Wednesday 23 April 2014

Aku Cinta Padamu : Part 4



Aku Cinta Padamu : Part 4

Barang kesemuanya telah siap di kemas. Hari yang dinanti telah pun tiba. Hari dimana Farah Hanim akan melanjutkan pengajiannya di luar negara selama 4 tahun di bumi Melbourne dalam bidang ****.

“Jaga diri ye Anim. Kalau rindu, call mama dengan papa atau Mak Kiah.”, kata Puan Alia yang sedih akan keberangkatan Farah Hanim bersendirian di bumi Melbourne.

“Anim. Skype jangan lupa tau. Sebab kau dah lawa sekarang, so kalau hari-hari Skype pun aku tak kisah!”, gurau Farid.

Hafiz menyekeh kepala Farid , “Dasar lelaki mata keranjang!”

Farah Hanim menghamburkan tawanya. “Thanks korang, tanpa korang, aku tak mungkin berdiri kat depan korang sekarang ni.”

Hafiz bersuara, “Kawan sejak kecik Anim, apa de hal setakat nak hantar kau kat KLIA..”

“.... atau Skype dengan kau tiap-tiap hari. Aku tak kisah Nim..”, patah Farid memotong percakapan Hafiz.

“Dah la Farid. Jangan nak lelebih, aku report dengan bakal bini kau baru tahu!!”, ugut Farah Hanim.

Mereka bertiga menghamburkan tawa lagi. Beberapa minit kemudian , waktu untuk Farah Hanim berangkat meninggalkan tanah air sudah tiba. Farah Hanim memeluk erat kedua orang tuanya sekali lagi.

“Thanks ma, pa.”.

*****************************************************************************

Tahun demi tahun berlalu. Walaubagaimanapun, Farah Hanim juga manusia biasa yang merindui tanah air dan rumahnya sendiri. Setiap kali dia mempunyai kelapangan waktu apabila tibanya cuti semester, dia akan pulang ke bumi Malaysia seminggu dua melepaskan rindu. Setelah sekian lama belajar menuntut ilmu di negara orang, kini Farah Hanim telahpun menamatkan pengajiannya untuk berkhidmat di negara tercinta.

Gadis cantik yang berhijab cantik berdiri dihadapan pintu pagar rumah yang sudah sekian lama tidak dijejakinya , “Assalamualaikum, mama...papa... Mak Kiah?”

“Taraaaa........”

Farah Hanim terkejut dengan kejutan yang dilakukan oleh ahli keluarga tersayang...dan..... “Farid??”

“Selamat pulang dearest Anim , terkejut tak tengok aku kat sini?”, soal Farid.

Farah Hanim membalas, “Langsung tak, aku cuma hairan!!”

“Wah kau, mentang-mentang dah makin cantik sekarang, kau kuis-kuisnya aku Nim. Sampai hati kau Anim.”, sedikit kesal dalam nada Farid.

“Hek ala.. dulu tak pandang, sekarang kau nak kejar aku pulak?”

“Itu dulu Nim.”

“Kau kawan aku Farid.”, tekan Farah Hanim.

“Yelah.”, putus Farid.

“Dah , jangan nak tunjuk muka masam okay. Aku balik nak hip hip hooray , kau nak buat muka toya lak.”, pujuk Farah Hanim.

Farid kembali senyum , “Aku gurau je, walaupun serius Anim. Haha. Jom makan!”.

*****************************************************************************

*beep beep*

‘Apis.... outing jom’, pesanan ringkas dari Farah Hanim.

Setengah jam kemudian Farah Hanim dan Hafiz berjumpa di sebuah kafe makan yang berdekatan dengan tempat kerja masing-masing.

“Rindu aku eh?”, soal Hafiz.

“Yup.”

“Serius?”

“Joking.”

“Siapalah aku kan.”

“My bestfriend for sure.”

“Anim, kau dah ada boyfriend?”

“Searching....”.

“Sorang budak opis aku ni berkenan kat kau. Kenal dengan dia nak?”.

