Tuesday 12 November 2013

Awak kan isteri saya? : Finale



Awak kan isteri saya? : Finale

Selepas masing-masing menunaikan solat Asar , Aiman Hakim, Diana Amira, Naufa Alia dan Safarah Aina keluar makan angin di luar.

Best giler oksigen kat sini Abang Akim! Fresh!”, kata Aina.

“Sebelum abang kahwin dulu, rajin jugak lepak sini dengan kawan-kawan abang.” , balas Hakim.

“Oooo.” , angguk Aina.

Di tepi pantai tersebut masing-masing lihat ramai pasangan bahagia yang jalan berdua-duaan dengan mesra.

Alia memandang ke arah dua-dua tangan Hakim dan Amira , “Kenapa abang dengan akak tak macam couple yang lalu tadi?”

Aiman Hakim dan Diana Amira berpaling ke belakang memandang ke arah Naufa Alia.

“Maksud?”, soal Amira.

“Tengok tu, dorang semua pegang tangan.”

Hakim tersenyum , “Oh, silap abang. Sorry.” , balas Hakim kemudiannya menggapai tangan Amira lalu digenggamnya erat.

Amira terkedu namun dia harus mengikuti rentak Hakim.

Kedua-dua Naufa Alia dan Safarah Aina tersenyum kerana misi mereka berjalan dengan lancar. Masing-masing telah dipesan agar mengeratkan hubungan antara abang ipar dengan kakak mereka supaya mereka rapat seperti pasangan suami isteri yang lain.

Hakim membiarkan Amira dan adik-adiknya bermain dengan air.

“Eh,mana abang Akim? Hilang ke?”, soal Aina yang menyedari bayang abang iparnya tidak kelihatan.

Amira menoleh ke arah tempat asal Hakim yang sepatutnya dia berdiri , “Mana dia pergi?”

“Jom la cari abang Akim.”, ajak Aina.

Mereka bertiga jalan beriringan dan bersama-sama mencari bayang Aiman Hakim. Tidak lama kemudian , Amira merasakan bahunya dicuit dari arah belakang.

“Untuk awak!”, kata Hakim sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah kepada Amira.

Amira yang tidak tahu untuk memberi apa-apa reaksi mengambil saja bunga di tangan Hakim lalu mengukirkan senyumannya. Bunyi tepukan yang gemuruh mula kedengaran. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut bersorak kegembiraan. Aiman Hakim dan Diana Amira maisng-masing tersipu malu.

*************************************************************************

Keesokan paginya Aiman Hakim harus pergi bekerja seperti biasa. “Hari ni saya ambil cuti separuh hari. Tengah hari nanti kita bawak adik-adik awak keluar jalan-jalan.”

“Tak pe la. Awak kerja je la. Tahu la saya nak buat ape kat rumah.”, kata Amira.

“Oke, kalau macam tu. Lepas makan tengah hari semua get ready tau.”, kata Hakim kemudiannya menuju ke kereta untuk pergi ke tempat kerja.

‘Degil la dia ni.’, bisik hati Amira.

Dengan kehadiran Naufa Alia dan Safarah Alia selama seminggu di rumah Amira membuatkan Amira tidak keseorangan di rumah. Ada-ada saja perkara yang tiga beradik ini bualkan. Disebabkan oleh Alia dan Aina juga , Hakim dapat mengenali dan mengetahui perkara-perkara yang suka dilakukan oleh Amira.

*************************************************************************

Amira terdengar bunyi rintik-rintik hujan mula membasahi bumi dan tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. Melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. “Mana Hakim ni?”

*knock knock*

Amira membuka pintu rumah , “Eh, kenapa basah ni?”, soal Amira yang melihat kot dipakai oleh Hakim sudah basah.

“Ade awak cun curah satu baldi air kat saya depan rumah tadi.”, balas Hakim.

Amira mencebik , dia tahu Hakim bergurau dengannya. Sudah tentu la pakaiannya basah terkena hujan. “Mana kereta?”

Hakim membuka kot yang dipakai dan meletakkan barang-barangnya di atas meja ruang tamu , “Kereta rosak tadi. Saya tumpang Kimi.”

Amira mencapai kot basah yang ditinggalkan Hakim , “Awak pergi la mandi dulu. Nanti demam. Saya sediakan makan malam.”

