Thursday 24 October 2013

Sinopsis : I Love You , not her.


Sinopsis.

Fakhrul Hazim seorang jejaka kacak 24 tahun yang pulang dari oversea selepas tamat belajar kini dipertemukan semula dengan cinta monyet semasa di bangku sekolah 14 tahun lalu. Dia berusaha untuk mengejar cinta wanita yang telah menambat hatinya sekian lama.

Iman Hawa seorang wanita bekerjaya berusia 26 tahun yang bekerja di syarikat Permata Holdings. Mempunyai rupa paras yang cantik dan sikap peramah membuatkan dia mempunyai ramai kawan. Namun , sejak kemunculan Fakhrul Hazim dalam hidupnya , lelaki tersebut terus-terusan cuba mendekati dirinya membuatkan hidupnya tidak senang.


Fakhrul Hazim mengekori langkah Iman Hawa yang menuju ke sebuah kafe. Iman Hawa sengaja memilih sebuah meja di mana mejanya bertentangan dengan meja dua orang lelaki kacak di hadapannya.

Memang saja kan?”, soal Hazim sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Iman. Dia sengaja melakukannya kerana tidak mahu Iman memandang ke arah dua lelaki kacak yang dilihatnya sedang mengenyit mata ke arah Iman Hawa tadi. Hazim melihat ke arah muka Iman yang ternyata suka akan salah seorang lelaki yang kenyit mata ke arahnya.

Awak menghalang pemandangan indah saya Fakhrul Hazim!”, kata Iman meninggi suara sedikit.

Mulai sekarang sayalah pemandangan indah awak Iman Hawa!”, tajam mata Hazim memandang ke arah Iman Hawa.

Pesanan penulis :

Saya harap readers semua sentiasa memberi sokongan moral terhadap karya pendek saya ini.

Kalau suka dengan nukilan saya , harap dapat klik-klik tabung saya.
Tabung : Satu , Dua dan Tiga.

Terima kasih.


1 comment:

NurSyuhada said...

Nia tulis sendiri ke? Waaah gempak gila. Btw kita pun baru lagi jinak jinak dalam dunia penulisan ni. Adalah baru tulis sampai bab 3 :)

Btw best ah cerita. Menarik. Keep it up :)