Friday 9 May 2014

Aku Cinta Padamu : Part 12


Aku Cinta Padamu : Part 12

Tidak lama kemudian Mak Ipah memasuki ruang bilik Fakhrul Izwan tergesa-gesa.

“Terima kasih Mak Ipah.”, ucap Datin Ruby.

Datin Ruby mengambil kain putih yang dihulur Mak Ipah kemudian membasahkannya dengan air kemudian tangan kanan Fakhrul Izwan dicucinya dari kotoran darah. Setelah siap dicuci , tangan Fakhrul Izwan itu dibalut sebaik mungkin selepas disapu ubat untuk memulihkan tangannya yang luka.

Tanpa disuruh Mak Ipah mengutip kaca-kaca yang pecah bertebaran di atas lantai dan membersihkan bilik Fakhrul Izwan.

Diam seribu bahasa. Fakhrul Izwan tidak membuka mulutnya untuk bercerita dengan ibunya mahupun adik kesayangannya , Farisha Aulia.

“Kalau Iwan perlukan ibu. Iwan panggil ibu ye sayang. Sekarang ni ibu nak Iwan rehat dulu. Jangan fikir apa-apa yang boleh mencederakan diri Iwan.”, pesan Datin Ruby sebelum keluar dari kamar bilik Fakhrul Izwan.

************************************************************************

Khabar berita yang diterima Farah Hanim mengejutkan dirinya. Farisha Aulia memberitahu keadaan abangnya itu kepada Farah Hanim. Tanpa melengahkan masa , Farah Hanim bersiap-siap untuk membuat kunjungan ke rumah Vila Harmoni. Walaupun dirinya tidak rapat dengan Fakhrul Izwan tetapi sebagai orang yang rapat dengan ahli keluarga di dalam rumah Vila Harmoni , dia harus meluangkan masa untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap ahli keluarga tersebut.

Sejam kemudian Farah Hanim sampai di perkarangan rumah Vila Harmoni.

“Abang okay?”, soal Farah Hanim sebaik sahaja dia disuruh duduk di ruang tamu.

“Rasanya dah okay kot tadi. Takut betul Isha tengok keadaan abang Iwan tadi. Isha rasa macam nak menangis masa tu jugak kak.”, cerita Farisha Aulia.

“Mana ibu?”, soal Farah Hanim.

“Ibu kat atas. Tengok kan abang. Abang panggil ibu tadi.”

“Isha rasa kenapa abang jadi macam tu?”, soal Farah Hanim.

Farisha Aulia menjungkit bahu , “Entah lah kak. Tadi sempat jugak Isha pasang telinga. Gaduh dengan Kak Intan kot.”

‘Intan?’, detik hati Farah Hanim. “Girlfriend abang eh?”, soalnya.

Farisha Aulia geleng kepala , “Kucing kitorang.”, balas Farisha Aulia.

“Isha!”

Farisha Aulia tergelak kecil , “Ye lah kak. Takkan sebab kucing nak tumbuk cermin sampai pecah kan? Mestilah fasal awek. Tapi abang ni tak macho la. Takkan sebab hal kecik sampai macam tu sekali? Bahaya betul.”

“Tak baik cakap abang macam tu.”, tegur Farah Hanim.

“Isha. Tak baik tau. Dia tu abang kamu. Prihatin sikit.”, tegur Datin Ruby yang kini sedang menuruni anak tangga.

“Mak cik.”, Farah Hanim bangun dari tempat duduknya lalu bersalam dengan Datin Ruby.

“Dah lama sampai?”, soal Datin Ruby.

“Baru je mak cik. Izwan dah okay ke mak cik?”, soal Farah Hanim.

Datin Ruby mengangguk lemah , “Macam tu lah. Isha, kenapa tak buatkan air untuk Kak Anim. Pergi cepat. Mak Ipah tengah solat tu.”

“Okay bos.”, arahan Datin Ruby diterima.

“Tak pelah mak cik. Anim sekejap je ni.”

“Duduk la lama sikit. Mak cik ada hal nak cakap sikit.”

Datin Ruby dan Farah Hanim duduk di atas sofa ruang tamu.

“Apa halnya mak cik?”, soal Farah Hanim.

Datin Ruby mengeluh kecil , “Apa pendapat Anim fasal anak mak cik , Iwan?”

Farah Hanim terkejut mendengar pertanyaan Datin Ruby , “Maksudnya?”

“Mak cik nak tahu pendapat Anim.”

