Tuesday 12 November 2013

Entry Khas 11 Nov 13


Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada readers, followers and viewers yang sudi datang sini bagi support kat mydreamland1621.blogspot.com . Alhamdulillah.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karya-karya pendek saya setakat ini iaitu I Love You , not her dan Awak kan isteri saya? , terima kasih banyak-banyak. Segala kekurangan datangnya dari saya sendiri dan segala kebaikan datangnya dari Allah S.W.T.

Alhamdulillah , saya berjaya siapkan dua karya khas untuk korang semua baca secara online dan berharap takdelah nak ciplak karya saya ni ye. Kalau share link tu takpelah. Di alu-alukan sangat-sangat. Banyak nak cakap ni , teruskan membaca sampai habis tau.


Nak citer la serba sikit ni. Q&A.

Perkenalkan diri awak sikit :
Buat masa ni saya hanya ingin dikenali sebagai N.I.A. Saya tidak berniat untuk mendedahkan diri saya yang sebenar lagi kerana itu bukan tujuan asal saya. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan menjangkau usia 20 tahun dan untuk makluman saya merupakan seorang pelajar diploma di salah sebuah U kat Malaysia ni.

Tujuan awak menulis karya online :
Tujuan saya buat karya online ini pun hanyalah untuk kepuasan diri, tapi kepuasan diri yang saya nak share dengan orang luar. Kehidupan realiti tidak semuanya indah-indah belaka, untuk menjadikan ianya indah saya harus berimaginasi dan zahirkannya dalam cerita.


Asli ke karya awak ni? :
Saya tekankan dekat sini semua karya saya hasil dari titik peluh saya sendiri, saya tidak meniru mana-mana karya dari orang lain. Saya hanya menjadikan drama-drama tertentu dan kehidupan sebenar untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi.

Idea ni dapat dari mana? :
Idea saya lebih banyak bersumberkan dari imaginasi saya dan mimpi-mimpi yang saya selalu saya dapat , kelakar tak? Hehe. Itulah hakikatnya. Cuma sedikit sebanyak saya olah untuk menjadikan sesebuah jalan cerita itu lebih menarik.

Awak ni memang suka menulis ke?
Saya pun tak pasti sebab setakat ni saya hanya buat kerana saya minat. Saya buat sebab saya ada waktu lapang. Saya buat bila saya rasa saya nak buat. Bila saya mula bosan saya akan stop.

Tak bosan ke asyik kerjanya menulis je?
Sejujurnya saya seorang yang cepat berasa bosan akan sesuatu. Percayalah, nak menyiapkan dua buah karya online ni pun saya rasa , "Bila cerita ni nak habis?". Padahal idea tersebut saya yang bikin sendiri, tapi saya cepat bosan dengan cerita sendiri. Saya rasa saya memang tak boleh nak buat cerita yang panjang-panjang kerana saya sendiri yang akan cepat rasa bosan dengan watak yang saya reka. Hehe.

Bidang pengajian awak berkaitan ke dengan bidang penulisan ni? :
Jauh sangat. Saya belajar dalam bidang perakaunan. Saya suka nombor, tapi saya tak nafikan saya agak bagus dalam bidang penulisan. Saya pun manusia biasa yang ada kelemahan dan kelebihan sana sini. Macam korang jugak. (:


Sebelum ni ada pengalaman? :
Sebelum ini saya pernah menulis beberapa jenis cerita yang bersumberkan lagu-lagu kegemaran saya tapi cerita tersebut hanya lah untuk bacaan adik-adik saya.

Lepas ni ade citer baru lagi tak? :
Hujung bulan November ni saya bakal menyambung pelajaran saya semula , ade lagi 3 sem. Doakan saya okay.Sudah pasti saya akan sibuk dengan pembelajaran saya, jadi agak sukar untuk saya menyediakan sebuah lagi karya lain dalam jangka masa terdekat ni. InsyaAllah, jika berkelapangan saya akan menyusun cerita sedikit demi sedikit. Harap dapat bersabar. (:



Bila kami boleh baca karya awak yang seterusnya? :
Minat menulis ni saya hanya akan memberi tumpuan yang sepenuhnya apabila bermulanya cuti semester sahaja. Jadi , mungkin pada tahun hadapan kita akan berjumpa semula. Harap anda semua faham dengan komitmen saya yang masih bergelar pelajar ini.

Senang atau best tak jadi penulis? :
Mulanya saya fikir senang je sebab semua idea datang daripada diri saya sendiri. Jalan cerita yang saya pilih sendiri dan saya buat apa yang saya suka sahaja. Tapi, lama kelamaaan saya mula belajar, bila saya mula menimbulkan sesuatu watak dalam satu cerita, saya tidak harus membiarkan ianya tergantung. Saya harus menjadikan watak tersebut kelihatan menarik dan disukai oleh para pembaca saya. Sejak itu saya mula merasa , 'Susahnya nak cari idea!!'

Perkara lain yang ingin ditambah? :
Terima kasih kepada readers yang sentiasa memberi sokongan dan menyukai karya online saya. Saya sangat-sangat menghargainya dan betul-betul gembira sebab ada jugak orang nak baca karya saya kan. Padahal tak de best sangat pun. InsyaAllah, jika berkelapangan saya akan menulis lagi. Terima kasih and ajaklah kawan-kawan datang blog saya ni. Hehe.

Assalamualaikum, & terima kasih.
Donate! Donate! Hehe.


7 comments:

cik piano said...

macam best jer... macam best jer... ^_^

Fi said...

Memang khas entry ni ^^ teruskan menulis .. I'll always support you !! Chaaiyokk

Dreamland said...

@Afiqah Adzan

big thanks dear <3

Anonymous said...

Great story! Reading your short stories,make me wanna marry fast! Haha. I can't wait for your next short stories! I always support you & good luck on studying!

#can'twaitforthenextstory

Anonymous said...

Hey,Nia. . .can I ask something? Macam mana nak letak iklan churp churp version baru di blog macam akak Nia buat? Hehehe. . .Sorry tanya. . .Minta tunjuk ajar.

Unknown said...

Hye..singgah sini kejap..hehe

Farah Arina said...

farah pun teringin jugak menulis online ni tapi malas dan tiada idea. hehehe xD