Farah Hanim menggelengkan kepala, “No arrangement date please.”

“Memilih kau sekarang..”.

“Bukan dari dulu ke?”, Farah Hanim tersengih.

“Gelakkan aku je kerjanya.”

“Apis.. daripada kau nak kenen-kenenkan aku. Meh sini budak opis aku ada yang nak kenal-kenal ngan kau. Bukan satu, bukan dua.. tiga tau!! Tiga Apis oi.”, kata Farah Hanim semangat.

“Sembang!!”

“Aku serius!”

“Kau nak main kan aku je Anim.”

“Tak nak sudah.”, putus Farah Hanim.

“Hanim.......!!”, seseorang dari jauh memanggil Farah Hanim yang sedang rancak berborak dengan Hafiz.

Farah Hanim melambai kembali. Perempuan yang menyeru nama Farah Hanim cuba mendekati.

“Aku takde geng. Duduk sini boleh?”, pinta Nur Maisara.

“Boleh je Mai. Duduk je la.”

Hafiz yang sejak tadi terpinga-pinga hanya mampu tersenyum kecil melihat orang baru di meja makan mereka berdua.

“Hafiz, ini Maisara. Panggil Mai. Mai, ini pulak bestfriend aku, Hafiz.” Farah Hanim memperkenalkan kedua-duanya sekaligus.

Mereka berdua hanya tertunduk malu. Malu untuk memulakan bicara.

*nada dering telefon bimbit Farah Hanim berbunyi*

Farah Hanim menjawab panggilan , “Assalamualaikum, yes Unie. Client da sampai? Awalnya.... Oke aku gerak sekarang.”

“Anim...”, Hafiz memanggil perlahan.

“Sorry... korang lepak dua orang eh. VIP datang awal pulak dahhh. Kbye.”, Farah Hanim menghabiskan air minumnya lalu bergerak laju keluar dari kafe. Sebaik saja dia keluar dari muka pintu, dia terlanggar dengan sekumpulan budak perempuan sekolah menengah.

“Ooppss. Sorry dear.”, Farah Hanim menghulurkan kata maaf kepada seorang pelajar yang dilanggarnya secara tidak sengaja.

Budak perempuan tersebut terkesima melihat Farah Hanim.

“Isha.. are you okay? Lain kali jalan tu pandang-pandang la sis.”, kata rakan kepada Farisha Aulia terhadap Farah Hanim dengan suara sedikit menekan.

“Eh Pika, aku tak de pape lah. Kak, saya mintak maaf. Saya yang salah. Sorry okay.?”, kini Farisha Aulia pula yang menghulurkan kata maaf.

“It’s okay dear. Akak yang nak rushing ni.”, Farah Hanim gelabah kerana dia sedang mengejar waktu untuk cepat pulang ke pejabatnya. Tidak ingin berlama di sini, Farah Hanim mengeluarkan business card nya lalu dihulurkan kepada Farisha Aulia.

“Ha?”, Farisha Aulia tidak dapat menangkap maksud yang ingin di sampaikan oleh Farah Hanim melalui pemberian kad nama tersebut.

“Nanti you all call akak okay. Akak belanja makan tanda minta maaf. Tapi sekarang ni akak betul-betul kejar masa. Sorry dear. Bye Assalamualaikum.”, Farah Hanim berlalu tanpa langsung menoleh ke arah belakang.

“Waalaikumussalam.”, balas Farisha Aulia perlahan.

“Isha???” , Pika menegur Farisha Aulia.

“Hoorayyyy!!!!! Yes! Yes! Yes!!!”, Farisha Aulia melompat-lompat kegembiraan meninggalkan seribu persoalan di minda rakan-rakannya yang tidak mengerti.

*****************************************************************************

Farisha Aulia pulang ke rumah dengan hati yang sangat senang.

“Eh, senang hati nampak.”, tegur Fakhrul Izwan yang melihat perlakuan aneh adiknya.

“Lepas makan nanti Isha story. Konfem semua terkejut!!! Yahahahah~~..” , kata Farisha Aulia sambil menyanyi kegirangan mendaki anak tangga menuju ke kamar tidurnya.

