Saturday 26 October 2013

I Love You , not her : Part 3


I Love You , not her : Part 2

*knock knock*

“Masuk.”

Iman memulakan langkah kanan apabila ingin masuk ke ruang pejabat milik C.E.O syarikatnya. Kelihatannya seorang lelaki 50-an sedang duduk di atas sofa manakala seorang lelaki yang kelihatan segak dari belakang sedang membelakangkan dirinya.

“Ya, Dato’.”, Iman bersuara.


Kedua-dua lelaki dihadapannya terus memandang ke arah Iman Hawa. Iman Hawa hampir membulatkan mata bundarnya sebesar mungkin. Namun, disebabkan ingin mengelak situasi yang tidak diingini, dia cuba mengawal diri dan berpura-pura tidak mengenali lelaki tampan yang berdiri di hadapannya. 

“Sila duduk Hawa.”, Dato’ Burhanuddin mempersilakan Iman Hawa untuk duduk di atas kerusi sofa berhadapan dengannya.

Iman mengangguk lalu menurut sahaja permintaan Dato’ Burhanuddin tersebut. Tanpa disedari sepasang biji mata sedang memerhatikan pergerakannya.

“Hawa sihat?”, soal Dato’ Burhanuddin, pengerusi Permata Holdings.

“Sihat Dato’. Dato’ sihat? Lama jugak Dato’ tak datang ke pejabat.”, soal Iman pula.

Dato’ Burhanuddin ketawa kecil , “Ada beberapa masalah yang perlu saya uruskan.”

Iman mengangguk tanda memahami perkara yang dimaksudkan oleh Dato’ Burhanuddin. Apabila menyedari sepasang mata asing asyik memerhatikannya , Iman menjadi tidak selesa.

“Siapa tu Dato’ ?”, soal Iman berpura-pura tidak mengenali lelaki tersebut.

Eh, pura-pura tak kenal aku pulak’, bisik Hazim di dalam hati.

“Oh. Lupa pulak nak kenalkan. Anak saya, Hazim.”, Dato’ Burhanuddin memperkenalkan anak lelakinya kepada Iman Hawa.

Dia baru saja tamat belajar from oversea. Sebelum dia boleh ambil alih syarikat ni, saya nak dia belajar mengenai selok belok perniagaan syarikat ni terlebih dahulu.”, tambah Dato’ Burhanuddin lagi.

Hazim melangkahkan kakinya menuju ke sofa lantas duduk bertentangan dengan Iman Hawa.

“Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin.”, Hazim menghulurkan tangannya ke arah Iman Hawa.

Iman Hawa sekadar mengangguk kecil tidak menyambut tangan Hazim yang ingin berjabat dengannya, “Saya Iman Hawa, seorang akauntan syarikat Permata Holdings ni.”

Jikalau saya tidak datang ke pejabat, Hawa boleh berjumpa dengan Hazim untuk hantar report kewangan syarikat.”, Dato’ Burhanuddin mencelah.

‘What the.....? Aku kena mengadap muka laki ni kalau Dato’ takde? Habislahh..’, omel Iman dalam hati kecilnya.

“Saya harap Hawa boleh memberi sedikit tunjuk ajar jika Hazim mempunyai sedikit masalah mengenai pengetahuannya terhadap syarikat ni,” senyum Dato’ Burhanuddin.

Iman lantas membalas senyuman tersebut. Kelat.

***********************************************************************************************

*knock knock*

“Masuk.”, kata Iman yang sedang sibuk menyusun fail di raknya.

“Sibuk ke?”, Hazim kini muncul dan sudah duduk di kerusi berhadapan dengan Iman Hawa.

Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin buat apa kat bilik saya ni?”, soal Iman.

Saje. Nak berkenalan dengan pekerja-pekerja saya.”, balas Hazim.

Iman menganggukkan kepalanya selepas mendengar jawapan dari Hazim.

“Sila perkenalkan diri.”, arah Hazim.

Iman memandang wajah Hazim lama kemudian dia mengeluh pendek lalu berdiri bersedia untuk memperkenalkan diri.

