nenek nak Anim cuba. Cuba dan belajar untuk sayangkan satu-satunya suami Anim tu.”, pesan Nenek Saripah.

Farah Hanim memeluk neneknya erat , “Terima kasih nek.”

*************************************************************************

Nenek Saripah melihat Fakhrul Izwan termenung sendirian di halaman rumah lalu mendekati cucunya itu. “Jauh termenung.”

Fakhrul Izwan terjaga dari lamunan , “Nek.”

Nenek Saripah tersenyum.

“Kenapa nenek tak tidur lagi? Dah lewat dah ni.”

“Saja , nenek belum mengantuk lagi.”

“Anim dah tidur?”, soal Fakhrul Izwan.

Nenek Saripah mengangguk , “Budak tu pantang kalau disorong bantal. Mengantuk aje kerjanya.”

Fakhrul Izwan tergelak kecil , “Betul tu nek, Anim selalu tidur awal. Kesian saya sorang-sorang takde kawan nak berborak.”

Nenek Saripah memandang wajah Fakhrul Izwan lama.

Fakhrul Izwan yang menyedarinya lantas bertanya , “Kenapa nek?”

Nenek Saripah tersenyum , “Iwan sayangkan Anim?”

Fakhrul Izwan terdiam.

“Iwan cintakan Anim?”, soal Nenek Saripah lagi.

Fakhrul Izwan tersenyum kecil.

Nenek Saripah juga turut tersenyum melihat Fakhrul Izwan. “Susah ke nak mengorat si Anim tu? Setahu nenek, Anim tu manja dengan orang.” Nenek Saripah menepuk paha kanan Fakhrul Izwan , “Selama nenek tinggal kat sini , nenek akan tolong kamu.”

Fakhrul Izwan memandang wajah Nenek Saripah.

“Kamu jangan risau, percaya pada nenek.”, kata Nenek Saripah. “Nenek nak cicit perempuan secepat mungkin.”, usik Nenek Saripah.

Fakhrul Izwan kemudiannya gelak besar mendengarkan usikan Nenek Saripah.

*************************************************************************

Keesokan paginya Fakhrul Izwan bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja seperti biasa. Selepas bersiap dia turun ke dapur untuk menjamu sarapan pagi. “Selamat pagi nek , Anim.”

“Baju apa yang kamu pakai tu Wan?”, soal Nenek Saripah melihatkan kemeja yang dipakai oleh Fakhrul Izwan tidak sepadan dengan tali lehernya. “Anim, cuba tengok suami kamu tu.”

Farah Hanim melihat ke arah Fakhrul Izwan , “Oke je nek. Takde apa-apa masalah pun?”

Nenek Saripah menggeleng kepala , “Tak, tak. Anim, kamu pergi naik atas dengan Iwan, cari tali leher yang baru.”

“Tak pe lah nek. Tapi... teruk sangat ke nek?”, soal Fakhrul Izwan ragu-ragu.

Nenek Saripah mengenyit mata.

Tiba-tiba saja Fakhrul Izwan dapat menangkap isyarat mata Nenek Saripah.

“Dah, pergi naik atas cepat.”, arah Nenek Saripah.

Farah Hanim menurut saja perintah neneknya , lalu mereka berdua naik ke tingkat atas untuk menggantikan tali leher Fakhrul Izwan.

Di bilik utama.

“Awak letak tali leher kat mana?”, soal Farah Hanim.

Fakhrul Izwan melonggarkan tali leher yang dipakainya , “Dalam laci tu.”

Farah Hanim menuju ke arah laci almari yang dimaksudkan Fakhrul Izwan. ‘Banyaknya tali leher dia...’, terpegun Farah Hanim kerana dalam laci tersebut terdapat lebih 50 corak tali leher yang disimpan rapi.

Fakhrul Izwan menunggu di atas sofa senyum sendiri.

‘Mak aihh. Pening kepala aku nak pilih.’, detik hati Farah Hanim. Dilihatnya warna baju yang dipakai Fakhrul Izwan lalu dicapainya tali leher yang lebih kurang sesuai dengan warna baju tersebut. Farah Hanim mendekati Fakhrul Izwan yang duduk di atas sofa. “Cuba pakai yang ni.”