Selesai saja warga Vila Harmoni makan malam mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu rumah untuk mendengar perutusan dari puteri besar, Farisha Aulia.

“Ehem ehem.”, Farisha Aulia melegakan anak tekaknya.

“Apanya Isha? Ayah tak sabar nak dengar perutusan besar kamu ni.”, kata Dato’ Rahim.

“Dah bersedia. Jangan terkejut okay...”, Farisha Aulia cuba mengeluarkan sesuatu dari poket kecil seluarnya. “Taraaa......”, kertas kecil berbentuk empat segi tepat dibawa keluar dari kocek seluar.

“Tak surprise...”, kata Fakhrul Izwan yang tidak tertarik dengan permainan Farisha Aulia.

“Alkisahnya... heroin yang menjadi penyelamat hidup Isha kini sudah muncul!! Ayah.. Ibu.. Isha dah jumpa kakak cantik yang Isha cari selama ni. Dan nama dia kakak Farah Hanim bt Razali. Cantik kan nama dia? ”

Suasana sepi. Masing-masing terkesima dengan berita yang disampaikan oleh Farisha Aulia.

“Betulke ni Isha?”, soal Datin Ruby inginkan kepastian.

“Betul bu.. Isha nampak dengan mata kepala Isha sendiri. Kad ni, dia yang bagi kat Isha.”, jelas Farisha Aulia.

“Meh sini abang nak tengok..”, pinta Fakhrul Izwan.

“Tak boleh. Abang Iwan tak boleh kacau.”, balas Farisha Aulia selamba kemudian meninggalkan ruang tamu menuju ke kamar tidurnya.

“Isha, abang nak tengok je laa..”, pinta Fakhrul Izwan lagi.

“Goodnight ayah, ibu. Dan Abang Iwan. Isha nak mimpi best best malam ni.”

*****************************************************************************

Sekejap badannya dipusingkan ke kiri, sekejap badannya dipusingkan ke kanan. Fakhrul Izwan tidak boleh melelapkan matanya. Fakhrul Izwan cuba mengimbas kembali ciri-ciri kakak cantik yang pernah diceritakan oleh Farisha Aulia kepadanya dulu.

Fakhrul Izwan dan Farisha Aulia duduk di kerusi yang terletak di halaman rumah selepas mereka selesai menjamu selera di dalam rumah.

“Okay, sekarang abang dah tamat dengan final year abang. Free. Isha dah boleh cerita kat abang macam mana ciri-ciri kakak cantik yang selalu muncul dalam mimpi Isha tu.”

“Abang Iwan kena janji cari kakak cantik tu sampai jumpa tau. Hadiah hari jadi Isha.”

“InsyaAllah. Cantik ke kakak Isha tu?”.

“Mestilah cantik. Dia heroin Isha tau.”

“Heroin?”

“Hello... abang lupa ke? Kakak tu la yang selamatkan Isha dari kena langgar dulu.”

“Pasti 100%?”, Fakhrul Izwan ingin dapatkan kepastian.

“Pasti.”

“Isha kan kecik lagi. Macam mana nak cam dia? Ingat lagi ke?”.

“Abang ingat tak haritu masa abang bawak Isha pergi makan McD?”

Fakhrul Izwan menganggukkan kepala.

“Isha jumpa dia lagi masa tu. Tapi sedihnya dia tak ingat Isha.”, luah Farisha Aulia kecewa.

“Okay lah macam ni. Abang akan cuba cari kakak Isha tu. Tapi abang tak boleh janji bila Isha boleh jumpa dengan kakak Isha tu. So, Isha jangan marah kat abang disebabkan hal-hal macam ni okay?”, kata Fakhrul Izwan.

“Okay bos!”.

bersambung...

p/s : Penatnyaaaa.....

1 comment:

Anizz Annisa said...

wah isha dh jumpa ngan kakak cntik la.. mesti anim terpinga2 nanti time isha bgtau sape dye kan..hihi