“Nama saya Iman Hawa bt. Zulkifli. Umur 26 tahun. Seorang akauntan di syarikat Permata Holdings.”, terang Iman kemudian mengambil tempat duduknya semula.

“Nombor telefon?”, soal Hazim.

Iman memandang ke arah Hazim tidak puas hati.

“In case kalau kita perlu berbincang mengenai hal syarikat......???”, jelas Hazim lagi.

Iman mendiamkan diri.

“Well, tak ape. Saya boleh dapatkannya dalam rekod pekerja.”, Hazim bangun lalu berlalu keluardari pejabat  Iman Hawa sambil menyedekahkan senyuman manisnya.

Iman mencebik geram.

***********************************************************************************************

Kereta miliknya sudah dihantar ke bengkel kereta pagi tadi selepas meminta pertolongan dari sahabatnya , Raffi. Kata Raffi, petang esoknya baru kereta Myvi miliknya siap dibaiki. Jam di tangan menunjukkan tepat jam 10 malam. Dia pulang lewat lagi disebabkan pekerja bawahannya lewat menghantar laporan dan dia perlu semak sebelum diserahkan kepada C.E.O.

Ade ke teksi malam-malam ni? Haishhh. Susah la macam ni..’, kata Iman di dalam hati.

Iman berjalan menuju ke pondok perhentian bas berdekatan. Tidak lama kemudian sebuah kereta BMW hitam muncul dari arah belakang berhenti disebelahnya.

“ImanJom la saya tumpangkan.”, pelawa Afif.

“Eh, takpe la. Saya balik naik teksi je.”, Iman menolak dengan cara baik.

Afif keluar dari keretanya menuju ke arah Iman Hawa , “Bahaya la perempuan naik teksi sorang-sorang malam macam ni.”


“Takpe, saya boleh hantar dia naik teksi!”, Hazim tiba-tiba sahaja muncul menarik pergelangan tangan Iman Hawa menuju ke pondok perhentian bas.

Iman Hawa yang terkedu dengan perlakuan tersebut tidak dapat berkata apa-apa. Dari jauh Afif kelihatan bengang dengan perbuatan lelaki yang muncul secara tiba-tiba merampas Iman Hawa darinya.

***********************************************************************************************

Lain kali jangan cuba ikut atau tumpang kereta mana-mana lelaki yang awak tak kenal!”, luah Hazim sedikit kesal.

“Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin , saya kenal dengan lelaki tadi. Dia bos kawan saya!”, balas Iman sedikit marah. Marahnya masih tidak hilang apabila mengenangkan Hazim menarik tangannya tanpa keizinannya.

“Cukup kenal?” soal Hazim.

Iman sedikit menggelabah , “Ke..kenal macam tu je la.”

“Dah boleh percaya seratus peratus yang dia akan hantar awak balik rumah dengan selamat?”

“Mestilah. Semalam dia yang hantar saya balik!” tegas Iman.

Telinga Hazim bertukar warna merah mendengarnya. Dia malas mahu bersoal jawab lagi lalu terus menahan teksi.

“Masuk.”, Hazim mengarahkan Iman supaya masuk ke dalam kereta sewa yang ditahannya.

“Awak ni boleh percaya jugak ke?”, soal Iman kepada Hazim.

Hazim tersengih sendirian. Tidak lama kemudian Iman terpaksa melangkahkan kakinya merapati kereta sewa tersebut lalu menaikinya.

Setibanya di hadapan rumah sewa Iman Hawa , Iman keluar dari perut kereta teksi tersebut.

“Terima kasih.”, ucap Iman ringkas.

“Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin!”, tambah Iman lagi sebelum mendekati pagar rumahnya.

Hazim ketawa kecil.

***********************************************************************************************

“Hai... lambat balik...?”, soal Lily rakan serumahnya merangkap sahabat baiknya sejak sekolah rendah.

“Ada hal sikit tadi.”, balas Iman sedikit kepenatan sambil meletakkan beg tangannya di atas sofa.

Boiprenn hantar???”, soal Lily sambil anak matanya mengekori langkah Iman Hawa menuju ke peti ais.

“Walaweyhhh. Nampak aje!!”, Iman menjengil matanya ke arah Lily.