Jantung Farah Hanim berdegup kencang , seumur hidupnya dia tidak pernah menerima soalan sebegini. Berhati-hati dia menyusun jawapan agar tidak disalah anggap oleh Datin Ruby. “Mmm, okay je. Anim pun tak banyak cakap dengan dia sangat. Jadi, Anim tak tahu nak bagi pendapat apa.”

Senyuman kecil terukir di bibir Datin Ruby, “Mak cik berkenan benar dengan kamu Anim. Mak cik nak kamu jadi menantu mak cik boleh?”

Terbuntang mata Farah Hanim. Jantungnya bagaikan mahu gugur. ‘Datin Ruby nak aku kahwin dengan anak dia? Untuk merawat luka Fakhrul Izwan semata-mata? Apa ni?’, getus hati kecilnya.

“Mak cik rasa kamu tahu kenapa Iwan jadi macam ni. Tapi mak cik tak nak kamu salah faham. Sebelum ini pun memang mak cik dan pak cik Rahim kamu berkenan sangat nak bermenantukan Anim. Tapi , Iwan cakap dia dah ada kekasih. Terputus niat kami ingin buatkan Anim sebagai isteri anak lelaki mak cik.”, jelas Datin Ruby.

“Tapi...”, Farah Hanim tidak dapat memberi jawapan.

“Mak cik tak nak paksa kamu. Anim boleh balik dulu bincang dengan papa dan mama.”, tambah Datin Ruby lagi.

Farisha Aulia yang sejak tadi memasang telinga terhadap perbualan diantara ibunya dengan Farah Hanim mula mendekati. “Kak Anim tak suka abang Iwan ke?”

“Eh bukan macam tu. Tapi.. Kak Anim tak boleh bagi jawapan sekarang. Kak Anim kena fikir dulu.”, jawab Farah Hanim serba salah.

“Mak cik harap , jawapan Anim nanti tidak menghampakan mak cik ya.”, kata Datin Ruby penuh dengan harapan.

‘Adus. Ni memang nak aku jawab ‘YA’ ni. Apa ni? Nak buat apa ni? Aduh.....’, teriak Farah Hanim di dalam hati.

************************************************************************

Farisha Aulia yang baru saja menyelesaikan kerja sekolahnya mula menutup buku dan keluar dari biliknya menuju ke kamar abangnya.

*knock knock*

Tiada jawapan yang diterima. Farisha Aulia buka sahaja pintu bilik abangnya itu. “Abang... abang Iwan..Isha masuk eh.”, panggil Farisha Aulia. Tubuh Fakhrul Izwan kelihatan sedang duduk membaca sesuatu di atas katil dan Farisha Aulia mendekati abangnya.

“Abang dah makan?”

“Mmm.”

Farisha Aulia tersenyum , kini dia tahu abangnya sudah kembali tenang. “Abang nak buat apa-apa tak? Isha boring ni.”

Fakhrul Izwan menggelengkan kepala.

“Abang , esok kita keluar jalan-jalan dengan Kak Anim nak?”, Farisha Aulia mengajak abangnya keluar.

Fakhrul Izwan masih diam tidak memberi reaksi kepada soalan kedua Farisha Aulia.

Farisha Aulia memuncungkan mulut , “Abang Iwan ni boring lah. Ada masalah tak nak share dengan Isha pun.”

Fakhrul Izwan menutup buku yang dibacanya , “Isha nak abang buat apa?”

“Cerita kat Isha, dari pagi tadi sampai abang balik rumah tadi , apa yang abang buat. Cepat.”, arah Farisha Aulia.

“Kalau abang tak nak share?”

Farisha Aulia memuncungkan mulutnya sekali lagi , “Kita putus kawan. Biar Isha kawan dengan Kak Anim je.”

Fakhrul Izwan tersenyum , “Sejak bila pulak kita ni berkawan?”

Farisha Aulia terkejut dengan pernyataan abangnya , “Abang ni kenapa?”

“Dah la. Abang penat ni, Isha pergi bagitau ibu. Abang ambil cuti seminggu. Besok pagi abang nak keluar joging.”, kata Fakhrul Izwan sambil membetulkan kedudukannya untuk baring.

“Sampai hati.”, rengus Farisha Aulia kemudiannya keluar dari bilik abangnya.

************************************************************************

Kediaman En.Razali.
Bilik tidur Farah Hanim.

Malam itu Farah Hanim tidak dapat tidur lena. Fikirannya asyik memikirkan permintaan Datin Ruby. Dia tidak berani untuk memberitahu hal tersebut kepada mamanya kerana dia sendiri pasti mamanya pasti setuju tanpa berfikir panjang kerana mamanya juga pernah mengatakan bahawa dia ingin menjadikan abang Isha sebagai calon suami buat dirinya.

