Tuesday 29 April 2014

Aku Cinta Padamu : part 7


Aku Cinta Padamu : part 7

“Isha sayang Kak Anim?”, soal Hafiz.

“Sayang sangat!”

“Kenapa Isha sayang sangat dekat Kak Anim? Sebab dia lawa eh?”, soal Farid pula.

Farisha Aulia geleng kepala , “Sebab Kak Anim selalu masuk dalam mimpi Isha.”

Farah Hanim memandang wajah Farid dan Hafiz serentak.

Hafiz tersenyum , “Kalau Kak Anim selalu masuk dalam mimpi Isha, patutnya Abang Hafiz pun ada kat sebelah Kak Anim , kan?”

Farisha Aulia geleng sekali lagi , “Tak de lah. Isha nampak Kak Anim sorang je. Isha selalu panggil Kak Anim , kakak cantik.”

Farah Hanim tersenyum. Senyuman yang tidak mengerti dengan cerita Farisha Aulia.

Farid dan Hafiz sudah bertukar riak.

“Jom balik.”, suara Farah Hanim tiba-tiba memecah suasana.

Hafiz melihat ke arah Farah Hanim yang kini badannya sedang menggigil , “Anim.”

“Kenapa ni Kak Anim?”, soal Farisha Aulia cuak.

“Nak balik. Apis, hantar aku balik please.”, pinta Farah Hanim. Wajahnya sudah berubah pucat. Fikirannya tidak tenang. Hatinya menjadi resah gelisah.

“Okay okay, jom kita balik.”, kata Farid pula.

Mereka berempat berangkat keluar dari kedai aiskrim tersebut kemudian berangkat ke kereta Farah Hanim. Hafiz mengambil alih tugas membawa kereta membiarkan Farah Hanim berehat di kerusi penumpang di sebelah manakala Farid membawa kereta dia mengekori dari belakang.

“Kita hantar Isha balik dulu.”, kata Farah Hanim.

“Tak pe kak. Kita hantar akak balik dulu eh.”, sampuk Farisha Aulia.

“No!!! Kita hantar Isha dulu.”, tegas Farah Hanim meninggikan suara membuatkan Hafiz dan Farisha Aulia tersentak dengan sikap Farah Hanim yang seolah-olahnya marah tiba-tiba.

“Okay, kita hantar Isha dulu.”, putus Hafiz.

Hafiz memandu kereta disusuli oleh kereta Farid dari arah belakang untuk menghantar Farisha Aulia pulang ke rumah. Tanpa sepatah kata, Farisha Aulia keluar dari perut kereta Farah Hanim sesampai sahaja mereka di hadapan rumah Farisha Aulia.

Farisha Aulia berlari menuju ke pintu pagar rumahnya tanpa menoleh ke arah kereta Farah Hanim.

“Dah, gerak.”, arah Farah Hanim kepada Hafiz.

Hafiz menurut sahaja arahan Farah Hanim. “Anim. Are you okay? Kenapa tiba-tiba marah ni?”, soal Hafiz.

“Aku tak nak jumpa Isha lagi.”

“Anim..”

“Budak tu buat aku rasa takut dengan dia. Dia mengingatkan aku pada seseorang Apis.”, luah Farah Hanim seolah-olah mahu menangis.

“Siapa?”

“Entah. Aku tak tahu. Aku tak ingat.”, jelas Farah Hanim.

“Nanti kita borak lain. Lepas ni kau balik, mandi, solat then tidur. Rehatkan otak tu. Jangan fikir apa-apa.”, pesan Hafiz.

“Thanks Apis.”

“Hal kecik.”

*************************************************************************

Datin Ruby kelihatan resah apabila melihat Farisha Aulia yang baru sahaja pulang dalam keadaan menangis teresak-esak tanpa menegur dirinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

*pangg*

Pintu bilik Farisha Aulia dihempas kuat.

Datin Ruby tidak sedap hati lalu dia menaiki anak tangga satu persatu menuju ke kamar tidur puterinya.

*knock knock*

“Isha..Isha.. bukak pintu ni.”, panggil Datin Ruby dari luar bilik.

Tiada sahutan yang diterima oleh Datin Ruby. Datin Ruby menuju ke bilik tidurnya untuk mengambil kunci pendua bilik Farisha Aulia yang disimpannya. Tidak lama kemudian dia menuju semula ke arah bilik Farisha Aulia dan membuka kunci pintu bilik tersebut menggunakan kunci pendua yang dipegang olehnya.

Di bukanya pintu itu perlahan , “Isha... kenapa ni sayang?”