“Semalam lain... hari ni lain.. Untung lahhh....”, kata Lily sambil menuju ke ruang tamu untuk menonton rancangan kegemarannya di televisyen.

“Semalam bos si Raffi tu. Hari ni... anak bos aku.”, Iman memberi penjelasan.

“Wow!!”

“Tak payah nak ‘WOW!!’ sangat!”

“Kaya kawan aku lepas ni!!”

Asal pulak?”, Iman merapati Lily dan duduk disebelahnya.

Kalau bos yang sorang tu lari. Anak bos pun okay bro!!”

“Kau gila? Takde maknanya”, Iman menafikan sekeras-kerasnya.

“Sape nama dia?”

“Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin!”

“Ni yang mana?”

“Anak bos tu la!”

“La, ingat bos si Raffi tu!!”

Iman terus mencubit lengan kanan Lily manja , “Nak kenakan aku eyh! Dah, tengok tv tu! Pakwe kau Nazim Othman tu!”

“Okay okay!”, Lily cuba menfokuskan dirinya menatap wajah hero pujaannya.

Iman juga turut menonton drama kesukaan Lily sambil menjamah pop corn yang di bawa pulang oleh Lily.

“Fakhrul ... ?? Hazim...??”, Lily bersuara.

Iman mengerutkan dahinya , “ Ko pehal? ”

“Nama tu macam familiar.”

“Ye ke?.”, balas Iman Hawa.

“Emm, lantak lah! Fokus! Fokus!!”.

***********************************************************************************************

Soft yellow. Warna pakaian pejabat yang menjadi tema untuk hari ini. Memandangkan kereta Myvi miliknya petang ini baru keluar dari bengkel, sudah pasti berseluar menjadi pilihan, ianya memudahkan pergerakan dan selesa. Well, memang setiap hari dia berseluar ketika bekerja kecuali pada setiap hari Jumaat dimana syarikat ditempatnya bekerja menggalakkan staff wanita berbaju kurung.

“Assalamualaikum.”, kedengaran suara seorang lelaki di luar pagar rumah sewa Iman.

‘Sape pulak pagi-pagi buta nak hantar lauk ketam masak lemak kat rumah aku ni!!’, bisik Iman.

“Kejap ye..”, terkocoh-kocoh Iman membuka mangga ingin melihat manusia yang sanggup datang ke rumahnya pagi-pagi buta di sebalik pagar kayu itu.

“Hai!!”, seorang lelaki yang segak pada pagi Selasa ini muncul dihadapan rumah sewa Iman Hawa sedang melambai-lambai tangan ke arahnya.

‘Wooww. Hensem mamat niyh!’, bisik hati Iman sedikit kagum.

“Cari sape ye?”, soal Iman Hawa kepada lelaki segak tersebut.

“Saya nak berjumpa dengan Cik Iman Hawa.”, balas lelaki tersebut lembut sambil tersenyum ke arah Iman.

“Oh. Cik Iman hari ni dia keluar awal. Pukul 7:45 pagi lagi dia dah berdesup pergi ke tempat kerja dia. Maaflah ye.”, balas Iman berpura-pura sambil mengunci pintu pagar sebelum dia keluar pergi ke tempat kerja.

Lelaki segak di hadapannya itu tersenyum manis lagi. Kini menampakkan matanya semakin mengecil.

‘Wah! Eye smile!! Macam mamat korea la pulak.’ Iman berkata-kata di dalam hatinya lagi.

“Encik nak tunggu Cik Iman kat depan rumah ni sampai malam ke?”, soal Iman sedikit menyindir.

Fakhrul Hazim menggeleng, “Saya berhajat nak pergi ke tempat kerja dengan dia pagi ni.”

Iman tersentak. Dia cuba mengawal perasaannya. Dia cuba pura-pura tidak mendengar ayat terakhir yang diungkapkan oleh Fakhrul Hazim. 'Apehal nak pergi tempat kerja dengan aku pulak?'.

Iman Hawa mempercepatkan langkahnya menuju ke pondok perhentian bas yang berdekatan dengan kawasan taman perumahannya. Langkah kakinya diikuti oleh Fakhrul Hazim.