Hakim mendaki anak tangga perlahan.

*************************************************************************

*knock knock*

Amira membuka pintu , “Awak. Makan malam dah siap.

Tiada jawapan yang diterima. Kedengaran Hakim masih lagi sedang mandi di dalam bilik air. Amira menutup pintu lalu menunggu Hakim di ruang tamu.

*telefon bimbit Hakim berdering*

Amira yang pada mulanya tidak berniat untuk menjawab panggilan tersebut akhirnya cuba menjawab kerana pemanggil tersebut cuba menelefon Hakim berkali-kali.

-Rina-

“Assalamualaikum.” , jawab Amira.

Hello, siapa ni?”, suara seorang perempuan kedengaran di hujung talian.

Awak ni siapa?”

I Rina , girlfriend Hakim. Who are you?”

Mata Amira membulat , “Girlfriend?”

“Yes I am. Wait a second.... Are you his wife? Diana Amira?”

“Ye saya. Awak nak ape ni?”

“Oh poor you darling.”

Amira menelan liur , “Can we meet?”

Tidak lama kemudian Amira menamatkan panggilan telefon tersebut. Sedang dia cuba memikirkan mengenai Hakim dan perempuan yang baru saja bercakap dengannya di talian tadi, Hakim muncul dihadapannya tersenyum.

“Saya dah mandi. Jom makan.”, kata Hakim menarik tangan Amira.

Amira membatu diri.

“Kenapa ni? Ade masalah ke?”, soal Hakim.

Amira tidak menjawab soalan Hakim. “Awak makan la sorang-sorang dekat dapur.”, kata Amira kemudiannya menuju ke bilik tidurnya.

Hakim pelik , “Period pain ke dia ni?”

*************************************************************************

“Ape bukti awak ni girlfriend Hakim?”, soal Amira tenang.

Perempuan yang dikenali dengan nama Rina itu menunjukkan sebentuk cincin di jarinya , “Cincin ni. Dia yang bagi kat I masa second anniversary kiteowang. Dia janji dekat I dia nak kahwin dengan I.”

“Then, kenapa awak tak kahwin dengan dia?”

“Sebab parents dia nak you!!”

Amira terdiam.

Kalau Hakim tak kahwin dengan you , keluarga dia takkan serahkan rumah yang you duduk sekarang ni dekat dia. Satu sen harta pun dia takkan dapat dari family dia!”.

Hati Amira mula terasa sakit. Gelas minuman yang dipegangnya digenggam erat.

“ I nak bagi amaran kat you. Don’t you ever try to seducing my Hakim. He’s mine. Tak lama lagi dia akan ceraikan you!!”

“Rina!!!!!”, jerit suara seorang lelaki memanggilnya.

Rina membulatkan mata sebaik sahaja dia melihat bayang Aiman Hakim muncul.

Hakim yang melihat ke arah Amira tidak langsung berpaling memandang ke arahnya. Perempuan kesayangannya itu dilihat sedang mengawal perasaannya sekuat yang boleh. Hakim mendekati Amira yang sedang duduk kaku. “Awak okay? Jom balik.”, kata Hakim cuba menarik lengan Amira.

“Lepas!”, rengus Amira kemudiannya menitiskan air mata. Dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan keluar dari kedai makan yang dikunjunginya.

*************************************************************************

Sejak pulang dari tadi , Amira terus berkurung dalam bilik. Dia langsung tidak menghiraukan Hakim yang sudah berpuluh-puluh kali cuba mengetuk pintu biliknya.

“Awak. Bukak pintu ni. Kita bincang okay?”, pujuk Hakim.

Tiada respons yang diterima.

Awak! Awak!”, panggil Hakim lagi.

Amira yang tetap berkeras tidak mahu membuka pintu biliknya tidak mahu bercakap dengan Hakim. Hatinya sakit. Betul kata hatinya selama ini, lelaki tidak harus diberikan kepercayaan dan peluang, semuanya sama sahaja.

*************************************************************************

*knock knock*

Hakim tidak berputus asa untuk memujuk Amira keluar dari biliknya. Dia memutuskan untuk mengambil cuti supaya dirinya dan Amira dapat berbincang dan menyelesaikan salah faham antara mereka. Semalaman Hakim membiarkan Amira bersendirian untuk meredakan amarahnya.