Fakhrul Izwan memandang tidak suka dengan pilihan Farah Hanim , “Tali leher ni baru je saya pakai minggu lepas.”

Farah Hanim memandang wajah Fakhrul Izwan , “Memang salah eh kalau pakai tali leher yang sama macam minggu lepas?”

“Salah tu tak la, tapi sama lah kalau awak pakai tudung yang sama minggu lepas.”, balas Fakhrul Izwan.

Farah Hanim mencebik , “Mana lah saya tahu last week awak pakai tali leher yang mana.”, luah Farah Hanim geram. ‘Dah la tali leher dia ni berlambak macam kat pasar malam!!’

“Okay la, okay. Kali ni awak pilih je yang mana awak suka, saya akan pakai.”, kata Fakhrul Izwan mengalah.

Farah Hanim memandang ke arah 50 pasang tali leher yang tersusun di dalam laci itu sekali lagi , ditenungnya lama. “Mmm yang ni okay kot.”, kata Farah Hanim selepas mengambil satu tali leher yang bercorak belang kelabu putih.

Fakhrul Izwan tersenyum.

“Nah, pakai ni.”, hulur Farah Hanim.

Fakhrul Izwan mengangkat keningnya , “Pakaikan la untuk saya sayang oi.”

Farah Hanim memandang Fakhrul Izwan pelik , “Pakai sendiri tak boleh?”

“Untuk mengorat suami , isteri kenalah pakaikan tali leher untuk suami dia.”, terang Fakhrul Izwan.

“Ihh, saya tak tahu macam mana nak buat la.”

Fakhrul Izwan memegang kedua-dua tangan Farah Hanim , “Sebab tu la awak kena belajar.”

Farah Hanim mengangkat kening.

“Apa yang lama sangat atas tu??”, jerit Nenek Saripah dari bawah.

Terkejut Fakhrul Izwan dan Farah Hanim dengan jeritan Nenek Saripah.

“Dah siap dah nek.”, balas Farah Hanim kemudiannya melonggarkan pegangan Fakhrul Izwan lalu keluar dari bilik utama tersebut.

Fakhrul Izwan tergelak kecil melihatkan sikap Farah Hanim yang bergegas keluar dari biliknya.

*************************************************************************

SYH-Boutique.

“Anim, sini kejap.”, panggil Nenek Saripah.

Farah Hanim mendekati neneknya.

“Nenek nak Anim belikan Iwan satu tali leher dan sehelai kemeja yang sesuai dengan Iwan.”

“Nek.. dalam laci dia dah penuh dengan macam-macam tali leher nek, buat apa nak beli lagi?”, kata Farah Hanim.

Nenek Saripah menggeleng kepala , “Tali leher yang isteri beli takkan pernah sama dengan mana-mana tali leher yang ada dalam laci dia tu cu. Dah, pergi pilih cepat.”

Farah Hanim memuncungkan bibir , “Yelah yelah.”

Selesai membeli belah di SYH-Boutique mereka mengunjungi sebuah restoran masakan tradisional. Kata Nenek Saripah dia sudah lama tidak menikmati masakan siam tradisional.

“Selalunya Iwan tu balik kerja pukul berapa?”, soal Nenek Saripah.

“Mmm , tak tentu jugak nek. Kadang-kadang balik petang , paling lewat pun pukul 9. Kerja lebih sikit.”, cerita Farah Hanim.

Nenek Saripah terpandangkan bayi comel yang duduk bersebelahan dengan meja mereka. “Comel kan anak tu.”, kata Nenek Saripah.

Farah Hanim tersenyum , “Comel ada makna tu nek.”

Nenek Saripah tertangkap , “Nenek harap, Anim cepat-cepat hamil la ye. Nenek teringin nak tengok anak Anim nanti. Mesti cantik macam mak dia, kacak macam ayah dia.”

“Nek..”, tegur Farah Hanim berhenti dari makan.

Nenek Saripah tersenyum. Dia faham bahawa Farah Hanim belum boleh membiasakan diri , tapi dia yakin bahawa saat Farah Hanim sudah membuka hatinya untuk Fakhrul Izwan , pasti hati lelaki itu takkan dikecewakan.