Keesokan paginya, selesai sahaja menunaikan solat subuh Farah Hanim bersiap-siap dengan pakaian sukan untuk berjogin di taman. Dia ingin menghilangkan kusut dimindanya.

“Anim, tak kerja ke hari ni?”, soal En.Razali yang sedang mengambil sarapan di dapur.

Farah Hanim menggeleng , “Anim ambil cuti. Stress la pa.”

“Ada masalah ke?”, tegur Puan Alia yang duduk di sebelah En.Razali.

“Eh. Takde lah.”, gagap Farah Hanim membalas. “Okay lah ma, pa. Anim pergi dulu.”, kata Farah Hanim kemudiannya keluar dari rumah menuju ke taman rekreasi yang biasa dikunjunginya.

Taman Rekreasi BB-Ace.

Sebaik sahaja sampai Farah Hanim membuat regangan badan sebelum memulakan acara lariannya untuk menghilangkan tekanan.

“Anim!”, tegur suara seorang lelaki dari arah belakang.

‘Oopps , kenapa ‘benda stress’ ni dekat sini?’, getus hati Farah Hanim. Farah Hanim tersenyum kelat melihat lelaki yang menyapanya itu semakin dekat.

“Sorang je ke?”, soal lelaki yang lengkap berpakaian sukan itu kepada Farah Hanim.

Farah Hanim mengangguk perlahan , “Aah. Tak kerja ke hari ni?”

“Cuti hari ni.”, balas lelaki itu ringkas. Fakhrul Izwan mula membuat regangan , “Joging sama jom.”

‘Hahhhhhh????’, bagaikan mahu pengsan Farah Hanim mendengar pelawaan Fakhrul Izwan. Muka Farah Hanim kelat , “Err, saya tak mampu la nak buat 5 round.”, tolak Farah Hanim sebaiknya.

Fakhrul Izwan menghamburkan tawa , “5 round? Siapa yang cakap tu? Ayah eh?”

Farah Hanim mengangkat kening , ‘Asal gelak pulak. Bapak sendiri yang cakap.’

“Percaya lah cakap ayah tu.”, kata Fakhrul Izwan. “Dah warm up kan? Jom lah.”, perlahan-lahan Fakhrul Izwan berlari menuju ke tempat permulaan untuk berjogging.

Farah Hanim yang masih berdolak-dalih terpaksa ikut saja tidak sampai hati menolak ajakan Fakhrul Izwan.

Mereka berdua berlari beriringan. Selesai sahaja masing-masing menghabiskan dua pusingan larian, Fakhrul Izwan mengajak Farah Hanim berhenti. Dia sudah melihat Farah Hanim sudah tidak berdaya untuk meneruskan joging.

Cukup dua pusingan. Itulah kebiasaan yang selalu dilakukan oleh Farah Hanim. Niat untuk menghilangkan tekanannya terbantut apabila Fakhrul Izwan tiba-tiba sahaja muncul. Bertambah tertekan dibuatnya.

Mereka berdua berehat di sebuah kerusi yang disediakan di taman rekreasi tersebut.

Fakhrul Izwan tersengih , “Nampaknya orang tu macam jarang je joging kat sini.”

“Memang pun. Ada la sebulan sekali. Tak pun dua bulan sekali.”, balas Farah Hanim.

Fakhrul Izwan tersenyum lagi , “Datang untuk lepaskan masalah?”

“Boleh dikatakan macam tu la.”

“Masalah apa?”, soal Fakhrul Izwan.

‘Eh mamat ni. Direct betul.’, getus Farah Hanim melihat sikap keterbukaan Fakhrul Izwan. “Ada lah.”, balas Farah Hanim pendek.

Fakhrul Izwan mengangguk tanda paham akan garisan yang di had kan oleh Farah Hanim. Dia tidak mahu bertanya lebih.

Tangan yang berbalut itu dipandangnya , “Kenapa boleh jadi macam tu?”, soal Farah Hanim ingin tahu.

“Ni? Rasanya Anim dah tahu kot. Ibu cakap Anim datang petang semalam.”

Farah Hanim bagaikan tersentak , ‘Eh. Aku pulak yang kena cari jawapan sendiri?’

“Unexpected accident happen. Kekasih saya curang.”, Fakhrul Izwan berterus terang.

‘Ooopss. How sad.’, simpati Farah Hanim mendengar pengakuan Fakhrul Izwan. Tidak semena-mena Farah Hanim terbayangkan wajah kekasih Fakhrul Izwan semasa mereka terserempak di satu kedai makan sebulan yang lepas.