“Awak , sarapan jom. Saya buatkan sarapan ni.”, panggil Hakim yang berdiri di luar bilik.

Pintu bilik yang terkunci dibuka dari luar. Hakim melihat ke arah Amira yang sedang duduk memeluk lututnyadi atas katil. Hakim meneka bahawa Amira tidak tidur dari malam tadi.

Awak , nah air ni.”, Hakim menghulurkan jus mangga kegemaran Amira.

Amira kaku tidak memberi sebarang respons.

Hakim terdiam memandang wajah pucat Amira , “Awak nak roti? Saya buat ni khas untuk awak.”

“Kenapa awak nak buat baik dengan saya? Takut sangat rumah ni takkan jadi milik awak? Takut sangat ayah dengan ibu tak bagi awak satu sen harta sekalipun?”, Amira bersuara cuba menahan emosinya.

“Ape awak cakap ni?”, soal Hakim.

Amira tersengih kelat , “Bila masa yang sesuai awak nak ceraikan saya?”

Hakim membulatkan mata , “Mira!!”

Amira mengenggam tangannya cuba mencari kekuatan, “Awak keluar! Saya tak nak tengok awak!”, arah Amira.

“Awak tahu saya bukan macam tu kan? Awak lebih percaya cakap dia dari saya?”

“Cincin tu ape? Second anniversary?!!”, bentak Amira saat Hakim cuba memegangnya.

“Saya tak pernah bagi dia apa-apa!! Trust me!”

Amira tidak dapat mengawal emosinya lagi , perlahan-lahan dia menitiskan air matanya. “Saya mintak tolong dari awak, tolong keluar dari bilik saya.”, rayu Amira.

Hakim memandang Amira lama.

*************************************************************************

“Kau gaduh dengan Hakim?”, soal Yaya yang terkejut mendengar khabar tersebut.

“Aku tak tahu. Aku keliru.”, luah Amira perlahan.

“Jadi, kau nak percaya Hakim atau perempuan tu?”

Amira menggeleng.

Assalamualaikum , awak Diana Amira kan?”, sapa seorang lelaki.

Amira memandang ke arah lelaki tersebut , “Waalaikumsalam, ye saya.”

“Boleh saya duduk?”, pinta lelaki tersebut.

Yaya mengemaskan barang-barang yang berselerak di atas meja mereka. “Duduklah.”

“Saya Kimi. Hakimi. Kawan Hakim , suami awak.’'

Amira mengeluh , “Kenapa? Ape lagi yang Hakim nak?”

“Bukan. Hakim tak suruh buat apa-apa pun. Kebetulan kat sini saya nampak awak.”

“Kawan mestilah nak backup kawan dia.”, perli Amira.

Hakimi tersenyum , “Kalau awak perasan saya, saya ada dengan Hakim masa awak berjumpa dengan Rina haritu.”

“So?”

“Saya harap awak jangan marah Hakim. Dia tak bersalah. Rina dengan Hakim cuma kawan je. Rina simpan dendam dengan Hakim sebab Hakim tolak dia banyak kali.”

Amira terdiam. Yaya yang duduk dihadapannya juga terdiam.

Untuk pengetahuan awak, Hakim juga pernah salah faham fasal gambar awak dengan lelaki lain yang dihantar kepadanya. Semua tu Rina yang buat.”, jelas Hakimi.

Amira mula mengenangkan Hakim.

“Rina saja buat macam tu untuk hancurkan rumah tangga kamu berdua. Saya harap awak faham. Saya pergi dulu.”, jelas Hakimi kemudiannya mengundur diri.

“Diana, aku rasa better kau slow talk dengan Hakim dulu.”, pesan Yaya.

*************************************************************************

Sampai sahaja di rumah, Amira mencari kelibat Hakim. Dia menuju ke bilik tidur lelaki tersebut lalu pintu bilik tersebut dibuka perlahan. Dilihatnya sekujur tubuh sedang berselimut di atas katil. Amira mendekati tubuh yang sedang tidur di atas katil tersebut. Dia menitiskan air matanya kerana merasa berdosa kerana menuduh Hakim yang bukan-bukan.

“Awak.”, panggil Amira perlahan.

Tiada reaksi yang diterima.

Amira mendekati tubuh tersebut dan diselaknya selimut yang membaluti tubuh Hakim sedikit. Hakim yang dilihatnya sedang memeluk tubuhnya sendiri erat kerana kesejukan.