“Kak Anim benci kan Isha. Dia marah Isha!!”, jerit Farisha Aulia semahunya.

“Kenapa Kak Anim nak benci Isha pulak? Isha buat apa?”, soal Datin Ruby.

Farisha Aulia yang kini sudah duduk di atas katil menjungkit bahunya.

“Mari sini peluk ibu.”

Farisha Aulia terus memeluk ibunya sambil menangis semahunya.

*************************************************************************

Seminggu kemudian.

Farah Hanim mengajak Farid dan Hafiz untuk makan malam di luar namun Farid tidak dapat menghadirkan diri kerana dirinya terlalu sibuk dengan urusan kerja.

“Are you okay now?”, soal Hafiz memandang wajah Farah Hanim.

“Feel more better. Thank you.”, balas Farah Hanim.

“Isha macam mana?”

“Entah.”

“Anim..”

“Aku tak nak fikir fasal tu Apis. Kepala aku sakit.”

“Kesian budak tu. Tak jumpa dia ke?”

“Kau lupa ke? Kan aku dah cakap fasal ni.”, balas Farah Hanim endah tak endah.

*telefon bimbit Farah Hanim berdering*

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”, jawab Farah Hanim.

“Cik Farah Hanim?”

“Ye saya. Siapa ni?”, soal Farah Hanim apabila suara seorang wanita cuba menanyakan namanya.

“Saya Puan Ruby. Ibu kepada Farisha Aulia.”, terang suara dihujung talian itu.

Farah Hanim menelan liur , “Ya saya. Kenapa ya?”

“Boleh tak Cik Farah luangkan masa untuk menjenguk Isha di hospital?”

“Hospital? Kenapa dengan Isha puan?”

“Isha dah 4 hari demam panas. Dia asyik sebut nak jumpa dengan Cik Farah je. Cik Farah boleh tolong saya kan?”, pinta Datin Ruby.

“Hospital mana ye?”.

Farah Hanim menamatkan panggilan dan mengajak Hafiz menemaninya untuk melawat Farisha Aulia di hospital. Di dalam perjalanan Farah Hanim di bebel oleh Hafiz kerana sikap mementingkan dirinya sendiri itu membuatkan orang lain sakit. Farah Hanim hanya mampu mendiamkan diri dan kini dirinya diselubungi oleh rasa bersalah sepenuhnya.

“Berhenti kat mana-mana kedai. Aku nak beli buah tangan untuk Isha.”, arah Farah Hanim.

Di hospital.

“Assalamualaikum.”, ucap Farah Hanim sebaik saja membuka pintu bilik Farisha Aulia direhatkan.

“Kak Anim!!”, jerit Farisha Aulia gembira melihat Farah Hanim muncul di muka pintu.

Perlahan-lahan Farah Hanim dan Hafiz melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik pesakit tersebut. Kedua-dua belah tapak tangan dihulurkan Farah Hanim kepada seorang wanita tua yang dilihat sedang duduk bersebelahan katil Farisha Aulia.

“Assalamualaikum , mak cik.. pak cik.. encik..”, ucapan salam dihulurkan oleh Farah Hanim buat seorang wanita tua yang di salam olehnya , seorang lelaki tua yang berdiri di sebelah wanita tersebut dan juga buat seorang lelaki yang sedang duduk membelek majalah di atas sofa.

Perlakuan Farah Hanim juga turut diikuti oleh Hafiz dimana Hafiz bersalam dengan seorang lelaki tua dan seorang lagi lelaki yang kelihatan sebaya dengannya yang sedang duduk di atas sofa.

“Farah Hanim ye?”, soal Dato’ Rahim.

“Ya saya.”, Farah Hanim mengangguk.

“Terima kasih sebab sudi datang nak. Kata Isha, dia rindu sangat nak jumpa dengan Kak Anim dia.”, terang Datin Ruby.

“Maafkan saya. Saya betul-betul minta maaf.”, ucapan maaf ikhlas dihulurkan dari hati Farah Hanim terungkap.

“Baguslah sedar dengan salah dia tu.”, cebik seorang lelaki yang sedang duduk membelek majalah di atas sofa.

“Iwan..”, Dato’ Rahim menegur sikap Fakhrul Izwan.

Farah Hanim dan Hafiz tersenyum kelat.

“Kak Anim marah Isha lagi ke?”, soal Farisha Aulia.

“Eh. Kak Anim mana pernah marah Isha. Sorry okay, haritu Kak Anim moody.”, jelas Farah Hanim.