Iman mula merasa rimas, “Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin. Awak nak apa sebenarnya?”.

“Ape??”, Fakhrul Hazim mempamerkan riak wajah tidak mengetahui apa-apa.

“Saya nak pergi ke tempat kerja saya la. Jangan perasan saya nak ikut awak pulak! Dah la Iman tinggalkan saya.”, tambah Hazim lagi.

Iman menjengil matanya meninggalkan Fakhrul Hazim dibelakang.

***********************************************************************************************

Fakhrul Hazim berjaya menahan sebuah teksi.

“Nak tumpang sekali?”, pelawa Hazim kepada Iman Hawa.

Iman Hawa memerhati tingkah laku Fakhrul Hazim lama. Kemudian perlahan-lahan dia menuju ke kereta sewa tersebut dan menaikinya dengan perasaan yang sangat geram.

***********************************************************************************************

Setibanya di Permata Holdings..

“Pak cik, saya takde duit kecik la. Ambil je la RM50 ni, terima kasih pak cik.”, Iman Hawa terus berlalu keluar tanpa menoleh ke arah belakang.

“Ishh, besar duit ni.”, kata pemandu teksi lelaki tersebut.

Hazim menggelengkan kepalanya , “Takpe pak cik, baki nya bagi je kat saya. Biar saya pulangkan kat mak cik tua tu!”.

***********************************************************************************************

Amboi Iman. Semalam tak heran. Hari ni dah ada gosip kau naik satu teksi dengan anak bos!”, Sue merapati Iman Hawa di dalam bilik pantri.

Nama pun gosip. Kau percaya?”, soal Iman kembali.

Aah kan. Hehe. Oke lah, selamat bersarapan.”, Sue meninggalkan Iman keseorangan di bilik pantri.

Seperti biasa, setiap pagi Iman akan bersarapan dengan dua keping biskut kering bersama teh o kosong tanpa gula. Dahulunya dia hanya mengamalkan untuk menu diet , tapi lama kelamaan ia merupakan kebiasaan bagi Iman Hawa bersarapan sedemikian.

“ Kenyang ke?”, soal Hazim yang muncul dari belakang secara tiba-tiba.

Iman Hawa mendiamkan diri.

“Penat je belajar tinggi-tinggi tapi tak tahu menjaga adab antara rakan sekerja.”, kata Hazim.

“Maksud?”, soal Iman Hawa.

Saya ni kan rakan sekerja awak , Cik Iman Hawa.”

Jadi?”

Saya ni bakal bos syarikat ni. Awak patut layan saya dengan baik.”

“Bakal... Bila dah jadi bos Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin beritahu saya ya.”, kata Iman sebelum meninggalkan bilik pantri.

‘Dulu tak sombong macam ni!’, kecewa hati Hazim.

***********************************************************************************************

Iman Hawa menggeledah beg tanggannya berulang kali mencari kunci keretanya. Petang ni keretanya akan keluar dari bengkel. ‘Takkan boleh tertinggal pulak.’, bisik hatinya.

*knock knock*

“Masuk.”, kata Iman memberi keizinan sambil dirinya sibuk menggeledah beg tangannya.

“Buat ape tu?”

Iman memandang ke arah tuan empunya suara tersebut. Dipandangnya lama dengan wajah sedikit kelat.

“Hensem sangat ke saya ni?”

Iman Hawa tiba-tiba sahaja merasakan dirinya ingin muntah di dalam beg tangan miliknya.

“Jum makan. Saya belanja.”, pelawa Hazim.

“Puasa!”, balas Iman tegas.

“2 keping biskut tadi???”

Iman memandang ke arah Hazim tajam. Sudah diketahui Iman Hawa tidak akan mahu menemaninya. Fakhrul Hazim terus mencapai telefon bimbit kepunyaan Iman lalu disimpan di dalam kocek seluarnya. Iman tersentak.

“Saya tunggu dekat lobi. Cepat tau!”, kata Hazim meninggalkan bilik pejabat Iman Hawa.

Iman merengus geram dengan tindakan Fakhrul Hazim yang tidak lelah menganggunya.