Amira meletakkan telapak tangannya di atas dahi Hakim , ‘Panasnya!’. Kemudian dia juga cuba memegang leher Hakim , ‘Ishh dia ni. Tidur mati ke?’.

Amira keluar dari bilik tersebut menuju ke biliknya untuk mengambil tuala kecil , kemudiannya dia menuruni anak tangga dan menuju ke dapur untuk mengambil besen kecil diisinya air sedikit suam lalu dibawa ke bilik Aiman Hakim.

Amira mencelupkan tuala kecil yang kering itu ke dalam air lalu diperahnya dan kain tersebut di lipat lalu diletakkan di atas dahi Hakim. Kemudian dia menuju ke dapur lalu menyediakan bubur nasi untuk Hakim yang sedang demam. Berserta air teh panas dibawanya ke atas untuk diberikan kepada Hakim yang demam.

Awak. Awak , makan bubur ni.”, kejut Amira.

Aiman Hakim yang terjaga membuka matanya perlahan-lahan. Terkejut melihat Amira yang kini duduk disebelahnya , “Awak.. buat apa kat sini?”

Amira mengambil semangkuk bubur nasi disebelahnya , “Kasi awak makan la, awak kan sakit. Nah.”

Hakim terdiam , “Suap la saya. Saya kan sakit ni.”

Oh ya, lupa pulak.”, Amira ikut sahaja permintaan Hakim kerana orang yang sedang sakit harus dilayan sebaik yang mungkin.

Hakim membuka mulutnya perlahan lalu satu suapan bubur yang disuap Amira dikunyahnya perlahan.

“Awak main hujan lagi?”

Hakim mengangguk.

“Kenapa?”

“Sebab awak tinggalkan saya.”

“Bila masa saya tinggalkan awak?

Hakim tersenyum , “Awak janji awak takkan tinggalkan saya?”

Amira menyuapkan Hakim dengan bubur yang dibuatnya lagi , “Sedap tak?”

Hakim mengangguk , “Isteri saya masak mesti la sedap!”.

Amira tersenyum , “Lepas ni jangan main hujan lagi.”, pesan Amira.

Hakim tersenyum lagi , “Kalau macam ni la layanan awak , hari-hari saya nak main hujan lagi.”

Amira mencubit bahu Hakim yang terdedah , “Kenapa tak pakai baju ni?”

Hakim menunduk memandang badannya yang tidak berbaju , “Nak tunjuk dekat isteri saya.”

Eeeeee.”, muka Amira mula kemerahan kemudiannya meletakkan semangkuk bubur yang dipegangnya lalu mengambil secawan teh panas dihulurkan kepada Hakim , “Minum ni.”

Hakim menggeleng.

“Minum!”

“Saya nak jus!”

“Orang demam kena minum air panas.”

“Saya nak jus jugak!”

Amira menggelengkan kepala lalu cuba bangun dari katil, belum sempat dia berlalu ingin menuju keluar dari bilik Hakim pantas menggapai pergelangan tangannya. Amira terkedu. Tangan lembut itu ditariknya perlahan mendekatinya , Amira terduduk dan Hakim memeluk tubuh Amira erat dari belakang.

Saya sayang awak sangat sangat. Awak tahu kan?”, luah Hakim.

Amira terdiam.

Saya tak nak awak nangis tanpa saya di sisi awak. Saya nak awak sentiasa dengan saya. Saya dah lama jatuh cinta dengan awak Mira.”, luah Hakim lagi.

“Terima kasih sebab awak setia di sisi saya sayangku.”, kata Hakim bermakna.

Amira memusingkan badannya lalu membalas pelukan Hakim seeratnya , “Saya pun sayang awak.”

*************************************************************************

Di rumah keluarga Aiman Hakim.

Mira cakap Akim demam haritu. Main hujan?”, soal Puan Murni kepada Hakim.

Hakim tersengih, “Aah bu.”

“Dah besaq pun nak main hujan lagi.”

“Tu la bu. Mengada, bila dah sakit ni. Perhatian nak bagi kat dia je.”, sampuk Amira.

“Sabaq aje la..”, pesan ibu.

“Tapi kan bu, selepas ibu, kategori isteri terbaik memang dapat kat dia lah!!”, puji Hakim.