Farisha Aulia , “Kak Anim tak benci Isha kan?”

“Isha..”, Datin Ruby menegur.

“Dah berhari-hari dia tak makan. Dia risau kalau Farah Hanim tak nak jumpa dia lagi.”, cerita Dato’ Rahim mengenai keadaan diri Farisha Aulia selama empat hari ini.

“Sorry okay sayang.”, kata Farah Hanim yang diselubungi rasa bersalah.

“Boleh tak Kak Anim temankan Isha harini?”, pinta Farisha Aulia.

“Isha.. Kak Anim sibuk tu.”, tegur Datin Ruby.

Farah Hanim tersenyum , “Sorry ya sayang, hari ni tak boleh. Akak ada kerja sikit, besok pagi Kak Anim datang tengok Isha lagi ya.”

“Abang kan ada. Biar abang je yang jaga Isha. Jangan susahkan orang.”, Fakhrul Izwan bersuara.

Farah Hanim terdiam.

Datin Ruby mengukir senyuman , “Cik Farah jangan fikir sangat. Iwan memang macam tu, nanti okay la tu.”

“Sayang sangat kat adik dia. Saya pun paham mak cik.”, sampuk Hafiz.

“Ibu... Isha mengantuk la.. nak tidur.”, kata Farisha Aulia yang kini sudah menguap.

“Tidur ya sayang.”, Datin Ruby mengusap ubun rambut Farisha Aulia yang keletihan.

“If you don’t mind, apa kata saya belanja you all minum?”, soal Dato’ Rahim.

“Okay.”, Farah Hanim dan Hafiz membalasnya serentak.

“Iwan tengokkan adik ye.”, pinta Datin Ruby.

“Mmm.”, balas Fakhrul Izwan pendek.

*************************************************************************

Farah Hanim, Hafiz, Dato’ Rahim dan Datin Ruby kini duduk berempat di sebuah kafe minum yang terletak di bawah bangunan hospital.

“Dah lama kamu berdua berkawan?”, soal Datin Ruby.

“Dah lama dah mak cik.”, jawab Hafiz.

“Maaf kalau pertanyaan ni mengundang tidak puas hati. Tapi saya nak tahu, pak cik dan mak cik tak takut ke tengok saya yang tidak sampai sebulan kenal dengan Isha?, tiba-tiba saja rapat. Dan baru-baru ni dia cakap pada saya, dia sayang saya seolah-olah saya ni kakak kandung dia.”, soal Farah Hanim.

“Isha tak cerita ke?”, soal Dato’ Rahim.

Farah Hanim tidak mengerti , “Cerita yang saya ni selalu ada dalam mimpi dia? That is impossible.”

Dato’ Rahim tersenyum, “Tak mustahil Cik Farah.”

Farah Hanim dan Hafiz bingung dengan senyuman yang terukir di bibir Dato’ Rahim dan Datin Ruby.

“Cik Farah dah lupa ke yang cik dulu pernah selamatkan nyawa Isha?”, soal Dato’ Rahim.

Farah Hanim dan Hafiz sama-sama terkedu.

“Maksudnya?”, soal Hafiz.

“Isha selalu bercerita bahawa Cik Farah la orang yang pernah selamatkan dia dari dilanggar oleh sebuah kereta 4 tahun yang lepas. Mimpi yang sering diceritakan itu lah yang menyebabkan Isha bersungguh-sungguh ingin mencari Cik Farah selama ni.”, terang Dato’ Rahim lagi.

Farah Hanim membulatkan matanya, “Budak perempuan tu... Isha?”

Datin Ruby dan Dato’ Rahim mengangguk perlahan sambil tersenyum.

“Apis... budak perempuan tu.. hidup, Apis.. Dia hidup Apis!!!”, kata Farah Hanim yang kemudiannya menitiskan air mata.

“Anim..”, panggil Hafiz.

“Syukur Alhamdulillah.”, luah Farah Hanim memanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi.

“Terima kasih pak cik , mak cik. Sebenarnya, kami pun dah lama mencari budak perempuan yang pernah diselamatkan Anim, tapi mungkin belum ada jodoh kali kedua waktu tu.”, jelas Hafiz.

Datin Ruby tersenyum , “Kami benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kerana Cik Farah telah selamatkan puteri kesayangan kami dari kemalangan. Kalau tak, belum tentu Isha dapat hidup sampai sekarang.”

“Itu semua kerja Allah S.W.T , pak cik, mak cik.”, kata Hafiz.

“Jom naik atas.”, ajak Farah Hanim.