*************************************************************************

Rumah Fakhrul Izwan dan Farah Hanim.
Meja makan.

“Macam mana nek? Best tak jalan-jalan kat sini?”, soal Fakhrul Izwan.

Nenek Saripah mengukirkan senyuman , “Penat sangat Iwan, nenek lebih suka duduk dekat kampung. Tenang je.”

“Biasalah nek, tu la jawapan orang-orang tua zaman sekarang. Kampung jugak yang dicari akhirnya.”, sampuk Farah Hanim.

“Wan, tambah la lagi nasi tu. Anim, tuangkan lagi nasi dalam pinggan suami kamu tu.”, arah Nenek Saripah.

“Saya memang nak tambah lagi ni nek. Gulai tempoyak ni memang best!”, kata Fakhrul Izwan tersenyum.

Farah Hanim menuangkan nasi ke dalam pinggan Fakhrul Izwan.

Nenek Saripah tersenyum , “Kalau kamu nak tahu Wan, ada sekali waktu kenduri kecik-kecik kat rumah nenek dulu , Anim la yang masak gulai tempoyak untuk tetamu kat rumah. Lepas tu, semua anak-anak muda baya kamu, pak cik-pak cik tua bangka sibuk dok tanya nenek siapa yang masak gulai tempoyak ni tau.”

“Percaya la cakap nenek tu.”, sampuk Farah Hanim.

“Ye ke nek? Bertuah sangat la saya ni kahwin dengan Anim kan nek?”, kata Fakhrul Izwan.

“Mestilah!”, kata Nenek Saripah setuju.

Nenek Saripah dan Fakhrul Izwan sama-sama menghamburkan tawa.

*************************************************************************

Farah Hanim yang baru saja selesai menunaikan solat Isyak mula menuruni anak tangga. Kelihatannya Fakhrul Izwan pula sedang menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Masing-masing berselisih di tengah-tengah tangga.

“Nenek kat luar tu, boleh tak awak bawakkan air untuk nenek, saya nak pergi tandas kejap.”, kata Fakhrul Izwan yang baru saja menjengah ruang tamu menuju ke tingkat atas.

Farah Hanim mengangguk , “Okay.”

Semasa menuruni anak tangga tiba-tiba sahaja tubuh Farah Hanim menjadi tidak stabil dan hampir saja terjatuh. Dia terlepas satu anak tangga sebelum kakinya sampai ke anak tangga yang terakhir. Namun tindakan refleks Fakhrul Izwan yang pantas, lelaki tersebut segera menyambut tubuh Farah Hanim untuk mengelakkan isterinya tercedera.

Mereka berdua sama-sama terjatuh di atas lantai dalam keadaan berpelukan. Masing-masing terkejut dengan kejadian yang baru saja berlaku. Farah Hanim masih tidak dapat melepaskan dirinya dalam pelukan Fakhrul Izwan, begitu juga diri Fakhrul Izwan yang masih tidak dapat melepaskan Farah Hanim yang terjatuh di atas dadanya.

“Ehem.”, muncul Nenek Saripah di muka pintu.

Mereka berdua yang terkejut segera bangun dan masing-masing berpisah hala tuju.

Nenek Saripah ketawa kecil , “Untung budak muda zaman sekarang ni.”

bersambung..

p/s : Panjang lagi citer nya ni.. hehe



6 comments:

Anizz Annisa said...

sweetnyee.. bgus jugak nenek dtg.. mcm2 plan la ade tu..huhu..

Unknown said...

anda di tag. http://anemzahar.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-cik-wanie-belog.html

Nabila Mansor said...

kamu di tag untuk liebster award ..jum join
http://vanilacoklatpeace.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

Fara_nym | Hyoukurona said...

Jenjealan blog ni.. hehe Farah Hanim.. lebih kurang nama Fara lah~[FARAHANIM]Anyway,teruskan usaha siapkan novel ni.. nak baca sampai habis :D

Shafa Afa said...

BW back, but there's not cbox. Thanks for visit my blog. Nice story. Remind me to follow my blog? I will follow back you, tell me in my cbox. Thanks ^^

Iola said...

singgah klik aaron ^^