***********************************************************************************************

Iman Hawa perlahan-lahan melangkahkan kakinya menuju ke arah Fakhrul Hazim. Dari jauh dia melihat Fakhrul Hazim cuba melayang-layangkan telefon bimbitnya.

‘Ishh!!!!’, bentak hati Iman. Kalau boleh, sekuatnya!!!

“Jom, saya dah lapar sangat ni.”, kata Hazim membiarkan Iman Hawa mengikuti langkahnya dari belakang.

Iman menjengilkan matanya, ‘Nape tak makan sendiri je? Menyusahkan!’

***********************************************************************************************

“Kereta sape awak guna ni?”, soal Iman.

“Kereta papa. Masuk.”, Hazim membukakan pintu kereta untuk Iman Hawa.

Iman Hawa menutup pintu kereta tersebut kemudian dia membukanya semula. Sendiri.

“It’s cute!”, luah Hazim yang geli hati melihatnya.

***********************************************************************************************

“Nak makan kat mana ye?”, soal Hazim.

“Bila nak pulangkan fon saya?”, lain pula disoal kembali oleh Iman.

“Dah lama tak jenguk KL, ape je yang best?”

“Saya nak fon saya balik!! Faham tak?” soal Iman tegas.

“Eh, restoran kat depan tu macam pernah nampak dekat tv. Kita lunch kat sini eyh.”

“Encik Fakhrul Hazim Dato’ Burhanuddin!!!” suara Iman sedikit kuat dan lantang tidak seperti biasa.

“Ye saya Cik Iman Hawa Zulkifli ! Awak ni memang tak boleh bersabar ke? Tak pernah berubah!”, kini suara Hazim pula sedikit keras.

Iman Hawa terkesima. Dia menjadi hairan. Ayat ‘Tak pernah berubah’ itu menjadi tanda tanya buat dirinya.

Apa maksud awak?”, soal Iman tidak lama kemudian.

“Dah, jum turun. Kita makan dulu.”, Hazim mematikan enjin kereta milik ayahnya lalu keluar dan membuka pintu kereta untuk Iman Hawa.

Iman Hawa terdiam lama.

“Iman, please. Awak nak saya dukung ke?”, Hazim cuba memujuk.

Lantas Iman Hawa keluar dari perut kereta dalam keadaan sedikit terkocoh-kocoh.

***********************************************************************************************

“Sedap kan?”, soal Hazim cuba memecahkan suasana.

“Awak ni sape sebenarnya?”, soal Iman ingin tahu.

“Bos.?? Makan la nasi tu. Tak baik membazir.”, kata Hazim.

“Saya serius ni Encik Fakhrul.”, tegas Iman.

“Nantilah saya cerita. Tak best la mood macam ni depan rezeki.”

“Takde selera.”

Fakhrul Hazim melihat ke arah pinggan Iman Hawa. Langsung tidak dikuisnya nasi tersebut.

“Tak habis makan, kita tak balik.”, putus Hazim.

***********************************************************************************************

“Awak tunggu kat kereta, saya pergi bayar bil kejap.”, arah Hazim.

Iman Hawa keluar dari restoran tersebut menuju ke kereta yang di parkir oleh Hazim dibawah terik matahari yang panas. Namun, cuaca panas terik tersebut langsung tidak dirasai oleh Iman Hawa. Mindanya sedang asyik memikirkan sesuatu.

“Haishhh. Cuaca panas macam ni tak elok lah perempuan macam awak berdiri lama-lama kat sini!” Hazim muncul sebaik saja selesai membayar bil makanan.

Iman tersentap. Dia merasakan bahawa ayat tersebut pernah didengarinya sebelum ini , tetapi dia tidak dapat mengingatinya. Yang pasti , dia merasakan Fakhrul Hazim dan dirinya saling mengenali sebelum ini. Bersambung...

p/s : Thanks for reading.


2 comments:

Mira_Othman said...

Best best! Part 1 , Part 2 pun best! =D

QZ92 said...

pengerusi permata holding.
gua syak harta dia berjuta-juta lemon haha.

kene baca sikit2. kang tak pasai2 gian nk bce len