*************************************************************************

Bilik pesakit : Farisha Aulia.

Farah Hanim orang pertama yang muncul di muka pintu bilik pesakit yang bertulis nama Farisha Aulia. Dia membuka pintu bilik itu perlahan dan mendekatkan diri dengan tubuh Farisha Aulia yang sedang tidur lena di atas katil.

Bagaikan tidak percaya, kenangan yang menakutkan baginya 4 tahun lalu berubah sama sekali sejarahnya. Budak perempuan yang pernah diselamatkan olehnya dahulu rupanya ialah Farisha Aulia. Masih hidup dan kini sedang tidur lena di hadapan mata Farah Hanim.

“Isha. Akak betul-betul minta maaf sebab tak dapat nak ingat Isha.”, luah Farah Hanim perlahan.

Datin Ruby mendekatkan dirinya dengan Farah Hanim lalu memegang lembut bahu gadis yang sedang berbicara dengan puterinya.

“Masa tu akak takut sangat tengok Isha langsung tak sedarkan diri. Akak minta maaf.”, kini pipi Farah Hanim sudah pun dibasahi dengan air matanya.

Fakhrul Izwan terjaga dari tidurnya di atas sofa. Dia melihat saja ke arah perempuan yang bergelar Kak Anim itu dari tempat pembaringan.

“Kak Anim.”, Farisha Aulia terjaga dari tidur. Dikesatnya air mata kakak kesayangannya itu. “Terima kasih sebab sudi ingat Isha. Isha yakin suatu hari nanti pasti Kak Anim akan ingat Isha balik. Haritu Kak Anim pura-pura ingat Isha kan? Isha tahu tu.”

Farah Hanim mengalirkan air matanya begitu deras sekali, digenggamnya erat tangan Farisha Aulia. “Isha ke budak kecik pakai gaun putih yang menangis masa kat McD dulu?”

Farisha Aulia mengangguk.

“Macam mana Isha boleh cam akak? Masa tu akak gemuk tau.”

Farisha Aulia gelak kecil , “Bagi Isha, Kak Anim yang dulu dan sekarang sama je. Tetap kakak Isha yang tersayang.”

Farisha Aulia mengeluarkan beberapa biji gula dari poketnya lalu dihulurkan kepada Farah Hanim, “Kak Anim nak gula-gula tak?”.

Farah Hanim terdiam.

“Isha bukan strangers.”

Perlahan-lahan Farah Hanim mengambil tiga biji gula-gula yang dihulurkan Farisha Aulia. Kemudian semua orang dalam bilik tersebut mengukirkan senyuman melihatkan Farah Hanim dan Farisha Aulia yang semakin akrab.

*************************************************************************

Di rumah Farah Hanim.

Kelihatan Farah Hanim menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk bersarapan. “Morning papa, mama, Mak Kiah.”

En.Razali, Puan Alia dan Mak Kiah tersenyum melihat kehadiran Farah Hanim di meja makan.

“Senang hati je anak papa pagi ni.”, tegur En.Razali.

“Papa..mama.. Mak Kiah.. Anim dah jumpa budak perempuan tu.”, cerita Farah Hanim mengukirkan senyuman.

“Budak perempuan mana ni?”, soal Puan Alia.

“Budak perempuan yang Anim pernah selamatkan dulu tu ke?”, sampuk Mak Kiah.

Tiga pasang mata memerhati ke arah Farah Hanim menunggu jawapan. Farah Hanim mengangguk , “Tepat sekali!!”

Melopong mulut En.Razali dan Puan Alia mendengar berita tersebut.

“Jadi dia hidup lagi la kan?”, soal Puan Alia.

“Yes mama. Pagi ni Anim nak melawat dia kat hospital.”, cerita Farah Hanim.

En.Razali mengerutkan dahi , “Kenapa dekat hospital?”

“Dia demam papa.”

“Biar Mak Kiah masakkan bubur nasi ye.”, pelawa Mak Kiah yang kemudiannya menuju ke dapur untuk menyiapkan bekal.

“Terima kasih Mak Kiah.”, ucap Farah Hanim.

“Papa dengan Mama nak ikut sekali boleh?”, Puan Alia bertanya.

“Boleh!”.

bersambung...

p/s : Thanks yang sudi support. Teruskan membaca hokayy!!

2 comments:

Anizz Annisa said...

owh..anim pure2 je ingt ye..heheh.. oke2.. akan terus membaca.. :)

Nur Hanan Aqilah :) said...

singgah klik digi punya iklan ! :)