Ayah Hakim tergelak besar , “Ayang, tak lama lagi boleh bercucu dah kita.”, kata ayah kepada ibu.

Amira tersipu malu.

“InsyaAllah ayah , bu.” , Hakim senyum lebar.

***************************************************************************

Selesai sahaja membersihkan diri, Amira menuju ke meja soleknya. Hakim yang awalnya selesa duduk di atas katil membaca buku mengalihkan pandangan ke arah Amira.

“Kenapa?”, soal Amira yang sedang menyisir rambutnya di meja solek.

“Awak nak keluar ke?”, soal Hakim.

“Awak nampak saya ni macam nak keluar ke? Tengah-tengah malam ni?”

“Kenapa awak sikat rambut?”

“Saja. Tak salah pun.”, balas Amira selamba. Dia melihat wajah Aiman Hakim di dalam cermin.

Aiman Hakim memandang isterinya yang sedang menyisir rambut lama.

Amira berhenti dari menyikat rambut , “Kenapa ni?”

“Cantik awak malam ni.”

“Okay, saya tahu. Sambung baca buku tu.”, arah Amira.

Aiman Hakim berjalan perlahan menuju ke pintu , “Awak.”

Amira memandang ke arah Hakim , “Ye. Kenapa?”

“Mengantuk la...”, kata Hakim yang kemudiannya berpura-pura menguap.

“Tidur la. Saya tak mengantuk lagi.”

“Jom la tidur sekali.”

“Nanti la, awak tak nampak ke saya buat ape ni?”

Hakim mendekatkan diri dengan Amira yang duduk di meja solek , perlahan-lahan dia cuba menarik kedua-dua belah tangan Amira untuk berdiri. Mereka berdua berpandangan dan Hakim menarik tangan Amira menuju ke katil mereka.

Rambut panjang Amira diusapnya perlahan , “Mmm. Wangi.”

Amira tersenyum kecil melihat seorang lelaki dihadapannya yang bersikap manja dengannya.

*cuupp*

Hakim terkedu. Amira tiba-tiba sahaja menciumnya di pipi dan tidak lama kemudian Hakim tersenyum , “Awak curi-curi kiss saya!”

“Mana ade.”, nafi Amira.

“Ade!”

***************************************************************************

Setiap hari Diana Amira akan menerima pesanan ringkas dan panggilan telefon dari suaminya, Aiman Hakim dengan ucapan kasih sayang lelaki tersebut terhadapnya. Setiap kali kepulangan Hakim dari tempat kerja , lelaki tersebut pasti tidak akan lupa menghadiahinya bunga.

2 bulan kemudian..

“Uwekk uwekkk..”

Amira menepuk-nepuk belakang badan suaminya yang sedap muntah teruk di dalam bilik air.

Awak makan ape ni sampai muntah bagai?”, soal Amira.

Mana ada saya makan apa-apa. Saya makan benda yang awak masak je la.”, kata Hakim kemudiannya menyambung semula muntahnya kerana berasa sangat mual.

Awak nak saya pergi klinik beli ubat ke?”, soal Amira prihatin akan sakit yang dialami oleh suaminya.

Hakim menggeleng , “Tak payah. Belikan saya mempelam muda. Tiba-tiba rasa nak makan.”

Amira mengangguk kemudiannya dia bersiap untuk pergi ke kedai.

“Sayang... belikan asam sekali!!”

***************************************************************************

“Akim sakit ape?”

“Entah la. Tiba-tiba mual la. Loya la. Ni suruh orang beli pelam ngan asam. Tiba-tiba nak makan pulak katanya.”, terang Amira kepada emaknya yang berada di hujung talian.

Kak, kau dah check ke?”

“Check ape mak?”, soal Amira yang sedang sibuk mencari asam di atas rak.

“Dah berapa lama kau tak datang period?”

Amira terdiam. Dia mula berfikir , “Mmm, tiga bulan dah kot. Kenapa?”

“Baik kau pergi jumpa doktor. Feeling mak, mak akan dapat cucu tak lama lagi.”, kata Puan Hajar bernada gembira.

***************************************************************************

“Awak temankan saya jumpa doktor eyh?”, pujuk Amira.

Awak sakit ke?”, soal Hakim yang sedang khusyuk menonton televisyen.

Amira menjungkit bahu , “Entah.”