“Yang....”

“..Ye...nama dia Intan.”, Fakhrul Izwan mengaku. “Kami dah kenal lama. Cuma serius sejak 3 tahun ni je.”

“Ooo..”, itulah respon yang diberikan Farah Hanim.

“Patutlah dia tak nak kahwin, ada lelaki lain rupanya.”, luah Fakhrul Izwan kemudiannya gelak sendiri.

Farah Hanim menjadi hairan , “Kenapa pulak ni?”

“Bodohnya dulu. Tak pernah sedar yang diri sendiri sedang ditipu.”

Farah Hanim mengangguk , “Lagi bodoh disebabkan seorang perempuan , awak cederakan diri sendiri. Menyusahkan orang sekeliling.”, Farah Hanim berterus-terang tanpa disedarinya bahawa dia terlepas cakap.

Fakhrul Izwan memandang Farah Hanim.

Farah Hanim menekup mulut , “Saya salah cakap eh? Sorry. Sorry eh.”

“It’s okay. Memang salah saya pun.”

“Alaa.. jangan la macam tu. Sorry okay. Saya tak bermaksud ni.”, pujuk Farah Hanim lagi.

Fakhrul Izwan cuba menahan tawa , “Satu syarat.”

“Apa dia?”

“Belanja saya breakfast pagi ni.”

‘Ha? Helamak...’, getus Farah Hanim sedikit menyesal.

“Kata nak mintak maaf.”, kata Fakhrul Izwan sebaik saja melihat wajah ketidaksudian dari Farah Hanim.

“Mmmm.”, Farah Hanim masih berfikir.

Fakhrul Izwan tidak mahu memaksa Farah Hanim , “Okay lah. Anim hutang dulu. Next time saya tuntut.”

‘What the.....’, terdiam Farah Hanim dibuatnya.

Fakhrul Izwan bangun dari kerusi , “Jumpa lagi.”, putus Fakhrul Izwan kemudiannya meninggalkan Farah Hanim yang masih duduk di atas kerusi menuju ke keretanya.

************************************************************************

Seminggu kemudian Fakhrul Izwan menerima panggilan telefon dari Intan. Selepas ditinggalkan oleh Darren, Intan merayu kepadanya ingin rujuk semula. Walaupun Fakhrul Izwan masih menyayangi Intan, namun apabila teringatkan Intan berlaku curang dihadapan matanya dulu, dia tidak sanggup untuk membiarkan hatinya dilukai sekali lagi.

Di pejabat Fakhrul Izwan.

Pintu bilik Fakhrul Izwan bagaikan mahu pecah apabila Intan mula menerjah masuk walaupun telah dihalang keras oleh setiausahanya , Fadzil.

“Apa yang you nak lagi ni?”, soal Fakhrul Izwan.

“Bi... I masih sayangkan you. I am sorry okay. I dah takde siapa-siapa lagi di sisi I. Semua lari dari hidup I. Sekarang ni I cuma ada you Fakhrul.”, kata Intan cuba memujuk hati Fakhrul Izwan.

“No. I takkan kembali pada you Intan. Lagi dua bulan lagi I dah nak kahwin. Tolong keluar sekarang. Nanti I nak keluar makan dengan bakal isteri I. Baik you keluar sekarang sebelum dia datang.”, arah Fakhrul Izwan tegas.

“Sayang.. you tipu I kan? I tahu you cuma sayang I sorang je. You cinta I sorang je. Jangan macam ni Fakhrul.”,  rayu Intan lagi.

Fakhrul Izwan menekan butang telefon pejabatnya , “Sekuriti , tolong halau seorang perempuan yang buat kacau di bilik saya ni. Sekarang!”

Intan memaut lengan Fakhrul Izwan , “Bi... bi.. jangan macam ni bi.”

Tidak lama kemudian dua orang pengawal sekuriti datang dan menarik Intan keluar dari bilik pejabat Fakhrul Izwan.

“Sayang.. sayang... Jangan buat I macam ni please.”, rayu Intan buat terakhir kali sebelum dia dibawa keluar sepenuhnya dari pejabat Fakhrul Izwan.

Fakhrul Izwan memicit dahinya. Setiausahanya Fadzil mendekatkan diri ke meja , “Wan, betul ke kau nak kahwin dua bulan lagi?”

bersambung..

p/s : Klik - klik tabung donate ye sayangku sekalian. TQ.



1 comment:

Anizz Annisa said...

padan muke intan..huhu,,oke done donate.. :)