“Kalau tak sakit tak payah la pergi.”, kata Hakim

Amira merengus , “Biarlah saya pergi sendiri. Dapat ngorat doktor hensem lagi bagus!!”

Hakim bangun dari tempat duduknya lalu cuba mengejar Amira yang menuju ke pintu rumah , “Okay okay. Awak jangan nak gatal dengan orang lain.”

“Awak yang tak nak layan saya.”

“Mana ade. Okay okay saya siap sekarang!”, kelam kabut Hakim mendaki anak tangga untuk menukar pakaian.

***************************************************************************

Klinik Nureen.

“Tahniah encik, isteri encik hamil tiga bulan.”, kata seorang doktor di hadapan mereka mengkhabarkan berita gembira tersebut.

Betul ni doktor? Alhamdulillah.”, kata Hakim sambil memeluk isterinya yang terpegun disebelah.

Saya hamil?”, gagap Amira.

Ye sayang. Saya akan jadi papa dan awak mama!!”, kata Hakim dengan penuh gembira memeluk isterinya erat sekali lagi.

Perlahan-lahan Amira mengukirkan senyuman.

Terima kasih sayangku!”


TAMAT.
p/s : Habis jugak akhirnya. Thanks (:


23 comments:

Unknown said...

hahaha..sweet ending =)

Unknown said...

nice :)
done follow u..
jemput ke blog http://abcssdsa.blogspot.com/

Fi said...

Dah final dah ? hehe nak baca lah dari start dia

Illya LeYa said...

best3x...jom tengok blog saya juga...
http://anagurlz87.blogspot.com/

Cik nadya said...

sweetnyaaa...
akhirnya mereka bahagia :)

#Cerpen baru pless.. Heeee

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

best2..sweet :)

Nabila Mansor said...

cerita ney crita novel or kamu hasilkn ..best la nice entry ..done follow kamu visit me http://vanilacoklatpeace.blogspot.com/

Dreamland said...

@Cik Nadyya

haha, lambat lagi la nak tunggu next story... tggu cuti sem akan datang lak (:

Dreamland said...

@Aya Zuki

thanks (:

Hidayah Suhailee said...

wah.. best penamat ni.. :)

Hoyaz said...

Cerita yang menarik. Balas kunjungan awk. TQ =)

Emi said...

Wahhh..berbakat la kamu ni tulis novel. Dulu akak pernah try tulis novel. Idea byk je. Tp nak tulis tu susah. Tulis sampai 5 bab, terus stop. Then kenkonon nak try jalan cerita lain pulak..try lg, tak jadi lagi. haishhh..Haha


btw jom jenjalan blog akak :)

Fatanah Khirizan said...

wah,macam best je cerita ni...baca finale dia best! hehe :)

Hajar Shikin said...

wahh..byk nye idea buat cite sweet mcm ni,hihi

Ahmad Kamil said...

hu....pandainya awak tulis novel..=). saya pernah berniat nak tulis novel, tapi taufiq belum sampai. haha =P

Exam dah habis
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

AfrinaTarmizi said...

best novel , btw, singgah balik ke blog comel ni :)

nora razalli said...

ending yg klise
cuba awk buat ending yg ganas skit
ending dia laki mati ke cerai ke
haha
ni jln crita akhirnya mengndung n hidup selamanyaaaaa....

eh jgn amek ati ea
sbb if u buat len dr len , yg org cant detect the ending ..
mne tahu nnti dvid teoh nk cerita awk buat drama :)

just my 2 cent :)
btw, penulisan awk bagus .

Dreamland said...

@MG schmidt

hahaah, terima kasih. insyaAllah. Saya pun baru berjinak-jinak.. heheh, thank you.

Mira_Othman said...

Mira prefer such an ending like this! (y) taknak lah nanti hero @ heroin dia mati. Taknak taw akak? ngeee. Good job akak! <3 -^^-

aynna halim said...

wahh . saya baca dari part 1 smpai ending . best gilaa . Good job !

Teena Tna said...

Yeah!dah habis marathon dari sinopsis hingga finale. Best.

eirah said...

happy endingg. tringin nk kawen lahh. ehh? haha. bestt :)

Anonymous said...

wah. Best2 nice lah jalan story dia kak. Hehe. Btw nanti sudi baca2la cerita saya juga xD kat dailylife-mia.blogspot.com